10 Hotel Terbaik Di Langkawi Untuk Percutian Pulau Yang Istimewa
Pulau bebas cukai yang terkenal di Malaysia, Pulau Langkawi, bukan sahaja menjadi tarikan pelancong tempatan, malahan pelancong yang datang dari jauh beribu batu. Ini sudah cukup membuktikan betapa istimewanya Pulau Legenda ini.
Aktiviti menarik yang boleh dibuat di sekitar pulau ini sungguh banyak tak terkira, selain membeli-belah, aktiviti yang sering dilakukan adalah seperti snorkeling, menyelam skuba, mendaki bukit, menaiki kereta kabel dan bermacam lagi yang pasti menceriakan percutian anda
Nak tahu bagaimana cara untuk memaksimumkan lagi keseronokan percutian anda di Langkawi? Jawapannya adalah dengan menginap di hotel hebat yang ada di Langkawi ini
Tak cukup dengan aktiviti di sekitar Pulau Langkawi, di sekitar hotel ini pun anda boleh berseronok sakan bersama keluarga! Hotel mana yang hebat tu, dan apa hebatnya di hotel-hotel ini? Teruskan membaca senarai hotel terbaik di Pulau Langkawi kalau anda nak tahu.
10. Berjaya Langkawi Resort
Terletak berdekatan dengan Oriental Village yang cukup indah dan Langkawi Cable Car Ride, hotel Berjaya Langkawi Resort bukan sahaja memiliki lokasi yang strategik, kemudahan-kemudahan yang disediakan hotel ini juga cukup istimewa
Hotel ini sangat mesra keluarga, lengkap dengan bilik untuk bermain Playstation, gym, taman permainan, gelanggang tenis, Kids’ Club, dan bilik khas untuk permainan yang lain seperti ping-pong, darts dan macam-macam lagi!
Berjaya Langkawi Resort
Untuk aktiviti santai, anda boleh berendam badan di dalam kolam renang beratmosfera tropika yang dikelilingi dengan pokok-pokok kelapa. Yang syoknya lagi, ada air terjun sekali tu! Kalau anda terasa air terlalu sejuk, anda boleh berendam dalam tab mandian air panas yang dibahagikan dengan batuan di kolam renang ini.
Berjaya Langkawi Resort
Dah puas berseronok, anda boleh memanjakan diri di Taaras Spa yang juga memiliki kolam renangnya sendiri, salon kuku, bilik steam dan sauna. Tak akan ada sesaat pun bosan di resort ini.
Setiap bilik di resort ini pula dihias dengan menjadikan alam semulajadi sebagai inspirasi utama. Dari tempat penginapan, anda dapat menikmati pemandangan lautan yang membiru ataupun kehijauan pokok-pokok hutan, cukup menyejukkan pandangan mata.
Kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah kedai, perpustakaan mini dan klinik. Wah! Punyalah lengkap resort ni, terasa macam duduk di bandar pula!
Alamat: Karong Berkunci 200, Burau Bay, 07000 Pantai KokSemak Harga Bilik Semalam
9. The Danna Langkawi
Siapa yang tak suka bermandi-manda, kalau anda nak tahu, di The Danna Langkawilah terletaknya kolam infiniti terbesar di Pulau Langkawi! Betapa luasnya kolam ini sehinggakan pada hari ramai orang bermandi-manda pun tak terasa padatnya, ini baru betul infiniti!
The Danna Langkawi
Tak cukup dengan kolam seluas pandangan, anda boleh berjalan kaki menuju ke pantai peribadi milik hotel ini, lengkap dengan kerusi santai dibawah lindungan bumbung. Kalau anda beruntung mungkin anda dapat gunakan hammock yang tergantung di antara 2 buah pokok rendang di pantai ini.
Kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah spa dengan mandian urutan badan, mandian air panas dan sauna. Selain itu, bagi anda yang datang bersama anak kecil, anda boleh mendaftarkan anak-anak anda dengan Kids’ Club hotel ini yang menyediakan banyak aktiviti menarik untuk mereka dan kemudahan bilik yang dipenuhi dengan permainan.
The Danna Langkawi
Anda rasa itu sahaja yang ada di sini? Hotel ini cukup lengkap, andai kata cuaca tak mengizinkan untuk anda menerokai pulau, anda boleh meluangkan masa di Game Room, perpustakaan ataupun gym hotel ini.
Memang syok bersenam di gymnya sebab anda juga dapat menikmati pemandangan indah kawasan bandar sambil mengeluarkan peluh.
Alamat: Telaga Harbour Park, 07000 Pantai Kok
Semak Harga Bilik Semalam
8. The Andaman, A Luxury Collection Resort
The Andaman adalah sebuah hotel tepi pantai yang memiliki reka bentuk rumah tradisional Melayu. Suasana hotel ini cukup tenang dikelilingi oleh hutan hujan yang terletak di sepanjang Datai Bay.
Suasana natural ini bukan sahaja dapat dilihat dari luar hotel, apabila anda memasuki ruang lobi hotel ini, keluasan lobi dan hiasan dalaman yang dipenuhi perabot-perabot kayu mewah ini cukup mempesonakan, terasa seperti duduk di dalam rumah kampung lebih-lebih lagi dengan konsep terbuka ruang lobi ini yang mana anda dapat menikmati pemandangan di sekeliling yang penuh kehijauan.
The Andaman, A Luxury Collection Resort
Di bahagian taman hotel ini pula terdapat tumbuhan-tumbuhan yang cukup mekar termasuklah tanaman herba untuk anda lihat dengan lebih dekat.
Dah puas berjalan-jalan menikmati kehijauan, anda boleh bersantai di kerusi-kerusi yang disediakan sambil membaca buku kegemaran anda atau sekadar menghirup udara segar sambil memejamkan mata.
The Andaman, A Luxury Collection Resort
Bercakap tentang bilik-bilik di hotel ini pula, setiap penginapan dilengkapi dengan balkoni atau patio yang menawarkan pemandangan lautan ataupun rimba. Yang bestnya, di bilik tertentu hotel ini memiliki tamannya sendiri, ada yang menawarkan dua buah kolam renang peribadi, ada juga yang memiliki ruang sauna dan kemudahan bersenamnya sendiri dan macam-macam lagilah. Sebuah penginapan yang memang wow!
Alamat: Jalan Teluk Datai, 07000 Teluk DataiSemak Harga Bilik Semalam
7. Arch Studio Cenang
Selesa, kemas, tenang dan indah, Arch Studio Cenang adalah penginapan sempurna yang sebenar. Jangan tertipu dengan struktur luarannya yang kelihatan tidak begitu gah atau menarik, kerana keindahan sebenarnya tersimpan di ruangan dalamannya.
Arch Studio CenangJelas terpancar bahawa pemilik penginapan ini sangat berpengetahuan tinggi tentang seni dan dekorasi dalaman, sungguh kreatif!Menampilkan konsep industrial, memasuki ruang penginapan keluarga yang ditawarkan, dinding merah batu-bata dan tona kayu menjadikan setiap ruang di dalam hotel ini kelihatan sejuk dan sungguh cozy, ditambah lagi dengan pencahayaan lembut yang digunakan, suasana hotel terasa begitu santai.
Arch Studio CenangTerletak hanyalah 200 meter dari Underwater World Langkawi dan kawasan pantai, hotel ini juga terletak tidak lebih 2 km dari Muzium Laman Padi. Arch Studio Cenang adalah penginapan yang strategik sekiranya anda ingin meneroka antara tarikan menarik yang terdapat di Langkawi.Alamat: Arch Studio Cenang Jalan Pantai Cenang, 07000 Pantai CenangSemak Harga Bilik Semalam
8. Aloft Langkawi Pantai Tengah
Aloft Langkawi Pantai Tengah tidak akan memberikan anda walau satu sebab untuk tidak booking.
Menyajikan pemandangan lautan Andaman, taman dan juga hutan rimba dari ruang balkoni, sukar untuk mencari hotel lain yang dapat menandingi panorama mempesonakan yang disajikan dari hotel ini.
Aloft Langkawi Pantai Tengah
Tidak cukup dengan itu, anda tidak akan sesaat pun dihurung kebosanan kerana kepadatannya dengan fasiliti menyeronokkan yang boleh digunakan sepuas hati bersama keluarga.
Antaranya adalah kolam renang infinitinya yang dibuka dari awal pagi sehingga lewat malam, gimnasium dan juga bilik permainan kanak-kanak.
Aloft Langkawi Pantai Tengah
Kelaparan selepas puas beraktiviti? Ada banyak kedai makan menarik yang boleh ditemui di sekitar hotel ini.Semak Harga Bilik Semalam
5. Adya Hotel Langkawi
Hotel indah yang terletak di tengah-tengah kota Kuah Langkawi ini adalah satu-satunya hotel yang Islamik kalau nak dibandingkan dengan hotel yang lain. Hotel ini lengkap dengan ruang solatnya sendiri.
Adya Hotel Langkawi
Kolam mandinya pula ada 3 jenis, ada yang boleh digunakan semua penginap, ada kolam renang untuk kanak-kanak dan yang paling special sekali adalah kolam renang khas untuk wanita sahaja! Macam ni baru syokkan para wanita? Barulah ada privasi!
Di samping itu, kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah spa untuk mendapatkan urutan badan yang menyegarkan, pusat kecergasan yang agak luas dan restoran yang dibuka 24 jam!
Adya Hotel Langkawi
Dah puas makan angin sekitar pulau sampai lewat malam tu, tak payah susah-susah cari kedai makan lain. Tapi, kalau anda nak makan di luar juga, keluar je dari hotel, anda boleh terus nampak KFC.
Alamat: No 1 PT Persiaran Mutiara 2, Mukim, Kuah, Kedah 07000
Semak Harga Bilik Semalam
4. Four Seasons Resort Langkawi
Hotel yang memiliki pantai peribadi khas untuk penginapnya ini, Four Seasons Resort Langkawi, adalah sebuah hotel yang cukup stylish! Memiliki reka bentuk tradisional Melayu, dalam atmosfera desanya ini tetap lengkap dengan bermacam kemudahan moden yang bukan biasa-biasa, semuanya cukup mewah!
Four Seasons Resort Langkawi
Antara kemudahan yang dapat anda nikmati di resort ini adalah kolam renang untuk keluarga, kolam renang dewasa dan kolam renang kanak-kanak.
Fasiliti lain yang ada di sini adalah spa dengan pemandangan indah, pusat kecergasan, gelanggang tenis dan studio yoga. Hotel yang juga mesra keluarga ini turut memiliki kelab khas untuk kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti menarik diatur untuk mereka.
Lokasi hotel ini pula terletak berdekatan dengan Kilim Karst Geoforest Park yang boleh diakses dengan menaiki bot yang disediakan. Di hutan ini, anda sekeluarga dapat melihat pembentukan batu yang telah pun berusia berjuta tahun.
Four Seasons Resort LangkawiMenunjukkan betapa tuanya hutan ini, membuatkan ia turut kaya dengan pelbagai flora dan fauna yang lain. Banyak aktiviti boleh dibuat di resort ini kan?Bercakap tentang penginapan di resort ini pula, ia memiliki rekaan dalaman yang cukup natural berasaskan kayu. Lengkap dengan cermin yang besar dan ruang beranda untuk anda menikmati pemandangan memukau air laut atau taman hijau di resort ini. Percutian yang cukup heaven!Alamat: Jalan Tanjung Rhu, Langkawi, 07000 Tanjung RhuSemak Harga Bilik Semalam
3. Telaga Terrace Boutique Resort
Hotel yang menggabungkan seni bina tradisional Melayu dan moden ini menawarkan penginapan yang sangat memukau jiwa.
Apabila anda sampai ke bilik, anda akan disambut dengan bau yang sungguh harum kerana sebelum anda check-in, pihak hotel akan membakar essential oil untuk mewangikan bilik, memang tip-top lah layanan hotel ini!
Telaga Terrace Boutique ResortPenginapan anda juga terasa sangat tropikal dengan gabungan warna-warna natural dan sedikit sentuhan warna cerah untuk menghidupkan suasana bilik.
Sekiranya anda menginap di Mahsuri Suite hotel ini, anda dapat menikmati mandian menyegarkan di dalam jakuzi anda sendiri, biliknya juga cukup luas untuk anda yang datang bersama keluarga.
Telaga Terrace Boutique ResortUntuk aktiviti semasa di sini, anda boleh mendapatkan bantuan hotel untuk mengatur aktiviti outdoor seperti island hopping. Lokasi hotel ini juga cukup hebat, kawasan pantai yang terdekat boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dalam masa 6 minit. Untuk mengisi perut pula, dalam 100 meter dari hotel terdapat banyak gerai-gerai makanan.
Alamat: Jalan Pantai Cenang, 07000 Pantai CenangSemak Harga Bilik Semalam
2. Dayang Bay
Terletak hanya sekitar 8 minit pemanduan dari Jeti Langkawi, Dayang Bay bukan sahaja memiliki lokasi yang cukup best untuk anda yang nak menjelajah seluruh pelusuk Pulau Langkawi, malahan, hotel ini juga menawarkan banyak fasiliti yang menarik.
Dayang Bay
Antara yang dapat anda enjoy sewaktu menginap di sini adalah kolam renang yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Dari kolam ini anda dapat menikmati pemandangan air laut yang memukau hati.
Dayang BayYang bestnya lagi, kolam ini juga lengkap dengan gelongsor, lagilah seronok! Selain kolam renang, hotel ini turut menawarkan khidmat rawatan spa, gym dan taman yang indah untuk anda bersantaiAlamat: Persiaran Pelangi, 07000 KuahSemak Harga Bilik Semalam
1. Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat
Lagi satu penginapan yang bukan main hebat lagi, Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat, memang susah nak lupakan pengalaman menginap di sini.
Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat
Terletak di kawasan atas bukit yang dikelilingi hutan dan hidupan liar, penginapan ini memang sesuai untuk anda yang inginkan udara yang menyegarkan, jauh dari sebarang pencemaran serta ditemani bunyi alam semulajadi yang sangat merdu.
Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti spa yang menawarkan khidmat urutan, rawatan badan dan wajah. Selain itu, terdapat juga bilik permainan, taman herba dan kolam renang
Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat
Oleh kerana kedudukannya yang agak jauh dari kawasan tarikan yang lain, jangan lupa untuk menyewa kereta, barulah senang anda nak bersiar-siar di sekitar pulau ini.
Alamat: Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah, 07000 Pantai CenangSemak Harga Bilik Semalam
Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2019/11/10-hotel-terbaik-di-langkawi-untuk.html