Tema Maal Hijrah 2024 1446h Sambutan Peringkat Kebangsaan


Tema Maal Hijrah 2024 /1446H : Sambutan Peringkat Kebangsaan
Tema Maal Hijrah 2024 yang dipilih pada tahun ini adalah “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”.
Baca juga:
Salam Maal Hijrah Puasa Muharram Niat Puasa Asyura Apa itu Maal Hijrah? Maal Hijrah adalah tahun Islam yang amat penting bagi orang Islam iaitu Awal Muharam. Ia amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Koa Mekah ke Madinah pada tahun 622M.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam setiap tahun bagi takwim hijrah. Namun tahun Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan kalender Hijrah.
Makna Disebalik Logo Maal Hijrah Tarikh Cuti Maal Hijrah 2024 Awal Muharam 2024 adalah hari cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia. Pada tahun ini, tarikh cuti Maal Hijrah 2024 jatuh pada 7 Julai 2024 bersamaan dengan 1 Muharam 1446.
Tema Maal Hijrah 2024 / 1446H Tema Maal Hijrah 2024 / 1446H : Al-Falah Pemacu Malaysia Madani
Pengenalan Al-Falah Al-Falah digubal bersandarkan kepada falsafah dan semangat “Bersama Mencapai Kejayaan” yang menjadi moto harian fardhu solat oleh semua umat Islam.
Asas kejayaan yang sebenar adalah berlandaskan konsep al-falah iaitu meliputi ciri-ciri yang digariskan dalam al-Quran sebagaimana firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 1-11 yang bermaksud
“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan serta perkataan sia-sia, mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu) dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, merekalah orang yang melampaui batas dan mereka yang menjaga amanah serta janjinya dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya mereka itulah orang yang berhak mewarisi – yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.”
Maksud kesejahteraan dan kejayaan tersebut seiring dengan tema sambutan Ma’al Hijrah pada tahun ini iaitu ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani.’
Salah satu lafaz azan ialah kalimah yang bermaksud ‘marilah menuju kejayaan (al-falah).’ Sebahagian ulama menjelaskan bahawa laungan azan disyariatkan pada tahun pertama hijrah berdasarkan hadis daripada Ibn Umar RA dalam suatu peristiwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Wahai Bilal, berdirilah dan serukan solat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Seruan untuk mengecapi kejayaan amat penting sehingga menjadi sebahagian daripada kalimah dalam lafaz azan. Kejayaan sebenar hanya dapat digapai apabila setiap manusia menjadikan Allah SWT sebagai keutamaan melalui kesempurnaan akidah, ibadah dan akhlak.
Al-Falah mengandungi inisiatif-inisiatif yang terdiri daripada 5 Teras, 10 Fokus dan 5 Nilai penghayatan bersama.
Objektif Al-Falah Menggariskan teras-teras strategik untuk dicapai oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun 2023 hingga 2027. Membentuk kesatuan fikrah, gerak kerja, dan nilai-nilai bersama seluruh kepimpinan agensi dan warga kerja Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam menjayakan pelan tranformasi yang disepakati bersama. Memandu penglibatan dan sokongan umat Islam di segenap peringkat dalam menjayakan visi kesejahteraan Malaysia Madani. Pelan Tranformasi Al-Falah 5 TERAS, 10 FOKUS
1. Pentadbiran Islam Mampan
Fokus 1: Pengislahan Dasar & Tadbir Urus Institusi Islam Fokus 2: Pemantapan Penyelidikan dan Persuratan Islam 2. Kesejahteraan Insan
Fokus 3: Kemampuan Ekonomi dan Kebajikan Sosial Islam Fokus 4: Pengukuhan Perpaduan Ummah dan Keharmonian Tamadun 3. Kemuliaan Syariah
Fokus 5: Memartabatkan Perndangan & Kehakiman Islam Fokus 6: Penghayatan Nilai Masyarakat Madani 4. Kepimpinan Berdaya Cipta
Fokus 7: Pengukuhan Kepimpinan Generasi Muda dan Komuniti Fokus 8: Pemerkosaan Media dan Keseniaan Islam 5. Kehormatan Institusi Islam
Fokus 9: Keunggulan Pendidikan Islam dan Dakwah Berhikmah Fokus 10: Pemodenan Prasarana Institusi Islam 5 NILAI AL-FALAH
Ilmu Integriti Itqan Istiqamah Ikhlas 10 FOKUS AL-FALAH
1. Pengislahan Dasar dan Tadbir Urus Institusi Islam
Penilaian dan pembaharuan dasar dan tadbir urus Hal Ehwal Agama sejajar dengan Maqasid Syariah dan agenda pembangunan Malaysia Madani meliputi peningkatan profesionalisme, kecekapan, inovasi tadbirurus serta tatakelola pentadbiran Islam yang cekap, telus, mesra dan berkualiti.
2. Pemantapan Penyelidikan dan Persuratan Islam
Menyemarak penyelidikan ilmiah dan persuratan menerusi pengukuhan program kajian, persidangan dan penerbitan ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya ilmu dan berbudi tinggi.
3. Kemampanan Ekonomi dan Kebajikan Sosial Islam
Mengukuhkan Institusi dan program ekonomi Islam serta kebajikan sosial sebagai tonggak pembangunan masyarakat dan negara Madani.
4. Pengukuhan Perpaduan Ummah & Keharmonian Tamadun
Memperluaskan jaringan kerjasama umat Islam di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan melestarikan budaya dialog harmoni antara penganut agama dan tamadun.
5. Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Islam
Mengangkat martabat perundangan dan kehakiman Islam bagi mencapai matlamat keadilan dan kemuliaan insan.
6. Penghayatan Nilai Masyarakat Madani
Penerapan kefahaman Islam yang syumul dan penghayatan nilai-nilai unggul Masyarakat Madani dalam kehidupan ummah.
7. Pengukuhan Kepimpinan Generasi Muda dan Komuniti
Pemantapan bakat dan daya kepimpinan dalam kalangan generasi muda dan komuniti menerusi pembinaan modal insan berkualiti.
8. Pemerkasaan Media dan Keseniaan Islam
Memperkukuhkan media, institusi penyiaran dan program kesenian berorientasikan Islam ke arah penyebaran ilmu dan maklumat yang tepat, sesuai dan bermutu.
9. Keunggulan Pendidikan Islam & Dakwah Berhikmah
Memantapkan Pendidikan Islam di segenap peringkat serta pengembangan program dakwah berhikmah sepanjang hayat.
10. Pemodenan Prasarana Institusi Islam
Menambahbaik dan memodenkan prasarana Institusi Islam sebagai pusat pendidikan, pengupayaan komuniti dan kesejahteraan Ummah.
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024 Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1446H / 2024M pada 1 Muharam 1446H bersamaan 7 Julai 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Anda boleh saksikan secara langsung bermula jam 9.30 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM.
Facebook JAKIM: https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia YouTube JAKIM: https://www.youtube.com/@myjakim TikTok JAKIM: https://www.tiktok.com/@myjakim Instagram JAKIM: https://www.instagram.com/myjakim Portal Rasmi JAKIM: https://www.islam.gov.my/ Doa Akhir Tahun / Awal Tahun Islam Sumber infografik: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tema-maal-hijrah-2024/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tema-maal-hijrah-2024

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Awal Muharam 2024 Maal Hijrah 1446h Di Malaysia

Tarikh Awal Muharam 2024 Maal Hijrah 1446h Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 56 hits
Bila Tarikh Awal Muharam 2024 Maal Hijrah 1446H di Malaysia Awal Muharam atau merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam yang memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S A W dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi Peristiwa ini tida...
Aktiviti Maal Hijrah Contoh Aktiviti Program Sekolah

Aktiviti Maal Hijrah Contoh Aktiviti Program Sekolah

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 90 hits
Maal Hijrah adalah sambutan yang sering dilaksanakan oleh pihak sekolah dan pelbagai aktiviti Maal Hijrah yang bertujuan untuk meningkatkan penghayatan murid terhadap sambutan ini Aktiviti atau program ini boleh memupuk pemahaman dan pengha...
Tenaga Luar Biasa Selama 3 Jam Konsert B I 2024 Tour Hype Up Di Kuala Lumpur Raih Sambutan Hebat

Tenaga Luar Biasa Selama 3 Jam Konsert B I 2024 Tour Hype Up Di Kuala Lumpur Raih Sambutan Hebat

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 41 hits
Dianjurkan oleh Lo Fi Entertainment konsert jelajah Asia B I 2024 TOUR HYPE UP di Kuala Lumpur berjaya menarik 3 000 peminat yang telah membanjiri Mega Star Arena pada 30 Jun Membuka pentas dengan lagu Michelangelo B I turut menghiburkan pe...
Salam Maal Hijrah Makna Kepentingan Contoh Ucapan Poster

Salam Maal Hijrah Makna Kepentingan Contoh Ucapan Poster

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 101 hits
Maal Hijrah adalah salah satu perayaan penting dalam kalender Islam yang disambut dengan penuh kegembiraan setiap tahun oleh umat Muslim di seluruh dunia Peristiwa ini menandakan perpindahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya dari Mekah ...
Aktiviti Mewarna Maal Hijrah Muat Turun Poster

Aktiviti Mewarna Maal Hijrah Muat Turun Poster

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 99 hits
Aktiviti mewarna poster merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan sempena Maal Hijrah Untuk aktiviti ini hasil mewarna yang cantik dan kreatif oleh murid akan dipilih oleh barisan juri yang terdiri daripada para guru Aktiviti in...
Ibadah Korban 2024

Ibadah Korban 2024

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 86 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Cepatnya masa berlalu pagi ini sekarang hampir pukul 12 tengahari Satu kerja pun tidak jadi lagi Hanya sempat membasuh dan menyidai pakaian sahaja Kelmarin cuaca sangat sejuk kerana hujan Alhamdulillah Cerit...
3 Aidiladha 2024

3 Aidiladha 2024

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 95 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Hari terakhir KK bercuti sebelum kembali bekerja boss KK baik bagi cuti sampai tiga hari ahaha orang lain cuti sehari saja Berbalik kisah raya ke 3 disebabkan KK jenis tak boleh nak duduk diam KK pun bu...
Heru Budi Ajak Warga Gunakan Hak Pilih Di Pilgub Jakarta 2024

Heru Budi Ajak Warga Gunakan Hak Pilih Di Pilgub Jakarta 2024

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 59 hits
Heru Budi juga mengajak warga menjaga situasi kondusif saat Pilgub Jakarta 2024
Menag Smart Card Dan Skema Murur Jadi Kunci Sukes Penyelenggaraan Ibadah Haji 2024

Menag Smart Card Dan Skema Murur Jadi Kunci Sukes Penyelenggaraan Ibadah Haji 2024

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 56 hits
Gus Men sapaan akrabnya ini memastikan akan menjadi catatan dan perbaikan di tahun depan
Laws On Caning Make Ratifying Un Convention Hard Says Saifuddin

Unseen Power Of The Administrative State

Ada Apa Sebenarnya Dengan Ikhlas

Seludup Dadah Dari Luar Negara Guna Kurier

Anwar Lebih Untung Dari Sunak Dan Biden

Bitcoin Bull Market Is Over

Malaysia Perlu Anjakan Sektor Pelancongan Kata Pm

Palestin Hancur M Sia Masih Konsert S Norhaliza



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


Menyemai Literasi Di Era Artificiai Intelligence

Pemandu E Hailing Didakwa Heret Penumpang Keluar Tinggalkan Di Tengah Lebuh Raya

Happy Birthday Rania Izzara Turns One

Kerajaan Tak Kawal Tiktok Kementerian Komunikasi

42 Wanita Warga Asing Ditahan Dalam Op Noda Khas Di Seremban

Telefon Pintar Kingkong Ini Dilengkapi Skrin Sentuh Kedua Di Belakang