Tertukar Warna Tu Perkara Biasa Tapi Kalau Sampai Besar Tersilap Jangan Fikir Itu Comel


Selain huruf dan nombor diperkenalkan kepada anak-anak sejak mereka kecil, biasanya kita akan mengajar mereka untuk mengenali warna. Seawal kita mengajar mereka, mungkin anak akan merasa keliru dan tertukar warna. Jangan harapkan mereka untuk terus pandai dan mengingati warna-warna yang diperkenalkan. Seeloknya perkenalkan perlahan-lahan dan berperingkat. Wujudkan juga cara menarik untuk melatih mereka mengenali warna.
Artikel Menarik: [Kalau Anak Rajin Explore Macam-Macam, Biarkan. Dia tengah Belajar Nak Jadi Pandai]
Ia boleh dilakukan dengan menyebut warna perabot, perkakasan rumah, permainan dan buku berilustrasi. Sebenarnya mempelajari warna adalah permulaan yang baik untuk melatih otak anak anak tentang kebolehan berfikir.

Untuk anak kecil, mereka memerlukan input yang lebih ketika diperkenalkan dengan warna. Sebagai contoh, ketika anda perkenalkan mereka dengan warna merah untuk epal. Jangan berhenti setakat itu, terangkan merah itu warna kerana mereka mungkin merasakan warna merah itu bentuk. Terangkan juga, bukan hanya buah epal berwarna merah tetapi ada benda lain juga yang berwarna yang sama.

Dalam hal ini apabila anak-anak sudah boleh mengenal warna, mudah untuk dia melakukan aktiviti mewarna. Peringkat ini, mereka sudah bersedia untuk melakukan aktiviti itu. Sesetengah ibu bapa berpendapat ia hanya aktiviti untuk berseronok dan menghabiskan masa sahaja. Namun mewarna ini membantu kanak-kanak mengenal warna dengan mudah sambil melakukan aktiviti mewarna lukisan. Di sini ada beberapa sebab kenapa kanak-kanak perlu mewarna.
Mengenal warna
Apabila kanak-kanak mula belajar  mewarna, ia adalah langkah pertama untuk dia mengenal warna. Apabila dia sudah didedahkan dengan aktiviti mewarna di awal usianya secara kerap, dia akan mudah mengenali warna dan tahu bagaimana untuk mencampurkan warna untuk mencipta warna baru yang lain.

 Luahan
Mewarna adalah cara yang menunjukkan dia sudah bersedia untuk meluahkan apa yang dirasakannya. Dia akan menconteng dan melakar pada kertas putih mengikut perasaaanya. Jika perasaannya stabil, lakaran warna kemas dan sebaliknya jika perasaanya tidak stabil. Dalam pada masa yang sama, ia boleh dikatakan terapi buat si manja kerana dia akan memilih jenis-jenis warna yang dia suka tanpa dipaksa oleh ibu bapa atau pengasuh.
Membina kemahiran motor halus
Mewarna membantu  kanak-kanak membina kemahiran motor halus mereka. Kemahiran motor halusnya penting dalam kehidupannya. Apabila melakukan aktiviti mewarna, ia membantu seorang kanak-kanak membangunkan otot-otot tangan mereka dengan cara dengan cara memegang dan mengawal pencil warna dengan  betul.

Belajar fokus dan had
Mewarna mengajar kanak-kanak belajar tentang fokus sesuatu pekara. Misalnya apabila melukis dia akan memberi tumpuan untuk menghabiskan lukisannya. Malah ia  juga membuatkan kanak-kanak belajar tentang  had iaitu tidak mewarna di luar garisan yang telah ditetapkan. Kanak-kanak  yang berjaya mewarna dengan baik akan merasa bangga dengan hasil kerjanya dan bina keyakinan dalam dirinya.
Rabun warna
Kanak-kanak turut mengalami masalah rabun warna.  Namun ada segelintir  ibu bapa tidak dapat mengesan masalah ini kerana kanak-kanak kecil tidak mengenal warna-warna dengan baik. Jika dibiarkan berterusan mengakibatkan wujud masalah pembelajaran  di awal persekolahannya.

Jadi semua kanak-kanak (terutama kanak-kanak lelaki) wajar menjalani ujian penglihatan warna terutamanya bagi mereka yang mempunyai saudara atau keluarga yang diketahui mempunyai masalah rabun warna. Ujian ini boleh dilakukan pada usia lima tahun dan ke atas terutamanya jika kanak-kanak sudah mula faham arahan yang diberi dan sudah boleh mengenal nombor.
Artikel Menarik: [Seminggu Suami Bagi 2 Jam Isteri Buat Apa Dia Suka, Confirm Kurang Merajuk & Marah]
15 AKTIVITI MENGAJAR TENTANG WARNA
Buat agar-agar berwarna. Ajak anak bungkus kertas hadiah yang berwarna. Guna cawan minum berwarna. Biarkan dia bermain dengan kertas warna. Berikan air yang berwarna untuk si manja minum. Ajak dia bersama-sama membuat muffins  yang berwarna. Bila mengajar tentang merah, beri dia makan stawberry Warna coklat, makan coklat. Warna biru, kaitkan dengan lautan. Hijau, makan epal dan timun dan juga tentang alam semulajadi dan tumbuhana-tumbuhan. Warna oren, ingat buah oren dan lobak Buat origami menggunakan kertas warna putih. Masak nasi bersama anak dan katakana ia berwarna putih. Kuning dengan warna lemon juga makan nenas. Hitam dan putih, ceritakan tentang haiwan zebra. LATIHAN PADA ANAK
Apabila anak anda sudah mengenal warna suruh dia mengambil beberapa helai baju yang berwarna yang telah dipelajari pada minggu sebelum ini. Setiap minggu, suruh si manja tunjukkan warna yang dipelajarinya dalam majalah. Apabila berada diluar rumah, suruh anak anda cari warna hijau. Biarkan dia mengutip dedaun di padang permainan Kanak-kanak  banyak belajar tentang warna daripada ibu bapanya dan gurunya di tadika. Rumah adalah tempat yang sangat baik untuk anak anda mengenal warna dengan mudah.  
The post Tertukar Warna Tu Perkara Biasa, Tapi Kalau Sampai Besar Tersilap Jangan Fikir Itu ‘Comel’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tertukar-warna-tu-perkara-biasa-tapi-kalau-sampai-besar-tersilap-jangan-fikir-itu-comel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Sepahkan Rumah Buat Bising Itu Satu Nikmat Mereka Dah Besar Kita Pula Rindu

Anak Sepahkan Rumah Buat Bising Itu Satu Nikmat Mereka Dah Besar Kita Pula Rindu

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 559 hits
Kira beruntunglah rumah bersepah tu tandanya rumah kita diserikan dengan anak anak kecil Jika di beri pilihan kepada mereka yang tiada anak pasti jawapan mereka tak kisah rumah bersepah asal dikurniakan anak dapat seorang pun jadilah Jadi s...
Penggabungan Unisza Umt Maszlee Jangan Fikir Nak Untung Saja Mahdzir

Penggabungan Unisza Umt Maszlee Jangan Fikir Nak Untung Saja Mahdzir

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 279 hits
Mahdzir selar menteri Kenapa fikir semua nak untung Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid menyelar Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang berkata penggabungan Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin adalah kerana kedua...
Isteri Alami Alahan Masa Hamil Itu Biasa Suami Kena Ambil Kisah Supaya Isteri Rasa Tak Terbeban

Isteri Alami Alahan Masa Hamil Itu Biasa Suami Kena Ambil Kisah Supaya Isteri Rasa Tak Terbeban

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 426 hits
Setiap pasangan berkahwin tentu mengimpikan zuriat sebagai pelengkap keluarga Tapi bukannya sudah berkahwin tu Allah janjikan terus dapat zuriat bila tiba masa dan saatnya rezeki itu pasti datang Jadi yang belum dikurniakan zuriat lagi jang...
Pengusaha Pemerintah Jangan Hanya Buat Kegiatan Seremonial Tapi Tak Ada Solusi

Pengusaha Pemerintah Jangan Hanya Buat Kegiatan Seremonial Tapi Tak Ada Solusi

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 206 hits
Ada beberapa faktor terjadinya pelambatan di bidang ekspor di Sulawesi Tengah khususnya pada produk pertanian Pertama karena kurangnya sinergitas yang terbangun antara GPEI dengan pengambil kebijakan dalam hal ini Pemerintah Provinsi Sulawe...
Ibu Jangan Dengki Kalau Anak Minta Ayahnya Suap Itu Bonding Terbaik Mereka

Ibu Jangan Dengki Kalau Anak Minta Ayahnya Suap Itu Bonding Terbaik Mereka

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 389 hits
Ayah adalah orang yang paling sibuk dalam keluarga Dia akan keluar awal pagi dan pulang lewat Semuanya demi keluarga Jika ada satu masa jika anda mahu rapatkan ukhwah dengan ayah adalah ketika waktu makan Dengan menyuap makan kepada anak me...
Bukan Anwar Tak Berjiwa Besar Tapi Zuraida Yang Berjiwa Kecil

Bukan Anwar Tak Berjiwa Besar Tapi Zuraida Yang Berjiwa Kecil

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 586 hits
Walaupun Anwar Ibrahim telah menyatakan agar hadir mesyuarat PKR tetapi Zuraidah Kamaruddin tak reti bahasa agaknya terus juga mendesak untuk agar Presiden PKR itu sedia bertemu dengan pihaknya secara berasingan untuk mesyuarat perdamaian K...
Resepi Nasi Ayam Yang Biasa Tapi Rasa Luar Biasa Bagi Tekak Aku Lah Hehh

Resepi Nasi Ayam Yang Biasa Tapi Rasa Luar Biasa Bagi Tekak Aku Lah Hehh

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 428 hits
Resepi nasi ayam ada pelbagai cara Sudah banyak cara aku buat cara yang inilah yang paling sedap bagi aku rasanya Tak jauh beza pun juga Cuma aku nak kongsi resepi nasi ayam ini untuk tatapan dan pengetahuan aku dan anak anak pada kemudian ...
Keterwakilan Caleg Perempuan Di Pemilu Membaik Tapi Masih Di Nomor Urut Besar

Keterwakilan Caleg Perempuan Di Pemilu Membaik Tapi Masih Di Nomor Urut Besar

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 209 hits
Peneliti Perkumpulan untuk Pemilu dan Demokrasi Fadli Ramadanil menilai jumlah keterwakilan perempuan di pemilu sudah cenderung membaik Namun kata dia saat ini masih banyak partai yang menempatkan caleg perempuan di nomor urut besar saat pe...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos