5 Kisah Pembunuhan Yang Benar
Jenayah merupakan satu perbuatan yang dilakukan bertentangan dengan undang-undang. Tidak kira tempat atau umur, jenayah sering berlaku dan tidak dapat dihalang secara total.
Pembunuhan merupakan salah satu daripada bentuk jenayah yang sering dilakukan.Dari awal peradaban manusia pembunuhan dilakukan atas sebab yang berbeza-beza.
Oleh itu pada entri ini baca 5 kisah pembunuhan yang benar.
Kisah 1 : Kanibal Miwaukee
Jefferey Dahmer merupakan pembunuh bersiri yang menghidapi penyakit schizophernia. Dia membunuh mangsanya demi kepuasan dirinya.
Daripada tahun 1978 ke 1991, dia merogol dan membunuh serta membedah tubuh 17 orang mangsanya yang terdiri daripada orang dewasa dan remaja.Dia juga mengawet bahagian tubuh mangsanya di rumahnya.
Dia telah ditangkap dan mengaku melakukan jenayah itu pada 1991. Dia kemudianya dibunuh oleh rakan sepenjaranya tiga tahun selepas dipenjarakan.
Kisah 2 : Pembunuh bersiri Rusia
Lelaki yang bernama Gennnady Mikasevich merupakan pembunuh bersiri daripada Negara rusia. Dia telah membunuh 36 wanita diantara 1971 ke 1985.
Menurut laporan dia telah putus cinta dengan teman wanitanya yang berkahwin dengan lelaki lain semasa dia berkhidmat dalam tentera.
Atas sebab itu dia pun mula membunuh.Dia menjadi ahli parti komunis yang berprestij dan mula berkeluarga. Namun itu tidak menghalang dia untuk terus membunuh.
Selalunya dia akan melakukan perbuatan sex dan mencekik mangsanya sehingga mati di lokasi yang terpencil untuk mengelakkan daripada diketahui.
Apa yang pelik dia akan merompak mangsa dan memberikan barang kemas mangsa kepada isterinya sebagai hadiah. Dia kemudianya ditangkap dan dihukum tembak pada 1987.
Kisah 3 : Asghar si pembunuh
Ali Asghar Borujerdi merupakan pembunuh bersiri pertama di iran pada abad ke 20. Dia telah membunuh 25 budak-budak dan remaja di Baghdad,Iraq.
Dia akan memberi mangsanya gula-gula dan lain-lain hadiah untuk mengumpan mangsanya. Dia telah ditangkap dan dihukum bunuh pada tahun 1934.
Kisah 4 : Pembunuh Green River
Gary Ridgway merupakan pembunuh bersiri Amerika yang kejam. Semenjak kecil lagi dia mempunyai fantasi sex dengan ibunya.
Apabila dia berumur 16 tahun dia menikam budak berumur 6 tahun namun budak itu terselamat daripada serangan itu.
Dia berkhidmat sebagai tentera pada perang Vietnam semasa mudanya dan sering melakukan sex dengan pelacur disana. Dia telah membunuh 71 wanita dan budak perempuan.
Kisah 5 : Si pembunuh Otaku
Tsutomu Miyazaki merupakan salah seorang pembunuh bersiri daripada Jepun. Fantasinya tentang pontianak dan masalah peribadi menjadikan dia menjadi pembunuh dan pemakan manusia.
Mangsanya adalah 4 budak perempuan muda di Saitama dan Tokyo pada Ogos 1988 ke Jun 1989.
Miazaki lahir pramatang dan dilahirkan dengan kecatatan tangan.
Dia dikatakan akan memotong tangan mangsa dan meminum darah dan memakan daging mangsa.
Terima kasih kerana melawat blog ini.Jangan lupa Share dan Like dan folow blog Mediaokofee
- selamat membaca -
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mediaokofee.blogspot.com/2019/06/5-kisah-pembunuhan-yang-benar.html