Tempat Tempat Menarik Di Setiu Marang Dan Kuala Terengganu 2019


Tempat-tempat menarik di Setiu, Marang dan Kuala Terengganu | Hah...kita tapaw tiga sekaligus daripada lapan daerah yang ada di Terengganu. Walaupun bukan semua masuk percuma tetapi berbaloi dari segi sejarah, penghayatan dan pengalaman.

Negeri Terengganu ini luas. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara Besut (yang bersempadan dengan Kelantan) ke selatan, Kemaman yang bersempadan dengan Pahang. Sepanjang jalan pesisir pantai banyak sekali perkampungan nelayan yang dihiasi ribuan pohon kelapa. Tak hairanlah perikanan menjadi sumber pekonomian utama Terengganu selain hasil petroleum.

Rata rata orang Terengganu berhidung mancung dan bersifat ramah, mungkin kerana mereka telah terbiasa dengan kehadiran pelancong dan pelawat. Lagipun adab Melayu itu kan memuliakan tetamu? Dari segi dialek mereka menambah huruf "g" atau " ' " di belakang perkataan. Contohnya makan jadi makang, lapan jadi lapang dan gelam jadi gelan'. Actually aku google nama pokok gelam sewaktu buat artikel lepas sebab aku tak dapat tangkap apa perkataan sebenar yang tour guide kami En Nazirul sebut 😃😃. Dia sebut "gelang" ke? heheh..

Negeri ini banyak objek dan lokasi menarik yang boleh diabadikan dalam bentuk foto dan video. Banyak sangat gambar yang awesome dikongsikan orang sana tak kiralah yang berstatus jurugambar profesional atau orang biasa macam kita yang semua ada smartphone ni. Bebaru ni deme dok share gambar hiking kat Bukit Maras dan Gunung Sarut pulok doh. Dalam MHI semalam pegawai tu kata nak buat zipline di Jambatan Angkat pula. Nak kene gi Ganu lagi nampaknya nih

Bila dah sampai Terengganu ni lupakanlah seketika lauk ayam. Alang alang dah sampai bergasaklah makan seafood hingga puas, murah dan segar. Ikan dan sotong celup tepung di Pantai Tok Kite pun sedap gak. Nasi dagang, nasi kerabu dan nasi kuning merata orang jual. Keropok lekor (kepok gete) jangan dilupa... sedap baq hang, banyak ikan daripada tepung. Yang anak aku selalu beli kat rumah ni bila sejuk rasa chewing gam habis gula. Musykil gak, dok makang ikang hari hari pong lebih 10 peratus budok umor 10-17 tahung overweight dan obes, guane ni boh

Dah dah, jom kita tengok tempat-tempat yang kita mungkin belum pergi di tiga daerah ni.


Ada apa di Setiu?1) Terrapuri Heritage Resort
Kampung Mangkuk, Setiu.

Berada di sini seperti berjalan di dalam kerajaan dahulu kala. Walaupun ia tidaklah sehebat Bagan, resort lima bintang ini menjanjikan suasana yang berlainan.

Rumah lama berusia puluhan dan ratusan tahun ini dibeli dari pemiliknya di sekitar Terengganu dan dipasang semula di sini. Diberikan nama berdasarkan tempat di mana ia diambil, ia dibiarkan dalam keadaan asal tanpa diwarnakan. Rumah je lama tapi katil, tilam, tab mandi dan peralatan lain baru dan moden

Pemilik Terrapuri seorang yang sangat mendalam pengetahuannya tentang budaya Melayu. Mendengar penjelasan dari beliau mengenai Terrapuri membuatkan aku termalu sendiri, betapa sedikitnya pengetahuan berbanding Cina Peranakan ini. Kapsyen di instagramnya pun, walau ringkas tetapi menggunakan Bahasa Melayu yang halus dan berseni

Beliau juga sangat menghargai barangan lama yang semakin sukar didapati. Diantara hiasan di dalam resort ialah alat mencetak batik dan gobok pakaian. Sebahagian lagi dipamerkan di restorannya, Terradala

Bercuti di sini sememangnya untuk merehatkan badan dan minda dengan suasana perkampungan di tepi laut yang indah dan nyaman. Di depannya Laut China Selatan manakala di belakang pula sungai yang dihiasi pokok bakau. Menurut pemilik, tetamu warga eropah akan menghabiskan masa mereka di resort hanya dengan membaca buku dan berenang

Kalau nak buat lawatan pun boleh dengan bayaran RM22 seorang sejam but pre arrangement is needed. I'll make special post about this resort later



2) Rumah BotolKg Penarik Baru, Setiu.

Bermula dengan perasaan bimbang kaki pengunjung mungkin terluka akibat terpijak serpihan botol kaca di pantai, Tengku Mohd Ali atau Ayah Ku mula membeli botol terbuang dari penduduk kampung. Sehingga kini beliau telah mengumpul 7,000 botol termasuk yang hanyut ke pantai dan yang berikan orang ramai.

Selain botol terdapat juga mug yang mula dikumpul seawal 1976 lagi ketika beliau mengusahakan resort kecil di Pulau Kapas. Boleh tengok kat my IG for video.


Surat yang terdapat dalam sebuah botol kaca. Mujur Yvonne boleh membaca tulisan Cina dapatlah kami tahu apa yang tertulis. Lama juga botol tu hanyut

3) Dusun Warisan
Pelong, Sungai Tong

Dusun buah-buahan tempatan seluas 20 ekar ini menawarkan pengalaman makan buah sambil mandi sungai, dengan kadar RM50 seorang. Rasanya berbaloilah dengan harga tu sebab durian isi tebal lemak berkrim tu je pun dah berapa ringgit sekilo. Kalau nak makan rambutan, rambai, duku, dokong, langsat, salak, manggis dan banyak lagi boleh petik sendiri je... pokok rendah dah berbuah lebat.

Di luar musim, pengunjung boleh saja berkelah dengan bayaran hanya RM10 seorang. Nak berkhemah pun boleh. Berkhemah berkhemah... berkhemah sama si Nopal.


4) Pantai PenarikAntara pantai indah di Terengganu. 

Ada apa di Marang?1) Kampung Jambu Bongkok, Tanah bris @bris sand dan Pulau Kekabu yang insta worthy. Baca di sinilah ye.


Pulau Kekabu

Mengalunkan lagu tradisional dengan alat muzik moden. Ketiga-tiganya pemuzik dari jabatan berbeza. Jemput untuk kenduri kahwin bagus ni

2) Pulau Kapas berada di daerah Marang, 6.5km di tengah laut. Jika mahu ke sana sila naik bot di Jeti Marang atau ambil pakej lengkap sehari dengan harga berpatutan ke sana.

3) Kilang pemprosesan nisan nira (nira kelapa) di Kampung Batangan. Yang asli RM4-5 sekeping. If people sells less than that most probably bercampur gula pasir. Yang asli cair di mulut.

4) Bumi Marang ada banyak emas malah ada lombong emas yang beroperasi. Kepada mereka yang ingin membuat kajian boleh berurusan dengan syarikat tersebut. Kini tiada lagi lesen persendirian dikeluarkan sejak kes di Rusila dulu, ia telah jadi milikan kerajaan. Bak kata jemaah Twitterjaya, kalau jumpa pokok ganja belakang rumah baru kau punya, kah


Ada apa di Kuala Terengganu (Bandaraya Warisan Pesisir Air)?1) Rumah Warisan Haji Su
Lot 7181, Losong

Rumah bekas milikan pedagang kaya di Losong ini mempamerkan keindahan serta keunikan pertukangan Melayu. Rumah ini sangat besar berbanding yang sezaman dengannya, bagaikan sebuah istana lama.

Dibuka setiap Sabtu hingga Khamis dan cuti am dari 9 pagi - 5 petang. Masuk adalah percuma


2) Pembuatan kapal di Losong dan Pulau Duyung
Sesiapa sahaja yang mengatakan bangsa Melayu lemah dan malas, mereka perlu lebih banyak membaca. Sewaktu diserang Potugis pun Tanah Melayu dah ada meriam bukannya berperang dengan keris sahaja. Sila rujuk Muzium Malawati sana.

Walaupun mungkin tiada orang Melayu yang membuat jarum, Melayu di Terengganu sejak lama dahulu telah mampu membina kapal layar dan dagang. Malah sehingga kini mereka masih mendapat tempahan dari dari dalam dan luar negara. Ini fakta, pernah disiarkan di tv dan akhbar. 

3) Pembuatan tembaga di Wanisma Craft
Seni yang hampir pupus ditelan zaman. Daripada 40 pengusaha kini hanya tinggal dua di Kampung Ladang. Jika ingin melihat kena tanya pemiliknya dahulu ya, mungkin untuk kumpulan dari universiti atau pertubuhan tertentu dibenarkan.

Selain perhiasan tembaga, batik juga dijual di sini. Batik pasang + tempah RM150 je uols.


Panas oih tempat kerja pakcik ni

4) Masjid Sultan Ismail @ Masjid Raja di Chendering
Masjid di Jalan Kuala Terengganu-Marang 10km dari bandar Kuala Terengganu yang beroperasi semenjak 2011 ini mampu menampung 2000 jemaah. Masjid berwarna putih keseluruhannya ini sangat indah dengan ukiran lebat melarat. Ambillah peluang untuk solat di sini jika ke Kuala Terengganu... 2km je dari Masjid Terapung Kuala Ibai tu.



5) Warisan Sari, Kampung Tok Jembal
Tujuan penubuhan kumpulan ini ialah untuk memelihara warisan seni negeri Terengganu seperti muzik gamelan, tarian dan songket. Hanya di sini muzik gamelan di mainkan di bangunan persendirian setiap Jumaat dan Sabtu (latihan).

Peralatan gamelan diperbuat daripada tembaga bersaiz besar dan mahal. Kostum juga memerlukan kos yang tinggi. Aset paling penting di sini ialah jurulatih berpengalaman dan ahli kekal demi mempertahankan kelansungan seni budaya ini. Di sini golongan lama yang berpengalaman puluhan tahun dikumpulkan untuk mencurahkan pengalaman termasuklah seorang bekas penari istana yang diangkat sebagai resident choreographer.

Kami bernasib baik dapat berjumpa Puan Wan Salmah Sulaiman, penyanyi asal lagu Ulik Mayang yang ditulis oleh Tuan Haji Mazlan. Waktu tu beliau menyanyikan lagu lain tetapi suaranya masih lunak, menyanyi sambil duduk je.

Jika berminat untuk menonton atau terlibat kena request in advance. Kalau datang dengan group 30 orang ke... mereka bersedia untuk membuat persembahan


6) ) Jambatan angkatJambatan unik sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut yang menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir itu kini menjadi mercu tanda baharu dan tarikan pelancongan ke negeri ini

Ia adalah sebahagian daripada projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan sebahagian komponen dalam pembangunan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC)

Cara yang lebih menarik untuk melihat jambatan ini dari dekat ialah dengan menyelusuri sungai menggunakan Terengganu River Cruise bermula dari Taman Tamadun Islam. Tambangnya hanyalah RM24.10 seorang dewasa dan RM17.80 bagi kanak-kanak/warga emas


Jambatan angkat @ drawbridge, pengubat rindu kepada Tower Bridge di London

7) Pasar Baru Kedai Payang Jangan lupa juga singgah Pasar Kedai Payang (macam mustahil je nak lupa heheh..). Pasar yang baharu ni lebih lapang, teratur dan selesa, tandas duduk pun ada. Sebelum ke Pasar Payang, makan dulu penuhkan perut. Bukan apa, bila duit banyak perut pula lapar, shawl yang akak penjual tu pakai pun kau berkenan hahahah... sungguh

Pasar Payang tempat perabih duit 😁

Ini baru sebahagian je... banyak lagi yang menarik di Terengganu ni. Pakat maghi Tranung blake bohh..! Negeri cantik budaya menarik








© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/09/tempat-tempat-menarik-di-setiu-marang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Makan Menarik Di Terengganu Kari Kepala Ikan Wajib Cuba

Tempat Makan Menarik Di Terengganu Kari Kepala Ikan Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 944 hits
Di manakah tempat makan menarik yang wajib cuba sekiranya ke Terengganu Selain boleh bersarapan pagi di kedai atau menikmati makan malam di mungkin awak juga boleh menikmati hidangan tengahari dengan lauk kari kepala ikan yang sedap dan ump...
Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati

Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 1261 hits
Senarai 9 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini Sha luangkan masa untuk menyenaraikan tempat tempat menarik yang ada di daerah kelahiran Sha iaitu Daerah Besut Terengganu Ramai kawan kawan cakap Ter...
Jalan Jalan Di Seberang Takir Kuala Terengganu

Jalan Jalan Di Seberang Takir Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 1801 hits
Cuti baru baru ini kami menghadiri kenduri di Seberang Takir Iaitu kenduri anak saudara abah Kami sampai di kenduri tersebut lebih kurang jam 1 00 petang Bertolak dari Kuantan jam 9 pagi Haaa sampai jer di kenduri Perut memang dah berkeronc...
14 Tempat Menarik Terkini Di Melaka Mesti Singgah Orang Melaka Sendiri Pun Tak Sampai Lagi

14 Tempat Menarik Terkini Di Melaka Mesti Singgah Orang Melaka Sendiri Pun Tak Sampai Lagi

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 848 hits
Melaka yang terkenal dengan slogan bandaraya bersejarah merupakan salah satu destinasi perlancongan menarik di Malaysia Terdapat lebih daripada 14 Tempat Menarik Di Melaka anda boleh kunjung sesuai seisi keluarga Datang Melaka tapi tak tahu...
Apa Yang Menarik Di Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur

Apa Yang Menarik Di Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 719 hits
Adik Ika lah yang beriya sangat nak ajak kami pi Balai Seni Lukis Negara ni sebab dia tengok banyak orang duk upload kat Instagram Lepas kenduri rumah kawan suami lepas Zohor tu kami terus lah ke Balai Seni Lukis Negara yang terletak di Jal...
Breakfast Di Nasi Dagang Atas Tol 2 Kuala Terengganu

Breakfast Di Nasi Dagang Atas Tol 2 Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 1164 hits
Nasi Dagang Atas Tol 2 Kuala Terengganu memang glemer di Kuala Terengganu Kan Sebab tu mama Tak lepaskan peluang untuk Breakfast di Nasi Dagang Atas Tol 2 Memang kami rancang ke mari sebab nak rasa Breakfast di Nasi Dagang Atas Tol 2 Kuala ...
Swim Rush Academy Tempat Belajar Berenang Di Kuala Lumpur Dan Selangor

Swim Rush Academy Tempat Belajar Berenang Di Kuala Lumpur Dan Selangor

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 797 hits
SWIM RUSH ACADEMY TEMPAT BELAJAR BERENANG DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR Kalau cerita bab air ini budak ana tak suka air kan Begitu anak kami ni ha Pantang ajak mandi di pool Memang gembira to the maximum lah jawapannya hehehe Tapi kalau mumm...
Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu 2020

Pakej Candat Sotong Kuala Terengganu 2020

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 857 hits
PAKEJ CANDAT SOTONG KUALA TERENGGANU 2020 Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera kepada semua para penggemar aktiviti mencandat sotong Dimaklumkan bahawa tempahan pakej bot bagi tahun 2019 telah pun ditutup awal berikutan keadaan cuaca yan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game