Tempat Hiking Di Terengganu Bukit Besar Dan Bukit Sekitarnya



Bagi penggemar aktiviti hiking yang berada di sekitar Kuala Terengganu, pastinya tidak asing dengan nama Bukit Besar. Selain menjadi pusat tumpuan aktiviti hiking bagi penduduk sekitar, lokasi ini juga menjadi lokasi jungle trekking bagi pelajar sekolah dan unit beruniform.


Mempunyai tiga bukit berbeza pada satu lokasi yang sama, pengunjung boleh memilih samada ingin hiking melalui jalan bertar atau jalan bertanah merah. Yang penting, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri


Sebelum ini saya tidak pernah menyangka bahawa terdapat beberapa buah bukit yang berbeza pada satu lokasi yang sama terdapat di Kuala Terengganu untuk aktiviti hiking. Seringkali saya dan suami menghabiskan cuti hujung minggu dengan membawa anak-anak hiking di Bukit Besar.


Namun saya langsung tidak terfikir yang kami boleh memilih trek perjalanan sendiri samada mahukan perjalanan yang sukar dan mencabar atau trek mudah di sekitar lokasi ini. Bukit yang saya maksudkan ini adalah Bukit Besar, Bukit Rohok, Bukit Botok dan Bukit Tobak yang terletak di sekitar kawasan Bukit Besar, Kuala Terengganu


Bukit Besar, Kuala Terengganu
Melalui jalan bertar hitam dengan jarak dari bawah ke puncak hanyalah 1 km perjalanan, kepenatan yang dirasai hanyalah sebentar. Apabila tiba ke puncak, kelegaan yang dirasai ditambah dengan tiupan angin sejuk kawasan perbukitan menghilangkan segala kepenatan dan mengeringkan peluh yang membasahi diri.


Nyaman rasanya bila berada di puncak. Itulah perasaan kami apabila tiba di puncak Bukit Besar yang terletak di pinggir pusat bandar ini.


Bagi pengunjung yang datang bersama anak kecil untuk aktiviti hiking, laluan ini amatlah disarankan. Selain lebih selamat dan kurang berbahaya, trek melalui jalan bertar Bukit Besar ini juga tidak terlalu curam.


Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk naik ke puncak dan setengah jam perjalanan turun. Tapi jangan lupa untuk mengenakan baju dan kasut yang bersesuaian, bimbang melecet pula kaki jika pakai high heels :P


Pengunjung yang datang pada hujung minggu kebiasaannya lebih ramai berbanding pada hari biasa. Maka tidak hairanlah jika pada setiap pagi hujung minggu, terdapat beberapa buah kanopi jualan yang dibuka di bahagian bawah bukit.


Jika terlupa untuk membawa air atau membelinya sebelum mula mendaki, usah risau. Pengawal keselamatan yang bertugas di puncak Bukit Besar juga menyediakan perkhidmatan jualan air.


Bukit Rohok, Kuala Terengganu
Sejak kami dapat tahu tentang kewujudan beberapa buah bukit di sekitar Bukit Besar ini, kami tidak lepaskan peluang untuk cuba mendakinya. Bukit Rohok merupakan lokasi kedua yang kurang berbahaya bagi aktiviti hiking di sini.


Bukan maksudnya tiada risiko, cuma kecerunan bukitnya tidaklah sebanyak Bukit Tobak dan trek perjalanannya adalah lebih mudah.


Meskipun begitu, bagi pengunjung yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti hiking, amatlah tidak disarankan untuk mendaki Bukit Rohok terlebih dahulu tanpa mendaki jalan bertar Bukit Besar.


Boleh saya katakan kepenatan mendaki Bukit Rohok adalah dua kali ganda lebih memeritkan berbanding Bukit Besar. Tanpa penggunaan kasut yang sesuai dan kemahiran mendaki, kemungkinan tergelincir adalah tinggi.


Walaubagaimanapun, trek yang mencabar di Bukit Rohok ini menjadi kegemaran kakak untuk aktiviti hiking. Katanya Bukit Rohok lagi best dari Bukit Besar, sebab itulah kami panggil Bukit Rohok sebagai bukit seronok.


Walaupun pengalaman pertama kali kakak mendaki Bukit Rohok ini, seluarnya koyak akibat terjatuh dan tergelincir, namun tetap gelaran bukit seronok diberinya kepada Bukit Rohok.


Bukit Botok, Kuala Terengganu
Bukit Botok adalah salah satu bukit yang terdapat di sekitar Bukit Besar. Ia terletak di tengah-tengah antara Bukit Besar dan Bukit Rohok. Selain itu, ia juga terletak di tengah-tengah antara Bukit Besar dan Bukit Tobak.


Jadi  jika pengunjung ingin ke Bukit Botok, ada tiga jalan yang boleh di pilih. Samada mendaki melalui Bukit Besar atau melalui Bukit Rohok serta yang terakhir melalui Bukit Tobak.


Tidak diselimuti dengan pepohonan menghijau seperti tiga buah bukit yang lain, Bukit Botok hanya dipenuhi dengan batu merah besar. Disebabkan kegondolan inilah saya agak namanya diberi sebagai Bukit Botok (baca sebagai Bukit Botak) memandangkan tiada pokok yang sudi hidup di sekitar bukit ini.


Jika sudah berada di puncak Bukit Botok, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan sekitar Kuala Terengganu yang berkabus ini ya (musim jerebu punya pasal).


Bukit Tobak, Kuala Terengganu
Bukit yang paling mencabar dengan kecerunannya tentulah terdapat di Bukit Tobak. Agak berbahaya berbanding Bukit Rohok, oleh sebab itulah saya dan anak-anak belum pernah hiking di bukit ini.


Kebetulan suami pernah mengikuti sahabatnya mendaki Bukit Tobak sebelum ini, jadi setiap kali saya ajak beliau untuk hiking di Bukit Tobak, katanya tidak boleh dengan alasan tunggu anak besar sedikit kerana trek mencabar. Erm, baiklah..


Dari Bukit Rohok ke Bukit Botok dan ke Bukit Besar
Setiap kali hiking di lokasi ini, kami pasti akan menggunakan trek yang sama. Dari Bukit Rohok terus ke Bukit Botok dan berakhir di Bukit Besar.


Jadi kami akan hiking di tiga bukit berbeza pada satu hari yang sama. Kebiasaannya perjalanan melalui trek ini mengambil masa selama dua jam sebelum kami tiba ke bawah.


Bagi  pengunjung yang sedang berjinak-jinak dalam dunia hiking, saya cadangkan naik Bukit Besar beberapa kali terlebih dahulu. Jika sudah biasa, boleh hiking melalui Bukit Rohok dan turun melalui Bukit Besar.


Atau jika sudah mahir mendaki, boleh terus hiking melalui bukit Tobak dan turun melalui Bukit Besar. Aktiviti hiking ini jika dilakukan sekali sebulan pun sudah dapat membantu kita membaiki sistem pernafasan yang lebih baik dan sudah tentu meningkatkan lagi stamina tubuh.


Saya tak pernah naik lagi Bukit Tobat, awak pernah naik? Atau baru first time dengar nama bukit yang pelik-pelik ni? :P


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2019/09/tempat-hiking-di-kuala-terengganu-bukit-besar-dan-bukit-sekitarnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 785 hits
Pantai Bukit Keluang Ke Pulau Rhu Menjadi Salah Satu Tarikan Di Besut Terengganu Assalamualaikum dalam salam sejahtera semua Alhamdulillah cuti merdeka baru baru ini Sha balik kampung di Besut Terengganu Kalau korang nak tahu apa yang palin...
Tempat Tempat Menarik Di Setiu Marang Dan Kuala Terengganu 2019

Tempat Tempat Menarik Di Setiu Marang Dan Kuala Terengganu 2019

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 694 hits
Tempat tempat menarik di Setiu Marang dan Kuala Terengganu Hah kita tapaw tiga sekaligus daripada lapan daerah yang ada di Terengganu Walaupun bukan semua masuk percuma tetapi berbaloi dari segi sejarah penghayatan dan pengalaman Negeri Ter...
Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati

Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 1276 hits
Senarai 9 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini Sha luangkan masa untuk menyenaraikan tempat tempat menarik yang ada di daerah kelahiran Sha iaitu Daerah Besut Terengganu Ramai kawan kawan cakap Ter...
Dapat Anak Perempuan Biasakan Ada Rasa Malu Sejak Kecil Bukan Tunggu Besar Baru Ajar

Dapat Anak Perempuan Biasakan Ada Rasa Malu Sejak Kecil Bukan Tunggu Besar Baru Ajar

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 583 hits
Bila ada anak perempuan orang senang cakap ala anak kecil lagi pakai macam mana pun tak apa Nanti dah besar ajarlah Sebenarnya nak ajar anak kita tahu sesuatu perkara adalah dari kecil bukan dah besar baru nak ajar Siap belikan anak baju se...
Kemarau Panjang Sebagian Warga Di Aceh Besar Mengalami Krisis Air

Kemarau Panjang Sebagian Warga Di Aceh Besar Mengalami Krisis Air

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 180 hits
Kemarau panjang membuat sebagian warga Kecamatan Darul Imarah Kabupaten Aceh Besar mengalami krisis air Warga terpaksa harus merogoh kocek demi membeli air bersih untuk kebutuhan rumah tangga
Tertukar Warna Tu Perkara Biasa Tapi Kalau Sampai Besar Tersilap Jangan Fikir Itu Comel

Tertukar Warna Tu Perkara Biasa Tapi Kalau Sampai Besar Tersilap Jangan Fikir Itu Comel

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 609 hits
Selain huruf dan nombor diperkenalkan kepada anak anak sejak mereka kecil biasanya kita akan mengajar mereka untuk mengenali warna Seawal kita mengajar mereka mungkin anak akan merasa keliru dan tertukar warna Jangan harapkan mereka untuk t...
Rugi Besar Kalau Korang Ketinggalan Promo Bento Onigiri Rm1 00 Dekat Mynews Ni

Rugi Besar Kalau Korang Ketinggalan Promo Bento Onigiri Rm1 00 Dekat Mynews Ni

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 534 hits
Hello Assalamualaikum Haritu aku ada cerita dekat IG pasal Nasi Lemak singgit kemain suka korang eh Yela seringgit kot masa zaman semua benda mahal sekarang ni nak makan sehari pun kena spend minimum RM10 So bila ada peluang nak dapatkan be...
Penolakan Rkuhp Ancaman Demo Besar Besaran Mahasiswa

Penolakan Rkuhp Ancaman Demo Besar Besaran Mahasiswa

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 257 hits
Demo mahasiswa memprotes RKUHP yang bakal disahkan empat hari lagi
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi