Teori Kewujudan Bumi Yang Ke2 Adakah Ia Benar Benar Ada
Tahukah anda ini merupakan satu teori baharu dalam bidang Sains angkasa, penyelidikan masih lagi dijalankan dan tiada lagi sumber sahih mengatakan yang teori ini adalah benar. Namun begitu, ia tidak menafikan teori ini adalah satu teori yang sangat menarik untuk kita bahaskan kepada semua pembaca, ini juga merupakan satu kepercayaan yang terdapat satu lagi bumi yang lain atau kita boleh katakan demensi yang berbeza dari dunia realiti dan teori ini juga lebih dikenali sebagai Multiverse Theory dalam dunia sains. Mari kita bahas lebih lanjut berkaitan lagi mengenai misteri Multiverse ini.
Apa itu Multiverse?Teori ini pada mulanya dicadangkan oleh seorang ahli fizik Amerika, Hugh Everet 3 pada tahun 1965, dan ahli fizik terkenal iaitu Stephen Hawking juga mempercayai dengan teori ini. Buat masa ini, Multiverse hanyalah satu teori dan masih tiada lagi bukti kukuh yang mengatakan kewujudan multiverse, secara kasar multiverse adalah terma yang diberikan kepada sistem alam semesta yang sama dengan alam semesta kita namun wujud juga di bahagian yang lain di angkasa. Seperti itu juga alam semesta kita, kerana ia merupakan satu kawasan angkasa yang besar dan di kawasan multiverse ini terdiri daripada dunia Parallel Universe iaitu kawasan alam semesta yang lebih kecil daripada multiverse yang lain.
Multiverse ini mempunyai persamaan dengan universe kita tetapi ia mempunyai sedikit perbezaan yang kita kita alami di alam nyata. Teori multiverse ini juga boleh dikenali sebagai many-world theory, megaverse theory, ataupun parellel universe, menariknya bila teori ini mengatakan yang bumi kita ini mungkin tidak wujud di alam semesta kita sahaja malah di kawasan alam semesta yang lain.
Wujudkah Multiverse?Seperti kita ketahui alam semesta ini luas dan masih banyak lagi planet yang belum kita ketemui dan pada setiap hari sahaja pasti ada planet baharu yang dicatatkan oleh para penemu. Kita juga tidak tahu dimana alam semesta itu berakhir dan dimana alam semesta itu bermula. Ada juga mempercayai alam semesta itu tidak mempunyai penghujung dan kebarangkalian multiverseitu wujud di sistem galaxy yang lain serta ia tidak mustahil wujud. Terdapa sebuah teori yang mengatakan kewujudan alam semesta tempat kita berada sekarang ini berada di bahagian yang lain di dalm alam semesta, mungkin juga berada jauh dari kita atau mungkin berada dekat dengan kita.
Di Multiverse ini mempunyai sistem angkasa yang sama dengan alam semesta tempat bumi kita berada, termasuklah bumi yang lain, matahari, bulan serta planet-plenet yang lain. Dengan erti kata lain kewujudan multiverse ini adalah kembar kepda alam semesta kita berada di saat ini. Malah, terdapat teori multiverse yang mengatakan terdapat alam semesta yang sama seperti kita bukan sahaja 1, tetapi 2 ataupun 3 malah jumlah alam semesta yang sama berkemungkinan boleh berulang berkali-kali dan menjadikan ia infinity. Dengan jumlah bumi dalam kadar infiniti bermaksud diri kita sendiri juga wujud di bumi lain atau disamakan dengan Dejavu.
( Alternative Reality/ realiti yang berbeza)Jika teori multiverse ini benar, maka bumi akan menjadi lebih daripada satu, secara langsung diri kita sendiri dan juga orang yang kita kenal pun wujud di bumi yang lain. Namun begitu, teori ini mengatakan yang diri kita di bumi yang lain tidak 100% sama dengan diri kita di dunia asal. Mengambil contoh saya, kalau saya seorang lelaki di bumi ini maka di bumi yang lain berkemungkinan saya adalah seorang perempuan.
Begitu juga dengan anda. Contoh menarik yang lain lagi ialah, kalau seseorang itu miskin di bumi ini maka di bumi yang lain dia akan kaya raya dan sebaliknya. Namun begitu ada juga bumi yang wujud dimana diri anda adalah 100% sama dengan anda di dunia ini. Jangan keliru dengan penjelahan masa, menurut teori ini, masa di bumu multiverse adalah sama dengan masa di bumi dimana kita berada sekarang. Ia juga tidak berada di masa hadapan mahupun masa lalu.
Bukti Kewujudan Multiverse?Sehingga ke hari ini, tiada lagi bukti yang wujud mengatakan multiverse ini wujud, namun begitu banyak penyelidikan tentang perkara ini masih dijalankan. Penyelidikan yang melibatkan Quantum Mechanics, Radiaksi Kosmik dan juga Partikel Atomik. Teori yang ada belum lagi dibuktikan sama ada betul ataupun tidak. Akan tetapi, ini tidak menafikan yang topik multiverse ini adalah satu topik yang sangat menarik untuk kita bincangkan malah kertas kerja akedemik terakhir tokoh fizik dunia Stephen Hawking adalah berkenaan multiverse. Kertas kerja yang dihantar beberapa hari sebelum dia meninggal dunia yang cuba membuktikan kesahihan multiverse itu sendiri. Sekian...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://coffeecakearticle.blogspot.com/2019/06/teori-kewujudan-bumi-yang-ke2-adakah-ia.html