Tempat Menarik Popular Di Langkawi Untuk Percutian 3 Hari 2 Malam
"Tempat Menarik Tipikal Langkawi"
Langkawi sebenarnya tidak asing lagi dalam radar dan senarai baldi kaki melancong dalam dan luar negara.
Tempat Menarik yang Selalu Dikunjugi 3H2M LangkawiSebuah pulau yang memiliki pelbagai tempat menarik.
Namun, mungkin telah diberitahu atau dibuat pelbagai carian tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi, ada sesetengah pelancong yang masih dan sukar untuk merancangkan 'kemana arah hendak ku tuju bila hatiku rindu padamu' ok itu lirik lagu.
Tempat Tempat Menarik Di Langkawi
Apa yang ingin penulis jelaskan adalah, ke mana tempat mula mula apabila melancong di Langkawi, Kedah
Bagi tempoh waktu tertentu, bukan dalam masa yang lama. percutian singkat. Sebagaimana yang penulis dan keluarga lakukan untuk tiga hari dua malam di Pulau Langkawi.
Jom ikuti tempat-tempat menarik yang 'tipikal' untuk dikunjungi, jika bercuti di Pulau Langkawi untuk jangkamasa 3 hari dua malam sahaja.
Bukan melalui pakej percutian, tetapi secara sendiri-sendiri.
Hari Pertama :
1. Penerbangan Dari KLIA2 Ke Langkawi International Airport
Window View A320 AirasiaSesudah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dari KLIA2 dengan menaiki penerbagan Airasia A320 selama 40 minit.
Purata penerbangan dari KLIA ke Langkawi adalah 40-60 minit. Betulkan pinggang, cari pengenalan diri, ambil beg dan buang apa yang perlu dibuang.
Dapatkan kenderaan untuk menjelajah ke tempat percutian di Langkawi, bagi percutian penulis dan keluarga, kami menggunakan perkhidmatan sewa kereta.
Lebih bebas dalam urusan perjalanan.
2. Laksa Ikan Sekoq dan Bihun Sup
Laksa Ikan Sekoq Langkawi AirportTempat pertama sampai adalah tempat makan, perlu juga perut terisi dengan nutrien untuk tenaga percutian nanti.
Memandangkan penulis sampai agak petang dan sudah akan membawa ke arah matahari terbenam, ada baiknya singgah dahulu di kedai makan yang tidak begitu berat hidangan.
Maka makan laksa menjadi pilihan. Berhadapan dengan Pantai Hujung Airport dan di sebelahnya pula adalah landasan lapangan terbang Langkawi.
Cukup mudah untuk ditemui.
Banyak sebenarnya kedai dan gerai disini, boleh pilih yang mana berkenan di hati.
Antara menu utama adalah laksa dengan ikan kembung bersaiz kecil seekor dan bihun sup. Terdapat juga pasembur dan beberapa kudapan lain seperti pisang goreng dan keropok.
Coconut shake menjadi menu pelengkap makan di sini.
3. Halim Gulai Panas
Gulai Ikan Halim GP LangkawiAdalah baiknya untuk lebih tenaga, dapatkan makanan yang agak berat sedikit. Kali ini penulis memilih makanan bergulai.
Di restoran Halim GP ini menyediakan hidangan pelbagai jenis lauk bergulai. Ulaman pun ada, terbaik.
Apalagi perut sudah kenyang, balik ke 'homestay' dan tidur.
Hari Kedua :
4. Nasi Dagang Pak Malau
Nasi Dagang Ikan Tongkol Pak MalauSarapan pagi bagus untuk memulakan hari, tenaga untuk melancong seharian di Pualau langkawi.
Menyediakan hidangan pagi dan lebih penting ada nasi dagang dengan hidangan lain.
Sekali cuba memang terus terigat kampung halaman, tambahan pula kawasan sekitar sudah memiliki suasana kampung yang menarik.
Boleh semak review penuh pada jurnal di bawah:
REVIEW : NASI DAGANG PAK MALAU LANGKAWI
Boleh juga layan video yang disediakan di bawah:
5. Panorama Langkawi (Taman Tema)
Langkawi Skycab
Dalam Cable Car Skycab LangkawiJaranglah kalau datang ke Langkawi tanpa letakkan tinggalan tapak kaki di sini. Untuk rekod penulis telah berjaya menaiki kereta kabel di Langkawi sebanyak tiga kali, sesuatu yang agak boleh dibanggakan untuk penulis sendiri melakukan perkara berulang seumpama siaran tv berbayar.
Perasaan masih sama cuma dengan pandangan dan view berbeza
Langkawi Skybridge
Berjalan Di Skybridge LangkawiSudah menaiki skycab semestinya akan mencuba untuk merasai pengalaman skybridge pula.
Pengalaman berbeza, memang berbeza. Disini sahaja anda akan merasai pengalaman berada di ketinggian tertentu dan jaranglah untuk melakukannya di hari hari biasa.
Antara yang wajib cuba alami.
SkyRex
Namanya memiliki nama 'sky' namun pada asasnya tiada kaitan. Ia merupakan pengalaman untuk pengunjung menikmati 'perjalanan' dan menonton filem dalam situasi bukan seperti biasa.
Selain menikmati cerita pengunjung dapat merasainya, lebih senang diberitahu andalah pelakon filem tersebut.
Secara jujurnya, untuk lebih 2 kali, dengan jalan cerita yang sama, pengunjung akan bosan. Untuk yang pertama kali, memang menarik. Pihak panorama patut pelbagainya genre cerita baru 'rugged'.
3D Art Museum
3D Art Museum LangkawiSalah satu tarikan yang akan mesti dan wajib pengunjung masuk. Dengan tanpa kasut dan selipar, penulis mahu syorkan untuk membawa sekali kamera yang ada.
Pasti akan ada walaupun satu keping gambar yang ingin pengunjung abadikan dalam kenangan.
Semuanya, 'hidup' dalam kamera.
Pada hakikatnya, terdapat lagi kawasan menarik di dalam taman tema ini. Penulis andaikan namanya taman tema.
Penulis hanya senaraikan apa yang tipikal penulis lakukan, kerana masa sebenarnya musuh untuk taman tema ini.
6. Nusantara Enterprise (Gamat)
Ibu Gamat LangkawiDalam perjalanan dari Panorama Langkawi untuk ke Pekan Kuah, terdapat satu kedai atau perusahaan gamat yang popular.
Sebagaimana nama di atas. Gamat asli di proses di sini sehinggalah menjadi produk gamat.
Gamat memang menggamatkan suasana di Langkawi, ramai yang tahu. Inilah salah satu tempat pengunjung boleh singgah untuk mendapatkan produk gamat.
Disini, penulis berjaya di'prank' pemilik kedai, dengan merasai air tongkat ali asli, memang terbaik.
7. Dataran Lang Kuah
Dataran Lang KuahHari masih cerah, pandai-pandailah anda merancang waktu. Menjadi mercu tanda apa apa yang terkait Langkawi.
Di Dataran Lang inilah terdapat satu replika burung Helang dengan warna batu kawi (jingga kemerahan). Maka simbol Lang dan Kawi disatukan.
Jika datang ke Langkawi tanpa foto bersama replika ini maka tiadalah bukti anda disini. Hari dah beransur malam, jum, balik dan makan-makan untuk nutrisi malam nanti.
Hari Ketiga :
8. Beli Belah Di Pekan Kuah
Coklat Pepero Di HIG LangkawiHari terakhir di Langkawi, sebelum pulang ada baiknya untuk singgah dapatkan barangan di pulau yang bebas cukai ini.
Terdapat banyak kedai sebenarnya. Ada yang menjual pinggan mangkuk, barangan besi sahaja.
Ada juga yang menjual coklat dan cederamata untuk di bawa pulang nanti.
Penulis tidak akan menyebut nama kedai yang penulis singgah memandangkan ini bukanlah 'sponsored post'.
Penulis sekadar memberikan kata kunci 'HIG' boleh buat carian di waze dan google maps.
9. Penerbangan Dari Langkawi International Airport Ke KLIA2
Flight Langkawi to KLIAMemandangkan tiga hari dua malam sudah sampai ke penghujung, maka, tinggalkan homestay dalam keadaan baik, tinggalkan kereta yang disewa dengan cermat.
Jum nikmati penerbangan 45 minit untuk pulang ke KLIA2.
Menarik apabila anda memilih tempat duduk tepi tingkap pada waktu senja penerbangan.
Itinerary Percutian Langkawi 3 Hari 2 Malam
Ini adalah pengalaman ringkas penulis ketika melancong bersama keluarga di Pulau Langkwi untuk jangka masa yang agak singkat, tiga hari dua malam.
Tempat-tempat yang penulis syorkan di atas adalah tempat tipikal untuk dikunjungi dalam masa yang singkat.
Terpulang kepada selera bercuti masing-masing untuk melengkapkan percutian yang menarik.
Untuk lebih menarik jum layan video percutian tipikal di Langkawi di bawah, jika menarik boleh kongsi dan ingin subscribe, alhamdulillah.
Anda fikir anda tahu Tempat Tipikal Menarik Untuk Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Langkawi ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2019/11/tempat-menarik-popular-di-langkawi.html