Edutainment Fest Simpan Sspn 2025 Anak Cilik Bersinar Dengan Bakat Warisan Melayu


Pa&Ma sekali lagi berjaya mencipta kenangan manis bersama keluarga apabila membawakan Edutainment Fest Simpan SSPN 2025 yang berlangsung penuh gemilang pada 24 dan 25 Ogos lalu di KSL Explanade Mall, Klang.
Festival anjuran Pa&Ma dengan kerjasama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN)  ini bukan sekadar medan hiburan semata-mata, tetapi platform yang menyatukan keluarga, mendidik anak-anak tentang budaya, serta mencungkil bakat dan keyakinan diri mereka sejak kecil.

Bertemakan Kesultanan Melayu Cilik, festival kali ini tampil berbeza dengan edisi sebelumnya. Jika tahun lalu hanya melibatkan penyertaan tadika, kali ini festival berjaya menghimpunkan lebih kurang 1,000 orang pengunjung sepanjang dua hari berlangsung.
Festival ini menjadikan suasana lebih meriah, dan penuh dengan gelak tawa anak-anak serta sorakan ibu bapa yang hadir memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.

Zumba Sarung Hangatkan Suasana
Hari pertama festival dimulakan dengan acara penuh ceria iaitu Zumba Sarung. Seawal pagi lagi, perkarangan festival sudah dipenuhi dengan anak-anak tadika yang comel, masing-masing lengkap berpakaian tradisi kain sarung dan tengkolok.
Mereka berarak masuk mengikut tadika masing-masing, seakan pahlawan dan puteri kecil zaman Kesultanan Melayu. Sorakan ibu bapa dan guru-guru membuatkan anak-anak ini tampil penuh keyakinan, walaupun ada antara mereka masih malu-malu di awalnya.
Acara kemudian diteruskan dengan sesi zumba yang dikendalikan oleh Zin Puteri Laila dari Nas Adila Dance Crew. Dengan iringan muzik rancak dan lagu-lagu popular kanak-kanak, anak-anak kecil ini menari penuh semangat, sambil sesekali menoleh ke arah ibu bapa yang mengangkat telefon untuk merakam detik berharga. Suasana pagi itu begitu gamat dengan gelak tawa, tepukan dan sorakan, menjadikan pembuka tirai festival begitu bertenaga.

Retro Cilik, Nostalgia Penuh Warna
Setelah tubuh segar dengan zumba, suasana bertukar menjadi penuh nostalgia apabila berlangsungnya segmen Retro Cilik. Anak-anak tampil dengan gaya klasik era 70-an dan 80-an, lengkap dengan seluar kembang, baju berwarna-warni, kaca mata besar dan gaya rambut afro yang mencuit hati.
Gelagat mereka di pentas membuatkan penonton terhibur. Ada yang tampil penuh yakin beraksi bagaikan model profesional, ada juga yang sedikit malu-malu tetapi tetap mencuri hati dengan kecomelan mereka.
Dua puluh peserta terpilih sebagai pemenang pakaian tercantik, namun hakikatnya semua anak-anak ini sudah pun menjadi pemenang di hati penonton. Segmen ini bukan sahaja memberi hiburan, tetapi turut menanam keberanian anak-anak untuk tampil di khalayak ramai.

Perasmian Penuh Gaya Kesultanan
Kemuncak acara pada hari pertama sudah tentu Majlis Perasmian Edutainment Fest Simpan SSPN 2025 yang berlangsung di pentas utama. Sejurus anak-anak segak berpakaian tradisional Kesultanan Melayu berarak masuk, suasana bertukar penuh ceria dan mengagumkan. Detik ini seakan mengimbau zaman silam, apabila warisan budaya Melayu diangkat dengan penuh kebanggaan.
Menambah seri majlis tersebut sudah tentulah kehadiran 400 pelajar tadika dan sekolah rendah dari kawasan sekitar Lembah Klang.
Persembahan pembukaan oleh bekas pesilat negara, Mohd Al Jufferi, memukau pengunjung dengan gerakan silat yang penuh tenaga dan berwibawa. Kemudian, suasana bertukar syahdu apabila Imam Muda Hassan menyampaikan doa, memohon agar acara diberkati dan berjalan lancar.

Pengacara berbakat, Keanu Azman, tampil mengemudi acara dengan gaya mesra dan bersahaja, membuatkan penonton berasa dekat dengannya. Di hadapan ratusan pengunjung, majlis ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran En. Syamil Fahim, Ketua Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, dan En. Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN.
Simbolik pelancaran benar-benar menyentuh hati apabila seorang anak kecil dipilih untuk memalu gong di pentas utama. Dengan tepukan gemuruh daripada penonton, detik itu menggambarkan betapa anak-anak adalah pewaris masa depan bangsa yang perlu diasuh dan diberi peluang bersinar.

Majlis perasmian semakin meriah apabila Umai, tampil membuat persembahan penuh bertenaga dengan lagu tema Simpan SSPN berjudul Terbang Tinggi. Sorakan bertambah gamat apabila pasangan penyanyi Sheryl Shazwanie dan Azzam Sham mendendangkan dua buah lagu Melayu asli yang begitu memukau dengan suara merdu mereka.

Pentas Bakat Cilik Menyerlah
Selepas perasmian, pentas utama terus hidup dengan pelbagai persembahan daripada lebih 10 buah sekolah. Masing-masing menampilkan bakat dan kreativiti yang unik dan menghiburkan.

Antara kumpulan dan sekolah yang tampil memberikan persembahan adalah seperti persembahan Kawad Kaki SK Pandamaran Jaya, tarian Bugis SK Pandamaran Jaya, bicara berirama Tadika Sri Melor, persembahan muzik dan ukelele daripada Imran dan Maira.
Gelagat anak-anak ini membuatkan suasana bertambah riuh. Ada yang tampil dengan penuh keyakinan, ada juga yang kelihatan gementar, tetapi setiap satu persembahan menerima sorakan dan tepukan gemuruh. Ibu bapa yang hadir jelas terpancar wajah kebanggaan melihat anak-anak mereka berdiri di pentas besar, mengasah keberanian dan menunjukkan bakat semula jadi.

Semarak Hari Kedua, Mewarna & Ilmu Simpanan
Hari kedua festival tidak kurang hebatnya. Acara dimulakan dengan Pertandingan Mewarna Bertemakan Kesultanan Melayu Cilik. Seramai 150 orang anak kecil tekun di meja masing-masing, dengan pensil warna dan krayon di tangan.

Lebih menarik, anak-anak ini turut memperagakan pakaian bertemakan kemerdekaan, menjadikan pertandingan lebih ceria dan patriotik.

Sementara anak-anak leka dengan aktiviti mewarna, ibu bapa pula berpeluang menimba ilmu bermanfaat melalui slot Borak Pa&Ma. Bual bicara ini di host kan oleh pengacara hebat Dahlia Syazwan, bersama panel istimewa iaitu Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan PTPTN, dan pelakon Intan Ladyana.

Masing-masing berkongsi tip praktikal tentang pentingnya menabung sejak awal usia demi masa depan anak-anak. Perkongsian ini membuka mata ramai ibu bapa tentang betapa simpanan kecil hari ini mampu menjamin masa depan yang lebih cerah kelak.

Peragaan Citra Budaya & Konsert Bintang Kecil
Petang hari kedua pula dihiasi dengan acara Peragaan Citra Budaya. Sepuluh orang kanak-kanak tampil memperagakan pakaian tradisional etnik Malaysia seperti sari, cheongsam, kebaya, lengga, kebarung dan pelbagai lagi. Walaupun masih kecil, mereka berjalan penuh yakin di atas pentas bagaikan model profesional, sambil memperlihatkan keindahan busana tradisional yang begitu mempesona.

Selepas itu, suasana festival menjadi semakin meriah dengan Konsert Meletop Bintang Kecil. Inilah pentas di mana anak-anak berani menyerlahkan potensi mereka melalui nyanyian, tarian, dikir barat, aerodance dan persembahan muzik. Kecomelan mereka yang tampil dengan busana unik benar-benar mencuit hati penonton.

Konsert ini diadili oleh tiga juri dan salah seorangnya adalah selebriti popular Nabila Razali yang turut membuat persembahan istimewa.
Sorakan penonton bergema apabila Forces Crew diumumkan sebagai juara, diikuti Little Squad (naib juara) dan Estella di tempat ketiga dengan persembahan bermain gitar sambil menyanyi.

Booth Interaktif & Aktiviti Kekeluargaan
Selain persembahan pentas, festival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai booth interaktif. Booth Simpan SSPN antara yang paling menjadi tumpuan apabila ramai ibu bapa mengambil peluang untuk membuka akaun simpanan pendidikan anak-anak mereka. Booth lain seperti Reda Klinik, Petting Zoo dan juga hiasan inai, Henna Noor yang turut mendapat sambutan hangat, menjadikan festival ini mesra untuk semua lapisan keluarga.
Kanak-kanak teruja bermain dengan haiwan di petting zoo, sementara ibu bapa sibuk mencuba aktiviti lain. Tidak dinafikan, suasana ini menjadikan Edutainment Fest sebagai acara keluarga yang lengkap dengan hiburan, pendidikan dan interaksi.

Secara keseluruhannya, Edutainment Fest Simpan SSPN 2025 membuktikan bahawa sebuah festival bukan sahaja mampu menghiburkan, tetapi juga mendidik dan menginspirasi. Anak-anak bukan sahaja seronok, malah berpeluang mengasah keyakinan diri, memperkenalkan budaya, dan menonjolkan bakat yang ada dalam diri mereka.
Dengan sokongan Simpan SSPN, festival ini turut membuka mata ibu bapa tentang pentingnya merancang masa depan pendidikan anak-anak melalui simpanan sejak awal usia. Pa&Ma sekali lagi berjaya menjadikan festival ini sebagai ruang berharga untuk mengeratkan ikatan keluarga sambil meraikan potensi generasi kecil yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.
 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/edutainment-fest-simpan-sspn-2025-anak-cilik-bersinar-dengan-bakat-warisan-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 3 000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran Dbkl

Lebih 3 000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran Dbkl

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 2165 hits
KUALA LUMPUR Lebih 3 000 anak Pahang menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 yang berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini Larian anjuran Sekretariat Perantau Anak Pahang itu disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang ...
Masa Ada Kuasa Nak Tolong Oeniaga Kecil Melayu Ni Bawa Anak Muda Naik Motor Jaga Petani Pun Tidak Maki Pandai

Masa Ada Kuasa Nak Tolong Oeniaga Kecil Melayu Ni Bawa Anak Muda Naik Motor Jaga Petani Pun Tidak Maki Pandai

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1478 hits
Ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas ke 50 Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia saya tegaskan bahawa dalam arus pembangunan negara prasarana gerai warung dan restoran rakyat tidak boleh diketepikan Kemudahan asas ...
Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh

Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2442 hits
Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 Jom Bekwoh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Festival Cita Rasa Warisan Pantai Timur 2025 selama t...
Fama Fest Dataran Padang Bandar Keningau 29 31 08 2025

Fama Fest Dataran Padang Bandar Keningau 29 31 08 2025

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1704 hits
Catatan akan menyusul kemudian Maaf ada urusan amat URGENTJumpa Lagi selepas urusan selesai
Tanah Rizab Melayu Perak Bocor Ke Tangan Bukan Bumiputera Ppim Desak Polis Bertindak The Merdeka Times 29 08 2025

Tanah Rizab Melayu Perak Bocor Ke Tangan Bukan Bumiputera Ppim Desak Polis Bertindak The Merdeka Times 29 08 2025

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 6082 hits
Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan siasatan awal mendapati tanah milik sebuah agensi kerajaan di dua kawasan di Perak telah dipindahkan dalam bentuk saham kepada dua syarikat bukan Bumiputera Lebih mengejutkan sebahagian besar ta...
Seorang Banduan Lari Dari Penjara Kerana Rindukan Anak

Seorang Banduan Lari Dari Penjara Kerana Rindukan Anak

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 795 hits
KOSMO GAMBAR fail Anuchit Sooksud Foto FacebookBANGKOK Seorang banduan melarikan diri dari penjara kerana merindui bayinya yang baru berusia nbsp lima bulan di Thailand lapor portal berita Thaiger hari ini Jabatan Penjara meminta penduduk m...
Bapa Lemas Selepas Selamatkan Anak Jatuh Sungai

Bapa Lemas Selepas Selamatkan Anak Jatuh Sungai

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1789 hits
Bapa Lemas Selepas Selamatkan Anak Jatuh Sungai KOTA BHARU Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah mereka di Jalan Kampung Sat Tanah Merah petang tadi Koma...
Semakan Budi95 Dibuka Khamis Ini

Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

Susu Rosak Jangan Buang Transform Jadi Keju Cottage Homemade Sedap Dan Puas Hati

Mof Nafi Had Pembelian Ron95 Sekali Sehari Harga Subsidi Kekal Terjamin

Throw The Book At Them Public Urges Stiff Penalty For Taxi Tout Couple Who Extorted Chinese Tourists

Jangan Fitnah Walaun Hati Hati Tentang Maklumat

Budi95 Shows Govt Failed To Make Targeted Subsidy System Work Muda

Over 254k Malaysians Are Obese Dzulkefly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Heran Ke

Persediaan Upkk Bersama Fly High Education

Melawat Kebun Dan Sarapan Di Pagi Ahad

Daftar Ahli Amway Rahsia Jana Pendapatan Yang Ramai Terlepas Pandang

Transforming Tabung Haji Obviously Rashid Hussein Not Learned From His Past

Amira Othman Kongsi Momen Mesra Bersama Fattah Rakan Selebriti Cemburu