Teknik Memilih Hosting Terbaik
Apa itu hosting?
Sebelum kita mengetahui teknik memilih hosting, mari kita
kenali dahulu apa itu hosting. Hosting dalam bahasa mudahnya ialah tempat untuk
menyimpan laman web kita. Kita boleh anggap seperti rumah kita. Rumah kita
ialah hosting. Dan website kita adalah peralatan di dalam rumah kita.
Ada beberapa syarikat di Malaysia atau di luar negara yang dipanggil hosting provider akan menyediakan server untuk menyimpan hosting. Kita perlu menyewa ruang pada server atau server itu sendiri untuk menyimpan hosting kita.
Hosting provider ini ialah syarikat yang menyediakan teknologi dan perkhidmatan supaya laman web boleh dilihat di internet. Laman web akan dapat dilihat oleh pengguna setelah hosting provider bertugas menghubungkan antara server dan sambungan ke seluruh dunia.
Apabila seseorang pengguna ingin melihat laman web, apa yang
perlu dilakukan ialah dia hanya perlu menaip alamat laman web atau nama domain
menggunakan browser seperti google chrome atau firefox.
Komputer akan menyambung ke server dan laman web akan dipaparkan kepada mereka
melalui browser tersebut.
Teknik Memilih Hosting Terbaik
Sekarang kita akan berbincang mengenai teknik memilih
hosting terbaik. Pemilihan hosting sangat penting sebelum membina website
kerana hosting sangat memainkan peranan untuk menjaga kestabilan laman web
kita. Apa-apa yang berlaku pada website, bergantung kepada website kita.
Sokongan hosting provider
Internet beroperasi setiap masa 24/7. Apa-apa sahaja boleh
berlaku kepada website. Jadi sekiranya berlaku apa-apa masalah. Ada boleh
berhubung dengan hosting provider anda bila-bila masa. Tapi bagaimana jika anda
tidak pernah menggunakan perkhidmatan hosting provider tersebut?
Jawapannya, anda perlu lihat review sebelum. Hubungi mereka
yang pernah menggunakan perkhidmatan dari hosting provider tersebut. Pastikan
mereka memiliki sistem sokongan yang tinggi, mudah dihubungi, dan memberi
bantuan pada bila-bila masa.
Jenis-jenis hosting
Jika anggaran pelanggan unik yang akan ke website anda 30,000 ke 40,000 sebulan, saya mencadangkan anda cukup dengan menggunakan hosting jenis shared hosting.
Sekarang terlalu banyak hosting provider yang menyediakan perkhidmatan shared hosting. Hosting jenis ini sangat sesuai digunakan bagi sesiapa sahaja kerana ia hanya perlukan sedikit pengetahuan teknikal.
Namun jika anda perlukan ruang yang lebih besar dan lebih
banyak akses, anda boleh fikirkan untuk menggunakan dedicated server atau
virtual private. Dan ini memerlukan sedikit kemahiran teknikal untuk
menggunakan hosting jenis ini.
Skor uptime yang tinggi
Skor uptime ialah berkaitan dengan kelajuan hosting. Semakin
tinggi skor uptime, semakin bagus hosting tersebut. Tip untuk mencari uptime
yang terbaik adalah pada kadar 99% ke atas.
Cara untuk menguji kadar uptime bagi sesuatu hosting boleh didapati dengan
menggunakan tools yang terdapat secara percuma di internet seperti PingDom,
Uptrends, Uptime, dan sebagainya.
Penambahan domain dan subdomain
Dalam pilihan pakej hosting, biasanya anda akan nampak pilihan Addon Domain. Pastikan anda memilih Addon Domain yang perlu untuk anda. Jika anda perlu menggunakan lebih satu domain, anda perlu pilih Addon Domain yang tepat.
Jika tidak, anda perlu membeli hosting yang lain pula untuk domain anda. Anda boleh gunakan hosting yang sama untuk domain yang berbeza.
Berkenaan subdomain saya menyarankan anda memilih hosting
yang memberi pilihan unlimited subdomain. Sebabnya anda mungkin perlu
menggunakan banyak subdomain pada website anda. Subdomain ialah suatu perkara
yang akan datang, kita tak dapat menjangka kemungkinan subdomain yang
diperlukan nanti.
Harga yang berpatutan
Dalam bab harga, kita semua pasti nak yang murah bukan?
Tetapi ingat, pastikan harga berbaloi dengan servis yang ditawarkan. Jangan
kerana nak murah, hosting anda selalu mengalami masalah dan sudah tentu laman
web anda tidak boleh di akses.
Jadi bab pemilihan harga, pilihlah harga yang berpatutan.
Pilih pakej yang sesuai dengan keperluan
website anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai pelawat yang ramai – factor
yang perlu anda lihat anda kadar bandwith support yang diberikan oleh hosting
provider. Bukan kepada harga yang murah.
Kesimpulan
Buat pemilihan yang teliti sebelum membeli hosting. Ambil
masa untuk buat perbandingan antara hosting provider yang terdapat di seluruh
Malaysia. Dan ambil berat juga untuk melihat review dari mereka yang pernah
menggunakan hosting dari hosting provider tersebut.
Sekian perkongsian kali ini. Kongsikan kepada rakan-rakan
jika ianya bermanfaat!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rafiqhasrudin.com/%EF%BB%BFteknik-memilih-hosting-terbaik/