Pengalaman First Time Tengok Teater Bangsawan Dendam Laksamana
Assalamulaikum & hai semua,
Waktu sekolah menengah subjek Sejarah & Bahasa Melayu memang jadi favorite BBL. Tambah lagi masa tinggal kat kampung, malam hujung minggu selalu request arwah opah bercerita kisah lagenda Melayu. Ala lebih kurang macam bed time story gituh. Seronok dapat dengar cerita hikayat dongeng orang dahulu. Tambah lagi lengok bahasa melayu klasik lagi indah bila dengar dan ditutur.
Hari Jumaat 29 Nov BBL pergi tengok teater Bangsawan Dendam Laksamana arahan Pat Ibrahim yang diadaptasi dari hikayat "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang". Nie kali pertama tengok pemetasan teater sejak tinggalkan zaman uni. Rasa excited pun ada memandangkan jalan cerita sangat menarik untuk tontonan.
Sinopsis Bangsawan Dendam LaksamanaMenceritakan kisah zaman dahulu tentang kegagahan dan kesetiaan pahlawan Laksamana Megat Seri Rama terhadap Sultan Mahmud Syah II pada era Johor Lama. Namun Seri Bija Wangsa sangat cemburu dengan Laksamana Megat Seri Rama kerana Sultan sangat sayang dan memberi kuasa kepercayaan untuk menjaga tanah jajahan baginda.
Malah dia turut dengki dengan Wan Anum, isteri Laksamana Megat Seri Rama yang mempunyai lunak suara merdu dan cantik rupa paras. Bendahara Tun Abdul Jalil dan Tun Aman yang selalu menjadi penghalang niat jahat Seri Bija Wangsa mahu menjatuhkan dan merampas kuasa Laksamana Megat Seri Rama kerana dia lebih layak berkuasa. Tak hairan dia sanggup menfitnah dan meracun fikiran Sultan agar percaya kejadian rusuhan berlaku dirancang oleh Laksamana Megat Seri Rama.
Ditakdirkan Sultan Mahmud Syah II yang langsung tidak memperduli pentadbiran kerajaan, menindas rakyat jelata serta termakan hasutan Seri Bija Wangsa menyebabkan nasfu amarah mengusai diri dan telah membawa pembunuhan Wan Anum bersama anak dikandungnya. Akhirnya Laksamana Megat Seri Rama tidak lagi mampu menahan perasaan marah terhadap Seri Bija Wangsa dan Sultan Mahmud Syah II, mereka berdua tumpas di keris milik pahlawan Laksamana Megat Seri Rama.
Bagi BBL teater ini sangat menarik dan harus ditonton oleh semua orang terutama peminat cerita dongeng melayu, sejarah, para pelajar sekolah, student universiti serta semua lapisan masyarakat. Anda tak akan bosan kerana jalan cerita cukup menghiburkan seolah-olah menyaksikan sebuah cerita diceritakan oleh penglipur lara. Setiap babak akan ada nyanyian untuk menghiburkan hadirin. Yang menarik, semasa komersial break jangan terkejut dengan persembahan. Nak tahu apa berlaku kena datang saksikan
Memang kena puji pengarah, Pat Ibrahim yang berjaya buat semua penonton rasa tersentuh hati dengan lakonan mantap dan terhibur melihat adegan pelakon. Bukan calang-calang palakon yang pegang setiap watak. BBL sendiri terkejut melihat Dato' Jalaluddin Hassan turut ada sebagai Bendahara Tun Abdul Jalil.
Saksikan sendiri teater Bangsawan Dendam Laksamana bermula 2-11 November 2018 di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTic Kuala Lumpur. Tiket boleh dibeli secara online kat website > peatix.com atau whatsapp 019-3036008
Bagi anda tinggal luar ibu kota, usah risau kerana Bangsawan Dendam Laksamana akan menjelajah seluruh negara bermula Febuari 2019 depan. So jangan lupa bookmark kalendar korang untuk teater date ye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2018/11/pengalaman-first-time-tengok-teater.html