Telinga Berdengung Petanda Rasullulah Rindukan Kita Ini Jawapan Mufti Wp


Sejak kecil lagi, mungkin ramai diantara kita pernah dengar sekiranya telinga berdengung, ia menandakan bahawa Nabi Muhammad SAW sedang mengingati.
Perkara seperti ini berlegar dalam ingatan ramai orang sehingga hari ke hari ini. Namun, timbul pula persoalan mengenai kesahihan perkara tersebut.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah berkongsikan jawapan yang dapat menyelesaikan persoalan terbabit.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Rasulullah SAW merupakan insan yang istimewa dan contoh ikutan yang terbaik sebagaimana yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Di samping itu juga, menjadi kewajipan ke atas kita untuk mencintai Nabi SAW sebagaimana ayat di dalam surah al-Taubah:
Firman Allah SWT: قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
al-Tawbah: 24
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
Syeikh al-Sa’di mengatakan ini adalah ayat yang agung pada menyatakan kewajipan kita mencintai Nabi SAW melebihi segala-galanya. [Lihat: Tafsir al-Sa’di, 332]
Berdasarkan soalan di atas, di sini kami nukilkan terlebih dahulu riwayat yang dikatakan bahawa apabila telinga seseorang itu berdengung maka itu adalah tanda bahawa Nabi SAW sedang merinduinya.
Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا طَنَّتْ أُذُنُ أَحَدِكُمْ فَلْيَذْكُرْنِي وَلْيُصَلِّ عَلَيَّ وَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ اذْكُرْ بِخَيْرٍ مَنْ ذَكَرَنِي
Maksudya: “Apabila telinga kamu berdengung, hendaklah dia ingat kepadaku dan berselawa ke atasku dengan berkata: “Semoga Allah akan mengingatkan yang mengingatku dengan kebaikan.”
Hadith atau riwayat di atas, diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath (9222), al-Mu’jam al-Saghir (1104) dan juga di dalam al-Mu’jam al-Kabir (958). Tambahan pula, ia turut diriwayatkan oleh Imam Ibn al-Sunni di dalam kitabnya ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (166). Untuk itu, di sini kami nukilkan pula pandangan ulama dalam menentukan atau menilai status hadith ini:
Imam Ibn al-Jauzi (597 H) menilai hadith ini adalah palsu. [Lihat: al-Mawdhu’at, 3/76] Imam al-Sakhawi (902 H) mengatakan sanad hadith ini adalah dhaif. Bahkan, al-‘Uqailiy menilai hadith ini tidak mempunyai asal baginya. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 89] Imam al-Fattani (986 H) menghukum hadith ini sebagai palsu dan beliau menukilkan pandangan al-Sakhawi dan juga al-‘Uqailiy. [Lihat: Tazkirah al-Mawdhu’at, 166] Syeikh Mir’i bin Yusuf al-Maqdisi (1033 H) meniali hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Fawaid al-Mawdhu’ah, 133] Kami cenderung kepada pandangan yang mengatakan bahawa hadith di atas adalah tidak sahih. Untuk itu, kita tidak dibolehkan atau haram bagi kita meriwayatkan hadith yang tidak sahih apabila diketahui akan keadaannya (palsu) melainkan bagi menjelaskan akan kepalsuannya.
Penutup
Kesimpulannya, hadith di atas adalah tidak sahih dan haram ke atas kita untuk meriwayatkan atau menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya sebagaimana yang telah kami jelaskan di atas. Hal ini termasuk di dalam kewajipan kita untuk memelihara Rasulullah SAW daripada sebarang pendustaan yang disandarkan kepada Baginda SAW. Tambahan pula, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi SAW telah mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan terhadapnya dan juga kalamnya (hadithnya). Sebagaimana sabda Nabi SAW:
مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيْثٍ يُرَىْ أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِيْنَ
Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.” [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim]
Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.
Wallahua’lam
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Telinga Berdengung Petanda Rasullulah Rindukan Kita? Ini Jawapan Mufti WP appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/28/telinga-berdengung-petanda-rasullulah-rindukan-kita-ini-jawapan-mufti-wp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Sah Ke Solat Sambil Dukung Bayi Ini Jawapan Mufti

Boleh Sah Ke Solat Sambil Dukung Bayi Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 379 hits
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti sering menghadapi fasa ketika mana si anak tidak dapat berenggang dengan mereka Jika hilang dari pandangan sebentar sahaja pun si kecil akan meraung bagaikan dipukul Hal ini pastinya menjadi dil...
Adakah Hantu Yang Digambarkan Itu Ada Ini Jawapan Mufti

Adakah Hantu Yang Digambarkan Itu Ada Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 407 hits
Adakah Hantu Hantu Yang Digambarkan Masyarakat Itu Wujud Ini Jawapan Mufti Sering menggunakan gambaran makhluk ghaib untuk tujuan menakut nakutkan orang lain Sesetengah orang percaya hantu datangnya dari jelmaan roh yang tidak tenang di ala...
Apa Hukum Ambil Wuduk Dengan Air Tadahan Pendingin Hawa Ini Jawapan Mufti Yang Ramai Tak Sangka

Apa Hukum Ambil Wuduk Dengan Air Tadahan Pendingin Hawa Ini Jawapan Mufti Yang Ramai Tak Sangka

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 485 hits
Air merupakan salah satu nikmat terbesar dalam hidup Tanpa air kita tidak dapat menyiram tumbuhan memasak makanan minum dan membersihkan diri Rantaian makanan juga boleh terganggu jika berlaku kemarau kerana haiwan haiwan yang memakan tumbu...
Pelihara Kesucian Agama Jom Bangkit Bersama Mufti Presiden Pas

Pelihara Kesucian Agama Jom Bangkit Bersama Mufti Presiden Pas

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 417 hits
Saman G25 ugut Presiden PAS tidak para Mufti DALAM tulisan beliau bertajuk G25 Membahayakan Akidah Umat Islam pada 17 Januari 2020 Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyatakan Sebenarnya kumpulan dan segala gerombolanny...
Critics Of G25 Missing The Historical Contexts Of Islam Says Grandson Of Late Kelantan Mufti

Critics Of G25 Missing The Historical Contexts Of Islam Says Grandson Of Late Kelantan Mufti

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 372 hits
Nik Abdul Aziz Nik Hassan says critics of G25 often ignore the historical contexts when debating on Islamic matters SHAH ALAM A former academic who has written extensively on contemporary Muslim issues in Malaysia has defended a recent repo...
Nasihat Sajat Secara Baik Jangan Terus Hukum Mufti Perlis

Nasihat Sajat Secara Baik Jangan Terus Hukum Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 444 hits
KANGAR 3 Feb Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan usahawan kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzaman atau Nur Sajat memakai pakaian menyerupai wanita itu adalah salah di sisi agama namum umat Islam perlu m...
Jawapan Mb Kelantan Mengenai Isu Pembelian Mercedes

Jawapan Mb Kelantan Mengenai Isu Pembelian Mercedes

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 610 hits
Menurut Mohd Amar Abdullah semasa Kelantan di bawah pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menteri besar negeri itu sudah menggunakan kereta jenama mewah berkenaan Katanya pada suatu ketika Nik Abdul Aziz pernah bercadang mahu menju...
Kuasa Media Sosial Lebih 10 Juta Pelawat Capai Dakwah Mufti Wp

Kuasa Media Sosial Lebih 10 Juta Pelawat Capai Dakwah Mufti Wp

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 218 hits
Lebih 10 juta pelawat mencapai maklumat daripada akaun media sosial Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri pada 2019 Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR 14 Jan Pendekatan berdakwah semakin berubah Jika dahulunya meng...
Mufti Jelas Hukum Suami Melarang Isteri Ziarah Ahli Keluarganya

Mufti Jelas Hukum Suami Melarang Isteri Ziarah Ahli Keluarganya

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 327 hits
Setiap hubungan perkahwinan pasti akan ada ujian yang memerlukan pasangan tersebut bersabar menempuhnya Bahkan ujian yang melibatkan hubungan pasangan dengan keluarganya Walaupun ianya dipandang remeh namun jika anda memahami hukum melarang...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi