Fotor Online Photo Editor Penyunting Gambar Percuma Atas Talian Terbaik



Fotor ialah alat penyuntingan gambar yang mempunyai pelbagai varian untuk beberapa jenis platform.
Versi webnya adalah satu medium paling berkesan dalam melakukan proses suntingan akhir bagi mendapatkan hasil gambar yang memuaskan.
Ia menyokong semua format fail imej yang popular, dan padat dengan ciri penyunting untuk membuatkan gambar kelihatan terbaik.

Ia mungkin tidak dapat menggantikan aplikasi penyunting gambar popular seperti GIMP dan Photoshop, tetapi bagi pemula ianya adalah amat mudah untuk digunakan.
Ciri Fotor versi suntingan atas talian yang paling saya suka adalah 1-Tap Enhance. Ia akan menjadikan gambar anda yang kurang menyerlah kepada gambar dengan paparan kualiti lebih baik.
Ia ibarat meletakkan kesan khas secara automatik tanpa perlu memahirkan diri dengan mempelajari setiap fungsi suntingan. Kemudian, anda boleh klik pada ‘Compare’ untuk terus membandingkan perbezaannya, sebelum dan selepas diaplikasikan kesan 1-Tap Enhance tersebut.

Satu lagi ciri yang saya suka ialah ‘Magic Clipper’. Ia dapat digunakan untuk membuang gambar latar dan hanya mengekalkan subjek. Terdapat dua jenis brush iaitu Retain Brush dan Removal Brush.
Jelasnya, Removal Brush digunakan untuk memadam latar, manakala Retain Brush pula digunapakai bagi memastikan subjek kekal dalam bentuk asalnya.
Maaf, saya memang noob guna benda ni. Tapi, anda faham kan? Bagi fungsi-fungsi lain pula, ia adalah seperti berikut.

Basic ialah di mana anda boleh selaraskan Brightness, Contrast, Saturation, dan Sharpness. Hanya perlu seret sahaja nilai mengikut kemahuan anda, semudah aplikasi Snapseed.

Fine-Tune memberikan pilihan untuk menyelaraskan Exposure, Highlights dan Shadows. Jika gambar anda sudah mempunyai tahap expore yang baik, maka tidak perlu lagi ditambah baik. Secara asasnya bahagian ini digunakan bagi menyerlahkan bahagian gelap akibat penggunaan exposure yang tidak tepat.
Color – ada dua pilihan di sini iaitu Temperature dan Tint. Biasanya gambar yang diambil terutamanya menggunakan telefon pintar mempunyai kecenderungan tertentu sama ada warm atau cool. Anda boleh tukarkan mood gambar kepada warm, di mana gambar tampak lebih kekuningan, atau cool iaitu gambar akan tampak lebih kebiruan.
Vignette adalah seperti namanya, anda boleh menambah kesan seperti gambar lama, sedikit gelap di bahagian hujungnya.
Di bahagian bawah panel Basic, terdapat pula pilihan Effect, Beauty, Frames, Sticker, Text, dan Cloud.
Pada Effect terkandung pelbagai jenis kesan khas yang anda boleh pilih. Setiap satunya akan memberikan tampilan menarik dan unik.
Beauty adalah kesan bagi memperbaiki ‘tampilan’ wajah. Terdapat Blemish Fix, Smoothing, Wrinkle Remover, Blush, Weight Lost (huh?), dan sebagainya lagi.
Frames pula adalah bingkai. Kalau tak tahu bingkai itu apa, Google adalah rakan anda.
Sticker – di sini terdapat pelbagai jenis tampalan. Saya sendiri tidak sempat habis lihat lagi kesemuanya kerana terlalu banyak. Anda terokailah sendiri nanti.
Text, seperti namanya adalah untuk menambah teks pada gambar.
Cloud pula, anda akan diberikan 500MB ruang storan awan sekiranya anda melanggan akan Pro. Akaun percuma pula saya tidak pasti berapa kerana saya terus menggunakan akaun Pro sebaik sahaja log masuk.
Salah satu keistimewaan Fotor versi suntingan atas talian ini ialah fungsi HDR. Fungsi ini terletak pada bahagian bawah senarai fungsi Basic. HDR ialah teknik penyuntingan gambar menggunakan dua atau lebih gambar dengan komposisi yang sama tetapi diambil menggunakan tetapan exposure berbeza dan kemudian digabung menjadi satu.

Anda boleh gunakan Fotor secara percuma di sini: Online Photo Editor | Fotor
Bagaimanapun, sekiranya anda mendaftar akaun dan melanggan versi Pro, anda akan nikmati kelebihan seperti mendapat ruang storan awan Fotor Cloud, sokongan muat turun fail gambar versi definisi tinggi, muat naik gambar ke Fotor Cloud, kongsikan gambar ke laman media sosial dan simpan kandungan yang selalu digunakan pada ruang ‘My Favourites’.

Berikut adalah contoh gambar yang telah saya cuba sunting menggunakan Fotor.
Gambar asal sebelum disunting. Gambar asal menunjukkan suasana gelap meskipun ia telah diambil menggunakan mode HDR pada telefon pintar saya.
Gambar setelah disunting. Anda boleh dapat gambaran bagaimana Fotor boleh memberikan kepada anda hasil akhir yang benar-benar mengikut kepada kemahuan anda. Sama ada semakin bagus, atau semakin teruk, itu anda tentukan dan suntingkan sendiri.
Baiklah, anda boleh cuba sendiri Fotor Online Editor ini dan kongsikanlah ia kepada rakan-rakan.
Sekali lagi, pautannya ialah: Online Photo Editor | Fotor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/fotor-online-editor-penyunting-gambar-atas-talian-terbaik-dan-ia-percuma/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Mendapat Paparan Gambar Terbaik Untuk Dikongsi Di Laman Sosial

Tips Mendapat Paparan Gambar Terbaik Untuk Dikongsi Di Laman Sosial

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 310 hits
FOTOGRAFI hari ini begitu mudah sekali Dengan wujudnya peranti telefon pintar kita tidak lagi perlu mengusung kamera yang berat Namun masih ada beberapa aturan yang perlu dituruti agar gambar yang dihasilkan menarik dan berkualiti tinggi Su...
Cara Ambil Gambar Terbaik Semasa Melancong

Cara Ambil Gambar Terbaik Semasa Melancong

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 375 hits
Nahh cara amik gambar dgn angel yg betul Baru lah member happy gambar dia lawo haha Kongsi dgn semua ya Tinggalkan ruang kosong lebih di bahagian atas kepala berbanding bahagian bawah kaki
Designcap Cipta Poster Profesional Melalui Atas Talian Dengan Mudah

Designcap Cipta Poster Profesional Melalui Atas Talian Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 472 hits
DIY atau Do It Yourself ibaratnya sudah menjadi satu minat baru kepada masyarakat kita Dari servis kenderaan sendiri kepadalah pembaikan alat alat elektrik di rumah Tetapi tidak lupa juga ada yang berminat hendak mencipta sendiri sesuatu ya...
Tiada Lagi Istilah Pm Bagi Peniaga Atas Talian

Tiada Lagi Istilah Pm Bagi Peniaga Atas Talian

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 248 hits
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan memperjelaskan laporan bahawa tiada lagi istilah PM jika berminat bagi peniaga yang berniaga atas talian sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial Sumber gambar...
Mrspeedy Komit Beri Layanan Pengiriman Last Mile Terbaik Untuk Belanja Online

Mrspeedy Komit Beri Layanan Pengiriman Last Mile Terbaik Untuk Belanja Online

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 199 hits
MrSpeedy perusahaan kurir ekspres berkomitmen memberikan layanan terbaik untuk pengiriman same day delivery di wilayahnya Perusahaan yang bermula dari Moskow ini menawarkan berbagai kemudahan bagi pelaku usaha antara lain kustomisasi harga ...
Mari Jana Gambar Kolaj Dengan 9 Gambar Instagram Terbaik Anda Sepanjang 2018

Mari Jana Gambar Kolaj Dengan 9 Gambar Instagram Terbaik Anda Sepanjang 2018

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 269 hits
Instagram merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian gambar dan video yang sangat popular dikalangan pengguna seluruh dunia Dengan angka pengguna yang aktif semestinya anda ingin mengetahui apakah gambar anda yang popular sepanjang 2018 ...
Katak Beratur Atas Belakang Ular Sawa

Katak Beratur Atas Belakang Ular Sawa

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 1096 hits
Selasa 01 Januari 2019 SEORANG petani di hujung utara Australia Barat telah mengabadikan pemandangan yang tidak biasa dimana sejumlah katak tebu menumpang pada seekor ular di tengah malam Paul Mock sedang memeriksa bendungan di tanah pertan...
Masuki Norma Baru Kontribusi Industri Ri Di Atas Rata Rata Tingkat Dunia

Masuki Norma Baru Kontribusi Industri Ri Di Atas Rata Rata Tingkat Dunia

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 179 hits
Menteri Perindustrian Airlangga Hartarto mengatakan saat ini telah terjadi norma baru dalam kontribusi industri terhadap produk domestik bruto Bahkan di tingkat dunia sudah tidak ada lagi sumbangan sektor manufaktur kepada ekonomi negara ya...
Pantauan Kemenhub Belum Ada Tiket Pesawat Tahun Baru Dijual Di Atas Tarif Batas

Pantauan Kemenhub Belum Ada Tiket Pesawat Tahun Baru Dijual Di Atas Tarif Batas

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 254 hits
Kementerian Perhubungan terus memantau penjualan harga tiket maskapai saat menghadapi libur Natal dan Tahun Baru 2019 Pada saat libur akhir tahun baik Natal dan Tahun Baru biasanya maskapai memberlakukan tarif berbeda dibandingkan pada hari...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp