Tempat Menarik Di Manjung Perak
Tempat Menarik Di Manjung Perak | Cik en nak berkongsi dengan korang tempat tempat menarik yang ada di Manjung Perak. Ramai yang nampak Pulau Pangkor dan Teluk Batik sahaja sebagai tempat menarik yang ada di Manjung tapi ada beberapa tempat lagi yang boleh cik en kongsikan. Sebagai penduduk di daerah ini, cik en terpanggil nak kumpulkan dalam satu entri sahaja. So, harap entri ini boleh bantu korang untuk cari Tempat Menarik Di Manjung Perak.
Sejarah Daerah Manjung PerakSebelum itu, cik en nak kongsi sedikit info mengenai Manjung. Sebelum ini Daerah Manjung adalah Daerah Dindings dan duduk di bawah pemerintahan Pulau Pinang selepas perjanjian Pangkor (1874). Pada tahun 1935, Daerah Dindings diserah kepada Perak dan ditukar nama Daerah Manjung pada 1973. Daerah Manjung ada 5 mukim iaitu
Mukim Beruas Mukim Lekir Mukim Lumut Mukim Pengkalan Bharu Mukim SitiawanTempat Menarik Di Manjung Perak
Pulau Pangkor
Pulau Pangkor adalah tempat peranginan yang popular di Malaysia. Di dalam Pulau Pangkor ada banyak tempat menarik seperti
Bukit PangkorPasir BigakTeluk NipahPantai Puteri Dewi (pantai, resort)Pangkor villageKota Belanda Pangkor (sejarah)Batu Bersurat Pangkor Jambatan GantungTeluk Segadas
Pangkor Island
Mungkin ada yang confuse antara Pulau Pangkor dan Pangkor Island. Pangkor Island adalah kawasan private dan agak mewah berbanding Pulau Pangkor. Jeti yang disediakan untuk kesana ada di Marina Island sahaja.
Pulau Sembilan
Pulau ini selalunya popular dengan aktiviti memancing dan menyelam.
Marina Island
Jeti Marina IslandFrenzy WaterparkRockbound (tempat memancing)
Lumut
Lumut adalah terletaknya jeti pertama untuk ke Pulau Pangkor. Berhampiran jeti ini ada beberapa tempat menarik yang boleh korang kunjungi
Pantai Jalan Armada (menuju pintu masuk NAVY)Bukit Ungku Busu di LumutDataran LumuGiant Bubble Dataran LumutLumut Waterfront ( Laman Karya Lumut )Lumut Waterfront Esplanade WingLumut Waterfront Marina WingTempat beli barangan laut
Teluk Batik
Teluk Batik (resort, pantai, taman permainan, rekreasi)Teluk Rubiah (pantai, golf, sejarah)- telah ditutup, kini menjadi milik VALE SA.Bukit 300 Teluk Batik (hiking)
Pantai
Pantai Segari - Pusat Pembiakan Penyu, MemancingTeluk Senangin (tak digalakkan untuk bermandi mandi, sesuai untuk memancing dan aktiviti pantai. Banyak chalet disini)Pantai Tanjung Kepah Lekir
Paya Pakau
Taman MonyetTua Pek Kong Temple
Aktiviti Memancing
Kampung Bharu (Warung Kuning Udang Selambak)Kampung TelukKampung Sitiawan Telaga Nenas ( Mee Udang Selambak Cik Wa)
Aktiviti Pertanian
Ladang Anggur Saloma 1 LekirLadang Anggur Saloma 2 Lekir
Beruas
Lata Ulu Licin BeruasMuzium Beruas
Kalau korang nak lagi senang, korang boleh tengok di maps yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Manjung di Tempat Menarik Di Manjung Perak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurfuzie.com/2021/12/tempat-menarik-di-manjung-perak.html