Tengah Tengah Doa Tiba Tiba Keluar Kalimah Muhammad Neelofa Dedah Kisah Luar Biasa Ketika Di Arafah
Selebriti terkenal, Neelofa sebelum ini pernah berkongsi perjalanan melaksanakan ibadah haji tahun lalu ketika waktu wukuf di Arafah.
Ketika itu, Neelofa berkongsi video yang menunjukkan perubahan cuaca daripada panas kepada keadaan sekeliling yang berangin kuat serta mulai terdengar bunyi kilat dengan langit mendung yang menurutnya merupakan fenomena luar biasa pada masa itu.
Terbaru, Neelofa sekali lagi mendedahkan kisah luar biasa ketika live di Instagram semalam bersama Alif Satar.
Menurutnya, saat hujan di Arafah itu, para jemaah dikejutkan dengan cahaya di langit dan munculnya kalimah Muhammad.
“Tengah-tengah doa ni, tiba-tiba ada cahaya diantara awan dan keluar kalimah Muhammad. Semua melalak, meraung masa tu. Awan tu bergerak cepat sebab hujan.
“Lagi satu keluar lagi, dua tiga kali keluar lagi dan yang terakhir sekali keluar Muhammad Rasullulah.”
“I nampak jelas sangat. Tapi semua berlaku dengan cepat sebab awan bergerak pantas.”
The second haj @Neelofa, Arafah day Allah pilih dia untuk rasai satu nikmat dan kebesaranNya yg jarang org dpt. Hujan di arafah yg org cakap dh banyak tahun tak hujan. This part buat aku cry. Meremang bulu roma kita. Dengar sambil imagine saat indah yg Neelofa rasai. Allahuakbar. pic.twitter.com/rNMTj1HaJn
— fadhilatul (@che_fadhilatul) April 30, 2020
@Neelofa share dia punya cerita dekat arafah semasa menunaikan haji . Nak nangis dengar weh. I hope one day dapat jejakkan kaki ke sana. 😍🥰 pic.twitter.com/8PfrxkKLNm
— 𝓘𝓻𝓭𝓲𝓷𝓪 (@_1rdina) April 30, 2020
Sumber: Twitter Fadhilatul via Neelofa
The post (Video) “Tengah-Tengah Doa Tiba-Tiba Keluar Kalimah Muhammad,” Neelofa Dedah Kisah Luar Biasa Ketika Di Arafah appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/05/01/video-tengah-tengah-doa-tiba-tiba-keluar-kalimah-muhammad-neelofa-dedah-kisah-luar-biasa-ketika-di-arafah/