Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh


Festival Cita Rasa Warisan @ Pantai Timur 2025: Jom Bekwoh
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Festival Cita Rasa Warisan @Pantai Timur 2025 (FCRW2025) selama tiga hari bermula 5 hingga 7 September 2025 bertempat di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.
Festival ini akan berlangsung mulai 9.30 pagi hingga 10.30 malam. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah Sultanah Kelantan dan turut dihadiri oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Datuk Kamaruddin Md Nor Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Kelantan dan YBhg Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya.
Festival ini bertujuan untuk mempromosi, memartabat dan melestarikan makanan warisan terutamanya makanan yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].
Sehingga hari ini sebanyak 213 makanan telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan termasuklah Nasi Kerabu, Kuih Cek Mek Molek, Kuih Jala Emas, Kuih Lompat Tikam, Budu dan banyak lagi.
Ia merupakan inisiatif kerajaan untuk mengukuhkan sektor pelancongan dan kebudayaan terhadap tiga teras utama iaitu ekopelancongan, kebudayaan dan warisan di samping membangunkan produk serta memperkasa ekonomi komuniti setempat.

Festival ini akan menghimpunkan komuniti pelbagai etnik yang terlibat secara langsung dalam memartabatkan makanan warisan termasuklah chef, tukang masak, pengamal, persatuan, badan bukan kerajaan, institut pengajian tinggi dan komuniti keseluruhannya.
Pemilihan Kelantan bagi penganjuran Festival Cita Rasa Warisan ini adalah kerana negeri ini antara negeri yang amat kaya dengan beraneka jenis makanan warisan selain terkenal dengan pelbagai seni persembahan, kraftangan, permainan tradisional yang telah diiktiraf di peringkat dunia seperti Mak Yong, Wayang Kulit Kelantan, Menora,Songket, Batik, Wau Bulan dan Gasing.
Festival Cita Rasa Warisan @ Pantai Timur yang bertemakan “Jom Bekwoh”ini akan membawakan nostalgia kenduri-kendara yang kian dilupakan oleh generasi kini.
Lebih 60 buah gerai akan menyediakan juadah makanan warisan dari sepuluh Daerah iaitu Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Gua Musang dibawakan khas dalam festival ini melalui kerjasama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Kelantan dan Malaysian Craft Council.
Makanan yang dijual ini merangkumi lauk pauk, nasi ulam, nasi tumpang, nasi dagang, laksam, kuih-muih warisan (akok,nekbat,jala emas dan kuih boko ubi) serta minuman tradisional seperti air pandan serai, teh herba kampung dan produk hasil tani serta rempah tempatan.
Antara aktiviti menarik sepanjang festival ialah persembahan seni kebudayaan tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit, Menora, Dikir Barat, Nyanyian Lagu Rakyat, Zapin Salor, Tarian Asyik, Tarian Singa, Pergendangan Siam, India, Melayu dan Cina dan pelbagai hiburan tradisional lain.
Pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan heritage street performance yang merangkumi kepelbagaian dan keunikan budaya Kelantan dalam bentuk yang ringkas dan estetika seni warisan negeri.
Jom bekwoh iaitu aktiviti memasak beramai-ramai akan melibatkan komuniti pelbagai daerah dan jajahan di Kelantan yang sama-sama memasak makanan tradisi seperti gulai daging kawah, kerabu beko, gulai daun kilek dan ikan bekok.

Pertandingan memasak makanan tradisi antara hotel-hotel di Kelantan, pertandingan belah kukur nyior dan perah santan, gubahan pulut kuning dan sireh junjung, pertandingan POV, fotografi dan video promosi serta aktiviti fun walk hungga semutar” iaitu berlari sambil bersemutar juga antara aktiviti yang sudah pasti dapat menarik ramai pengunjung hadir ke festival ini.
Festival Citarasa Warisan @ Pantai Timur ini juga akan mengetengahkan makanan-makanan warisan yang hampir pupus seperti Itik Solor, Nasi 100, Apam Bakar dan Ros Lidah.
Bersempena dengan festival ini juga akan diadakan sesi perkongsian khas yang bertajuk”Kota Bharu as a Creative City of Gastronomy” bersempena dengan inisiatif Keraajaan Negeri Kelantan untuk mengangkat Kota Bharu sebagai Kota kedua selepas Kuching bagi mendapat pengiktirafan UNESCO.
MOTAC sangat komited dalam mempromosi, memartabatkan dan melestarikan seni, budaya dan warisan negara melalui Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) dan Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP).
Pendekatan ini selaras dengan semangat Malaysia MADANI yang menitikberatkan kelestarian budaya, kesejahteraan ekonomi komuniti serta pemeliharaan nilai warisan untuk generasi akan datang.
Festival Citarasa Warisan @Pantai Timur ini melibatkan penyertaan aktif komuniti setempat sekaligus memperkasakan ekonomi tempatan dan menyemai rasa bangga terhadap budaya warisan tempatan. Aspirasi jangka panjang MOTAC adalah menjadikan kebudayaan sebagai aset ekonomi dan diplomasi negara selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) dan aspirasi Malaysia MADANI.
The post Festival Cita Rasa Warisan @ Pantai Timur 2025: Jom Bekwoh appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/27/festival-cita-rasa-warisan-pantai-timur-2025-jom-bekwoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Edutainment Fest Simpan Sspn 2025 Anak Cilik Bersinar Dengan Bakat Warisan Melayu

Edutainment Fest Simpan Sspn 2025 Anak Cilik Bersinar Dengan Bakat Warisan Melayu

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1846 hits
Pa Ma sekali lagi berjaya mencipta kenangan manis bersama keluarga apabila membawakan Edutainment Fest Simpan SSPN 2025 yang berlangsung penuh gemilang pada 24 dan 25 Ogos lalu di KSL Explanade Mall Klang Festival anjuran Pa Ma dengan kerja...
Persatuan Kartografi Jejaki Laluan Purba Kota Melaka Ke Pantai Timur

Persatuan Kartografi Jejaki Laluan Purba Kota Melaka Ke Pantai Timur

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 627 hits
Persatuan Kartografi Jejaki Laluan Purba Kota Melaka Ke Pantai Timur Setiap negara yang kita jejaki di dunia ini mempunyai pelbagai sejarah yang tersendiri Pun begitu ada sesetengah sejarah yang sudah tidak lagi disebut dan mungkin sudah di...
Pahang International Scout Scarf Festival 2025 Di Kuantan Di Iktiraf Malaysia Book Of Record

Pahang International Scout Scarf Festival 2025 Di Kuantan Di Iktiraf Malaysia Book Of Record

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 1940 hits
KUANTAN Pahang International Scout Scarf Festival 2025 menerima pengiktirafan Malaysia Book of Record apabila merekodkan penyertaan 22 825 ahli pengakap dari dalam dan luar negara hari ini Festival yang berlangsung di Stadium Tertutup Sukan...
Rasa Warisan Asli Halal Pengalaman Eksklusif Di Resorts World Genting Menyatu Rasa Kita

Rasa Warisan Asli Halal Pengalaman Eksklusif Di Resorts World Genting Menyatu Rasa Kita

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 187 hits
Malaysia kini melangkah ke tahun ke 68 sebagai sebuah negara yang aman dan maju Dalam kepelbagaian budaya bahasa dan bangsa ada satu perkara yang sentiasa menyatukan kita makanan Ya dari nasi lemak ke char kuey teow dari laksa ke roti canai...
Airasia Hausboom Festival 2025 Kembali Lebih Besar Meriah

Airasia Hausboom Festival 2025 Kembali Lebih Besar Meriah

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1958 hits
Festival muzik dan gaya hidup tahunan terbesar negara AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink bakal kembali pada 11 12 Oktober 2025 di MAEPS Serdang dengan tema baharu Paint the Town Red Festival kali ini tampil lebih berani ...
Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 3547 hits
20 Ogos 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Seminar Kewangan bertajuk Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future di Dewan Saksama Bangunan BHEUU Putrajaya Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran awa...
Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 2897 hits
Membincangkan Pengisian Program Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2025Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni Menjelang Ogos biasanya setiap agensi atau Jabatan akan mulai membuat berbagai program pengisian sempen...
Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 3720 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi merasmikan Majlis Perasmian Cawangan Terbaharu Avocake Pukis Delight bertempat di UTC Angsana Seremban Ruang Legar Lobby Plaza Ampangan Seremban Majlis ini menyaksikan pelancaran produk hiliran inovatif...
Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 939 hits
Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025Tajuk Tenang Bukan Erti Tiada Ribut Tenang itu bukan bila hidup tanpa ujian Tapi bila hati belajar menerima ujian dengan lapang dada Tenang bukan bila semuanya sempurna Tapi bila kita reda walau banyak yang t...
Secret Recipe Teams Up With Zus Coffee For A Match Made In Malaysia

Batu Umno Division Chief Resigns From Federal Territories Foundation

Disgruntled Activist Moots Exiled Sabah Gov T In Down Under As Legitimate Voice Of Sabahans

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Misi Kemanusiaan Zizi Kirana Jarang Buat Video Call Tak Mahu Keluarga Menangis

Jalan Jalan Cuti Sekolah September 2025

Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro Dimasukkan Ke Hospital Malaysiagazette

Percubaan Mewujudkan Ai Classroom World


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Ideas For Personalized Gifts That Wow In Business Corporate Life

Innovation In Startup Success

Makan Makan Dengan Birthday Girl

Ustaz Azhar Idrus Ulas Kenyataan Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah Itu Jahil

Setiap Detik Adalah Puisi Cinta Yang Tidak Terucap Nukilan Fattah Amin Kepada Amira Othman Bikin Merinding

Perbezaan Douyin Vs Tiktok