Temerloh Menziarahi Bumi Melawan Muhaimin Sulam


 


July 4, 2021 Melintasi pekan Temerloh bermakna kita melewati titik tengah Semenanjung Malaysia. Namun untuk yang memahami ia bukan membawa makna Temerloh terletak di tengah-tengah tanah yang mengunjur hingga ke Selat Tebrau di selatan.
Temerloh juga pusat kepada banyak gerakan sosial dan politik tanah air.
Setiap kali melewati Temerloh dalam perjalanan balik ke rumah mentua di Dungun, saya pasti teringat nama-nama seperti Datuk Bahaman, Pak Sako, Lubuk Kawah, Rejimen Ke-10, Suhaimi Said dan sebagainya.
Temerlohlah daerah yang melahirkan para pejuang menentang penjajahan tersebut.
Mohamed Salleh Lamry dalam bukunya ‘Temerloh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan’ menyebut, walaupun di negara ini ada beberapa tempat yang boleh disebut sebagai pusat gerakan nasionalis kiri tetapi Temerloh merupakan tempat yang lebih penting dan lebih istimewa berbanding dengan tempat-tempat yang lain.
 Sebelum sampai pekan Temerloh, kita akan lalu kawasan Lubuk Kawah iaitu sebuah kampung penuh dengan legenda perjuangan. Menyusuri jalan lama di tepi sungai hingga ke Senggang, Lubuk Kawah sepi seperti tiada penghuni.
Hanya namanya terpahat dalam sejarah. Itupun kesan pahatannya sudah kabur dan semakin hilang daripada pandangan orang.
Di tepi Sungai Pahang yang berdekatan Esplande Temerloh adalah tempat orang berehat dan berekreasi. Berswafoto dengan latar belakang tulisan besar nama Temerloh memang suatu rakaman kenangan yang menarik.
Tapi entah kenapa nama Esplande itu yang dipilih. Nyata ia terlalu naif. Barangkali inilah gambaran generasi merdeka yang hilang jati diri. Perkataan yang berasal dari bahasa Sepanyol digunakan untuk nama kawasan pinggir sungai yang bersejarah. Memang amat memalukan.
Pernah saya diberi peluang membaca puisi di tepi Sungai Pahang sewaktu Anuar Tahir, wakil rakyat Temerloh masih sihat pada 2019. Turut serta dalam acara itu ialah Raja Ahmad Aminullah.
Puisi saya bertajuk ‘Marilah Kita Menjadi Sungai’. Serangkap puisi itu berbunyi:
Jadilah sungai yang tidak
pernah kesal dan kasihan
kepada kebebalan,
kesombongan dan
kecurangan.
Jadilah sungai itu!
Selesai sahaja acara itu, saya pergi berehat di sebuah hotel bajet. Saya tidak pasti berapa orang yang hadir dalam acara malam itu faham maksud puisi saya. Semangat perjuangan Pak Sako masuk dalam jiwa saya ketika itu.
Pak Sako adalah anak kelahiran Temerloh. Dari seorang majistret pada zaman penjajah hinggalah menjadi penulis di majalah Gila-Gila pada zaman merdeka, Pak Sako tidak jemu mencoret tentang masyarakat, bangsa dan negara. Beliau lahir pada 1909 dan meninggal dunia 1992.
 
Ditahan dalam penjara, derita berjuang, sengsara hidup. Menempuh seribu kepayahan. Tiada darjah, gelaran segala kebesaran dunia. Semasa hidupnya Pak Sako terpelosok di pinggiran.
Dia duduk sendirian menanti bas di hentian bas Batu 9 Cheras.
“Eh, itu Pak Sako!” kata saya semasa terpandang susuk badannya yang memegang tongkat sambil menghisap paip. Saya ketika itu tinggal di Cheras juga.
Selepas meninggal dunia Pak Sako dikebumikan di tanah perkuburan Kampong Buntut Pulau, Temerloh, yang terletak kira-kira 3km dari bandar.
Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah antara khazanah daripada Pak Sako untuk kita semua dan tanah air.
Dengan kreativitinya Pak Sako memunculkan watak seperti Tong Sam Pah dan Poh Ki Mak sebagai cara menggambarkan realiti semasa masyarakat dan negara.
Pemikiran politiknya melangkaui selat dan lautan. Tulisan Pak Sako bukan sekadar karya sastera tetapi juga karya untuk membangunkan bangsa.
Sesudah berkali-kali makan ikan patin, takkan sekali pun tidak singgah ke makam pejuang kemerdekaan tulen? Kamu memang dasar tak mengenang jasa dan budi orang yang berjuang membebaskan watan ini agar bebas merdeka. Hanya mengisi perut sahaja.
 
Masuk ke pekan lama Temerloh, singgah seketika di Kedai Kopi Ban Hin. Inilah tempat Pak Sako, Ahmad Boestamam, Kamarulzaman Teh dan pimpinan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bertemu, merancang dan berbahas tentang kemerdekaan tanah air.
Ia terletak di Jalan Ibrahim, Temerloh. Jalan itu dinamakan sedemikian sebagai memperingati pengasas PKMM, iaitu Ibrahim Yaakob. Pejabat PKMM juga ada tidak jauh dari situ.
Selepas mesyuarat secara rasmi di pejabat, mereka bermesyuarat secara tidak rasmi pula di kedai kopi. Biasanya yang itulah lebih telus. Sambil minum-minum, mereka berbincang dan membuat keputusan.
Entah apa rancangan mereka yang dimulakan dari pertemuan di kedai itu. Kebanyakan rancangan mereka bersifat gerakan politik massa dan mengancam kestabilan pemerintahan Inggeris serta sekutunya selepas merdeka.
Dan mereka terpaksa membayar risiko perjuangan itu dengan harga yang sangat tinggi. Dikejar, dipenjara, dihina dan paling tragis, sejarah mereka dikambus hidup-hidup.
Tan Cheng Lock juga mengopi dengan konco-konconya semasa dalam MCA. Saya sedang mencari maklumat tentang cerita di sebalik kedai kopi ini dan seumpamanya.
Ahmad Nizam Hamid, Syed Putra, Abang Bob dan Kamaruzaman Yaakub mungkin boleh membantu saya. Catatan arwah Suhaimi Said, lubukkawah.blog spot mungkin perlu diterbitkan. Arwah lama dalam Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum menyertai PAS.
Kemudian dia masuk Umno sekejap. Syed Husin Ali kata, itulah kekesalan terbesar dalam hidupnya. Suhaimi meninggal dalam PKR.
 
Di dalam kedai, meja sebelah ada sekumpulan lelaki India rancak berbual. Sebelah lagi, lelaki Cina membaca akhbar seorang diri. Kami di hujung sini. Kopi O dan roti bakar adalah menu istemewa kedai kopi berkenaan.
Khabarnya kesedapan hidangan itu tiada tandingannya di mana-mana. Tapi lain lidah, lainlah pula rasanya. Saya sendiri tidak merasa menu itu pun. Saya mengetahui tentang kesedapan itu selepas diberitahu orang Temerloh.
Saya cuba mencari-cari di mana warung atau kedai makan orang Melayu yang memiliki sejarah begitu. Masing-masing menggelengkan kepala. Warung atau kedai orang Melayu dibina dengan kayu yang mudah reput. Mereka berniaga sekadar untuk menyara kehidupan.
Berniaga bukan untuk kaya-raya. Setelah anak-anak membesar dan boleh berdikari, perniagaan tidak diperlukan lagi.
Warung dan kedai pun ditutup. Warung dan kedai kopi orang Melayu hilang bersama sejarah yang ditelan masa. Tidak seperti kedai kopi orang Cina yang hidup turun-temurun.
Inilah ciri-ciri masyarakat Malaya dan juga Malaysia. Mempunyai dua atau lebih kumpulan etnik, tinggal di kawasan yang sama, tidak bercampur gaul, berada dalam satu unit politik.
Begitulah J Furnivall membuat perhatian di lapangan dulu dan kemudian menulis buku yang dirujuk mahasiswa universiti sejak 1970-an hingga kini. Dan situasi itu diperkukuhkan oleh sesetengah bekas mahasiswa yang telah menjadi pemimpin politik.
Berpolitik mengikut kaum dan agama sebagai modal untuk berpengaruh dan berkuasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/temerloh-menziarahi-bumi-melawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mantan Direktur Walhi Emmy Hafidz Meninggal Dunia Usai Melawan Kanker

Mantan Direktur Walhi Emmy Hafidz Meninggal Dunia Usai Melawan Kanker

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 214 hits
Mantan aktivis perempuan dan lingkungan hidup Emmy Hafidz meninggal dunia pada Sabtu Kabar itu dibenarkan salah satu rekan politiknya di Partai NasDem Taufik Basari
Mahalini Melawan Restu Chord

Mahalini Melawan Restu Chord

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 367 hits
F Em G G hmm mmm C F Em indah semua cerita A Dmyang tlah terlewati G C F Gdalam satu cinta C F Em kita yang pernah bermimpi A Dmjalani semua Dm G Ehanya ada kita Am Enamun ternyata pada akhirnya C Dtak mungkin bisa kupaksa Fm Grestunya tak ...
Gerakkan Sekretariat Ph Setiap Parlimen Jaga Kebajikan Rakyat Muhaimin

Gerakkan Sekretariat Ph Setiap Parlimen Jaga Kebajikan Rakyat Muhaimin

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 174 hits
June 28 2021 Mesyuarat Pakatan Harapan Perak semalam telah mengambil keputusan untuk mengarahkan supaya setiap kawasan parlimen di Perak mengerakkan semula Sekretariat PH masing masing Ini sebagai persiapan bagi menghadapi sebarang kemungki...
Format Mesin Sulam

Format Mesin Sulam

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 319 hits
FORMAT MESIN SULAM Kenali mesin sulam dan format design yang boleh dibaca oleh mesin Mesin sulam Brother hanya dapat membaca format pes atau pec Janome hanya berupaya membaca design format jef atau sew sahaja ART BerninaDST TajimaCND Melco ...
Peralatan Dan Bahan Untuk Sulam Mesin

Peralatan Dan Bahan Untuk Sulam Mesin

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 186 hits
PERALATAN DAN BAHAN UNTUK SULAM MESIN Pertama tama memang kena ada mesin sulam berkomputer berserta aksesorinya sekali Ikut model masing masing ya sebab hoop juga berbeza bentuk Ada yang tanya dia ada mesin sulam sahaja dengan bahan menyula...
Ilmuwan Dakwa Terdapat 29 Planet Asing Yang Mengintip Bumi Sejak Ribuan Tahun Lalu

Ilmuwan Dakwa Terdapat 29 Planet Asing Yang Mengintip Bumi Sejak Ribuan Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 209 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Ketika manusia sibuk meneliti angkasa lepas untuk mencari bukti jejak makhluk asing di planet planet di luar galaksi Bima Sakti ternyata sebenarnya mereka ju...
Rasuah Akan Lenyapkan Bangsa Melayu Di Bumi Melayu

Rasuah Akan Lenyapkan Bangsa Melayu Di Bumi Melayu

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 314 hits
DUA hari lalu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bertindak tegas dengan memusnahkan kebun durian Musang King seluas 101 hektar yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam Saya yakin banyak lagi kawasan yang diterokai secara haram ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Fix Harmful Backlinks For Free

Ramai Keliru Bagaimana Pemandu Boleh Rempuh Buaya Di Lebuh Raya

Jom Buat Kek Birthday Sendiri

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan