Rasuah Akan Lenyapkan Bangsa Melayu Di Bumi Melayu



DUA hari lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bertindak tegas dengan memusnahkan kebun durian Musang King seluas 101 hektar yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam.

Saya yakin, banyak lagi kawasan yang diterokai secara haram, bukan setakat 101 hektar. Tidak mustahil ada ribuan hektar lagi. Bukan sahaja di negeri Pahang tetapi juga negeri-negeri lain, cuma belum meletup sahaja lagi.

Apapun, tahniah saya ucapkan di atas keberanian pihak berkuasa, walaupun pemimpin ultra kiasu tampil datang bersama membela peneroka haram membantah, kononnya mendapat kebenaran mahkamah.

Pihak berkuasa tidak perlu sedikit pun merasa gentar meskipun ultra kiasu datang bersama wakil rakyat mereka. Tanah yang diteroka secara haram tetap haram, mana mungkin menjadi halal. Bukannya sedikit, tetapi beribu-ribu ekar.

Suka atau tidak, penerokaan secara haram tanah kerajaan, mempunyai kaitan rapat dengan amalan rasuah. Rasuah ini menjadi punca kepada segala matapetaka ini.

Mengikut pengalaman saya selaku orang Cina, yang memahami serba sedikit psikik orang Cina, jarang sekali orang Cina akan meneroka secara haram jika tidak mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa. Bila sudah yakin sahaja, baharu mereka ada keberanian untuk melakukannya.

Kalau tidak percaya, cuba tengok, kita agak jarang jumpa, orang Cina membina rumah ibadat di kawasan tanah kerajaan, berbangsa bangsa satu lagi.

Begitu dengan kegiatan haram, walaupun namanya haram seperti judi haram, kelab malam haram, edar dadah haram, pelacuran haram dan sebagainya, mereka tidak begitu berani untuk membuka perniagaan ini jika tidak ada ‘orang kuat’ di belakangnya.

Akibatnya, yang rosak siapa? Fikirlah sendiri.

Sebab itu, saya merayu sangat-sangat, agar rasuah ini dapat dibenteras hingga ke akar umbi. Saya cukup bimbang jika rasuah ini tidak dibenteras hingga ke akar umbi, bangsa Melayu mengemis di bumi sendiri dan tidak mustahil boleh lenyap.

Tidak masuk akal sama sekali memikirkan, sesuatu dalam bidang kuasa kita atau genggaman kita, tetapi kita tidak mampu untuk melakukannya.

Sekadar memberikan beberapa contoh lain, seperti tanah Rizab Melayu hilang, tapak sekolah hilang, sungai dicemari, jual passport, jual kad pengenalan, pengedaran dadah berleluasa, kartel daging, permit pekerja asing dan banyak lagi. Terutama melibatkan jabatan penguatkuasa seperti PBT, polis, kastam, imigresen dan sebagainya.

Kenapa kita tidak mengambil pengajaran, negara China tewas kepada tentera Jepun pada tahun 1894 walaupun kekuatan pertahanan China memiliki kapal perang yang lebih canggih daripada Eropah. Ini disebabkan amalan rasuah dalam kalangan pemimpin tinggi China ketika itu. Sehingga kini, pemimpin-pemimpin China dengan tegas memberi amaran bahawa parti dan negara akan musnah jika rasuah tidak dibenteras.

Mengambil pengajaran ini, apakah tidak mungkin Melayu akan tewas, dan telah pun tewas, diikuti selepas itu akan mengemis di bumi sendiri. Paling saya bimbang, suatu hari nanti, mungkin tidak ada lagi bumi yang boleh dipijak. Semua sudah tergadai kepada orang lain.

Justeru, tindakan segera perlu dilakukan tanpa rasa takut. Mereka yang terlibat dengan amalan rasuah mesti dihukum dengan sekeras-kerasnya sepertimana yang dilakukan oleh negara China.

Di China, pemberi dan penerima akan dihukum dengan berat, sehingga sampai peringkat mati. Berbanding dengan negara kita, biasanya penerima sahaja yang dikenakan hukuman, itu pun tidak berat berbanding dengan pemberi. Belum pernah lagi mereka yang terlibat dalam rasuah dihukum mati.

Negara China cukup mengambil pengajaran apa yang telah mereka alami dalam Perang Candu, Perang China-Jepun.

Misalnya, pada 6 Januari 2021, bekas ketua syarikat pengurusan aset terbesar milik kerajaan China dijatuhkan hukuman mati semalam kerana menerima rasuah berjumlah AS$260 juta (RM1.04 bilion).

Lai Xiaomin, bekas anggota Parti Komunis China, didapati bersalah kerana terlibat secara serius dalam rasuah. Apartmennya di Beijing dipenuhi dengan wang rasuah. Menurut mahkamah di Tianjin, Lai menunjukkan ‘niat jahat yang melampau’, menyalahguna kedudukan bagi mendapatkan sejumlah besar sogokan yang disifatkan ‘sangat besar’ dan turut melabelkannya sebagai ‘sangat serius’.

Beliau, adalah bekas pengerusi China Huarong Asset Management Co (Huarong) yang disenaraikan di Hong Kong sebagai kumpulan pengurus hutang bermasalah. Huarong adalah satu daripada empat syarikat yang ditubuhkan pada 1999 untuk membantu membersihkan hutang lapuk yang menjejaskan sistem perbankan China.

Syarikat ini, kemudian berkembang menceburi bidang perniagaan pelaburan, pinjaman dan hartanah. Sabitan Lai bermula pada April 2018 ketika penyiasat melucutkan jawatannya dan disingkirkan daripada menganggotai Parti Komunis China. Beliau, dipercayai menyalah gunakan jawatannya bagi menggelapkan dana lebih 25 juta yuan (RM15.27 juta) antara 2009 dan 2018 (New Straits Times, 6 Jan 2021).

Cuba banding dengan negara kita. Siapa yang telah disabit dan sedang disabitkan? Bagaimana kedudukan mereka selepas ini? Hukuman bentuk bagaimana yang akan dikenakan? Adakah akan sampai kepada hukuman mati? Jauh sekali bukan.

Justeru, mari sama-sama kita saksikan sama ada kita serius atau tidak? Apakah kita mahu tunggu sehingga negara ini tergadai, atau telah lenyap satu bangsa, baharulah tindakan tegas mahu dikenakan.

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/rasuah-akan-lenyapkan-bangsa-melayu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Melayu Senada Untuk Tidak Bersatu Walaupun Demi Bangsa Dan Ugama

Politik Melayu Senada Untuk Tidak Bersatu Walaupun Demi Bangsa Dan Ugama

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 357 hits
MCA DAP senada bela pekebun haram di Raub Tidak kira sama ada berada di pihak kerajaan atau pembangkang MCA serta DAP dilihat senada dalam isu penceroboh kebun haram durian Musang King di Raub Pahang Isu itu menampakkan ADUN DAP bersungguh ...
Umno Pas Khianati Mandat Bangsa Melayu Umat Islam

Umno Pas Khianati Mandat Bangsa Melayu Umat Islam

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 238 hits
UMNO PAS khianati mandat bangsa Melayu umat Islam Dosa dosa politik UMNO dan PAS terhadap agenda Melayu Islam Apa yang DAP gagal dapat secara bangkangan MCA akan perolehi secara rundingan Strategi yang jarang gagal untuk mempertahankan kepe...
Video Rentasan 916 Panas Perlekeh Dan Ingkar Titah Raja Raja Melayu Pegua

Video Rentasan 916 Panas Perlekeh Dan Ingkar Titah Raja Raja Melayu Pegua

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 218 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9161 PEGUAM NEGARA DERHAKA 2 SD 25 AHLI PARLIMEN UNTUK APA SEBENARNYA 3 KERAJAAN TAK JUAL HARTANAH LAPANGAN TERBANG SUBANG 4 MISTERI CALON PERDANA MENTERI BARISAN NASIONAL
Bunyi Binatang Dalam Bahasa Melayu Jom Belajar

Bunyi Binatang Dalam Bahasa Melayu Jom Belajar

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 456 hits
Menegembek dan mengakak Dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan yang sesuai untuk bunyi binatang Contoh peribahasa Melayu yang sering kita gunakan iaitu masuk kandang kambing mengembek masuk kandang babi haaa bunyi apa jom kita tengok video ...
Resume Dalam Bahasa Melayu Atau Bahasa Inggeris

Resume Dalam Bahasa Melayu Atau Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 441 hits
Resume nak ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris Itu persoalan biasa untuk graduan yang baru nak memohon kerja Ada yang kata nak senang gunakan Bahasa Inggeris kerana banyak template yang boleh kita guna dan edit terus dari laman...
Semua Melayu Tapi Dap Juga Yang Orang Melayu Jaja Sebab Apa Sebab Dibagi Jawatan Gagal Semua Gagal

Semua Melayu Tapi Dap Juga Yang Orang Melayu Jaja Sebab Apa Sebab Dibagi Jawatan Gagal Semua Gagal

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 306 hits
MIHSAH DAMHA Sultan2 MELAYU PM MELAYU Menteri Kanan Melayu Menteri2 MELAYU Bumiputera MB KM MELAYU Ahli Parlimen majority MELAYU Bumiputera termasuk Lobai KSN MELAYU AG MELAYU Ketua Hakim MELAYU DG MELAYU Panglima ATM MELAYU Panglima Tenter...
Sejarah Tahun 4 Unit 7 Hubungan Diplomatik Kerajaan Melayu Awal Di Kepulauan Melayu

Sejarah Tahun 4 Unit 7 Hubungan Diplomatik Kerajaan Melayu Awal Di Kepulauan Melayu

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 2214 hits
SEJARAH TAHUN 4UNIT 7 KERAJAAN MELAYU AWALSTANDARD KANDUNGAN4 1 Kerajaan Melayu AwalSTANDARD PEMBELAJARAN4 1 3 Menjelaskan hubungan diplomatik Kerajaan Melayu Awal di Kepulauan Melayu 4 1 4 Menghuraikan kegiatan ekonomi Kerajaan Melayu Awal...
Nama Melayu Islam Tapi Fitnah Bukan Main

Nama Melayu Islam Tapi Fitnah Bukan Main

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 342 hits
Cuba lihat bagaimana pembohongan fitnah dan kebencian yang disebarkan oleh individu ini yang kononnya Melayu Islam Dengan nama dan akaun Facebook Palsu Anwar Sabu Walaun rendah IQ ini cuba menanam benih kebencian dihati penduduk Melayu Isla...
Pengisytiharan 30 Tahun Dulu Gariskan Kod Etika Raja Melayu Dalam Politik Perniagaan Dan Media

Pengisytiharan 30 Tahun Dulu Gariskan Kod Etika Raja Melayu Dalam Politik Perniagaan Dan Media

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 260 hits
Menurut Chandra Muzaffar pengisytiharan itu perlu ditegaskan semula kerana wujud pihak yang cuba memanipulasi raja raja demi agenda jahat Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mempengerusikan Perbincangan Khas Raja Raja Me...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord