Kedai ikan ni terletak di Lot 197, Air Bemban, KulaiSenang je nak jumpa sebab dia terletak di tepi jalan besar Kulai - Sedenak.
Kat dalam ni ada menjual pelbagai jenis ikan hiasan.Dari yang semurah beberapa sen seekor,hinggalah kepada ribuan ringgit seekor.Boleh la tengok tengok mana yang berkenan.Mama Yan berkenan banyak sangat.Tapi berkenan je la..Tak meminang pun,Tak cukup dowry nya...hahaha.
Kat bahagian depan tu ikan akuarium,Masuk ke belakang sikit,ada kolam ikan koi.Banyak sangat jenis ikan koi.Mama Yan tak kenal sangat jenis jenis ikan koi ni.Macam macam warna ada weh...Lawa lawa...Harga pulak, ikut saiz dan jenisnya.ada yang ratus ratus..Ada yang ribu ribu...Kat kolam ni, kita boleh bagi ikan ikan ni makan,kat situ ada jual makanan ikan tu.Takleh la bagi makan roti atau nasi dengan lauk gulai keladi.bukannya kaloi jelmaan bawang putih bawang merah.
Ada ikan arapaima juga kalau nak beli.Besauuu...Seram oi..Dah la anak MY ni semua tak reti diam,Lari sana sini, Panjat panjat..Tercebur dalam kolam arapaima ni kang,mau tinggal kenangan.entah apa je kann..acah acah healing tengok ikan,Healing apa sampai peluh tiak ngejor dak Mijan.
Masa ni Sarah tak berani lagi nak celup tangan bagi ikan makan,lepastu,sampai tak cukup makanan ikan tu dok suap ikan koi makan.
Seronok budak kembar berdua ni bagi ikan makan.Ikan koi ni jenis ikan yang manja tau.tak takut orang.Boleh datang ambil makanan kat tangan.
Ikan koi kat belakang tu lawa sangat.Yang warna kuning tu..fuhhh...cantik kuasa 2..Tapi ikan ikan tu semua takleh lawan kesyantikan orang dalam gambar kat atas ni.Cair habis bedak dengan lipstik mengejar Mizan.Guling guling nak aiskrim,Dah buka taknak makan.Nak aiskrim lain.Kalau ikutkan hati,nak aje bertukar jadi lobster hari tu.Nak aje kucubit cubit dak Mijan tu,Tapi kena sabar.. hahaha...|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |