6 Tempat Menarik Di Balik Pulau Bagi Pencinta Alam Semula Jadi




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Balik pulau, satu tempat di Pulau Pinang yang mempunyai pelbagai daya tarikan yang sangat menarik bagi aku

Bila sebut je Balik Pulau mesti benda yang terlintas kat minda korang adalah Durian..😍😍😍 Durian Black Thorn dia perghhhhh padu


Namun tanpa ku sedari rupanya ada yang lagi ohsem kat Balik pulau ni dan bagi aku tempat ni....perghhh best sangat


Bulan Oktober yang lepas aku bersama rakan media dijemput oleh Tourism Malaysia Wilayah Utara untuk sama² menjelajah keindahan alam semula jadi  (Balik Pulau Nature Exploration) yang sangat awesome di sini



Alhamdulillah cuaca sepanjang aktiviti selama 3 hari 2 Malam itu sangat baik walaupun ada hujan renyai² sedikit.




Kami Berkumpul di Taman Negara Pulau Pinang untuk sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara yang sempoi Encik Ahmad Husni Bin Ahmad Basri
Beliau menerangkan tentang tempat² yang patut diberi tumpuan dan focus utama wajib dilawati di sini




Disamping itu kami juga diberi taklimat ringkas oleh Nature Guide disini mengenai flora dan fauna yang terdapat disini


Apa yang ada di Balik Pulau? haaa itu yang nak cerita ni, berikut adalah 6  Tempat yang sangat awesome korang boleh buat kat Balik Pulau


1. Center for Marine and Coastal Studies (CEMACS) @USM


Dari Taman Negara kami dibawa menaiki bot ke CEMACS, perjalanan kami lebih kurang dalam 20 minit, namun dengan keindahan pemandangan ciptaan tuhan yang sangat indah buatkan tidak terasa seperti 20minit diatas bot




CEMACS  merupakan tempat dimana para saintis dan ahli biologi USM mengkaji hidupan laut yang ada di Pulau Pinang



Korang akan belajar banyak benda baru kat sini, jenis² hidupan laut seperti Obor obor dan yang paling menarik Jenis spesis ikan lumba² yang ada di Pulau Pinang..

woow tak sangka kan...kat Pulau Pinang ada ikan lumba²

aku diberitahu kebanyakan hidupan laut disini memakan sisa buangan manusia ke laut seperti plastik. Dan kebanyakan ikan yang kita makan hari² mengandungi plastik..😮😮😮

So korang tolonglah jangan buang sampah ke dalam laut ok

Memandangkan di Pulau Pinang ni banyak obor obor, maka kami diberitahu supaya membawa cuka sekiranya ingin mandi di Pantai, kerana cuka boleh menghilangkan bisa obor dari merebak

Bagi aku tempat ni sangat bagus untuk murid² sekolah dan kanak² untuk mereka mengenali pelbagai spesis hidupan laut










2. Teluk Kampi Trails

Bagi mereka yang sukakan aktiviti luar, suka berkhemah dan ingin bersatu dengan alam semula jadi, kat sini sangat awesome, korang boleh berkhemah dengan selamat tanpa ada gangguan hidupan liar






Tapak perkhemahan yang bersih dan dilengkapi dengan platform simen untuk korang dirikan khemah, siap ada tempat memasak lagi, cumanya korang kena pergi dengan Nature Guide. Ya lah siap sedia untuk sebarang kemungkinan perkara yang tidak diingini



3. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kerachut.


Bersebelahan dengan Teluk Kampi, Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kerachut ini merupakan tempat dimana Pihak Perhilitan akan mengawasi telur² penyu yang bertelur disini



Kegiatan mencuri telur penyu masih berleluasa dan ianya sangat tidak bermoral, disebabkan itu perlunya ada Pusat sebegini. Ini kerana dalam beribu anak penyu yang netas, cuma dalam 5 ekor saja yang akan berjaya hidup


Disini juga mereka akan merawat penyu yang cedera dan dilepaskan. Penyu jenis Agar merupakan penyu yang paling banyak disini


Satu fakta yang aku belajar kat sini ialah, setiap jantina penyu itu ditentukan oleh tempat ia bertelur "Hot Girl, Cool Guy"



Jika Penyu jantan ingin bertelur ia akan cari tempat yang teduh dibawah pokok, manakala bagi penyu betina ia akan bertelur di kawasan yang terang dan panas





Fakta menarik bagi setiap penyu yang bertelur disini, mereka pasti akan kembali betelur lagi di tempat yang sama, ini kerana di minda mereka ada ingatan yang seumpama GPS yang akan set kan lokasi tempat mereka bertelur


4. Tasik Meromiktik
Hanya 10 Minit berjalan kaki dari Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu korang akan sampai ke satu tempat yang bagi aku sangat menakjubkan dan sungguh hebat ciptaan Tuhan, iaitu Tasik Meromiktik



Tasik Meromiktik terjadi pabila air masin dan tawar bergabung, dimana air laut membanjiri ke dalam tasik atau sungai dan korang akan dapat lihat dua warna air yang berbeza



Malangnya oleh kerana kegiatan manusia di Laut Pulau Pinang ini, kini sudah beberapa tahun kejadian tasik Meromiktik ini tidak dapat disaksikan


5. Mangrove Tour Sungai Pinang


Satu aktiviti yang sangat mendamaikan dan menarik dimana korang dapat menyaksikan pelbagai spesis hidupan sepanjang paya bakau, seperti helang siput, bangau, burung Raja Udang, Burung Puchong dan Belacak, Belacak kat sini saiz dia agak besar....amazing






Dan dan.....apa yang paling menakjubkan ialah semasa kami melusuri laut menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan kami dihampiri sekumpulan ikan Lumba lumba....woow rasa macam tak percaya...dapat tengok ikan lumba² secara dekat di habitat mereka.





Memang satu pengalaman manis yang akan tersemat di ingatan, rasa teruja giler....😍😍😍

6. Penang ATV Eco Tour


Bagi korang yang gemarkan aktiviti lasak, di Balik Pulau juga korang boleh mengelilingi kampung dengan memandu ATV





Trek sepanjang 10 Kilometer korang akan dibawa pusing keliling kampung, masuk hutan dan yang paling best korang keliling sawah padi yang menghadiahkan korang dengan pemandangan sawah padi yang indah berlatabelakangkan gunung ganang yang menawan disertakan burung bangau yang putih menawan










Kebiasaan pengunjung akan memilih waktu petang dimana mereka dapat menyaksikan matahari terbenam di kawasan sawah padi


Perkara wajib yang korang kena cuba dan alami nya sendiri, bertuah sungguh warga Balik Pulau....ni yang buat nak duduk Balil Pulau ni.



PENANG ATV ECO TOUR PRICE
NORMAL RATE: MALAYSIAN WITH MYCARDRM100 per ATV for 1 Pax (Single)RM150 per ATV for 2 Pax (Double)
NORMAL RATE :NON LOCAL WITHOUT MYCARD
RM150 per ATV for 1 Pax (Single)RM200 per ATV for 2 Pax (Double)
SUNSET SLOT ADDITIONAL (6PM ride only)
RM50/PER TRIP
MINIMUM BOOKING FOR 1 TRIP IS 2PERSON (FOLLOW BY MARSHAL)
Beralamat : 298, Mukim I, Kampung Perlis, Balil Pulau

Untuk Tempahan:
Sila Hubungi Kami 

+6013-4803866 AYDA (WASAP/CALL)+6019-4621883 ZAKI   (WASAP/CALL)+604-8660284 (9am-6pm)
Facebook: Penang ATV Eco Tour - Balik PulauInstagram: penangatvecotour

Terima Kasih Tourism Malaysia Wilayah Utara untuk program yang sangat bermanfaat ini








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://fareezvanfillers.blogspot.com/2019/11/5-tempat-menarik-di-balik-pulau-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Wajib Anda Lawati Sempena Cuti Sekolah Ini

12 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Wajib Anda Lawati Sempena Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 718 hits
Cuti sekolah ni seronok juga kalau ke Cameron Highlands Cuaca sejuk je macam pergi oversea Apa lagi tempat best kat sana yang aku belum pergi ya Tanah Tinggi Cameron adalah antara destinasi yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk melua...
5 Tempat Awesome Wajib Lawat Sekitar Bandaraya Shah Alam

5 Tempat Awesome Wajib Lawat Sekitar Bandaraya Shah Alam

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 464 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraBaru ni aku ada terlibat dengan satu Lawatan Singkat Media FAM trip yang dianjurkan oleh Tourism Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam dan Concorde HotelProgram 2 hari 1 malam ini mengeteng...
Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati

Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 745 hits
Senarai 9 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini Sha luangkan masa untuk menyenaraikan tempat tempat menarik yang ada di daerah kelahiran Sha iaitu Daerah Besut Terengganu Ramai kawan kawan cakap Ter...
7 Lokasi Tempat Percutian Bajet Di Shah Alam

7 Lokasi Tempat Percutian Bajet Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 472 hits
Cuti sekolah akan bermula seminggu dari sekarang Para ibubapa dan anak anak mesti ingin bercuti ke mana mana destinasi pilihan Di sini aku nak menrjah lokasi tempat percutian di Shah Alam dan kawasan sekitarnya yang boleh di lawati Sengaja ...
Nasihat Untuk Pencinta Anjing Bodoh Tu Simpan Sikit

Nasihat Untuk Pencinta Anjing Bodoh Tu Simpan Sikit

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 619 hits
Ringkasan report Polis Pada 15 11 2019 jam lebih kurang 1420hrs pengadu telah dimaklumkan oleh guru Sekolah Agama Rakyat Haji Awaluddin Batu 7 Jln Pantai Telok Kemang telah digigit oleh anjing liar semasa menunggu kelas dibuka UMUR 6 TAHUNP...
Mama Pinky Badut Pencinta Kucing Jalanan

Mama Pinky Badut Pencinta Kucing Jalanan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 216 hits
IPOH 6 Nov Ambil belon dan derma seikhlas hati untuk bantu kucing jalanan Tq Demikian tertera tulisan pada sekeping papan tanda hitam kecil yang diletakkan bersama sama sebekas belon yang ditulis Mama Pinky si badut wanita Nazirah Abd Rahma...
Pantai Bukit Keluang Besut Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

Pantai Bukit Keluang Besut Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 559 hits
Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu Assalamualaikum dalam salam sejahtera semua Alhamdulillah cuti merdeka baru baru ini Sha balik kampung di Besut Terengganu Kalau korang nak tahu apa yang palin...
Pulau Pulau Buatan Manusia Yang Sangat Menakjubkan

Pulau Pulau Buatan Manusia Yang Sangat Menakjubkan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 547 hits
TAHUKAH ANDA PULAU PULAU BUATAN MANUSIA YANG SANGAT MENAKJUBKAN Tuhan sudah menciptakan seluruh bumi dan isinya untuk kehidupan manusia Namun dengan semakin berkembangnya populasi manusia membuatkan dunia semakin sempit Mungkin kerana alasa...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat