Adakah Hantu Yang Digambarkan Itu Ada Ini Jawapan Mufti


Adakah Hantu-Hantu Yang Digambarkan Masyarakat Itu Wujud? Ini Jawapan Mufti. Sering menggunakan gambaran makhluk ghaib untuk tujuan menakut-nakutkan orang lain.  Sesetengah orang percaya, ‘hantu’ datangnya dari jelmaan roh yang tidak tenang di alam barzakh.
Namun, sejauh mana ia dipercayai dalam Islam? Ikuti perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengenai gambaran masyarakat tentang kewujudan hantu-hantu yang sering menjadi bualan masyarakat.
 Salam. Saya ini penggemar cerita-cerita seram. Apa sahaja cerita atau perkongsian orang tentang pengalaman seram mereka sama ada di radio dan sebagainya saya mesti akan dengar .
Cuma soalan saya, adakah hantu-hantu seperti pontianak, pocong, langsuir dan sebagainya itu wujud?. Benda-benda ini memang betul-betul wujud atau hanya khayalan perasaan semata-mata?. Atau ia berasal dari roh yang tenteram?. Mohon pencerahan Datuk. Maaf kalau soalan saya ini nampak mengarut.
Jawapan : Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Di antara perkara yang wajib untuk diimani oleh setiap muslim adalah beriman dengan perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka, hari Hisab dan lain-lain. Di antara perkara ghaib yang wajib untuk diimani adalah kewujudan jin dan syaitan. Kewujudan jin dan syaitan disebutkan oleh Allah di dalam Al-Quran. Di antaranya adalah yang terdapat di dalam kisah Nabi Sulaiman AS. Firman Allah SWT :
وَحُشِرَلِسُلَيْمَـٰنَجُنُودُهُۥمِنَٱلْجِنِّوَٱلْإِنسِوَٱلطَّيْرِفَهُمْيُوزَعُونَ
Maksudnya : “Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.”
(Surah Al-Naml : 17)
Begitu juga Allah menceritakan akan kewujudan syaitan yang sentiasa menjadi musuh nombor satu kepada manusia. Firman Allah :
يَـٰبَنِىٓءَادَمَلَايَفْتِنَنَّكُمُٱلشَّيْطَـٰنُكَمَآأَخْرَجَأَبَوَيْكُممِّنَٱلْجَنَّةِيَنزِعُعَنْهُمَالِبَاسَهُمَالِيُرِيَهُمَاسَوْءَٰتِهِمَآ
Maksudnya : “Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup)…”
(Surah Al-‘Araf : 27)
Walaupun kita tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar kita ia bukan bermakna syaitan dan jin tidak wujud. Kewujudan mereka tidak dapat dilihat oleh kita. Ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT :
إِنَّهُۥيَرَىٰكُمْهُوَوَقَبِيلُهُۥمِنْحَيْثُلَاتَرَوْنَهُمْ
Maksudnya : “…Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka…”
(Surah Al-‘Araf : 27)
Sheikh Tohir Ibn ‘Asyur menyebut bahawa sebahagian ahli ilmu menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa syaitan tidak mungkin untuk dilihat. Akan tetapi bukan begitu maksud ayat tersebut. Ianya membawa makna bahawa mereka melihat kita dalam keadaan kita tidak boleh melihat mereka. Kalaupun kita tidak boleh melihat mereka itu tidak bermakna kita tidak boleh melihat mereka selama-lamanya. Tidak dapat melihat mereka pada waktu sekarang tidak boleh menafikan kewujudan mereka secara mutlak. (Rujuk Tahrir Ma’na Al-Sadid Wa Tanwir Al-‘Aql Al-Jadid Fi Tafsir Al-Quran Al-Majid, 3/26).
Maka kita boleh katakan bahawa orang yang mengingkari kewujudan jin dan syaitan pada hakikatnya mereka mengingkari perkara yang sudah mencapai taraf mutawatir yang kalau disanggahi atau dinafikan ditakuti akan jatuh kepada kekufuran kerana menafikan sesuatu yang mutawatir.
Sheikh Muhammad Al-Syibli menukilkan pandangan Imam Al-Haramain Al-Juwaini. Beliau berkata :
“Ketahuilah bahawa kebanyakan ahli falsafah,golongan Qadariah dan kesemua orang yang zindiq mengingkari akan kewujudan jin dan syaitan. Pengingkaran yang dilakukan oleh mereka tidak lain tidak bukan adalah kerana tidak mentadabbur dan memperdalami Syariah. Sedangkan di sana terdapat nas-nas yang mutawatir dan athar-athar yang masyhur.” (Rujuk Aakam Al-Marjan Fi Gharaib Al-Akhbar wa Ahkam Al-Jann, hlm 6)
Abu Al-Qasim Al-Ansari anak murid kepada Imam Al-Haramain menyebut bahawa mengithbatkan kewujudan jin dan syaitan bukanlah mustahil dari sudut akal. Nas Al-Quran dan hadis terlebih dahulu memperakui kewujudan mereka. Oleh kerana itu mereka yang berpegang kepada agama mestilah mengetahui bahawa ianya perkara yang harus pada akal dan telahpun dibuktikan melalui nas-nas ayara’. (Rujuk Aakam Al-Marjan Fi Ghraib AL-Akhbar wa Ahkam Al-Jann, hlm 6-7).
Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, gambaran-gambaran hantu yang sering digambarkan khususnya oleh masyarakat kita melalui filem mahupun drama seperti pontianak, pocong dan lain-lain adalah sesuatu yang tidak wujud. Ianya tidak lain tidak bukan merupakan satu perkara yang berkaitan dengan jin dan syaitan. Mereka diberikan kelebihan oleh Allah untuk berubah-ubah bentuk dan menyerupakan diri dengan bentuk-bentuk tertentu untuk menakutkan manusia.
Sheikh Muhammad Al-Syibli menyebut bahawa tidak syak lagi bahawa jin dan syaitan mampu untuk berubah-ubah bentuk sama ada bentuk manusia atau haiwan. Sepertimana syaitan menyerupai Suraqah Bin Malik Bin Ja’syam dan mendatangi orang musyrikin Quraisy ketika mana mereka mahu keluar ke medan Badar. (Rujuk Aakam Al-Marjan Fi Gharaib Al-Akhbar wa Ahkam Al-Jann, hlm 21)
Sheikh Sulaiman Al-Asyqar menyebut bahawa kadang-kadang syaitan mendatangi manusia bukan dengan membisikkan perkara was-was akan tetapi ada satu ketika ia datang menyerupai manusia. Kita boleh dengar suara tapi tidak nampak tubuhnya. Ia juga boleh menyerupakan diri dengan bentuk-bentuk yang pelik. (Rujuk Silsilah Al-‘Akidah : Alam Al-Shayatin Wa Al-Jinn, hlm 91).
Al-Qadhi Abu Ya’la menyebut bahawa Syaitan tidak ada kemampuan untuk merubah-ubah bentuk. Akan tetapi boleh jadi Allah mengajarkan kepadanya beberapa perkataan dan perbuatan yang mana jika ia dilakukan atau disebutkan maka akan mengubah bentuknya kepada bentuk yang lain atau menyerupakan dirinya dengan sesuatu yang berbeza. (Rujuk Aakam Al-Marjan Fi Gharaib Al-Akhbar Wa Ahkam Al-Jann, hlm 21-22).
Walaupun syaitan dan jin boleh merubah-ubah bentuk atau merupakan diri mereka dengan sesuatu bentuk yang asing akan tetapi satu perkara yang perlu diingat bahawa penyerupaan tersebut tidak mampu langsung untuk memberikan mudarat kepada kita. Mudarat atau manfaat kesemuanya datang daripada Allah SWT. Jin atau syaitan yang menjadi ‘hantu” tidak akan sesekali mampu memberi mudarat apatah lagi mencederakan atau membunuh manusia.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan sabdaan Nabi SAW ketika mana Nabi SAW menyebut:
لاغُولَ
Maksudnya : “ Tiada Ghul..”
Riwayat Abu Daud (1536)
Al-Khattabi ketika mensyarahkan hadis ini beliau menyatakan bahawa hadis ini bukan menafikan kewujudan mereka dan penyerupaan bentuk akan tetapi hadis ini ingin menafikan kebolehan mereka yang boleh menyesatkan dan memberikan mudarat kepada manusia. Jangan takut kepada mereka kerana mereka tidak akan mampu buat apa-apa tanpa izin Allah SWT. Beliau juga menyatakan bahawa Ghilan adalah tukang sihir dari kalangan jin. (Rujuk Ma’alim Al-Sunan Fi Syarh Al-Sunan, 4/234).
Kesimpulan Hantu-hantu yang digambarkan oleh masyarakat kita seperti pontianak, langsuir,pocong dan lain-lain pada hakikatnya adalah penyerupaan yang dilakukan oleh jin dan syaitan untuk menakut-nakutkan manusia.
Ia bukannya berasal dari roh orang mati sepertimana yang dipercayai oleh sebahagian masyarakat kita. Di samping itu, kita tidak dibenarkan untuk menokok tambah atau berlebihan dalam perkara yang melibatkan alam ghaib.Berhentilah mempercayai khurafat atau tahyul yang sering berlegar di dalam masyarakat. Semoga Allah memelihara akidah kita daripada dicemari syirik dan khurafat.Wallahu’alam. 
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Adakah Hantu Yang Digambarkan Itu Ada? Ini Jawapan Mufti appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/adakah-hantu-hantu-yang-digambarkan-masyarakat-itu-wujud-ini-jawapan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapakah Hantu Raya Itu

Siapakah Hantu Raya Itu

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 543 hits
Tamrin Tun GhafarIsnin 20 01 20201 Lagu Masih Kah Kau Ingat nyanyian Kumpulan Kopratasa di satu ketika dahulu mengingatkan kita kisah seorang DURJANA yang saya gelar Hantu Raya 2 Sebenarnya dek sebab perangai buruk dan jijik beliaulah yang ...
Telinga Berdengung Petanda Rasullulah Rindukan Kita Ini Jawapan Mufti Wp

Telinga Berdengung Petanda Rasullulah Rindukan Kita Ini Jawapan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 286 hits
Sejak kecil lagi mungkin ramai diantara kita pernah dengar sekiranya telinga berdengung ia menandakan bahawa Nabi Muhammad SAW sedang mengingati Perkara seperti ini berlegar dalam ingatan ramai orang sehingga hari ke hari ini Namun timbul p...
Apa Hukum Ambil Wuduk Dengan Air Tadahan Pendingin Hawa Ini Jawapan Mufti Yang Ramai Tak Sangka

Apa Hukum Ambil Wuduk Dengan Air Tadahan Pendingin Hawa Ini Jawapan Mufti Yang Ramai Tak Sangka

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 480 hits
Air merupakan salah satu nikmat terbesar dalam hidup Tanpa air kita tidak dapat menyiram tumbuhan memasak makanan minum dan membersihkan diri Rantaian makanan juga boleh terganggu jika berlaku kemarau kerana haiwan haiwan yang memakan tumbu...
Boleh Sah Ke Solat Sambil Dukung Bayi Ini Jawapan Mufti

Boleh Sah Ke Solat Sambil Dukung Bayi Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 376 hits
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti sering menghadapi fasa ketika mana si anak tidak dapat berenggang dengan mereka Jika hilang dari pandangan sebentar sahaja pun si kecil akan meraung bagaikan dipukul Hal ini pastinya menjadi dil...
Apa Itu E Dompet

Apa Itu E Dompet

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 371 hits
Perkhidmatan e wallet atau dompet digital telah berkembang pesat sejak beberapa tahun yang lepas dengan lebih daripada 40 lesen e wallet telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia yang merupakan antara inisiatif bank negara untuk mengubah ...
Apa Itu Android Tv Ini Info Yang Mesti Diketahui Oleh Pemula

Apa Itu Android Tv Ini Info Yang Mesti Diketahui Oleh Pemula

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 269 hits
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Android TV Menurut namanya saja sudah boleh ditelah apakah maksud dan tujuannya Tak susah nak faham Android TV ialah sistem operasi Android yang direka khas untuk televisyen Nak dapatkan prestasi serta navigas...
Apa Itu Bipolar Disorder

Apa Itu Bipolar Disorder

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 282 hits
Assalamualaikum Selepas menonton drama dalam slot Samarinda TV3 Cik Nor terpanggil untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa itu penyakit Bipolar Disorder Nampak macam sakit mental tapi bukan Penyakit ni kalau tak salah Cik Nor disebabkan te...
Apa Itu Virus Corona Penyebab Pneumonia Wuhan

Apa Itu Virus Corona Penyebab Pneumonia Wuhan

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 954 hits
informasitips com Virus Corona atau Koronavirus adalah keluarga virus yang menjadi penyebab berbagai penyakit mulai dari flu biasa hingga penyakit flu parah seperti MERS ataupun SARS Saat ini mungkin saja ada virus corona jenis baru yang be...
Jokowi Sulap Puncak Waringin Labuan Bajo Jadi Creatif Hub Apa Itu

Jokowi Sulap Puncak Waringin Labuan Bajo Jadi Creatif Hub Apa Itu

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 241 hits
Di lantai dua gedung itulah Jokowi Iriana serta para menteri kabinet menikmati pemandangan indah laut Labuan Bajo Nantinya Puncak Waringin akan dijadikan sebagai tempat creative hub untuk menggenjot UMKM di Labuan Bajo
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner