Ikan Siakap Sambal Petai Udang Ketak Buttermilk Di Restoran Ikan Bakar Abang Petai Pasir Puteh Kelantan


Ikan bakar begitu sinonim dengan kawasan yang terletak di pesisiran laut atau kawasan ikan air masin.

Makan Seafood Di Restoran Abang Petai Ikan Bakar Pasir Puteh Kelantan

Selalunya makanan berasaskan laut yang dimasak secara bakar ada peminat mereka sendiri.
Ikan, udang, sotong dan ketam adalah jenis hidupan laut yang memang tidak asing dengan menu bakar.



Kedai Makanan Laut Di Semerak Pasir Puteh Kelantan
Baru-baru ini penulis berpeluang untuk mencuba menu makanan laut dalam tema 'bakar' di sebuah restoren yang biasa sahaja infrastrukturnya di Semerak, Pasir Puteh Kelantan.

Restoran Ikan Bakar Abang Petai Semerak Kelantan


Kedai makan atau restoren makanan laut (seafood) ini dinamakan Abang Petai Ikan Bakar.
Jenis Hidupan Laut yang Ada
Dari namanya sudah diketahui akan apakah tema masakan untuk ikan bakar mereka.

Jenis Makanan Laut yang Ada


Jenis hidupan yang berjaya penulis lihat ketika kunjungan penulis ke restoren ini adalah;
1. ikan (siakap, cencaru)
2. ketam nipah
3. Udang ketak
4. sotong (variasi saiz)
Itu sahaja yang berjaya penulis temui sebagai pilihan. 
Pengunjung diberikan kebebasan untuk memilih jenis makanan laut yang disediakan di dalam Styrofoam bewarna putih dengan alatan pengepit dan bakul.
Menu Makanan yang Dipilih
Apa pula rasa makanan yang ada.

Menu Makanan Laut yang Berjaya Di Pesan


Untuk kali ini penulis memilih dua menu sahaja untuk dicuba, memandangkan bilangan yang penulis bawa hanya lima orang termasuk seorang bayi comel yang bijak.
1. Ikan siakap bakar masak sambal petai
2. Udang ketak buttermilk 
Dengan beberapa menu hidangan sampingan lain seperti,
1. nasi
2. telur dadar
3. ulaman (timun, kacang botor, pegaga, dan daun bewarna ungu dibawahnya) add on budu
Ikan Siakap Bakar Sambal Petai

Ikan Siakap Bakar Sambal Petai

Kita bermula dengan ikan siakap bakar dengan sambal petai
Ikan siakap dengan saiz medium ini dibakar diatas pemanggang gas yang dibalut dengan kerajang aluminium.
Sambalnya pula dengan warna pekat dengan kelibat beberapa petai yang tidak dibuang kulitnya bewarna hijau menghiasi sambal
Apabila dibuka kerajang aluminium tersebut, pertama sekali penulis tidak menemuinya fizikal ikan semunya sambal.
Dari segi rasa, boleh tahan, ada bau rempah, bau sambal yang ditumis, apalagi rasa manis sambal tersebut. Kena dengan isi ikan yang polos rasanya dan tiada sebarang hanyir ikan berjaya di bau.
Penulis ulas sekali lagi rasa sambalnya;
1. Bau rempah dengan tekstur sambal tumis yang kuat
2. kemanisan kuahnya
3. Petai tidak banyak membantu dalam rasa melainkan keranggupannya.
Udang Ketak Buttermilk

Udang Ketak Buttermilk


Ini adalah menu yang bukan pilihan sebenarnya. Penulis membayangkan ada udang harimau, atau udang biasa lain tetapi ketiadaan stok udang kontemporari.Maka udang ketak menjadi pilihan
Penulis tidak mengharapkan sebarang penilaian yang tinggi terdapat udang ketak buttermilk, memandangkan penulis tahu keadaan fizikal udang ketak yang seumpama 'alien' yang menempel di mula manusia dalam filem 'alien'.
Namun, kuah 'buttermilk'nya cukup sedap. Berkrim dan teksturnya tidak cair dan terlampau pekat. Patut mendapat pujian.
Rasa dan tekstur kuah buttermilk yang kuning seumpama warna jagung mutiara yang belum di rebus ini telah mengurangkan sedikit rasa udang ketak yang agak 'hancing' baunya mungkin kerana sudah tidak berapa segar.
udang ketak buttermilk ini secara ringkasnya;
1. udang yang sukar ditemui isinya, memerlukan kopekkan dan rekahan dengan tangan
2. kuah buttermilk yang sedap dan teksturnya menjadi
Harga Hidangan Makanan Laut
Dari segi harga pula, secara biasanya harga makanan laut menggunakan formula, per 100 gram.

Harga Makanan Laut Per Gram


1. Seekor Ikan Siakap (~742g) = ~ RM48.2
2. Tiga Ekor Udang Ketak (~450g) = ~ RM40.5
Dengan minuman dan sampingan yang telah disebutkan tadi harga total, sekitar RM120
Suasana Dan layanan Diterima
Dari segi suasana ia sangat cocok untuk makan bersama keluarga tiada sebarang gangguan yang ada melainkan bunyian sudu dan garfu bertelagah bersama pinggan atau hilaian tawa yang sedang makan.
Ketika penulis mengunjungi restoran ini layanan yang diberikan baik, dan mungkin ada sedikit kelewatan dari segi makanan sampai ke meja kerana nasi tidak menepati janji untuk masak cepat.

Tanda Hadir

Informasi Pengunjung
Lokasi Restoren Ikan Bakar Abang Petai
Jika yang datang dari Kuala Besut, ambil simpang kiri untuk menuju ke Semerak. Jika dari Kota Bharu/Bachok pilih ke kanan untuk ke Semerak. Hanya beberapa meter dari simpang tiga tersebut kedai di bahagian kiri.


Waktu Operasi
Dibuka setiap hari. Bermula jam 4.30 p.m sehingga 11.30 p.m
Cara Bayaran Diterima
1. Tunai
2. QR pay




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2023/07/ikan-siakap-sambal-petai-udang-ketak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Rupanya Kedai Liza Ikan Bakar Kinrara Ni Ingatkan Tak Beroperasi

Buka Rupanya Kedai Liza Ikan Bakar Kinrara Ni Ingatkan Tak Beroperasi

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 327 hits
Kedai Liza Ikan Bakar Kinrara ni dekat je dengan rumah k fiezz Sebelum ni banyak kali lalu kat depan kedai ni tapi tak pernah nampak buka Sampai k fiezz mr hubby pernah lah kutuk kedai ni Bila masa lah bukanya tiap kali lalu asyik tutup je ...
Ikan Percik Kelantan

Ikan Percik Kelantan

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 235 hits
Menurut Islam seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suami apabila termeterainya akad pernikahan yang sah Namun ada juga sesetengah suami mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri Deng...
Masak Sambal Udang Endau

Masak Sambal Udang Endau

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 281 hits
Assalamualaikum WBTMASAK Sambal Udang hari Sabtu lepas Udang tu dah hampir dua bulan bertapa dalam peti ais beli di Endau Mersing masa balik dari Sekilo RM30 aje ni udang laut jenis kulit keras tu sebab tak mahal sangat kot Sebelum masak Sk...
Kenangan Membanting Padi Pada Zaman Dahulu Di Kelantan

Kenangan Membanting Padi Pada Zaman Dahulu Di Kelantan

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 229 hits
Sapo sini beso mukul padi Kecek mudoh gak hok beso terlibat dengan khijoan penanaman padi X kiro lah mukul ko cedung ko punggah anok semai kok atas batas ko bowok kheto galo ko bowok mesin ngetey sekalipun Tapi penanaman padi loni pun menga...
Kelantan Workers Have More Rights Than High Income Sarawak Group

Kelantan Workers Have More Rights Than High Income Sarawak Group

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 291 hits
A coalition of 60 labour unions renewed calls for the Sarawak government to bring the labour protections in the state on par with those enjoyed by workers in Peninsula Malaysia The latest call came after a World Bank economist said the stat...
Tuan Ibrahim Senarai Tular Calon Pas Kelantan Palsu

Tuan Ibrahim Senarai Tular Calon Pas Kelantan Palsu

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 390 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan senarai nama calon parti itu bagi PRN Kelantan yang tular di media sosial sejak semalam palsu Apa yang saya boleh katakan senarai berkenaan tidak betul sama ...
Mp Pas Kata Tiket Bas Ke Kelantan Habis Laman Web Tunjuk Tak Betul

Mp Pas Kata Tiket Bas Ke Kelantan Habis Laman Web Tunjuk Tak Betul

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 228 hits
Hariz MohdCeramah PAS di Kelantan malam tadi dimaklumkan bahawa tiket bas untuk pulang ke negeri itu pada hari hari sebelum pengundian 12 Ogos telah habis dijual Ini menurut Ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir Che Sulaiman adalah berikutan keg...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Ets Diselenggara Secara Berkala

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party