Aktiviti Maal Hijrah Contoh Aktiviti Program Sekolah
Maal Hijrah adalah sambutan yang sering dilaksanakan oleh pihak sekolah dan pelbagai aktiviti Maal Hijrah yang bertujuan untuk meningkatkan penghayatan murid terhadap sambutan ini.
Aktiviti atau program ini boleh memupuk pemahaman dan penghayatan mengenai perjalanan Hijrah Rasulullah S.A.W.
Mengenai Maal Hijrah
Secara asasnya, sambutan Maal Hijrah disambut oleh umat Islam sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW dan sahabat yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.
Peristiwa ini memberikan hikmah cukup besar apabila kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, dan berkembangnya umat Islam dan tersebar ke seluruh dunia.
Susulan peristiwa hijrah, takwim Islam mula diperkenalkan, bermula dengan bulan Muharam sehingga Zulhijjah.
Keistimewaan Muharam perlu diketahui kerana ia diangkat sebagai bulan pertama dalam kalendar hijrah dan dikenali sebagai bulan Allah atau ‘syahrullah.’
Selain itu, peristiwa Hijrah merupakan perkara penting kerana bukan sekadar perpindahan Rasulullah SAW dan sahabat ke Madinah, ianya turut memberi impak kepada kewujudan surah Makkiyah dan Madaniyah di dalam al-Quran.
Dalam tradisi kehidupan orang Arab, mereka tidak ada ketetapan bilangan tahun, sebaliknya kiraan hanya mengikut bulan seperti Safar, Rejab dan Rabiulawal yang berlaku sekian lama serta berterusan.
Walau bagaimanapun, selepas kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengajar tentang kepentingan untuk memiliki penanda tarikh, tetapi waktu itu masih belum wujud bilangan tahun.
Maka, sejarah takwim Islam sebenarnya hanya bermula pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar al-Khattab RA pada 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah.
Kisah Hijrah Rasulullah S.A.W
Kisah Hijrah Rasulullah S.A.W bermula pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian apabila Allah S.W.T telah memerintahkan Rasulullah S.A.W untuk berhijrah.
Setelah diberitahun mengenai rancangan Baginda, Rasulullah S.A.W pun pulang ke rumahnya semula untuk menunggu tibanya waktu malam.
Dalam masa yang sama, penjenayah-penjenayah besar Quraisy mula melakukan persiapan untuk melaksanakan apa yang telah mereka bincangkan di Darul Nadwah pagi tersebut.
Kemudiannya, 11 orang pemuda Quraisy yang dipilih untuk membunuh Baginda telah berpakat untuk bertemu selepas matahari terbenam.
Rasulullah S.A.W dan Ali R.A menyedari kehadiran mereka lalu segera Baginda menyerahkan selubung yang biasa digunakannya kepada Ali R.A.
Setelah itu, Rasulullah S.A.W bergerak ke rumah Abu Bakar R.A dan tanpa membuang masa, mereka juga keluar melalui jendela di malam itu juga.
Baginda mengambil jalan sejauh lima kilometer sehingga tiba ke bukit yang dikenali sebagai Jabal Thur.
Setelah mereka tiba di gua Thur, Abu Bakar R.A. terlebih dahulu memastikan keadaan di gua itu selamat dan barulah membenarkan Baginda masuk ke dalam gua.
Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar R.A bersembunyi di Gua Tsur selama 3 hari iaitu Jumaat, Sabtu, dan Ahad.
Orang Quraisy berang kerana tidak dapat mengesan Baginda.
Lalu mereka menawarkan kepada sesiapa yang dapat menangkap mere berdua hidup atau mati dengan hadiah yang lumayan.
Selepas 3 hari di Gua Tsur, Abdullah Bin Urayqit al-Laythi (penunjuk jalan yang mahir) tiba dan membawa bersamanya kenderaan untuk mereka berdua.
Pada 8 Rabiul Awal, Rasulullah S.A.W. dan Abu Bakar R.A. telah tiba di Quba’ dan mengasaskan Masjid Quba.’
Kemudian, pada 12 Rabiul Awal, Rasulullah S.A.W selamat tiba di Yathrib (Madinah) dan disambut kegembiraan oleh penduduk di situ.
Program/Aktiviti Maal Hijrah Di Sekolah
Terdapat pelbagai program atau aktiviti sempena Maal Hijrah yang boleh di sekolah iaitu:
i) Tazkirah/Ceramah
Tazkirah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud “mengingatkan” atau “menyebut.”
Tujuan utama tazkirah atau ceramah ini diberikan adalah untuk mengingatkan kepada murid di sekolah mengenai penghayatan Maal Hijrah.
ii) Bacaan Yasin
Bacaan Yasin juga boleh dilakukan sebagai salah satu program atau aktiviti Maal Hijrah di sekolah.
Aktiviti ini boleh menambahkan pahala selain meningkatkan minat murid untuk membaca ayat Al-Quran.
iii) Nasyid
Salah satu aktiviti/program lain yang boleh dijalankan adalah aktiviti nasyid yang dinyanyikan oleh murid.
Nasyid tersebut mestilah berunsurkan Maal Hijrah seperti lagu Maal Hijrah yang dinyanyikan oleh Al Ajiba.
iv) Pertandingan Mewarna
Sambutaan Maal Hijrah juga boleh dilakukan dengan melaksanakan pertandingan untuk murid seperti pertandingan mewarna.
Pertandingan mewarna tersebut mestilah melibatkan aktiviti mewarna melibatkan bahan-bahan Maal Hijrah.
v) Perarakan
Bagi mememastikan sambutan Maal Hijrah lebih menarik, pihak sekolah dan guru juga boleh menganjurkan aktiviti perarakan sempena sambutan ini.
Dalam perarakan ini, murid boleh membawa sepanduk mengenai mesej-mesej sempena Maal Hijrah.
Baca juga: Maal Hijrah 2024 / 1446H : Tarikh Cuti Awal Muharam & Tema
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/aktiviti-maal-hijrah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=aktiviti-maal-hijrah