Adakah Ads Txt Mampu Meningkatan Pendapatan Google Adsense Anda


Baru-baru ini saya mendapat notifikasi daripada Google Adsense tentang keperluan untuk saya mengemaskini laman web saya dengan menambahkan fail ads.txt yang juga dikenali sebagai Authorized Digital Sellers dalam direktori.
Saya percaya jika anda membaca artikel ini, pasti anda berminat untuk menguruskan iklan dalam web anda atau telah mendapat peringatan daripada Google. Adakah anda mempunyai isu yang sama? Jika “ya” maka ini adalah artikel yang tepat untuk memberi penerangan kepada anda tentang apa sebenarnya ads.txt ini dan adakah ia memberi impak kepada pendapatan Google Adsense anda.
Apa itu ads.txt Authorized Digital Seller atau ads.txt merupakan standard yang telah dikeluarkan oleh IAB Tech Lab,  sebuah konsortium bebas, antarabangsa, penyelidikan dan pembangunan yang bertanggungjawab untuk membantu syarikat di luar sana melaksanakan piawaian teknikal industri global.
Standard ini merupakan satu inisiatif oleh pihak IAB Tech Lab untuk memperkemaskan ketelusan dalam pengiklanan yang diprogramkan dengan cara memerangi penipuan (fraud) dan domain yang memberi maklumat kurang atau tidak tepat.
Menerusi ads.txt, ketelusan dapat dihasilkan dalam pembekalan rantaian inventori kandungan dalam pasaran. Malahan ia memberi penerbit (kita) satu kuasa untuk mengawal inventori yang berada didalam pasaran yang menjadikan ia sukar buat pelaku buruk untuk mendapat keuntungan daripada menjual inventori palsu di seluruh ekosistem.
Dibahagian penjualan pula (pembeli iklan), ads.txt membenarkan mereka untuk memiliki keyakinan untuk membeli inventori yang boleh dipercayai. Ini kerana fail yang disediakan ini boleh diakses secara public dan boleh dirangkak (crawlable) oleh bursa, Platform Pembekal Belakan (supply-side platforms), dan pembeli lain seperti vendor pihak ketiga (third party).
adakah wajib untuk memiliki ads.txt? Bagi Google adsense, penggunaan ads.txt bukanlah satu kewajipan, sebaliknya satu saranan atau dalam erti kata lain disyorkan. Ia dapat membantu melindungi jenama anda daripada inventori palsu yang dengan sengaja cuba merosakkan jenama anda tidak kiranya ianya daripada domain, aplikasi atau video tertentu. Mengisytiharkan diri anda sebagai penyedia inventori yang dibenarkan boleh membantu anda menerima pembelanjaan pengiklan yang mungkin telah pergi ke inventori palsu di luar sana. Itulah yang telah dilakukan di Youtube. Sekarang di website pula.
Kelebihan menambah fail ini? Ada beberapa kelebihan yang anda boleh dapati dengan muat naik fail ads.txt dalam direktori laman web anda tidak kira anda menggunakan wordpress atau blogspot. Diantaranya ialah:
Berpotensi untuk mengelakkan kehilangan hasil iklan jika plaftform mengubah tetapan asal pembeli. Membantu dalam menghentikan aktiviti domain-spoofing dalam industri. Memberi kepercayaan kepada pembeli iklan anda. Adakah ia memberikan anda lebih pendapatan? Boleh jadi ia, boleh jadi tidak. Saya sendiri tidak mampu memberikan jawapan yang tepat kerana saya bukan sebahagian daripada Google. Namun ada beberapa perkara yang mungkin anda perlu titik beratkan.
Antaranya ialah bagaimana risiko kehilangan pendapatan Google Adsense kerana banyak platform sudah mula membuat konfigurasi yang membenarkan mereka untuk membeli iklan daripada inventori yang disahkan sahaja (verify inventory).
Maka jika anda masih lagi tidak meletakkan ads.txt dalam laman web anda, maka anda akan tergolong dalam inventori yang tidak disahkan. Ini sedikit sebanyak bakal menjejaskan pendapatan anda dimasa akan datang. Disebabkan oleh itu, saya mengesyorkan supaya anda sudah mula bertindak dan mula untuk memuat naik fail penting tersebut dengan berhati-hati.
Bagaimana cara untuk menambahkan fail ads.txt? Berikut merupakan cara-cara untuk melakukannya.
1. Langkah Pertama Sila buka notepad anda dan tuliskan  seperti dibawah ini.
google.com, **pub-xxxxx, DIRECT, f08c47fec0942fa0 **Sila tukarkan pub-xxxxx dengan publisher ID anda sendiri.
Jika anda tidak tahu publisher ID anda. Anda boleh dapatkannya disini (Klik sini).
Format penulisan adalah seperti berikut:
< Exchange Domain >, < SellerAccountID >, < PaymentsType >, < TAGID >
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang konfigurasi ini (ingin buat selain daripada Google Adsense), anda boleh rujuk  problogbooster.com yang turut menulis format dengan lebih terperinci.
2. Langkah kedua Simpan fail tersebut dengan nama ads.txt dalam komputer anda. Pastikan anda mengikuti langkah pertama tadi dengan baik sebelum disimpan.
3. Langkah Ketiga Muat naik fail anda tadi dalam direktori laman web anda. Jika anda menggunakan cpanel, sila masukkan dalam cpanel>file manager>home>DIREKTORI ANDA>public_html
4. Langkah keempat Pastikan ianya boleh diakses menerusi pautan berikut.
https://websiteanda.com/ads.txt/
Maka selesaikan proses memuat naik fail ads.txt dalam direktori laman web anda. Proses mungkin memakan masa lebih kurang 24 jam daripada tempoh pelaksanaan ini dibuat untuk Google memeriksaan laman web anda.
Jika anda memasukkan publisher ID yang SALAH, maka segala iklan di laman web anda akan dinyah aktifkan. Masa itu, saya kira anda bolehlah faham-faham. Betulkan balik apa yang patut.
Baca juga: Apa Itu Mata Wang Kripto dan Bagaimana Ia Berfungsi
Baca juga: 7 Fakta Mengenai Google Yang Anda Mungkin Tidak Tahu
Baiklah itu sahaja serba sedikit perkongsikan mengenai ads.txt dalam kelangsungan jana pendapatan di laman web anda semua. Jika anda seorang makan gaji yang menjadikan Google Adsense sebagai salah satu daripada sumber pendapatan kewangan anda, maka perkongsian ini perlu diambil kira.
The post Adakah ads.txt mampu meningkatan pendapatan Google Adsense anda? appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/adakah-ads-txt-mampu-meningkatan-pendapatan-google-adsense-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warning Message Earnings At Risk Account Google Adsense

Warning Message Earnings At Risk Account Google Adsense

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 288 hits
Warning message Earnings At Risk Account Google AdSense Assalamualaikum Dapat warning dari google AdSense yang earnings at risk sebab blog aku tak ada ads txt file Aku bukanlah faham sangat apa yang dimaksudkan dengan warning tu tapi kalau ...
Google Maps Kini Mampu Kesan Bencana Alam

Google Maps Kini Mampu Kesan Bencana Alam

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 259 hits
Agensi Diterjemahkan oleh Google Maps tampil dengan ciri baharu dalam menyediakan maklumat bervisual ramalan bencana alam GOOGLE Maps tampil dengan ciri baharu dalam menyediakan maklumat bervisual dan amaran bencana alam yang bakal berlaku ...
Google Menghentikan Sokongan Daydream Vr Untuk Aplikasi Play Movies

Google Menghentikan Sokongan Daydream Vr Untuk Aplikasi Play Movies

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 213 hits
Adakah peranti realiti maya semakin hampir untuk pupus pada peranti Android Jawapannya besar kemungkinan adalah ya Hari ini sokongan untuk Daydream VR akhirnya dihentikan untuk aplikasi Play Movies and TV Aplikasi ini tidak lagi ditawarkan ...
Desain Google Pixel 4 Mirip Iphone 11

Desain Google Pixel 4 Mirip Iphone 11

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 159 hits
Google baru saja memposting bocoran gambar Pixel 4 yang diprediksi bakal dirilis Oktober nanti Sebelumnya renderan Pixel 4 juga sudah bocor di PriceBaba dan OnLeaks
Google Mengacah Telefon Pintar Akan Datang Mereka Pixel 4

Google Mengacah Telefon Pintar Akan Datang Mereka Pixel 4

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 208 hits
Beberapa hari lepas kita telah melihat gambar pengolokkan awal hadir ke arena internet memperlihatkan secara kasar bagaimanakah telefon pintar mercu daripada Google yang seterusnya iaitu Pixel 4 akan kelihatan Menariknya kini pihak Google s...
Google Menunjukkan Gambaran Pixel 4 Dengan Rekaan Kamera Seperti Iphone 11

Google Menunjukkan Gambaran Pixel 4 Dengan Rekaan Kamera Seperti Iphone 11

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 233 hits
Perkongsian gambar rekaan ini bukan dikongsikan oleh pakar tiris yang selalu dikeluarkan oleh SlashLeaks atau Ice Universe tapi ia dikongsikan sendiri oleh Google melalui laman Twitter rasmi Made By Google Well since there seems to be some ...
Amazon Telah Mengatasi Apple Dan Google Untuk Menjadi Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019

Amazon Telah Mengatasi Apple Dan Google Untuk Menjadi Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 352 hits
Reading Time 2 minutesAdidas di tangga ke 100 BrandZ telah mengeluarkan laporan kedudukan 100 syarikat yang paling bernilai di dunia bagi tahun 2019 Dalam laporan tersebut mereka telah menobatkan Amazon sebagai Jenama Global Paling Bernilai...
Google Custom Search Engine Di Blog

Google Custom Search Engine Di Blog

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 240 hits
Google Custom Search Engine di Blog adalah widget kotak carian dalam sesebuah laman contohnya blog Ianya membantu memudahkan para pengunjung blog atau website untuk mencari apa yang mereka perlukan dalam blog kita Sangat disarankan untuk me...
Google Map

Google Map

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 239 hits
See what I ve posted to Google Maps Level 5 Local Guide https goo gl maps Bxcpxrrh3i82
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Effective Market Research On A Budget

Lirik Lagu Sulit Betrand Putra Onsu

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir