Teater Bangsawan Dendam Laksamana Berjaya Menjayakan Persembahan Yang Memukau Penonton



TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA BERJAYA MENJAYAKAN PERSEMBAHAN YANG MEMUKAU PENONTON

AlongMurni (AM) sangat meminati teater sejak di bangku sekolah lagi. Mana taknya, bagi AM seseorang yang melakonkan watak teater lebih mencabar daripada drama dan filem yang sering ditonton di TV mahupun Panggung Wayang. Bayangkan tahap fokus dan kreativiti semasa melakonkan watak di teater perlu tinggi tau!! Kalau tersalah langkah atau tersalah dialog harus bijak mengatasinya tau!! Segalanya dilakonkan secara langsung tanpa ada ‘Cut’ or ‘Edit’. Jadi kalau ada peluang menonton Teater memang AM takkan lepaskan peluang.

AM sempat bergambar dengan Pat Ibrahim -Karyawan Seni
dan Beliau menjadi tulang belakang kepada PIPE

Baru-baru ini AM  berkesempatan ke Matic bagi menonton Teater Bangsawan Dendam Laksamana. Teater ini merupakan salah satu kompenan di dalam Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya 2018 (UPBWB) iaitu kompenan persembahan. JPBWB2018 merupakan program baharu yang dianjurkan oleh Pat Ibrahim Project Entertainment dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Pusat Pelancongen Malaysia dan lain-lain agensi bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan kembali seni bangsawan di samping menyebar luas jenama Semarak Bangsawan melangkau ke negeri-negeri di Malaysia. la juga merupakan program kolaborasi industri (industrial collaboration program) yang terbesar dan julung-julung kali diadakan di dalam industri seni persembahan.

Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya adalah inisiatif Pat Ibrahim Project Entertainment (PIPE) bagi memperkasakan warisan tidak ketara (Intangible Heritage) ini telah mendapat perhatian berbagai pihak korporat. Setelah muncul dengan produksi sulung yang berjudul Pekan Bangsawan Warisan Budaya dan persembahan Bangsawan Dendam Laksamana pada November 2017 lalu, kini PIPE maju setapak lagi untuk membawa acara dibawah program Siri Semarak Bangsawan dengan skala yang lebih besar.


Malah tulang belakang Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya ini turut membariskan nama-nama yang sudah dikenali ramai melalui hasil kerja mereka. Antaranya Eja Ibrahim (Pengurus Projek), Pat Gui dan Hamidon (Pengurus Pentas), Akma Suriati (Kostum), Yusman (Pengurus Lampu) Duan (Pengarah Muzik), Najib (Jurutera Bunyi) dan Siti Jasmina selaku penulis skrip.
Teater Bangsawan Dendam Laksamana adalah berdasarkan dari kisah halaman di Tuhfat AL Nafis iaitu ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’. Walaupun AM dah hafal jalan cerita ini namun keinginan untuk menonton Teater Bangsawan Dendam Laksamana sangat tinggi tau!! Pementasan Teater Dendam Laksamana ini diambil dari inspirasi Skrip Shaharom.

gelagat Penglipur Lara yang berjaya mencuit hati AM Pembesar yang tamak aloba dan iri hati pada Laksamana
Adegan antara Laksamana dan Dang Anum
Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini dimulakan dengan alunan muzik indah dan klasik daripada Kumpulan Bimbingan Muzik Saiful Ridzuan (Duan) dan diserikan dengan gelagat dan telatah Penglipur Lara (Shahrul Mizad) yang begitu mencuit hati. Gamat dewan dengan ketawa dari penonton melihat pada gelagat Penglipur Lara ini.

Dang Anum mengidam dan memohon seulas buah nangka milik Sultan Bendahara turut gusar dengan apa yang akan berlakupertembungan berdepan antara Laksamana dan pembesar Seri WijayaSultan ditikam Laksamana lantaran kerana amarah Dang Anum dan anaknya dibunuh Sultan
Susunan indah setiap bait-bait kata begitu memukau AM. Ada adegan romantis, komedi, sedih dan terharu dan ada adegan yang betul-betul membangkitkan kemarahan AM tau. Begitu terkesan dengan cara lakonan setiap pelakon teater membawakan watak masing-masing sehingga AM turut sama berasa geram dan marah dengan watak yang dibawakan.

AM masing terbayang betapa indah ayat-ayat yang diutarakan antara Laksamana dan Dang Anum. Begitu tinggi bahasa dan indah corak kemelayuan yang disampaikan dalam Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini.

alunan muzik Indah dan nyanyian dari Dang Anum dan Laksamana


Wan Anum :
Angin senja berkias cerita
Bersyair janji-janji setia
Anugerah kelahiran tandanya cinta
Berkorban buatmu nikmat bahagia

Laksamana :
Sepasang serindit atas jendela
Suaranya riang berkicau bersama
Semangat adinda azimat kekanda
Supaya aman tanah lahir kita

AM tak nak cerita lebih pasal Teater Bangsawan Dendam Laksamana ini sebab AM nak semua pembaca setia AM datang sendiri ke Matic dan menonton karya Agung Teater Bangsawan Dendam Laksaman. Penuh dengan mesej-mesej penting dan informasi. AM kasi 9/10 Bintang. AM ucapkan tahniah kepada seluruh tenaga produksi Teater Bangsawan Dendam Laksamana dan PIPE atas penghasilan sebuah teater yang sangat bagus dan memukau dengan lakonan, susunan muzik dan bait-bait indah.

Antara tenaga produksi dan Agensi yang turut membantu menjayakan Teater Bangsawan Dendam Laksamana
Ternyata gabungan bakat lama dan baru telah berjaya menjayakan Teater Bangsawan Dendam Laksamana  antaranya adalah Saudara Safwan, Aidilla, Dato' Jalaluddin Hassan, Megat Syarizal, Anwar Rusdini, Fitri, Que Ross, Azhar, Asmidar dan ramai lagi.

Harga tiket untuk teater ini boleh didapati di talian hotline 0193036008 pada harga RM30, RM50 dan RM80. Jualan secara online pipent.peatix.com telah bermula pada Jumaat 25hb Mei 2018 ini.

KATA ALONGMURNI

TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA INI BENAR-BENAR MEMUKAU HATI AM DAN MENYENTUH SANUBARI AM DENGAN LAKONAN YANG SANGAT BERKESAN, SUSUNAN MUZIK YANG INDAH DAN PENGISIAN DIALOG YANG BEGITU DEKAT DENGAN HATI PENONTON. SYABAS AM UCAPKAN KEPADA TENAGA PRODUKSI PAT IBRAHIM PROJECT ENTERTAINMENT (PIPE) DAN SELURUH PRODUKSI DAN AGENSI YANG TURUT MEMBANTU DALAM MENJAYAKAN TEATER BANGSAWAN DENDAM LAKSAMANA.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://alongmurni.blogspot.com/2018/11/teater-bangsawan-dendam-laksamana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman First Time Tengok Teater Bangsawan Dendam Laksamana

Pengalaman First Time Tengok Teater Bangsawan Dendam Laksamana

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 870 hits
Assalamulaikum hai semua Waktu sekolah menengah subjek Sejarah Bahasa Melayu memang jadi favorite BBL Tambah lagi masa tinggal kat kampung malam hujung minggu selalu request arwah opah bercerita kisah lagenda Melayu Ala lebih kurang macam b...
Teater Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana Martabat Sejarah Melayu

Teater Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana Martabat Sejarah Melayu

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 1326 hits
Peminat teater bangsawan boleh menyaksikan persembahan secara langsung teater muzikal Bangsawan Dendam Laksamana yang telah mula ditayangkan di MATIC Kuala Lumpur bermula 2 November sehingga 11 November 2018 Sebuah teater dari produksi Pat ...
2 Ekor Pocong Berjaya Ditangkap Lalu Dihukum Tidur Di Lubang Kubur

2 Ekor Pocong Berjaya Ditangkap Lalu Dihukum Tidur Di Lubang Kubur

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 960 hits
The ReporterPadah menyamar menjadi hantu pocong untuk menakutkan orang kampung dua remaja lelaki ditangkap dan dihukum dan gambar gambar kejadian turut viral di media sosial lapor Dua remaja itu pada asalnya hanya berniat mahu bergurau saha...
Kerajaan Baru Berjaya Banteras Rasuah Kata Tun M

Kerajaan Baru Berjaya Banteras Rasuah Kata Tun M

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 350 hits
October 22 2018 7 33 AMTun Dr Mahathir berkata usaha yang dilakukan kerajaan bagi memerangi rasuah telah membawa kejayaan besar KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gejala rasuah yang dilihat berleluasa sebelum ini telah dapat ditan...
Gegar Vaganva 5 Gv5 Persembahan Amelina Gempak

Gegar Vaganva 5 Gv5 Persembahan Amelina Gempak

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 537 hits
GEGAR VAGANVA 5 GV5 AMELINA GEMPAK Amelina antara penyanyi yang mummy tertunggu tunggu persembahannya Setiap minggu juga mummy akan menantikan kedudukan Amelina Kedudukan Amelina setiap mingguagak tak konsisten Sekejap teratas sekejap terba...
7 Kebiasaan Orang Yang Berjaya

7 Kebiasaan Orang Yang Berjaya

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 243 hits
Stephen Richards Covey atau Stephen Covey merupakan seorang penulis ahli perniagaan dan ahli akademik yang terkenal Menurut bibliografi dalam bukunya The 3rd Alternative beliau dikatakan One of the world s foremost leaderships authorities o...
Kongres Bahasa Indonesia Ke Xi Upaya Menjayakan Bahasa Dan Sastra Indonesia

Kongres Bahasa Indonesia Ke Xi Upaya Menjayakan Bahasa Dan Sastra Indonesia

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 230 hits
Kongres Bahasa Indonesia ke XI digelar dalam rangka upaya mengawal permartabatan bahasa negara di berbagai ranah kehidupan Bahasa Indonesia merupakan salah satu faktor penting yang memengaruhi perjalanan kehidupan bangsa Indonesia
Tinggal Di Stor Berdekatan Tangki Najis Namun Berjaya Jaga Kebersihan

Tinggal Di Stor Berdekatan Tangki Najis Namun Berjaya Jaga Kebersihan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 851 hits
Pagi ini telah tular kisah tentang seorang ibu dan empat orang anaknya yang terpaksa tinggal di dalam sebuah stor deretan kedai selepas bercerai dengan suaminya pada bulan Januari lalu Lebih menyedihkan lagi apabila tempat berteduhnya itu t...
Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Kek Lapis Penganan Pilah

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Flood Situation In Sabah Worsens

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Dua Parcel

Gigi Susu

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Video Gelagat Sheila Rusly Sharifah Shahora Maria Tunku Sabri Cetus Reaksi Netizen Cute La Bertiga Ni

Wanita Dakwa Dipukul Pemandu E Hailing Marah Kerana Book Ride Untuk Pekerja Warga Asing Dia Rampas Phone Saya