Tempat Makan Malam Sedap Dan Menarik Di Kuala Terengganu


Tiap kali bercuti ke sesuatu negeri, saya akan masukkan list untuk Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) sambil bercuti kerana makan kan perkara wajib dilakukan setiap hari, jadi alang-alang dah berkunjung ke tempat orang..apa salahnya rasa menu sedap yang ada di tempat mereka. Lebih kurang macam tugas Maria Tunku Sabri la, bezanya kami malu-malu kucing nak buat video, cuma mampu snap gambar je sebelum makan :P





Kali ini, dengan niat nak membantu pelancong yang mungkin berkunjung ke Terengganu atau yang tengah staycation di negeri penyu bertelur ini, saya terfikir untuk kongsikan beberapa kedai makan malam yang best dan menarik jadi kegemaran kami sekeluaga yang terdapat di sekitar Kuala Terengganu. Saya bukan kongsikan senarai kedai yang tawarkan menu viral, tapi kedai makan yang pada saya cantik mata memandang dengan menu sedap hingga menjilat jari gitu.


Apa lagi, jom kita tengok senarai kedai yang mengungguli carta hati saya!


Kedai Makan Malam Menarik di Kuala Terengganu

1. Oliva CafeSalah satu feature yang saya suka tentang Google adalah saya boleh dapatkan review yang tepat dan jujur daripada pelanggan melalui Google Review. Salah satu tempat makan yang saya berjaya cuba hasil daripada bacaan di Google Review adalah Oliva Cafe. Dan hasilnya, Oliva Cafe berada dalam ranking nombor satu saya untuk senarai kedai makan waktu malam yang sedap, best dan menarik di Terengganu!




Meskipun harga makanan di Oliva Cafe boleh dikatakan agak mahal jika dibandingkan dengan kedai biasa, namun kami suka makan di sini (tapi tak boleh selalu, lari bajet nanti). Kebanyakan makanan yang dihidangkan datang dalam portion besar dan sedap. Menu yang paling saya suka adalah smoked duck sphagetti aglio olio kerana rasanya yang tidak muak dan sedap.




Rib eye steak yang dimasak well done pula jadi pilihan suami. Hidangan bersaiz besar dengan sos istimewa yang cukup rasa, memang buat kami terliur bila membayangkannya. Servis staf di Oliva Cafe juga lima bintang. Pernah menu yang kami order lambat sampai, hampir 30 minit menunggu dan kami dah mula rasa geram akibat perut yang berkeroncong. Tiba-tiba staf datang sambil meminta maaf dan hulurkan kami dessert percuma berupa aiskrim kerana hidangan kami yang lambat tiba. Eh, tiba-tiba hati kami pun cool down pula, pandai mereka ambil hati ya :D


Kedai dibuka bermula jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 10 malam pada setiap hari kecuali Isnin.


2. Syrup vs SodaGara-gara menonton rancangan Jalan-Jalan Cari Makan yang dihoskan oleh Abang Naz beberapa tahun lalu, kedai makan Syrup vs Soda kini jadi pilihan tempat makan malam kegemaran kami sekeluarga. Namun kedai ini selalu full house, jadi jika mahu makan di sini, kami perlu datang seawal jam 8 malam untuk elakkan kesesakan dan tiada tempat duduk. 


Dengan menu yang lain dari yang lain, peminat minuman soda boleh mencuba pelbagai kombinasi minuman soda di sini yang unik dan menarik. Pernah makan nasi goreng ikan aye atau nasi goreng rameng? Kalau tak pernah, boleh cuba makan di Syrup vs Soda (tapi kami pun belum pernah cuba nasi goreng rameng tu).




Sama seperti di Oliva Cafe, makanan yang dihidangkan di sini adalah dalam kuantiti yang besar dan banyak. Jadi tiap kali kami ke Syrup vs Soda, kami cuma order dua pinggan hidangan menu utama sahaja dan side dish jika mahu. Jika order lebih daripada itu, pasti ada yang tak habis dan seterusnya akan jadi pembaziran pula. 




Menu kegemaran saya di sini adalah chicken parmigiana yang crunchy dengan sos blackpaper yang cukup rasa. Selain itu, hidangan chicken chop dan sphagetti carbonara juga sedap dan kena dengan tekak kami. Menu ini seringkali kami pesan setiap kali ke Syrup vs Soda. Jangan lupa juga untuk cuba air potong kaki mereka dengan tambahan aiskrim dan topping coklat yang super manis tapi sedap!


Kedai dibuka bermula jam 4 petang dan berakhir jam 11 malam setiap hari kecuali Jumaat. Operasi kedai akan dihentikan pada jam 6.30 petang sehingga 8 malam bagi menunaikan solat maghrib.


3. Salaza and SonsApa yang menariknya di Salaza and Sons ini? Lokasinya yang terletak di tengah padang tanpa gangguan kedai lain dengan tiupan bayu daripada pantai serta diceriakan dengan cahaya jingga daripada lampu pada waktu malam menyerikan suasana makan malam kami setiap kali berada di sini.




Ada beberapa menu yang saya suka di sini, antaranya kami suka hidangan spaghetti carbonara yang sedap dan tak muak dimakan. Hidangan chicken chop dengan sos blackpaper yang pekat dan tak pedas juga berjaya menjadi kegemaran kami serta tak lupa juga mee mamaknya yang lebih sedap daripada  di kedai mamak sendiri (tapi tak pasti samada menu mee mamak ini masih dikekalkan sehingga kini atau tidak).




Salaza and Sons berada dalam senarai kedai makan malam best dan menarik kegemaran kami kerana suasana yang terdapat di sekitar kawasannya yang tenang dan damai. Berada satu-satunya di dalam bangunan dua tingkat yang diterangi kecerahan lampu gantung dengan angin sepoi-sepoi bahasa, tiap kali ke sini kami suka bergambar dan berbual sambil bergurau senda. Entah, moodnya seperti berada di pulau pada waktu malam pula.


4. One CornerKedai makan yang sedap dengan harga berpatutan jatuh kepada One Corner! Berada di tepi jalan besar yang menghubungkan jalan Kuala Berang ke bandar Kuala Terengganu, One Corner jadi pilihan saya setiap kali terasa malas nak memasak. Bukan sahaja harganya yang berpatutan, malahan juga ada satu menu special di sini yang selalu buat saya terliur nak makan, Nasi Goreng One Corner!




Nasi Goreng One Corner lain dari yang lain kerana ada daging pekasam goreng (saya agak je pekasam sebab rasa macam pekasam) dan daging inilah yang buat saya asyik teringat-ingat. Ramai juga yang kata sup tulangnya sedap tapi saya masih belum cuba. Set hidangan nasi putih pun terbaik sangat dengan hidangan ikan siakap stim dan daging goreng kunyit yang lembut. Cuma mungkin servis staf perlu dipertingkatkan lagi.


Jadi kedai di atas adalah antara kedai makan waktu malam yang sedap, best dan menarik bagi saya dan keluarga. Kalau bercuti di Terengganu, jangan lupa untuk singgah makan di salah satu lokasi ini ya. 


Masih tiada penginapan bercuti? Boleh dapatkan contact di sini >> Rumah Penginapan Terengganu. Nak menginap di tepi pantai? Banyak pilihan hotel di >> Hotel Tepi Pantai. Atau nak naik drawbridge/ jambatan gantung? Tengok harga >> Drawbridge Terengganu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2021/12/tempat-makan-malam-sedap-best-menarik-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Makan Sedap Di Bukit Jelutong 2022

Tempat Makan Sedap Di Bukit Jelutong 2022

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 529 hits
Bukit Jelutong terletak di Shah Alam Serious banyak tempat makan sedap di sekitar Bukit Jelutong Tanpa membuang masa ayuh kita check it out Semua tempat cadangan makan di bawah ini saya dah cuba sendiri ya Jadi boleh kata ini senarai tempat...
Tempat Menarik Hotel Pilihan Untuk Percutian Di Beserah Kuantan Pahang

Tempat Menarik Hotel Pilihan Untuk Percutian Di Beserah Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 386 hits
Senarai Tempat Menarik Hotel Pilihan Untuk Percutian di Beserah Kuantan Pahang Pantai timur merupakan desitinasi percutian tepi pantai yang popular Selain negeri Kelantan dan Terengganu Pahang turut mempunyai banyak lokasi menarik untuk pel...
Jangan Risau Ini 10 Tempat Makan Best Semuanya Di Muar Dan Tak Perlu Rentas Negeri Pun

Jangan Risau Ini 10 Tempat Makan Best Semuanya Di Muar Dan Tak Perlu Rentas Negeri Pun

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 288 hits
Jangan Risau Ini 10 Tempat Makan Best Semuanya Di Muar Dan Tak Perlu Rentas Negeri Pun DIKENALI sebagai Bandar Maharani Muar merupakan daerah kedua terbesar di Johor Jadi jika berpeluang ke negeri Johor anda wajib berkunjung ke bandar Muar ...
Resepi Sambal Belacan Sedap Sama Di Tempat Kenduri

Resepi Sambal Belacan Sedap Sama Di Tempat Kenduri

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 442 hits
Resepi Sambal Belacan Sedap Sama Di Tempat Kenduri Lama rasanya tak buat sambal belacan Bila tengok sambal belacan asyik lalu lalang di facebook memang tunggu masa jerr bila nak buat Sambal belacan Kelantan ni kalau korang pergi tempat temp...
Ada Sos Sup Resipi Yong Tau Foo Ni Sedap Macam Dekat Pasar Malam

Ada Sos Sup Resipi Yong Tau Foo Ni Sedap Macam Dekat Pasar Malam

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 220 hits
Selain dimakan dengan sos Yong Tau Foo juga sedap dimakan bersama sup Hidangan ini jika dibeli agak mahal harganya lebih lebih lagi jika dibeli dalam kuantiti yang banyak Jika keluarga besar memang tak puas makan Cubalah masak sendiri Tak s...
Kek Coklat Karamel Moist Mudah Gerenti Anak Suka Makan Sejuk Sejuk Sedap

Kek Coklat Karamel Moist Mudah Gerenti Anak Suka Makan Sejuk Sejuk Sedap

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 299 hits
Sebut je kek coklat semua anak anak pasti suka Kalau ikut rangking ni antara yang popular dan digemari ramai Biasanya kek coklat pilihan adalah kek coklat leleh Namun untuk kali ini apa kata cuba resepi Kek Coklat Karamel Moist Kek ini tak ...
Kucing Peliharaan Gemar Makan Malam Bersenam Bersama

Kucing Peliharaan Gemar Makan Malam Bersenam Bersama

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 274 hits
JAKARTA Seekor kucing di Indonesia menjadi sensasi internet selepas pemiliknya memuat naik klip video dan foto yang menunjukkan aksinya makan bersama di meja makan serta menaiki mesin larian setempat atau treadmill lapor laman berita Suara ...
T21l05 Makan Malam Di Jalan Stulang Laut

T21l05 Makan Malam Di Jalan Stulang Laut

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 305 hits
Why so serious Joker versi Aidan selepas minum sirap limau Joker adalah watak antagonis dalam komik atau cerita adiwira Batman digambarkan sebagai seorang yang suka buat lawak secara sadis dan bergaya sebagai seorang badut seperti pada kad ...
Tempat Menarik Di Manjung Perak

Tempat Menarik Di Manjung Perak

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 928 hits
Tempat Menarik Di Manjung Perak Cik en nak berkongsi dengan korang tempat tempat menarik yang ada di Manjung Perak Ramai yang nampak Pulau Pangkor dan Teluk Batik sahaja sebagai tempat menarik yang ada di Manjung tapi ada beberapa tempat la...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024