Catatan Tulisan Tangan Zara Qairina Nota Kesan Darah Antara Ekshibit Dalam Inkues


Catatan Tulisan Tangan Zara Qairina, Nota Kesan Darah Antara Ekshibit Dalam Inkues
KOTA KINABALU, 8 Sept (Bernama) — Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia memberitahu kepada Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak merujuk satu nota yang ditulis pada sekeping kertas oleh Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mengenai ibunya kepada pakar psikiatri untuk penilaian.
Nurul Atiqah Mohd Noh, 44, yang bertugas di Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan daripada peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang remaja yang terlibat dalam kes buli si mati.
Ram: Merujuk kepada ekshibit Y9 (sekeping kertas), adakah anda telah membaca ayat berikut “ok aku harap sangat nanti di akhirat aku nda mahu jumpa kau… jangan kau cari aku, aku nda mau liat muka mu lagi.. pun aku kan terpaling salah di mata mu…baik kau nda payah lahirkan aku, kau bunuh ja aku.
Nurul Atiqah: Ya
Ram: Apabila anda membaca ini, adakah terlintas dalam fikiran anda untuk memaklumkan kepada pegawai penyiasat supaya merujuk kenyataan ini kepada pakar lain seperti pakar psikiatri? Nurul Atiqah: “Tidak”.
Nurul Atiqah turut menyatakan beliau perasan terdapat kesan kotoran pada sudut atas kanan helaian (Y9), dan tidak pasti jenis kotoran terbabit.
Ram: Sekarang, lihat pada ekshibit Y8 (helaian kertas yang lain)… Saya baca bahagian kandungan yang bertulis “Bismillah, saya Zara Qairina, ingin memutuskan persahabatan dengan…” bertarikh 5 Jan 2025. Adakah anda telah menganalisisnya? Nurul Atiqah menjawab “Ya”.
Ram: Apabila anda melihat kesan darah, adakah anda mencadangkan supaya ia dihantar kepada pakar kimia untuk dianalisis?
Nurul Atiqah: Ia dihantar ke bahagian forensik DNA terlebih dahulu sebelum dihantar kepada saya.
Selain itu, Nurul Atiqah turut memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memeriksa sebuah buku latihan milik si mati.
Ram turut bertanyakan sama ada Nurul Atiqah telah menganalisis muka depan buku latihan berkenaan, yang mengandungi perkataan “pergi mati” tertulis di ruangan ‘Subjek’.
“Ya, saya sudah menganalisisnya,” jawab Nurul Atiqah.
Terdahulu, Nurut Atiqah memaklumkan bahawa pihaknya menerima 21 beg mengandungi empat buku nota, dua buku teks dan 15 keping kertas yang semuanya dikenal pasti sebagai milik si mati.
Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani, saksi berkata adalah mustahil untuk meniru tulisan tangan yang terdapat pada dua buku nota, 15 helai kertas serta dua buku teks milik pelajar itu.
Beliau berkata ini kerana tulisan tangan dalam dokumen-dokumen itu adalah banyak melibatkan pelbagai topik dan ditulis dalam tempoh yang panjang.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat persamaan dalam gaya penulisan, iaitu tulisan berbentuk bulat dengan pembentukan huruf yang jelas, jarak antara huruf yang seimbang, serta kedudukan huruf pada garisan atau halaman,” kata Nurul Atiqah.
Prosiding siasatan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung esok.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai. Pelajar Tingkatan Satu itu dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Pejabat Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis.
Pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
BACA: Puluhan Potongan Daging Manusia Ditemukan Dalam Semak BACA: Ibu Kota Baharu Indonesia, Nusantara Berisiko Jadi ‘Projek Gajah Putih’ BACA: Puji Sedap, Lelaki Algeria Terus Jadi “Ketagih” Lepas Cuba Teh Tarik Sumber: Bernama
The post Catatan Tulisan Tangan Zara Qairina, Nota Kesan Darah Antara Ekshibit Dalam Inkues appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/08/catatan-tulisan-tangan-zara-qairina-nota-kesan-darah-antara-ekshibit-dalam-inkues/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Zara Qairina Nota Tulisan Tangan Dan Kesan Darah Jadi Perhatian

Inkues Zara Qairina Nota Tulisan Tangan Dan Kesan Darah Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 3015 hits
KOTA KINABALU Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia memberitahu kepada Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak merujuk satu nota yang ditulis pada sekeping kertas oleh Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengenai ibunya kepada pa...
Inkues Zara Ketua Warden Didakwa Arah Pelajar Alih Mayat Zara Qairina Cuci Kesan Darah

Inkues Zara Ketua Warden Didakwa Arah Pelajar Alih Mayat Zara Qairina Cuci Kesan Darah

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 1848 hits
Astro Awani nbsp nbsp Dua pelajar Tingkatan Empat didakwa diarahkan oleh ketua warden untuk membersihkan kesan darah selepas mayat pelajar perempuan Zara Qairina Mahathir dibawa keluar oleh ambulans sekitar jam 4 pagi pada 16 Julai lalu Pen...
Inkues Zara Qairina Polis Akan Meniliti Dan Menjalankan Siasatan Gambar Dokumen Tulisan Tangan Tersebar

Inkues Zara Qairina Polis Akan Meniliti Dan Menjalankan Siasatan Gambar Dokumen Tulisan Tangan Tersebar

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4430 hits
KOTA KINABALU Polis akan meneliti dan menjalankan siasatan lanjut jika perlu sekiranya menerima laporan berhubung penyebaran gambar lembaran kertas yang didakwa mengandungi tulisan tangan Allahyarham Zara Qairina Mahathir di laman Facebook ...
Inkues Zara Qairina Pengawal Diminta Padam Gambar Pelajar Diarah Bersih Tompokan Darah

Inkues Zara Qairina Pengawal Diminta Padam Gambar Pelajar Diarah Bersih Tompokan Darah

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 2124 hits
Olivia MiwilKota Kinabalu Dua pelajar berusia 16 tahun diarah membersihkan tompokan darah di lokasi tempat Zara Qairina Mahathir diletakkan selepas ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu Pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangs...
Inkues Zara Qairina Tengkuk Dan Kaki Zara Ada Keluar Darah Pengawal Keselamatan

Inkues Zara Qairina Tengkuk Dan Kaki Zara Ada Keluar Darah Pengawal Keselamatan

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 5782 hits
Kisah tragis pemergian remaja berusia 13 tahun Zara Qairina Mahathir terus menjadi perhatian ramai ibu bapa di seluruh negara Inkues kematian Allahyarhamah yang sedang berlangsung membuka lembaran demi lembaran tentang detik terakhir anak k...
Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 6250 hits
KOTA KINABALU Bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mengesan sebarang dadah dalam anggota tubuh arwah Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu berkata bagaimanapun terdapat Phenytoin dikesan dala...
Luahan Tulisan Tangan Zara Qairina Dedah Situasi Dengan Ibu

Luahan Tulisan Tangan Zara Qairina Dedah Situasi Dengan Ibu

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1465 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini dikemukakan ekshibit tulisan tangan dalam helaian yang menggambarkan situasi hubungan antara Zara Qairina Mahathir dengan ibunya Noraidah Lamat Pemeriksa dokumen dari Jabata...
Inkues Zara Qairina Koroner Pihak Terlibat Lawat Lokasi Kejadian

Inkues Zara Qairina Koroner Pihak Terlibat Lawat Lokasi Kejadian

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 826 hits
Inkues Zara Qairina Koroner Pihak Terlibat Lawat Lokasi Kejadian PAPAR 11 Sept Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini bermula dengan pihak pihak yang te...
Inkues Zara Qairina Kemungkinan Arwah Tergelincir Jatuh Secara Terus Tipis

Inkues Zara Qairina Kemungkinan Arwah Tergelincir Jatuh Secara Terus Tipis

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 2000 hits
IVAN AMIRULKOTA KINABALU Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini tertumpu kepada dua senario simulasi bina semula jatuhan menggunakan tiga patung Pakar patologi Hospital Queen Elizabeth...
Konsert Lagenda Nada Murni 2025

Jangan Terlalu Berkira

Mee Udang Ladang Nira Nipah Napiah

Hwc Coffee X Bape Bila Kopi Jadi Gaya Hidup Bukan Sekadar Minuman

Macam Mana Madani Ada Yang Miskin

Panduan Pemilihan Taska Dan Tadika Sesi 2026

Dap Mp Demands Fam Reveal Technical Errors As Taxpayers To Foot Fines

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Anggota Pdrm Di Platform Whatsapp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Anc Pada Headphone Teknologi Canggih Penghapus Bunyi Bising

Kari Daging Pekat Melekat Dan Peluang Di Dunia Hanya Sekali

Don T Worry

Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik

Spbetflik88 11 June Spbetflik88 Top 52 By Leslee

Mihun Goreng Singapore