Tempat Menarik Percutian Di Selangor Dalam Hutan Sekeping Serendah


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Orang sibuk time nak bercuti adalah hujung tahunkan tapi Maha sibuk nak bercuti awal tahun. Yer lah mana tidaknya hujung tahun ni negara kita tengah menghadapi cuaca yang tidak menentu. Ada tempat banjir teruk, ada yang tempat tanah runtuh sehingga kehilangan nyawa. Kemudian tempat yang dilanda ribut dan macam-macam lagi



Jadi Maha dan kawan-kawan pun rancang percutian penghujung bulan Januari baru-baru ini. Tempat kami pilih ini adalah tempat yang pernah dirasai sendiri oleh Cik Lily and friend. Jadi tengok pada keadaan dan suasana hutan yang masih terjaga dan juga masih terpelihara serta mencabar jadi kami pun terus nak juga rasai duduk semalam kat sini. Tak lama pun hanya nak ambil pengalaman tapi sangat seronok dan menarik gilerrrr menyesal lak tak ambil 2 malam kat situ



Tempat yang kami pergi kali ini adalah Sekeping Serendah yang terletak di kawasan Rawang Selangor sahaja tak jauh pun. Tapi ia adalah kawasan hutan alam semulajadi yang masih terpelihara dan kawasan sekitarnya didiami oleh keluarga orang asli. Jadi semua makin terujalah nak juga cuba bermalam kat sini dengan rumahnya yang style terbuka

Tempahan Dibuat Secara Dalam Talian Sahaja
Masa kami nak pergi tu kami servay terus kat laman sesawang https://www.sekeping.com/serendah dan tengok gambar yang ada kat situ juga kami explore kat laman sosial mereka seperti Facebook dan juga Instagram Sekeping Serendah link nanti Maha kongsi kat bawah sekali. Bila dah tengok kat laman sesawang tu ada banyak jenis rumah yang boleh pilih. Ini kerana kami datang dalam kuantiti yang ramai 9 orang mula plannya jadi kami sangat sesuai dengan Warehouse1 yang mana ia tulis situ boleh memuatkan 10 orang dan paling maximum boleh pergi sampai 14 orang



Ada satu lagi yang Warehouse2 tapi yang tu dah ada orang booking jadi tak sempat. Dua-dua ni dekat jer sebelah sahaja tapi diasingkanlah dengan kongsi satu kolam renang. Itu juga menjadi faktor kenapa kami pilih rumah ini. Ia ada parking yang berasingan dengan orang lain juga. Jadi semua tempahan dibuat melalui dalam talian sahaja kat laman sesawang. 


Setelah kami pilih tarikh yang kosong dan tiada orang booking jadi semua perbualan dan juga pembayaran dibuat atas talian sahaja. Paling penting email kena valid kerana meraka akan hantar semua booking dan juga pengesahan korang melalui emel. Semua rumah kat sini kena buat bayaran pendahuluan yang ditetapkan oleh pemilik. Macam kami hari tu kena bayar separuh harga untuk booking kerana waktu tu sangat pick time cuti hujung bulan



Setelah buat pembayaran separuh tu dapat email pengesahan daripada pemilik dan juga seperuh lagi kami buat bayaran secara cash semasa dah nak check in nanti. Cuma kalau dah buat bayaran booking tu kena ingat ada syarat kalau nak cancel akan dikenakan charge 20%-50% ikut pertimbangan pemilik. Jikalau pembatalan kurang dari 7 hari tiada pemulangan diberikan kepada duit tempahan tersebut



Dalam email pengesahan bayaran pendahuluan akan diberi tahu detail apa yang boleh buat dan juga apa yang tak boleh buat. Juga kemudahan apa yang ada kat dalam rumah yang kami pilih tu pun dinyatakan sekali secara detail kena baca kerana ia penting sebab kita berada dalam kawasan hutan. Semua orang teruja lah nak pergi dan memang excited gilerrrr heheheheh. Kami buat tempahan sebulan awal dari tarikh kerana situ ada jadual yang mana tarikh dah ada booking dan kosong senang korang rujuk

Barang Yang Disediakan Dan Juga Yang Kami Bawa Sendiri
Ikut pada list kat situ dalam satu rumah Warehouse1 yang kami pilih tu dah ada kemudahan seperti dua bilik dengan 3 katil queen dan juga 4 katil single. Setiap katil ada kelambu sendiri kerana kawasan rumah tu terbuka tiada dinding hanya ditutup sikit-sikit sahaja dengan kayu dan jaring. Bilik air ada 3 dengan ruang mandi dan ruang membuang sekalilah. Bilik air besar luas dan ada yang open kat atas hehehehe. Ada juga dapur untuk memasak kerana kat situ tidak disediakan makan semua kena bawa sendiri makanan. 


Dapur ni best kerana kami suka masak sendiri dan ia lengkap ada periuk, kuali, pinggan, cawan, peti sejuk, dapur gas, cerek elektrik, juga singki untuk membasuh. Hari tu kami bawa bahan mentah sahaja tapi periuk nasi dan periuk multicooker kami bawa sebab nak masak steamboat hehehe. Kalau bahan elektrik lain nak bawa boleh sahaja. Penting plug extension kena bawa banyak kerana kat situ power plug sangat terhad. 


Bahan BBQ malam mereka ada sediakan tempat membakar termasuk jaring dan juga arang 2 kotak. Kalau korang nak bawa sendiri lebih banyak terpulang. Bahan untuk BBQ semua kami sediakan sendiri perap siap-siap kat rumah. Kat situ ada meja makan yang boleh muat 10 orang sangat bagus. Juga ada meja untuk ruang lepak yang disediakan. Cuma nak ingat barang untuk mandian bawa sendiri dan juga penjagaan diri bawa sendiri termasuk tuala mandi kerana mereka tidak sediakan tuala mandi disitu. Bestnya mandian ada air sejuk dan panas tau. 
Suasana Malam Sangat Sunyi
Kami dah dimaklumkan awal bahawa kami masuk kawasan hutan jadi memang sunyi sangat nak bawa radio atau tv boleh tapi tak boleh pasang kuat-kuat sehingga mengganggu jiran lain. Juga tidak boleh buat bising dengan ketawa atau cakap kuat-kuat. Kalau ada aduan dari jiran-jiran faham-faham sahajalah. 


Check in petang pukul 2 kami sampai tepat waktu dan sampai tu kami terus tour kawasan ini sebab teruja tengok tempat dalam hutan yang betul-betul dalam hutan. Jalan petang tu keliling kawasan ikut track yang disediakan memang best ada berbukit dan juga ada yang kat kawasan paya. Cuma tak boleh nak masuk dalam rumah orang lain lalu kat tepi boleh lah. Di situ ada dua kolam renang yang utama kat bawah untuk orang kawasan berdekatan. Kami yang duduk kat Warehouse atas bukit sikit ada kolam renang asing. Boleh mandi dari pukul 7 pagi hingga 10 malam sahaja



Sekitar kawasan hutan ni memang sangat sesuai untuk OOTD dan bagi mereka yang instagrammable memang suka lah kerana banyak tempat boleh ambil gambar. Nak healing kat dalam kolam renang dan juga nak santai duduk kat bawah pokok pun boleh ikut kreativiti masing-masing. 


Bagi kami yang mula plan 9 orang akhirnya tinggal 7 orang nak tukar rumah lain semua dah penuh jadi terpaksa juga ambil rumah yang besar tu. Memang besar sungguh tidur satu bilik sahaja semua muat hehehe. Kawasan luas tu memang best dan rasa duduk dalam dunia tiada gangguan. Bunyi kenderaan pun tiada serta kawasan tu tiada signal telefon. Mereka ada sediakan WiFi percuma tapi kadang-kadang bagus kadang-kadang tak dapat langsung. Jadi memang duduk dalam hutan layan bunyi unggas sahajalah. 


Apa pun kalau korang nak rasa jauh dari segala kesibukan sini boleh dijadikan tempat yang menarik untuk beriadah. Tapi tak sesuai datang sendiri melainkan korang betul-betul kuat hehehe. Nak cari tempat ni tak susah Waze sahaja Sekeping Serendah dala lebih kurang 40 ke 50 minit dari KL. Waze memang terus bawa kat kawasan melalui kampung orang asli. Moga sedikit sebanyak dapat bantuk kalau korang nak cari alam semulajadi untuk berehat. Selamat berehat dan selamat bercuti. Ok kalau nak komen pengalaman korang boleh tinggal kat ruang komen bawah ni ok

Info lanjut boleh ke laman sosial Sekeping Serendah :Facebook : https://www.facebook.com/sekepingretreatsInstagram : https://www.instagram.com/sekepingserendah/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/02/tempat-menarik-percutian-di-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Tempat Makan Menarik Di Sekinchan Restoran Best Wajib Cuba

12 Tempat Makan Menarik Di Sekinchan Restoran Best Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 283 hits
Sekinchan meningkat popular kebelakangan ini bukan Jika anda merancang untuk ke sana pasti anda ingin tahu tempat tempat makan yang menarik yang boleh dijumpa di Sekinchan Mari kami kongsikan 12 tempat makan menarik di Sekinchan 12 Abah Bon...
29 Tempat Makan Menarik Di Ipoh Pengalaman Menjamu Selera Yang Luarbiasa

29 Tempat Makan Menarik Di Ipoh Pengalaman Menjamu Selera Yang Luarbiasa

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 283 hits
Pernah disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 destinasi di Asia yang wajib dikunjungi Ipoh menjanjikan pengalaman pelancongan yang bakal menggegarkan dunia anda Dikelilingi oleh bangunan kolonial yang telah mencecah usia berdekad laman...
Roti Bakar Hutton Lane George Town Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

Roti Bakar Hutton Lane George Town Tempat Makan Menarik Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 461 hits
Roti Bakar Hutton Lane George Town Tempat Makan Menarik Pulau PinangRoti Bakar Hutton Lane George Town Tempat Makan Menarik Pulau Pinang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys MOMI singgah ke Pulau Pinang seketika untuk hentian pertama se...
11 Tempat Makan Menarik Di Rawang Restoran Sedap Yang Mesti Dicuba

11 Tempat Makan Menarik Di Rawang Restoran Sedap Yang Mesti Dicuba

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 191 hits
Rawang Selangor merupakan antara bandar yang kian membangun Dengan pelbagai pembangunan dan perumahan baru yang disediakan ia menjadi antara bandar ideal untuk anda dan keluarga Namun apakah mudah untuk mencari tempat makan di sana Sudah te...
Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre Singapura Tempat Makan Menarik Di Singapura

Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre Singapura Tempat Makan Menarik Di Singapura

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 523 hits
Cuba Makanan Di Golden Mile Food Centre Singapura Tempat Makan Menarik Di SingapuraCuba Makanan Di Golden Mile Food Centre Singapura Tempat Makan Menarik Di Singapura Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Kalau sebelum ini MOMI kongsi me...
Peluang Umno Menang Prn Selangor Tipis

Peluang Umno Menang Prn Selangor Tipis

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 206 hits
Faisal Asyraf PETALING JAYA Dua bekas pemimpin Umno berkata peluang untuk parti itu memenangi kerusi pada pilihan raya negeri Selangor akan datang adalah tipis berikutan gelombang hijau Perikatan Nasional Bekas ketua Umno Selangor Noh Omar ...
Pas Banks On Green Wave To Win 30 Selangor Seats

Pas Banks On Green Wave To Win 30 Selangor Seats

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 240 hits
Yunus Hairi is the assemblyman for Sijangkang the sole seat held by PAS in the 56 member state assembly PETALING JAYA Selangor PAS is eying over 30 seats in the state polls expected to be held in June its commissioner Yunus Hairi revealed A...
Kj Ditawar Tanding Prn Selangor Jadi Mb Jika Menang

Kj Ditawar Tanding Prn Selangor Jadi Mb Jika Menang

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 248 hits
MalaysiakiniKhairy Jamaluddin dilapor mempertimbangkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Selangor dan ditawarkan menjadi menteri besar sekiranya menang lapor The Star Laporan itu bagaimapun tidak menyebut mana mana parti politik ter...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini