Angkat Martabat Kedaulatan Melayu Sultan Johor


Admin : Tuanku Sultan Johor berpandangan tepat apabila mengangkat istilah kedaulatan Melayu merujuk keabsahan  Raja-Raja Melayu, Hak Istinewa Melayu, kedudukan agama dan Bahasa Melayu.







JOHOR BAHARU: Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut "kedaulatan Melayu" kerana ia mencakupi kedudukan Raja-raja Melayu dan rakyatnya dan bukannya soal antara "tuan" dan "hamba", titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.


"Ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan raja sebagai puncak kerajaan negeri-negeri Melayu," titah baginda semasa merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta'zim di sini pada Rabu.


Menurut baginda apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.
Ini kerana, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya, titah baginda.


"Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagi tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu. Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan," titah baginda. Sultan Ibrahim bertitah baginda membangkitkan soal mengenai ketuanan Melayu memandangkan masih ramai rakyat tidak memahami perkara berkenaan dan menyalahtafsir maksudnya yang sebenar.
Baginda mengingatkan orang Melayu supaya bermusahabah diri dan mempertahankan ketuanan Melayu memandangkan ada orang Melayu sendiri yang mahu menolak kedaulatan Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan.


"Berdasarkan perkembangan semasa, suka saya mengingatkan kepada orang Melayu sekalian supaya muhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan," titah baginda.


Sultan Ibrahim bertitah sistem raja dan kerajaan Melayu yang telah wujud ratusan tahun dahulu tidak pernah putus malah kekal sehingga ke hari ini serta termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Menurut baginda, konsep kedaulatan Melayu yang merangkumi kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan hak-hak lain juga tidak pernah melihat orang lain sebagai orang luar di negara ini.


Baginda meminta golongan ulama memainkan peranan menjelaskan dan mempertahankan ketuanan Melayu selain menegakkan hukum-hukum syarak.


Sultan Ibrahim juga mengingatkan rakyat supaya terus mempertahankan fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah dan mengamalkan ajaran Islam mengikut Mazhab Syafie bagi mengelak perpecahan.


Bagi mengatasi masalah yang timbul berkaitan akidah, ibadah dan fahaman Islam, baginda mencadangkan kerajaan Johor mewujudkan kumpulan pemikir Islam yang dianggotai pakar termasuk ulama, ahli perundangan dan sasterawan bagi membincangkan masalah berkaitan masyarakat Islam dan penyelesaiannya.


Baginda turut meminta ulama menyebarkan ilmu dan pengetahuan melalui penulisan sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam seperti Imam Al-Ghazali dan Imam Syafie.
Sultan Ibrahim juga mengesyorkan pengwujudan pusat pemurnian akidah serta pusat kajian, penyelidikan, pengembangan dan penyebaran Mazhab Syafie.- BERNAMA

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2010/12/08/ketuanan-melayu-lebih-sesuai-disebut-kedaulatan-melayu--sultan-johor/#E6cGOSAd2reZyjtx.99

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/10/angkat-martabat-melayu-sultan-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muzium Sultan Abu Bakar Kenali Kesultanan Melayu Pahang

Muzium Sultan Abu Bakar Kenali Kesultanan Melayu Pahang

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 585 hits
Kami berkesempatan mengunjungi Muziun Sultan Abu Bakar ketika pulang dari Bandar Kuantan tempohari sebaik sahaja selesai menghadiri majlis perkahwinan Muzium Sultan Abu Bakar Istana Kota Beram Muzium Sultan Abu Bakar Bangunan bersejarah ini...
Tahun Ni Saya Hairan Raja Zarith Ikut Saya Sepanjang Jalan Sultan Johor

Tahun Ni Saya Hairan Raja Zarith Ikut Saya Sepanjang Jalan Sultan Johor

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 1255 hits
Tahun ni saya hairan Raja Zarith ikut saya sepanjang jalan Begitu titah Sultan Johor apabila Raja Zarith Sofiah sanggup menemainya memandu kereta beroda tiga Morgan itu ketika program KMJ berdua duaan Baginda ditemani anakanda anakanda bagi...
Kenyataan Balas Sultan Brunei Terhadap Media Barat Yang Mengancamnya

Kenyataan Balas Sultan Brunei Terhadap Media Barat Yang Mengancamnya

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 486 hits
CNN dan media Barat kini sibuk mengancam Brunei disebabkan pelaksanaan Undang undang Syariah Mereka memboikot semua hotel dan kepentingan Brunei Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka DALAM negara negara kamu kamu mengamalkan ...
Perak Mb Koon Not In Advisory Council Due To Allegation Against Late Sultan

Perak Mb Koon Not In Advisory Council Due To Allegation Against Late Sultan

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 297 hits
Perak Mentri Besar Ahmad Faizal Azumu has rebuked prominent businessman Koon Yew Yin for alleging that the Sultan of Perak had interfered with his appointment as a member of the State Economy Advisory Council Ahmad Faizal denied the allegat...
I Removed Tycoon As Adviser Not Perak Sultan Says Mb

I Removed Tycoon As Adviser Not Perak Sultan Says Mb

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 350 hits
Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu says the businessman made a very serious allegation that the late Perak Sultan Azlan Shah had bestowed state titles through corrupt practices GEORGE TOWN Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu today cl...
Dirgahayu Tuanku Mengenali Paduka Seri Sultan Perak Raja Nazrin Shah

Dirgahayu Tuanku Mengenali Paduka Seri Sultan Perak Raja Nazrin Shah

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 1472 hits
Mengambil sempena hari ini 2hb November 2018 yang merupakan Hari Keputeraan rasmi Baginda Sultan Perak ana sebagai anak jati Perak yang amat berbangga sebagai rakyat kelahiran Perak di besarkan di negeri Perak tercinta ingin berkongsi serba...
Palace Denies Tycoon S Claim That Sultan Stopped His Appointment As Perak Adviser

Palace Denies Tycoon S Claim That Sultan Stopped His Appointment As Perak Adviser

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 418 hits
The Perak palace has denied the claim by prominent tycoon Koon Yew Yin that his appointment as the state s economic adviser was scuttled due to his claims that Datuk titles had been exchanged for money Koon said after the May 9 general elec...
Melayu Hamba Abdi Melayu Kosmetik Buat Dap

Melayu Hamba Abdi Melayu Kosmetik Buat Dap

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 299 hits
7 Safar 1440H Selasa Ketawa pun ada apabila ultra kiasu DAP mengumumkan Dr Abdul Aziz Bari memperoleh undi terbanyak dan dipilih sebagai Naib Pengerusi DAP Perak kata pendakwah bebas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Beliau berkata jika perlanti...
Perbezaan Orang Melayu Dan Orang Cina Apabila Dapat Kuasa Memerintah Malaysia

Perbezaan Orang Melayu Dan Orang Cina Apabila Dapat Kuasa Memerintah Malaysia

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 930 hits
org cina bila dpt kuasa mereka perkasakan bangsa mereka org melayu bila dpt kuasa sibuk duk berebut pangkat DATUK Nampak KerajaanSepenggal
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti