10 Filem Terbaik 2018
10 Filem Terbaik 2018 | It's been a year. Sebagai seorang peminat filem tegar, saya mengumpulkan 10 filem terbaik sepanjang tahun ini. It is time to look back dan lihat naskah manakah yang terbaik pernah dihasilkan sepanjang 2018.
Oh ya, sebelum itu anda boleh baca filem terbaik pada tahun lepas. Baca di sini - 10 Filem Terbaik 2017 Pilihan Nikkhazami Dotcom
Secara jujurnya 2018 bukanlah tahun terbaik untuk cinema. Seriously, we only get to see few great films yang sering disebut-sebut netizen dan menjadi trending. Itu pun filem francais dan bergenre superhero.
Bercakap soal filem superhero, 2018 merupakan tahun gemilang buat Marvel. Avengers Infinity War mencatat sejarah sebagai filem terlaris dalam sejarah perfileman dunia. Manakala Black Panther pula berjaya mengubah dominasi adiwira berkulit putih. Lebih membanggakan, ia kini bertanding dalam musim anugerah yang bakal berlangsung.
Penstriman popular, Netflix juga tidak kurang hebatnya. Tahun ini Netflix menayang sejumlah original content hebat seperti Annihilation, To All The Boys I've Loved Before, Bird Box, dan banyak lagi.
[Baca] Cara Daftar Netflix Malaysia
Selain filem blockbuster, anda patut tahu terdapat sekumpulan pengkarya yang menghasilkan filem untuk bertanding pada musim anugerah. Atau dengan kata lain, filem-filem ini dipanggil 'Oscar bait'. Mereka tidak kisah sekiranya ia mendapat kutipan rendah, asalkan diiktiraf oleh pengkritik.
Contohnya filem yang sebut-sebut bakal tercalon dalam kategori Best Picture adalah A Star is Born, First Man, dan Roma.
Filem-filem ini dinilai secara telus, tanpa diskriminasi, dan tidak mengira genre.
Honorable mention:
A Quiet PlaceTullyGame Night 10 Filem Terbaik 2018 pilihan Nikkhazami Dotcom
#10 BlacKkKlansman
Diangkat dari kisah benar, BlacKkKlansman mengisahkan Ron Stallworth yang dilantik sebagai pegawai polis berkulit hitam pertama di Colorado Springs pada era 70-an. Stallworth ditugaskan dalam misi penting iaitu menumpaskan Ku Klux Klan iaitu pertubuhan rasis yang anti orang kulit hitam.
The plot, dialogue and acting all come together to make a cohesive movie. Pengarah Spike Lee bijak dalam meletakkan mesej, humor, dan isu yang warga African-American hadapi pada waktu itu. Dalam masa sama menjadikan BlacKkKlansman sebagai filem yang menghiburkan.
Dalam konteks dan suasana politik pada hari ini, plot line BlacKkKlansman dilihat segar dan diterbitkan tepat pada masanya.
Rating: 8/10
#9 Love, Simon
Setiap orang berhak melalui kisah cinta zaman remaja. Tetapi ia rumit buat Simon Spier. Mempunyai keluarga bahagia, hidup senang, dan rakan-rakan yang positif. Namun Simon mempunyai satu rahsia besar. He is gay. Bimbang jika dia mengaku secara terbuka bahawa dia beridentiti gay, dia akan kehilangan orang yang disayanginya.
Okay, don't judge me. Saya tidak menyokong LGBT. I just love well executed movies. Love, Simon tidak seperti teen-romance yang pernah kita tonton. Ia tidak memaksa penonton untuk mengasihani atau menghukum Simon. Sebaliknya melihat bagaimana reaksi orang sekeliling terhadap ketidak sempurnaan yang tidak boleh dielakkan.
Rating: 9/10
#8 Upgrade
Naskah yang berkisarkan balas dendam atas kehilangan orang tersayang sudah tidak asing lagi di layar Hollwood. Upgrade juga menggunakan acuan yang sama di mana Grey yang kini lumpuh bergantung pada teknologi baharu, Stem, untuk membalas dendam akan kematian isterinya.
Upgrade adalah salah satu filem yang memaparkan aksi yang saya kategorikan sebagai ganas dan 'gore'. This is not my type of movie, but it surprised me on so many levels. Dari jalan cerita, babak aksi, hinggalah ke plot twist.
Kiri: Tom Hardy ; Kanan: Logan Marshall-GreenUntuk pengetahuan, ia adalah sebuah naskah dari penerbit filem Get Out. Faham tak point saya di sini? Upgrade tidak mempunyai bajet yang besar tapi masih mampu menggarap naskah yang baik. Contohnya nak hire Tom Hardy mungkin mahal sangat, jadi mereka hire Logan Marshall-Green. HAHA!
Rating: 9/10
#7 Sicario: Day Of Soldado
Untuk rekod, filem pertama Sicario (2015) merupakan salah satu filem kegemaran saya sepanjang zaman! Filem tersebut menggabungkan tiga pengkarya berbakat iaitu Denis Villeneuve, Taylor Sheridan, dan Roger Deakins. If you haven't seen it, please please please go see it!
Masih mengetengahkan pengedaran dan penyeludupan dari Mexico, tetapi kali ini ia dipertontonkan dari sudut berbeza.
I am glad that it was still written by Sheridan. Sicario: Day Of Soldado mengisahkan isu penyeludupan manusia dan bagaimana Amerika Syarikat menanganinya. Istimewanya Day of Soldado adalah kerana ia berani menyentuh bagaimana keganasan dan jenayah boleh melibatkan kanak-kanak.
Walaupun saya kecewa kerana ia tidak lagi di arahkan oleh Denis Villeneuve dan sentuhan sinematografi Roger Deakins, sekuel Sicario masih lagi cemerlang. The best of its kind.
Rating: 9/10
#6 Searching
Jika anda pernah menonton Unfriended, anda mungkin bakal terpikat dengan Searching. Kerana kedua-dua filem ini berkongsi persamaan iaitu hampir keseluruhan filem ini dipersembahkan melalui skrin peranti pintar. Unik.
Searching mengisahkan kesungguhan seorang bapa mencari mencari anak perempuannya yang hilang. Kehilangan Margot membuatkan David menyelongkar semua media sosial, telefon, dan menghubungi rakan-rakannya untuk mendapatkan petunjuk.
Saya tak nak ulas lanjut kerana Searching mempunyai plot twist yang tidak sangka-sangka. Jalan ceritanya realistik. Kesungguhan seorang bapa ingin mencari anaknya dan apa yang sanggup ia lakukan.
Saya rasa Searching dekat dengan hati penonton kerana ia dipaparkan melalui perspektif peranti yang kita gunakan pada hari ini. Serta the good 'ol Microsoft Windows 98. Hee!
Rating: 9/10
#5 Ready Player One
Siapa tidak kenal dengan Steven Spielberg? Pengarah lagenda yang banyak menghasilkan karya agung seperti Jurassic Park, Indiana Jones Back To The Future, dan banyak lagi.
Pada 2018, Spielberg hadir dengan naskah terbaharu iaitu Ready Player One. Without a doubt, ini adalah salah satu filem terbaik arahannya.
Mengisahkan permainan video virtual realiti Oasis yang mencabar penggunanya mencari 'easter eggs'. Pemain yang menjumpainya akan mewarisi semua kekayaan pencipta permainan video ini.
Babak aksi, perlumbaan kereta, peperangan sangat mengujakan. Transisi antara Oasis dan dunia nyata juga menambahkan rencah filem bergenre sains fiksyen ini. Terdapat beberapa babak dalam filem ini yang saya lihat hanya Steven Spielberg mampu melakukannya.
Apa yang menarik tentang Ready Player One adalah mengumpulkan banyak pop culture references.
Rating 9/10
#4 A Star Is Born
Jika 2016 kita ada La La Land, 2018 A Star Is Born rules that genre. Filem pertama arahan Bradley Copper merobek hati penonton. Dari tema, jalan cerita, lakonan, muzik, dan sinematografi berjaya membuatkan penonton berada di dalam filem tersebut. Jika anda ingin menontonnya, sediakan tissues.
Biarpun ini adalah kali ke empat A Star Is Born dibikin semula, ia tidak menyekat Copper dari menjadikannya sebagai filem terbaik pada 2018.
Jika anda mengikuti karier Bradley Cooper, jelas menunjukkan A Star Is Born lahir daripada pengalaman yang dikutip selepas berkerja di bawah pengarah terkenal sebelum ini seperti David O Russell dan Clint Eastwood.
Perkara yang mengejutkan adalah Lady Gaga yang terkenal sebagai penyanyi, boleh berlakon dengan cemerlang! Bahkan Bradley Copper sendiri boleh menyanyi dengan baik!
Ia turut disebut-sebut untuk menggondol beberapa pencalonan dalam Anugerah Akademi (Oscar) kelak termasuk Best Picture, Best Actress, dan Best Original Song.
Rating: 9/10
#3 Annihilation
Mengisahkan Lena (Natalie Portman) menyertai misi merbahaya iaitu memasuki Area X yang berlakunya fenomena misteri yang dinamakan The Shimmer. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku dalam The Shimmer kerana kesemua penyelidik dan askar yang dihantar tidak pernah pulang, kecuali Sarjan Kane.
Annihilation ditayangkan di penstriman Netflix kerana pihak produksi bimbang filem yang memerah otak tidak mampu mencatat kutipan tinggi.
Pada saya, Annihilation adalah antara filem sci-fi terbaik. This is a hard core sci-fi yang memerlukan penonton berfikir di luar kotak. Malah, setiap orang mungkin mempunyai konklusi berbeza setelah menontonya.
Saya dah tulis review filem ini secara terperinci. Boleh baca di - Ulasan Filen Annihilation
Rating: 9/10
#2 Hereditary
Hereditary adalah filem bergenre thriller/horror/drama yang telah 'memecah belahkan' penonton. Memecah belahkan di sini bermaksud separuh dari audience mengatakan ia adalah karya agung. Manakala sekumpulan lagi berpendapat yang ia adalah sampah!
Why? Kerana ia lain dari yang lain and I LOVED it!
Hereditary mengisahkan keluarga Graham yang berdepan dengan perkara aneh selepas kematian nenek mereka.
Filem arahan Ari Aster bukan filem seram tipikal yang sering kita tonton sebelum ini. Ia langsung tidak bergantung kepada jump-scares, kemunculan kelibat hantu, atau muzik yang kuat, untuk menakutkan penonton.
Mungkin itulah kesilapan pembikin filem seram masa kini. Rasa seram tidak hanya bergantung pada kemunculan hantu. Walhal ia boleh disuntik melalui jalan cerita, lakonan, dan sound design.
It is a slow-burn film dan saya faham kenapa ramai yang tidak menggemarinya. Tetapi Hereditary memuatkan babak yang bakal dikenang sampai bila-bila.
Rating: 10/10
#1 Avengers Infinity War
Here goes my number one film of the year. Avengers Infinity War. It sounds cheesy untuk meletakkan filem superhero pada tangga teratas. And I was trying really hard not to pick a superhero movie. Tapi pada saya, Infinity War benar-benar layak berada di tangga teratas.
Ia adalah filem ke-19 dalam francais Marvel Cinematic Universe dalam masa 10 tahun sejak memulakan langkah pada 2008. Marvel bijak membawa hala tuju dunia ciptaan mereka. Setiap filem mempunyai kaitan antara satu sama lain dan akhirnya tertumpu kepada Infinity War.
[Baca] Fakta Menarik Avengers Infinity War
Joe dan Anthony Russo memberi ruang yang sama rata buat puluhan superhero MCU tanpa memberi tumpuan kepada mana-mana watak tertentu. Semua menyerlah mengikut kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Infinity War cemerlang dari segenap aspek baik lakonan, aksi, jalan cerita, unsur humor, dan skor muzik.
Bak kata Thanos, 'perfectly balanced'.
Follow Instagram: @nikkhazamiPada saya tak ada satu pun babak cliche yang membosankan. Pengakhirannya membuatkan penonton tertanya-tanya, kepenatan, dan sudah tentu menantikan kesinambungannya. Saya sendiri tidak tahu berapa kali saya ulang tonton. And it gets better and better every single viewing.
Rating: 10/10
There you go, 10 filem terbaik 2018 pilihan Nikkhazami Dotcom. Hee! What are yours? Kongsikannya di ruangan komen di bawah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2019/01/10-filem-terbaik-2018.html