Templat Pelaporan Pbd Tahun 3 Sains
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Templat Pelaporan PBD Tahun 3 Sains (DLP). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, baru-baru ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah memuat naik templat pelaporan pentaksiran yang baharu bagi Tahun 3 yang dinamakan sebagai Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Templat Pelaporan PBD bagi Tahun 3 ini digunakan mulai tahun ini (2019) kerana berdasarkan DSKP KSSR (Semakan 2017) Tahun 3.
Umum sedia maklum, Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini amat penting kepada semua pihak khususnya kepada guru-guru dan ibu bapa/penjaga murid bukan sahaja dalam melihat prestasi murid/anak dalam akademik mahupun bukan akademik, malah merupakan platform untuk guru meningkatkan pencapaian murid-murid melalui pelaksanaan aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih efektif.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenal pasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.
Sehubungan dengan itu, berikut merupakan panduan yang telah dinyatakan oleh BPK KPM dalam menggunakan templat pelaporan PBD ini :
MAKLUMAT AM
Templat Pelaporan PBD ini mengandungi 5 halaman (sheet ) :
PANDUAN
REKOD PRESTASI MURID
LAPORAN MURID (INDIVIDU)
DATA PERNYATAAN TAHAP PENGUASAAN
GRAF PELAPORAN
PENGGUNAAN TEMPLAT
Guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pada templat ini di halaman REKOD PRESTASI MURID . Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:
Nama dan Alamat Sekolah
Nama Guru dan Nama Kelas
Senarai Nama Murid, Nombor Kad Pengenalan dan Jantina
Nama Pentadbir
Jawatan Pentadbir (Guru Besar/ Pengetua)
TAHAP PENGUASAAN
Tahap Penguasaan murid bagi setiap komponen di dalam templat ini direkodkan untuk tujuan pelaporan perkembangan pembelajaran murid bagi sesuatu tempoh tertentu (Pertengahan / Akhir Tahun). Guru hanya perlu merekodkan Tahap Penguasaan ini di halaman REKOD PRESTASI MURID sahaja dan seterusnya pelaporan individu murid akan dijana secara automatik di halaman LAPORAN MURID (INDIVIDU) untuk cetakan. Tahap Penguasaan (TP) bagi tujuan analisis kelas dijana secara automatik di halaman GRAF PELAPORAN .
PENENTUAN TAHAP PENGUASAAN
Pentaksiran atau penilaian perlu dilakukan sepanjang masa semasa proses PdP berlaku yang berfokuskan kepada sesuatu standard pembelajaran yang dipilih ketika proses sesuatu PdPc. Tercapai atau tidak sesuatu tahap penguasaan boleh dikenal pasti melalui objektif PdPc berdasarkan standard pembelajaran yang dipilih. Murid yang tidak mencapai objektif standard pembelajaran tersebut akan diulang ajar oleh guru.
Tahap Penguasaan murid akan ditentukan melalui pentaksiran atau penilaian yang dilakukan oleh guru semasa proses PdPc. Sebagai bukti pentaksiran tahap penguasaan murid telah dilakukan, guru boleh merekodkan atau mencatat tahap penguasaan tersebut untuk membantu guru mengisi templat pelaporan yang disediakan.
Bagi tujuan pelaporan, guru hendaklah mengisi templat pelaporan yang disediakan oleh KPM sebanyak dua kali setahun iaitu pertengahan dan akhir tahun. Guru hendaklah memilih option di sebelah kanan bahagian atas halaman untuk menentukan pertengahan atau akhir tahun.
Pelaporan ini sebagai rekod prestasi keseluruhan kemahiran yang patut dikuasai oleh setiap murid. Tahap Penguasaan ini ditentukan melalui pertimbangan profesional guru berasaskan setiap standard pembelajaran yang dipelajari oleh murid. Pernyataan setiap Tahap Penguasaan tersebut tercatat pada data Pernyataan Tahap Penguasaan.
Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun templat ini pada pautan muat turun yang telah disediakan.
Dapatkan “Templat Pelaporan PBD Tahun 3 Sains (DLP)” di sini
Di sini admin kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘xlsx’ iaitu dalam bentuk dokumen Excel.
Download : TEMPLAT PELAPORAN PBD SAINS VERSI BI Tahun 3
SUMBER : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, 13 FEBRUARI 2019
Penutup
Semoga perkongsian ini iaitu Templat Pelaporan PBD Tahun 3 Sains (DLP) sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru mata pelajaran dalam menyediakan pelaporan pencapaian dan prestasi murid dalam PdPc. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.
Templat Pelaporan PBD Tahun 3 Sains (DLP)
Cikgu Suhaimin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2019/02/templat-pelaporan-pbd-tahun-3-sains-dlp.html