Travelogue Percutian Ke Melaka 2 Hari 1 Malam




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua. Alhamdulillah, aku sihat sejahtera. Sebenarnya dah lama juga aku peram artikel ni, dah hampir sebulan berlalu, baru kali ni sempat nak berkongsi. Apa yang aku nak kongsikan adalah kisah Travelogue Percutian aku ke Melaka selama dua hari dan satu malam. Jadi, aku nak kongsi beberapa tempat yang aku sempat singgah selama dua hari dan satu malam ini. Semoga terhibur membaca kisah aku

TERMINAL BERSEPADU SELATAN, KUALA LUMPUR
Sepatutnya bas yang akan dinaiki untuk bertolak ke Melaka Sentral adalah pada pukul 8.30 pagi. Tiket bas sudah dibeli dengn harga RM11 beberapa hari sebelum. Malangnya, aku lambat sampai ke TBS. Bukan salah aku tetapi salah KTM Komuter, kerana tidak mengikut waktu yang tertulis pada papan kenyataan. Aku sampai di stesen KTM pukul 7.30 pagi. 8.15 pagi baru ada koc KTM Komuter datang. Pukul berapa pula nak sampai ke TBS tu

Akhirnya tiket bas baru terpaksa dibeli dengan harga RM10 yang akan bertolak pada jam 9.30 pagi. Sempatlah untuk aku bersarapan dan mengenangkan situasi KTM Komuter tadi. Memang selepas ini aku tak naik KTM Komuter dah

MELAKA SENTRAL, MELAKA

Sampai di Melaka Sentral pada jam 11.40 pagi. Kemudian, aku terus ke rumah rehat atau guest house yang telah dibayar sehari sebelum dengan harga yang sangat murah. Sampai sahaja di Melaka Sentral, aku terus booking GrabCar, mujur ada voucher GrabCar, jadi perjalanan dari Melaka Sentral ke rumah rehat menjadi lebih murah

MARI MARI GUEST HOUSE, MELAKA
Aku memilih untuk tinggal di Mari Mari Guest House yang terletak di Bandar Hilir, Melaka. Guest House ini lokasinya bagi aku strategik kerana berdekatan dengan kawasan ikonik di bandar Melaka ini. Yang paling penting harganya untuk satu malam sangat murah, iaitu RM5 sahaja. Rahsianya adalah beli di Agoda

Aku memilih untuk tinggal di Mixed Room. Bercampur dengan orang lain. Sebab apa? Sebab aku di rumah itu hanyalah untuk tidur dan mandi sahaja. Selebihnya aku berada di luar bersama kawan-kawan melakukan aktiviti makan dan photoshoot. Sebetulnya pada jam 2 petang baru boleh untuk check in, tetapi disebabkan aku dah sampai awal, aku dibolehkan untuk check in awal

MAHKOTA PARADE, MELAKA
Setelah selesai check in dan berehat selama beberapa minit, aku terus mencari tempat makan. Yalah, dah tengah hari. Perkara pertama yang aku cari pastinya adalah Asam Pedas. Banyak jugak artikel di Google yang aku cari mencari Asam Pedas terdekat yang sedap. Malangnya setelah berpuluh minit mencari, berjalan dan berpeluh, masih tidak jumpa

Aku terus masuk ke dalam Mahkota Parade Shopping Mall untuk mengambil angin pendingin hawa. Kemudian aku terbau satu bauan yang aku kenal. Iaitu Kentucky Fried Chicken. Disebabkan dah terlampau lapar, jadi aku terus makan KFC sahaja

MR.DIY MAHKOTA PARADE, MELAKA
Selepas sahaja selesai makan KFC, aku terus whatsapp kawan aku yang bekerja di Mr. Diy disini sebagai Assistant Supervisor. Sememangnya aku datang ke Melaka bertujuan nak jumpa kawan aku juga selain bercuti dan merehatkan diri. Alhamdulillah, dapat jumpa dan bersembang walaupun sekejap, kerana kawan aku sedang bekerja dan waktu bekerjanya tamat pada lewat malam

KOTA A' FAMOSA, MELAKA
Dalam perjalanan pulang ke Mari Mari Guest House, aku melalui beberapa kawasan ikonik iaitu Kota A' Famosa. Pastinya peluang mengambil gambar tidak dilepaskan. Kali terakhir aku ke sini adalah pada tahun 2017 bersama keluarga.  Sememangnya aku sangat kagum melihat pintu A'Famosa yang masih gagah berdiri sedangkan bahagian lain sudah tidak kelihatan

ENCORE MELAKA
Artikel Berkaitan : [ Pengalaman dan Ulasan Persembahan Teater Encore Melaka ]
Setelah beberapa jam berehat di rumah rehat, aku terus ke Encore Melaka untuk menyaksikan persembahan hebat selama 70 minit. Aku pergi ke Encore dengan menaiki GrabCar kerana kalau berjalan kaki pastinya lambat sampai. Berada di Encore Melaka pastinya sesiapapun tak akan melepaskan peluang untuk bergambar di hadapan bangunan yang sangat cantik ini


ASAM PEDAS CLAYPOT KOTA LAKSAMANA
Artikel Berkaitan : [ Makan di Asam Pedas Claypot, Restoran Kota Laksamana, Melaka ]
Setelah tamat persembahan dan sebagainya, aku terus bersama rakan untuk berjalan-jalan mencari makan di sekitar Jonker Walk. Kemudian, kami menaiki MyCar untuk ke sana. Alhamdulillah, pak cik My Car sangatlah baik hati kerana memberitahu tempat Asam Pedas yang sedap dan membawa kami ke sana. Sememangnya tempat yang dibawa oleh pakcik tersebut sangat meriah dengan restoran Asam Pedas.MELAKA RIVER

Selesai makan, perut pun dah penuh. Tibalah masa untuk pulang ke guest house. Disebabkan hanya beberapa kilometer sahaja lokasi, jadi aku tak bercadang untuk menaiki sebarang kenderaan melainkan berjalan kaki sahaja. Memang seronok bila mana berjalan kaki diwaktu malam yang sejuk

Sepanjang perjalanan, ada beberapa tempat yang menarik kami lalui dan salah satunya adalah Melaka River. Sempat juga aku berphotoshoot disitu, dengan lampu berwarna-warni. Bukan aku sahaja yang berphotoshoot, tetapi ada juga sekumpulan orang yang turut sama berphotoshoot

COCONUT SHAKE BATU BERENDAM, MELAKA
Artikel Berkaitan : [ Apa Yang Sedap di Coconut Shake Batu Berendam, Melaka? ]
Sampai sahaja di Mari Mari Guest House, aku terus merehatkan diri selepas selesai membersihkan diri. Berehat dan pulihkan tenaga yang banyak hilang sepanjang hari. Keesokkan harinya selepas check-out pada jam 11.30. Aku menunggu kawan aku datang ambil. Kemudian dia membawa aku ke Coconut Shake Batu Berendam.
Sudah lama jugak sebenarnya aku tak rasa Coconut Shake ni. Yang lebih memeranjatkan adalah bukan coconut shake yang menjadi tarikan bagi aku tetapi menu lain ya

CENDOL KAMPUNG HULU, MELAKA
Artikel Berkaitan : [ Makan Cendol Sedap Gila! di Cendol Kampung Hulu, Melaka ]
Setelah selesai makan di Coconut Shake Batu Berendam, kami bercadang untuk ke The Shore di mana boleh melihat seluruh pemandangan Melaka. Malangnya, setelah kami sampai dan berpusing-pusing mencari parking, ada bayaran ya untuk naik ke atas. Disebabkan wang yang tidak mencukupi, kami terus ke tempat lain

Tempat itu adalah Cendol Kampung Hulu, Melaka. Salah satu tempat yang menarik kerana terletak berdekatan dengan sungai melaka. Pertama kali aku melihat tempat makan cendol yang begitu cantik dan menarik. In shaa Allah jika aku bersama keluarga ke Melaka, aku akan membawa mereka ke sini.

______
Jadi, sekian sahaja untuk kisah Travelogue Percutian aku ke Melaka selama 2 hari dan 1 malam sahaja. Untuk kos sepanjang percutian singkat ini adalah sangat jimat dan sedikit sahaja. Mungkin jika lebih banyak bajet, mungkin ada beberapa tempat lain yang boleh dilawati lagi. Terima kasih kerana membaca sehingga ke perenggan ini. Jumpa lagi dalam sesi Travelogue lain kali pula

Sekian. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/11/travelogue-percutian-ke-melaka-2-hari-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itinerary Percutian Santai 3 Hari 2 Malam Di Hatyai

Itinerary Percutian Santai 3 Hari 2 Malam Di Hatyai

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 629 hits
Itinerary 3 Hari 2 Malam Di Hat Yai Thailand Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Baru baru ini Sha berpeluang untuk bercuti bersama keluarga di Hat Yai Thailand Terlebih dahulu Sha nak ucapkan terima kasih encik suami kerana belanja S...
Rugi Sekiranya Anda Lepaskan Peraduan Percutian Ke Australia Selama 5 Hari 4 Malam Ini

Rugi Sekiranya Anda Lepaskan Peraduan Percutian Ke Australia Selama 5 Hari 4 Malam Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 336 hits
Peraduan ini memang sangat sesuai untuk anda yang gemar memasak Hanya sediakan menu sup menggunakan produk Campbell s samada Sup Pekat atau Sup The post appeared first on
3 Hari 2 Malam Di Kabupaten Pasuruan Bromo Surabaya Indonesia

3 Hari 2 Malam Di Kabupaten Pasuruan Bromo Surabaya Indonesia

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 395 hits
3 Hari 2 Malam Di Kabupaten Pasuruan Bromo Surabaya Indonesia Salam Waduhhh Tercapai lagi wishlist uzu tahun ini Alhamdulillah ya allah Terima kasih atas jemputan Hihi Uzu ni kalau bab ke Indonesia memang lajuu jer nak p Hihihi Indonesia ka...
Burger Di Malam Hari Rosli Burger Taman Melawati

Burger Di Malam Hari Rosli Burger Taman Melawati

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 985 hits
hai assalammualaikumBurger Di Malam Hai Burger Tepi Jalan La di Carinya Malam tu husband call sayang nak burger tak aku terus jawab nak hahaa Husband cakap nak burger apa ada rusa arnab aku tak kisah mana mana Aku tetap makan Lagipun dah la...
Teror Panah Wayer Bikin Warga Gorontalo Takut Keluar Rumah Malam Hari

Teror Panah Wayer Bikin Warga Gorontalo Takut Keluar Rumah Malam Hari

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 259 hits
Melihat lambannya pihak kepolisian merespons apa yang terjadi di lapangan masyarakat menggelar aksi demonstrasi di depan Kantor Wali Kota Gorontalo
Bila Terjaga Di Malam Hari Bacalah Doa Ini In Sha Allah Termakbul Segala Hajat

Bila Terjaga Di Malam Hari Bacalah Doa Ini In Sha Allah Termakbul Segala Hajat

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 381 hits
Pada malam hari ketika tengah tidur kita mungkin pernah tiba tiba terjaga dari tidur di tengah malam Sebenarnya pada ketika itu ada zikir dan doa khusus yang dianjurkan oleh Rasulullah s a w untuk kita baca Malah Rasulullah s a w menjelaska...
30 Hari Bersalin Elfira Loy Turun Berat Badan 12 Kg

30 Hari Bersalin Elfira Loy Turun Berat Badan 12 Kg

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 441 hits
Baru saja menimang cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu Elfira Loy berkongsikan perkhabaran gembira apabila dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak The post appeared first on
Jokowi Ungkap Mendikbud Nadiem Minta Waktu 100 Hari Rancang Sistem Pendidikan

Jokowi Ungkap Mendikbud Nadiem Minta Waktu 100 Hari Rancang Sistem Pendidikan

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 240 hits
Presiden Joko Widodo atau Jokowi mengatakan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Nadiem Makarim meminta waktu 100 hari kepada dirinya untuk merancang sistem pendidikan berbasis teknologi
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam