Kebiasaan Yang Luar Biasa Pada Ramadan Tahun Ini




Oleh Dr Azlan Shaiful Baharum
SEMALAM kita menyambut ketibaan penghulu segala bulan iaitu Ramadan al-Mubarak. Ramadan Mubarak atau Ramadan Kareem diucapkan kepada pembaca. Tahun ini kita akan menyambut bulan yang mulia ini seperti biasa dengan suasana yang luar biasa. Ia tidak terjangkau di kotak pemikiran kita beberapa bulan sebelum wabak Covid-19 melanda kita.
Solat tarawikh hanya di rumah masing-masing berimamkan ketua keluarga, yang mungkin pertama kali menjadi imam seumur hidup! Perasaan yang sayu, sedih, terharu dan sebak bercampur baur, tidak terkata. Allah ambil semua nikmat itu sementara. Apapun kejanggalan itu pasti ada hikmahnya. Agar semua dalam kalangan kita merenung dan berfikir. Setiap sesuatu yang berlaku pasti bersebab. Namun keistimewaan Ramadan tetap tidak akan hilang serinya. Ia tetap satu bulan yang lain dari yang lain.
Puasa adalah ibadah yang istimewa kerana memiliki banyak keutamaan. Di antara keistimewaannya iaitu puasa merupakan perisai bagi seorang muslim. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda: “Puasa adalah perisai” (H.R. Bukhari dan Muslim). Yang dimaksudkan sebagai perisai adalah puasa akan menjadi pelindung yang akan melindungi pelakunya di dunia dan juga di akhirat.
Di dunia ia akan menjadi pelindung yang akan menghalanginya untuk menurut godaan syahwat yang terlarang ketika berpuasa. Oleh sebab itu tidak boleh bagi orang yang berpuasa untuk membalas orang yang menganiaya dirinya dengan balasan yang sama, sehingga jika ada yang mencela ataupun menghina dirinya maka hendaklah dia mengatakan, “Aku sedang berpuasa.”
Manakala di akhirat maka puasa akan menjadi perisai baginya dari azab api neraka, yang akan melindungi dan menghalangi dirinya dari api neraka pada hari kiamat (dipetik dari Syarah al-Arba’in An-Nawawiyyah, Syaikh Ibnu ‘Utsaimin RH). Puasa akan menjadi perisai yang menghalangi dari siksa api neraka. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang hamba yang berpuasa di jalan Allah kecuali akan Allah akan jauhkan dia (kerana puasanya) dari neraka sejauh tujuh puluh tahun” (H.R. Bukhari dan Muslim). Rasulullah SAW juga bersabda: “Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, puasa adalah perisai, yang dengannya seorang hamba membentengkan dirinya dari api neraka, dan puasa itu untuk-Ku, Aku-lah yang akan membalasnya” (H.R. Ahmad).
Syeikh Salih Fauzan Rahimahullah menjelaskan: “Puasa adalah penghalang antara dirinya dengan api neraka. Hal ini merangkumi puasa yang wajib seperti puasa Ramadan dan juga puasa yang sunnah seperti puasa enam hari pada bulan Syawal, puasa Isnin & Khamis, puasa tiga hari setiap bulan, puasa Zulhijjah, puasa ‘Arafah, dan puasa ‘Asyura” ( dipetik dari Kitab Al-Minhatu Ar-Rabaniyyah fii Syarhi Al-Arba’in An-Nawawiyyah).
Inilah di antara keutamaan ibadah puasa, yang akan menjadi perisai yang melindungi seorang muslim di dunia, mahupun di akhirat. Oleh itu, kita hendaklah berpuasa seperti biasa dengan melakukan amal kebajikan yang berlipat kali ganda kerana tidak diganggu dengan urusan kerja, kesibukan dunia yang melalaikan kita untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pengisian Ramadan yang maksimum pada tahun ini. Sambutan yang agak berbeza dan luar biasa ini akan dikenang sampai bila-bila sepanjang hayat. Ia akan diingati sebagai Ramadan yang cukup istimewa dengan hikmah yang disediakan oleh Allah SWT untuk semua umat Muhammad SAW pada zaman ini. Moga dengan doa kita pada bulan Ramadan nanti akan membersihkan muka bumi ini dari wabak Covid-19 dengan asbab doa-doa dan amalan kita kelak. Semoga Allah memudahkan kita untuk menyempurnakan ibadah puasa dan meraih banyak pahala dan pelbagai keutamaannya walaupun diuji.
Penulis ialah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/25/kebiasaan-yang-luar-biasa-pada-ramadan-tahun-ini/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kebiasaan-yang-luar-biasa-pada-ramadan-tahun-ini

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persediaan Ramadan Luar Daripada Kebiasaan

Persediaan Ramadan Luar Daripada Kebiasaan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 458 hits
oleh Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir RAMADAN yang tiba kali ini bakal meninggalkan seribu satu kenangan buat umat Islam seluruh dunia dan Malaysia khasnya Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang masuk kepada fasa ke 3 ini umat Islam di ...
Luar Biasa Masjid Al Aqsa Kesunyian Sambut Bulan Ramadan

Luar Biasa Masjid Al Aqsa Kesunyian Sambut Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 520 hits
BAITULMAQDIS Buat pertama kali dalam sejarah moden perkarangan Masjid al Aqsa kesunyian tanpa para jemaah ketika menyambut ketibaan bulan Ramadan Kebiasaannya puluhan ribu orang akan berbondong bondong ke tapak suci umat Islam itu untuk men...
Tiga Hari Yang Luar Biasa

Tiga Hari Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 413 hits
1 Ibarat mimpi tiga kuasa besar dunia dilapor melakukan aktiviti ketenteraan yang kritikal dalam tempoh tiga hari berturut turut 2 Pada 15 April Rusia melancarkan ujian peluru berpandu pembunuh satelit yang dikenali sebagai PL 19 Nudol 3 Pa...
Baring Atas Lantai Hantuk Kepala Gigit Antara Tingkah Laku Biasa Muncul Umur 18 Hingga 3 Tahun

Baring Atas Lantai Hantuk Kepala Gigit Antara Tingkah Laku Biasa Muncul Umur 18 Hingga 3 Tahun

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 363 hits
MASALAH TINGKAH LAKU 1 Pukul 2 Gigit 3 Tendang 4 Hantuk kepala 5 Baring di lantai Diatas ini adalah contoh masalah tingkah laku yang biasa muncul sekitar umur anak 18 hingga 3 tahun FAHAMI FISIOLOGI ANAK Masalah tingkahlaku memang normal ba...
Pembaziran Makanan Berkurang Tanpa Bazar Ramadan Tahun Ini

Pembaziran Makanan Berkurang Tanpa Bazar Ramadan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 600 hits
PUTRAJAYA Ketiadaan bazar Ramadan pada tahun ini berikutan penularan COVID 19 dilihat mampu mengawal isu pembaziran makanan yang berlaku setiap kali bulan Ramadan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri be...
Siti Elizad Kongsi Tip Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan Letak Telefon Dekat Luar Semasa Mengaji Dan Selesai Solat

Siti Elizad Kongsi Tip Khatam Al Quran Di Bulan Ramadan Letak Telefon Dekat Luar Semasa Mengaji Dan Selesai Solat

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 473 hits
Siti Elizad tetapkan masa untuk membaca Al Quran sepanjang tempoh PKP ini MERAIKAN keberkatan bulan Ramadan umat Islam mengambil kesempatan dengan mempertingkatkan ibadah dan memperbanyakan amalan Bagi pelakon Siti Elizad dia dan keluarga m...
Tidak Boleh Sambut Di Luar Lelaki Ini Hadiahkan Reban Ayam Sempena Ulang Tahun Kelahiran Isteri

Tidak Boleh Sambut Di Luar Lelaki Ini Hadiahkan Reban Ayam Sempena Ulang Tahun Kelahiran Isteri

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 447 hits
Tular di laman sosial mengenai kisah seorang suami menghadiahkan sebuah reban ayam sempena ulang tahun kelahiran isterinya kerana tidak boleh ke mana mana sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Mohd Nazri Ismail 40 an berkata pada tahun ini ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik