Sultan Pahang Berkenan Rasmikan Program Road Tour Skor A Spm Tuisyen Komuniti Yasa Umpsa 2025




KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Program Road Tour Skor A+ SPM Pahang dan Tuisyen Komuniti YASA-UMPSA 2025 di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Gambang di sini.
Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dan semoga mereka berjaya mendapat keputusan cemerlang.
"Selamat maju jaya dalam peperiksaan akan datang dan semoga semua penuntut peperiksaan ini akan berjaya dengan cemerlang sekali, sekurang-kurangnya A+.
"Kegagalan bukan pilihan. Ingat, dalam apa segala kerja, kita mesti buat kerja itu sebaik mungkin dan mesti berjaya," titah baginda sebelum berangkat pulang.
Sementara itu, Pengurus Besar YASA Mohd Fakhrul Islam Juhali berkata lebih 2,000 calon SPM dari seluruh negeri mengikuti seminar Road Tour Skor A+ SPM Pahang selama dua hari, bermula hari ini.
Beliau berkata program anjuran Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dengan kerjasama strategik PTTI Group Sdn Bhd itu, menumpukan kepada strategi pembelajaran berkesan, teknik menjawab soalan dan pengukuhan motivasi kepada pelajar.
"Sejajar dengan titah harapan Sultan Pahang untuk melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing, YASA dan PTTI turut merangka kesinambungan inisiatif melalui Seminar School Tour Skor A+ SPM yang bakal menjelajah 198 sekolah menengah di seluruh negeri bermula Januari hingga Jun 2026," katanya ketika berucap pada majlis itu.
Beliau berkata Tuisyen Komuniti YASA-UMPSA 2025 yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan UMPSA itu adalah bagi membantu pelajar SPM di daerah Kuantan dan Pekan, khususnya golongan B40 serta asnaf.
"Program ini dilaksanakan secara berfasa pada hujung minggu atau sesi petang dan malam di lokasi komuniti dengan sokongan pensyarah dan sukarelawan UMPSA, serta fasiliti yang diperkasakan melalui rakan kolaborasi setempat," katanya.
Mohd Fakhrul Islam berkata penglibatan Sultan Pahang dalam program berkenaan mencerminkan keprihatinan baginda terhadap masa depan anak negeri.
"Keberangkatan dan restu baginda menjadi sumber ilham serta kekuatan kepada anak-anak Pahang untuk gigih berusaha mencapai kecemerlangan SPM," katanya. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/09/sultan-pahang-berkenan-rasmikan-program.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Raikan Rakyat Selepas Sambutan Hari Kebangsaan Di Padang Mbk1

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Raikan Rakyat Selepas Sambutan Hari Kebangsaan Di Padang Mbk1

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3186 hits
KUANTAN Suasana sambutan Hari Kebangsaan ke 68 peringkat Negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan Satu bertambah meriah dengan keberangkatan Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang berkenan meluangk...
Sultan Pahang Berkenan Menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perkampungan Ihsan Al Sultan Abdullah Di Pekan

Sultan Pahang Berkenan Menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perkampungan Ihsan Al Sultan Abdullah Di Pekan

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3204 hits
PEKAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Perkampungan Ihsan Al Sultan Abdullah di sini hari ini Keberangkatan tiba Al Sultan Abdullah pada 9 55 pagi disam...
Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan Esg

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan Esg

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 3847 hits
KUANTAN Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran sosial dan tadbir urus bagi memastikan hasil pertanian terus diterima di pasaran antarabangsa Sultan Pahang Al Sult...
Al Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi

Al Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3004 hits
PEKAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli merasmikan Temasya Warisan Pahang di Muzium Maritim Pulau Beram malam tadi Keberangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku...
Maharat Al Quran Spm 2025

Maharat Al Quran Spm 2025

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 3569 hits
GOOD LUCK anak ummi dan semua anak anak SMP yang menduduki ujian maharat al quran mulai harini sayu hati bila tengok mereka baca doa beramai ramai sebelum masuk dewan
Temasya Warisan Pahang 2025 Pastikan Kesinambungan Legasi Seni Budaya Dan Warisan Agar Terus Hidup

Temasya Warisan Pahang 2025 Pastikan Kesinambungan Legasi Seni Budaya Dan Warisan Agar Terus Hidup

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4673 hits
PEKAN Temasya Warisan Pahang 2025 yang melabuhkan tirainya semalam bukan sekadar persembahan kebudayaan sebaliknya dilihat menjadi platform mengetengahkan legasi seni budaya dan warisan agar terus hidup dalam jiwa masyarakat khususnya gener...
Ptti Perkasa Calon Spm Kudat Dengan Formula Rahsia Skor A

Ptti Perkasa Calon Spm Kudat Dengan Formula Rahsia Skor A

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1182 hits
PTTI Perkasa Calon SPM Kudat Dengan Formula Rahsia Skor A PTTI Group Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pejabat Pendidikan Daerah Kudat serta Kelab Nuri Bank Rakyat telah menjayakan Program Jelajah Skor A SPM pada 11 d...
Penyertaan Turkiye Serta Beberapa Negara Asean Buktikan Tanda Sokongan Temasya Warisan Pahang 2025

Penyertaan Turkiye Serta Beberapa Negara Asean Buktikan Tanda Sokongan Temasya Warisan Pahang 2025

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 4205 hits
PEKAN Penyertaan Turkiye dan beberapa negara ASEAN seperti Laos Singapura dan Indonesia membuktikan tanda sokongan terhadap Yayasan Tenun Pahang Diraja dalam memartabatkan seni kraf warisan negara di persada dunia Memasuki hari ketiga pada ...
Sultan Pahang Titah Masjid Surau Di Pahang Adakan Solat Hajat

Sultan Pahang Titah Masjid Surau Di Pahang Adakan Solat Hajat

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1444 hits
Sultan Pahang Titah Masjid Surau Di Pahang Adakan Solat Hajat Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri Pahang mengadakan solat hajat dan doa menolak bala pada m...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia