Program Asasi Ipta Senarai Program Syarat Kemasukan 2024


Program Asasi IPTA : Senarai Program & Syarat Kemasukan 2024
Program Asasi IPTA adalah salah satu cabang hala tuju yang cepat dan mudah bagi para pelajar lepasan SPM mohon sebelum melanjutan pelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan senarai penuh program Asasi IPTA, syarat-syarat khusus dan cara memohon yang betul khusus untuk lepasan SPM yang berminat.
Baca juga:
Program Asasi TVET Tingkatan 6 Program Matrikulasi Apa itu Program Asasi? Asasi adalah salah satu cabang program pra universiti yang ditawarkan oleh universiti. Mana-mana pelajar yang berjaya untuk mengikuti program Asasi mereka aku terus belajar di universiti tersebut.
Terkini, terdapat 12 buah universiti awam yang menawarkan program pengajian ASASI iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Sabah(UMS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Kebaikan Masuk Asasi Bagi Lepasan SPM Masuk program Asasi selepas SPM mempunyai banyak kebaikan, terutamanya bagi pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Berikut adalah beberapa kebaikan utama:
Tempoh Pengajian yang Singkat: Program Asasi biasanya hanya mengambil masa satu tahun. Ini bermakna pelajar boleh cepat melanjutkan ke peringkat ijazah berbanding program matrikulasi atau diploma yang mungkin memakan masa lebih lama. Persediaan Akademik yang Mantap: Asasi direka khas untuk memberi asas pengetahuan yang kukuh dalam bidang yang diminati. Ini membantu pelajar menyesuaikan diri dengan lebih baik apabila memasuki peringkat ijazah. Fokus Khusus pada Bidang Pengajian: Program Asasi biasanya lebih spesifik kepada bidang pengajian tertentu seperti sains, kejuruteraan, perubatan, dan lain-lain. Ini membolehkan pelajar mendapat pendedahan awal dan mendalam dalam bidang pilihan mereka. Kemudahan dan Sumber Universiti: Pelajar Asasi biasanya mempunyai akses kepada kemudahan dan sumber universiti, seperti perpustakaan, makmal, dan pusat pembelajaran. Ini memberi mereka pengalaman awal dalam suasana universiti. Kelebihan dalam Permohonan Ijazah: Lulusan Asasi sering kali diberi keutamaan untuk memasuki program ijazah di universiti yang sama. Ini kerana program Asasi adalah sebahagian daripada laluan terus ke ijazah di universiti tersebut. Pengalaman Kampus: Pelajar Asasi berpeluang merasai kehidupan di kampus lebih awal. Ini termasuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum, persatuan, dan acara-acara universiti yang membantu mengembangkan kemahiran sosial dan kepimpinan. Penjimatan Kos: Tempoh pengajian yang singkat bermakna kos pengajian dan sara hidup juga lebih rendah berbanding program yang lebih panjang. Selain itu, beberapa universiti menawarkan biasiswa atau bantuan kewangan kepada pelajar Asasi yang cemerlang. Jaminan Kualiti Pengajian: Program Asasi yang ditawarkan oleh universiti-universiti biasanya diiktiraf dan memenuhi piawaian kualiti yang tinggi. Ini memastikan pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti dan relevan. Peluang Kerjaya yang Lebih Cerah: Dengan memulakan pengajian di peringkat Asasi, pelajar dapat merancang laluan kerjaya mereka dengan lebih jelas dan terarah. Mereka juga berpeluang membina rangkaian profesional lebih awal. Kemahiran Insaniah: Program Asasi bukan sahaja menekankan aspek akademik tetapi juga pembangunan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerja berpasukan, dan pemikiran kritis yang penting untuk kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya. Senarai IPTA Yang Tawarkan Program Asasi Berikut adalah senarai IPTA yang ada menawarkan program Asasi setiap tahun bagi lepasa SPM.
1. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Asasi Sains Asasi TESL Asasi Kejuruteraan Asasi Undang-Undang *Semua program di UiTM hanya terbuka kepada calon keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja.
2. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Asasi Sains Asasi Agrisains Asasi Teknologi Maklumat *Asasi Sains hanya terbuka kepada calon keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja.
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Asasi Pintar 4. Universiti Malaya (UM)
Asasi Sains Hayat Asasi Sains Fizikal Asasi Sains Sosial Asasi Pengajian Islam dan Sains Asasi Pengajian Islam *Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal dan Asasi Sains Sosial hanya terbuka kepada calon keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja.
5. Universiti Putra Malaysia (UPM)
Asasi Sains Pertanian 6. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Tahmidi Pergigian Tahmidi Perubatan Tahmidi Perakaunan dan Muamalat Tahmidi Syariah dan Undang-Undang Tahmidi Sains dan Teknologi 7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Asasi Sains Hayat Asasi Sains Fizikal *Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Fizikal hanya terbuka kepada calon keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja.
8. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Asasi Perubatan Asasi Pengurusan dan Strategi Asasi Kejuruteraan dan Teknologi 9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Asasi Sains Hayat Asasi Sains Fizikal Asasi Sains Kesihatan Bersekutu Asasi Kejururawatan Asasi Farmasi Asasi Pergigian Asasi Perubatan Asasi Sains Kemanusiaan Asasi Bahasa Inggeris Asasi Bahasa Arab Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar Asasi Kejuruteraan Asasi Sains Komputer Asasi Undang-Undang Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam Asasi Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa Asasi Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa Asasi Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa Asasi Pengurusan Pelancongan 10. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Asasi Sains dan Perubatan 11. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
STEM 12. Universiti Utara Malaysia (UUM)
Asasi Pengurusan Syarat-Syarat Kemasukan Berikut adalah syarat-syarat kemasukan bagi setiap program Asasi yang ditawarkan oleh universiti di Malaysia:
1. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Program Asasi Undang-Undang Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat minima:Gred A-
– Bahasa InggerisKEPUJIAN
– Matematik / Matematik TambahanGRED A-
– Dalam mana-mana TIGA (3) mata pelajaran lain (tidak termasuk Matematik, Matemaik Tambahan dan Bahasa Inggeris)Berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja. Program Asasi KejuruteraanSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat minima:GRED A-
– Dalam SATU (1) mata pelajaranGRED B
Dalam TIGA (3) mata pelajaran berikut:
– Matematik Tambahan
– Fizik
– Matematik
– KimiaGRED B
– Dalam Bahasa InggerisCalon TIDAK buta warna dan tidak mempunyai ketidakupayaan fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali Program Asasi TESLSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat minima:GRED A
– Dalam Bahasa InggerisGRED A-
Dalam mana-mana TIGA (3) mata pelajaran yang lainGRED C (Kepujian)
– Dalam Matematik / Matematik TambahanLulus temu duga dan ujian bertulis yang dikendalikan oleh Fakulti Program Asasi SainsSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat minima:GRED A–
– Dalam SATU (1) mata pelajaranGRED B
Dalam TIGA (3) mata pelajaran berikut :
– Matematik Tambahan
– Fizik
– Kimia
– BiologiGRED B
– Dalam Bahasa InggerisCalon TIDAK buta warna dan tidak mempunyai ketidakupayaan fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pautan berikut : https://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat
2. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Program Asasi Sains Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED E
– Matematik TambahanGRED C
– Dalam Matematik GRED C
Dalam DUA (2) mata pelajaran berikut:

– Biologi
– Fizik
– Kimia
– Sains Tambahan / Grafik Komunikasi Teknikal / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik / Lukisan KejuruteraanBerketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja. Program Asasi AgrisainsSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED C
– Dalam Matematik GRED C
Dalam SATU (1) mata pelajaran berikut:
– Fizik / Kimia / Biologi / SainsGRED C
Dalam DUA (2) mata pelajaran berikut:

– Matematik Tambahan
– Sains Tambahan
– Sejarah / Geografi
– Pendidikan Islam / Pendikan Moral / Grafik Komunikasi Teknikal / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik / Lukisan Kejuruteraan / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pendidikan Seni Visual / Pengajian / Keusahawanan / Produksi Reka Tanda / Reka Bentuk Grafik / Landskap dan Nurseri / Tanaman Makanan / Akuakultur & Haiwan Rekreasi / Tasawwur IslamBerketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja. Program Asasi Teknologi MaklumatSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED C+
Dalam SATU (1) mata pelajaran berikut:
– Matematik
– Matematik TambahanBerketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk brochure yang diberikan ini : https://www.ums.edu.my/
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Program Asasi Pintar (Calon Luar)Warganegera MalaysiaMendapat sekurang-kurangnya GRED A- dalam TUJUH (7) mata pelajaran berikut:

– Bahasa Melayu
– Bahasa Inggeris
– Matematik
– Matematik Tambahan
– Biologi
– Fizik
– KimiaLulus ujian / temuduga Program Terbuka kepada calon kategori A (SPM tahun semasa) dan calon kategori B (SPM bukan tahun semasa) Program Asasi Pintar (Calon Luar)Warganegera MalaysiaMemperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.00 di peringkat GENIUS@Pintar High Scholl Diploma Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk brochure yang diberikan ini : https://www.ukm.my/akademik/wp-content/uploads/2022/02/Brosur-Program-Asasipintar-UKM.pdf
4. Universiti Malaya (UM)
Program Asasi Sains HayatSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED A
– BiologiGRED B dalam SEMUA mata pelajaran
– Matematik
– Matematik Tambahan
– Fizik
– Kimia
– Bahasa InggerisBerketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja. Program Asasi Sains FizikalSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED A
– MatematikGRED B dalam SEMUA mata pelajaran
– Matematik Tambahan
– Fizik
– Kimia
– Bahasa InggerisBerketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja. Program Asasi Sains SosialSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam LIMA (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan MatematikAtau Lulus O-level/IGCSE atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangAtau Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Senat. Program Asasi Pengajian Islam dan SainsSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
Memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya GRED B dan EMPAT (4) mata pelajaran berikut

– Bahasa Arab / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab
– Bahasa Inggeris
– Matematik
– Matematik TambahanDAN mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam salah SATU (1) mata pelajara berikut:

– Pendidikan Islam / Turath Dirasat Al-Islamiah
– Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Maharat Al-Quran / Al-Syariah / Turath Al-Quran wa Al-Sunnah
– Pendidikan Syariah Islamiah / Hifz Al-Quran / Usul Al-Din
– Tasawwur Islam
– Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami
– Al-Adab wa BalaghahDAN mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam mana-mana TIGA (3) mata pelajaran berikut:
– Fizik
– Kimia
– Biologi
– Pertanian / Sains Komputer / Lukisan Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Grafik Komunikasi Teknikal / Sains Rumah Tangga
– Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Geografi / Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris / Pengajian Keushawanan Program Asasi Pengajian Islam (STEM)Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
Memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab.DAN mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam salah SATU (1) mata pelajara berikut:

– Pendidikan Islam / Turath Dirasat Al-Islamiah
– Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Maharat Al-Quran / Al-Syariah / Turath Al-Quran wa Al-Sunnah
– Pendidikan Syariah Islamiah / Hifz Al-Quran / Usul Al-Din
– Tasawwur Islam
– Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami
– Al-Adab wa BalaghahDAN mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam mana-mana TIGA (3) mata pelajaran berikut:
– Fizik
– Kimia
– Biologi
– Matematik Tambahan
– Sains Tambahan Asas Kelestarian / Sains Rumah Tangga
– Pertanian
– Sains Komputer
– Geografi
– Matematik
– Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris / Pengajian KeushawananDAN mendapat sekurang-kurangnya GRED C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Program Asasi Pengajian Islam (Sastera & Kemanusiaan)Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
Memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab.DAN mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam mana-mana DUA (2) mata pelajara berikut:

– Pendidikan Islam / Turath Dirasat Al-Islamiah
– Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Maharat Al-Quran / Al-Syariah / Turath Al-Quran wa Al-Sunnah
– Pendidikan Syariah Islamiah / Hifz Al-Quran / Usul Al-Din
– Tasawwur Islam
– Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami
– Al-Adab wa BalaghahDAN mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:
– Sains Tambahan
– Kesusasteraan Melayu
– Geografi
– Matematik
– Sains Komputer
– Pengajian Keushawanan
– Pertanian
– Perniagaan
– Ekonomi
– Prinsip Perakaunan
– Kesusasteraan Inggeris
– Asas Kelestarian
– Sains Rumah TanggaDAN mendapat sekurang-kurangnya GRED C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk brochure yang diberikan ini : https://study.um.edu.my/doc/brochures/PASUM_2023.pdf
5. Universiti Putra Malaysia (UPM)
Program Asasi Sains PertanianSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat minima:GRED B
Dalam EMPAT (4) daripada mata pelajaran berikut:

– Biologi
– Kimia
– Matematik
– Fizik
– Subjek Elektif STEM Sains Gunaan & Teknologi (Pilih 1 sahaja):
Pertanian / Sains Komputer / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Lukisan KejuruteraanGRED C
Dalam mata pelajaran Matematik TambahanGRED C+
Dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pautan berikut : https://asasi.upm.edu.my/akademik/syarat_kemasukan/asasi_sains_pertanian-1184
6. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Tahmidi Syariah & Undang-UndangSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED B
– Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab / Al-Adab Wa Al-Balaghah
– Bahasa InggerisGRED C+
Dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:

– Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Usul Al-Din / Al-Syariah / Hifz Al-Quran / Maharat Al-Quran / Turath Dirasat Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Manahajj Al-‘Ulum Al-IslamiahGRED C+
– Matematik / Matematik Tambahan Tahmidi Perakaunan & MuamalatSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED C
– Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab / Al-Adab Wa Al-BalaghahGRED C
Dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:

– Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Usul Al-Din / Al-Syariah / Hifz Al-Quran / Maharat Al-Quran / Turath Dirasat Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Manahajj Al-‘Ulum Al-IslamiahGRED B
– Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pengajian KeusahawananGRED B+
– Matematik / Matematik TambahanGRED C+
– Bahasa Inggeris Tahmidi Perubatan, Pergigian & SainsSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED C
– Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab / Al-Adab Wa Al-BalaghahGRED B
Dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

– Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Usul Al-Din / Al-Syariah / Hifz Al-Quran / Maharat Al-Quran / Turath Dirasat Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Manahajj Al-‘Ulum Al-IslamiahGRED B
– Fizik
– Kimia
– Biologi
– Matematik
– Bahasa InggerisGRED C
– Matematik TambahanCalon TIDAK mempunyai kurang upaya fizikal / anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali Tahmidi Sains Fizikal & TeknologiSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED C
– Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab / Al-Adab Wa Al-BalaghahGRED C
Dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

– Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Usul Al-Din / Al-Syariah / Hifz Al-Quran / Maharat Al-Quran / Turath Dirasat Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Manahajj Al-‘Ulum Al-IslamiahGRED C
– Fizik
– Kimia
– Matematik
– Matematik Tambahan
– Bahasa Inggeris
– Biologi / Sains / Sains Tambahan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Asas Kelestarian / Sains Rumah Tangga / Pertanian / Sains Komputer / Prinsip Perakaunan / Perniagaan / Ekonomi / Sains Sukan / Pendidikan Seni Visual / Lukisan / Reka Bentuk Kraf / Pengajian KeusahawananCalon TIDAK mempunyai kurang upaya fizikal / anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk brochure yang diberikan ini : https://admission.usim.edu.my/files/tamhidi-warganegara-2023-2024/4/
7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Program Asasi Sains HayatSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED C
Dalam EMPAT (4) mata pelajaran berikut:

– Biologi
– Kimia
– Matematik
– Bahasa InggerisGRED E
– Matematik TambahanGRED C
Dalam SATU (1) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran berikut:

– Bahasa Melayu
– SejarahBerketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah (salah seorang ibu bapa pribumi Sabah), Anak Negeri Sarawak (salah seorang ibu bapa pribumi Sarawak) dan Orang Asli sahaja. Program Asasi Sains FizikalSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED C
Dalam LIMA (5) mata pelajaran berikut:

– Fizik
– Kimia
– Matematik
– Matematik Tambahan
– Bahasa InggerisGRED C
Dalam SATU (1) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran berikut:

– Bahasa Melayu
– SejarahBerketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah (salah seorang ibu bapa pribumi Sabah), Anak Negeri Sarawak (salah seorang ibu bapa pribumi Sarawak) dan Orang Asli sahaja. 8. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Program Asasi PerubatanSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED B
– Biologi
– Kimia
– Fizik
– Matematik / Matematik Tambahan; dan
– Mana-mana SATU (1) mata pelajaran yang selaiin daripada di atas.Bagi calon Bakal Pengawai Kadet hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Senat dari semasa ke semasa.Lulus ujian dan temu duga Program Asasi Pengurusan dan StrategiSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED B
– Bahasa Melayu
– Matematik / Matematik Tambahan;
– Geografi / SejarahMendapat sekurang-kurangnya GRED C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan mana-mana SATU (1) mata pelajaran selain daripada mata pelajaran di atas.Bagi calon Bakal Pengawai Kadet hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Senat dari semasa ke semasa.Lulus ujian dan temu duga Program Asasi Kejuruteraan dan TeknologiSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED B
– Bahasa Melayu
– Matematik / Matematik Tambahan;
– Fizik / Sains Komputer / SainsMendapat sekurang-kurangnya GRED C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan mana-mana SATU (1) mata pelajaran selain daripada mata pelajaran di atas.Bagi calon Bakal Pengawai Kadet hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Senat dari semasa ke semasa.Lulus ujian dan temu duga Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pautan berikut : https://www.upnm.edu.my/images/BPA/Buku_Syarat2_210323_17102722.pdf
9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pautan berikut : https://photos.iium.edu.my/flip/asasi/
10. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Program Asasi Sains dan PerubatanSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:GRED B
Dalam LIMA (5) mata pelajaran berikut:
– Fizik
– Biologi
– Kimia
– Matematik / Matematik Tambahan;
– Mana-mana SATU (1) mata pelajaran lain tidak termasuk Bahasa Melayu dan SejarahMendapat sekurang-kurangnya GRED C+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Mendapat sekurang-kurangnya GRED B SATU (1) daripada mata pelajaran berikut:
– Pendidikan Islam
– Pendidikan Syari’ah Islamiah
– Usul Al-Din
– Manhaj Al-‘Ulum Al-Islamiah
– Maharat Al-Quran
– Tasawwur Islam
– Al-Syariah
– Al-Adab Wa Al-Balaghah
– Hifz Al-Quran
– Pendidikan Al-Quran dan Al-SunnahTidak menerima sebarang ketidakupayaan.Terbuka kepada calon yang berketurunan Melayu, Pribumi Sabah, Pribumi Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pautan berikut : https://puspa.unisza.edu.my
11. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Program Asasi STEMSyarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:STEM A
Mendapat sekurang-kurangnya GRED C+ dalam mata pelajaran berikut:
– Biologi
– Kimia
– FizikSTEM B
Mendapat sekurang-kurangnya GRED C+ dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:
– Biologi
– Kimia
– Fizik; dan

Mendapat sekurang-kurangnya GRED C+ bagi SATU (1) mata pelajaran Elektif STEM Sains Gunaan & Teknologi ATAU mata pelajaran bukan Elektif STEM (Elektif Sastera Ikhtisas dan Kemanusiaan / Elektif Pengajian Islam)Sastera Ikhtisas & Kemanusiaan
Mendapat GRED A dalam mata pelajaran Sains / Sains Tambahan; dan

Mendapat sekurang GRED C+ bagi SATU (1) mata pelajaran Elektif STEM Sains Gunaan & Teknologi ATAU mata pelajaran bukan Elektif STEM (Elektif Sastera Ikhtisas dan Kemanusiaan / Elektif Pengajian Islam)Terbuka kepada calon Bumiputera dan Bukan Bumiputera, Anak Negeri sabah, Anak Negeri Sarawak, dan Orang Asli Semenanjung sahaja yang berumur tidak melebihi 19 tahun 19 Januari tahun kemasukan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk brochure yang diberikan ini : https://www.umt.edu.my/programme-stem
12. Universiti Utara Malaysia (UUM)
Kesimpulannya, memilih untuk memasuki program Asasi adalah satu langkah yang bijak bagi pelajar lepasan SPM yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan mencapai kejayaan dalam bidang pilihan mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/program-asasi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=program-asasi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asasi Uitm 2024 Bidang Pengajian Syarat Cara Mohon

Asasi Uitm 2024 Bidang Pengajian Syarat Cara Mohon

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 84 hits
Bagi lepasan SPM 2023 jangan lepaskan peluang memohon untuk melanjutkan pengajian di UiTM dengan memohon program Asasi UiTM 2024 UiTM merupakan salah sebuah universiti awam tempatan yang dibuka untuk kaum Bumiputera sahaja Ramai pelajar lep...
Menu Pagi Raya Aidiladha 2024 1445hijrah

Menu Pagi Raya Aidiladha 2024 1445hijrah

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 85 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Salam Aidiladha untuk semua rakan blogger CCL Macam mana raya aidiladha kali ni Korban lembu atau korban hati CCL alhamdulillah tahun ni berkesempatan untuk buat korban Korang macam mana tahun ni ada yang...
Sacoor Brothers Dianugerahkan Dua Penghargaan Di Retail Asia Awards 2024

Sacoor Brothers Dianugerahkan Dua Penghargaan Di Retail Asia Awards 2024

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 132 hits
Sacoor Brothers jenama Portugis terkenal telah dianugerahkan dua gelaran berprestij di Retail Asia Awards 2024 Apparel Retailer of the Year Malaysia dan Transformasi Jenama Terbaik Malaysia Penghargaan ini adalah bukti jenama itu komitmen t...
Jemaah Haji Akan Mula Berangkat Pulang Pada 24 Jun Operasi Haji 2024 Dianggap Berjaya

Jemaah Haji Akan Mula Berangkat Pulang Pada 24 Jun Operasi Haji 2024 Dianggap Berjaya

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 82 hits
Operasi Haji bagi Musim Haji 1445H 2024 yang bermula pada 9 Mei 2024 dikhabarkan berjaya dengan cemerlang berkat usaha bagi persediaan segala urusan untuk melaksanakan urusan haji tersebut Hampir semua jemaah selesai haji Menurut Menteri di...
Tajaan Batik Penjawat Awam 2024 Dari Raifili World Yang Quality

Tajaan Batik Penjawat Awam 2024 Dari Raifili World Yang Quality

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 105 hits
Berita baik untuk penjawat awam Raifili kini sekali lagi hadir melalui program Tajaan Batik Penjawat Awam 2024 Siapa yang tidak tahu syarikat Bumiputera iaitu Raifili World pernah menarik perhatian seluruh penjawat awam apabila sebelum ini ...
Waspadai Isu Sara Dan Propaganda Jelang Pilkada Serentak 2024

Waspadai Isu Sara Dan Propaganda Jelang Pilkada Serentak 2024

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 54 hits
Agar semua pihak menghindari penyebaran isu SARA yang dapat memecah belah persatuan dan kesatuan bangsa
Hebahan Jawatan Kosong Llm Jun 2024

Hebahan Jawatan Kosong Llm Jun 2024

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 91 hits
Pengumuman terkini bagi anda yang dalam urusan kerjaya ada jawatan kosong terbaru untuk anda iaitu jawatan kosong LLM Jun 2024 yang merupakan jawatan kosong bertaraf kontrak tetap dengan kerjaya dibawah sektor awam Calon yang berminat boleh...
213 Investors Sue Myairline Founder Over Investment Scheme

Kadir Jasin Disputes Malaysia 10th Spot In Global Peace Index 2024 As Murder Crime Rate Is On The Rise

Justice Department To Recover Over 100 Million In Additional Funds Linked To 1mdb Scheme

Not All States Are Benefiting From Fdi

Gaji Hanya Rm2 000 Tetapi Teman Wanita Minta Belikan Honda Iphone 15 Pro Terpaksa Buat Loan

Skim Pencen A B Cara Tukar Kaedah Pembayaran Pencen

Stop Sale Of Bruno Mars Concert Tickets The Sun 27 06 2024

Benefit Of Top Up In Honor Of Kings



8 Fakta Biodata Jazmy Juma Khan Hero Remaja Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Scha Elinnea

10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia


Rendang Daging Nogori Ala Kuala Pilah

Mengenali Sumbing Bibir Dan Sumbing Lelangit

Sbdj Siri 203 Harimau Menangis

Parenting Journey Vs Taare Zameen Par

Luna Lights Evo Special Edition 2024 Di Tasek Layang Layang Bandaraya Pasir Gudang

Sizzling Yee Mee