Tawaran Kerjasama Cadangan Progresif Politik Bertamadun Nazri


agendadaily.com12/8/2021
Ahli Parlimen Datuk Seri Nazri Aziz semasa wawancara dengan Agenda Daily hari ini. Foto Hiekal Rosly

Pemimpin senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tawaran kerjasama kerajaan kepada semua pihak khususnya parti blok pembangkang sebagai cadangan yang progresif ke arah mewujudkan amalan politik bertamadun.

Nazri melihat tujuh cadangan yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mewujudkan corak politik yang lebih beretika, sebagai contoh langkah untuk menggubal undang-undang lompat parti yang termasuk dalam tawaran tersebut.

“Ianya adalah tujuh cadangan yang progresif dan akan mentamadunkan politik di Malaysia, saya daripada dulu lagi sudah mencadangkan undang-undang lompat parti dan InsyaAllah dengan pengumuman ini kerajaan akan melaksanakan.

“Selain itu, ia juga menekankan etika politik, sepatutnya Ahli Parlimen yang dikatakan kleptokrat jika mereka beretika mesti letak jawatan apabila didakwa di mahkamah dan selepas didapati bersalah. Sebagai contoh di United Kingdom, Menteri Kesihatan mereka tidak mengikut SOP (prosedur operasi standard) kerana mencium pipi seorang wanita dan terus letak jawatan. Ini yang dikatakan lebih putih daripada putih (whiter than white),” katanya kepada Agenda Daily.

Dalam ucapan Muhyiddin, kerajaan mencadangkan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

Menurut Nazri lagi, langkah untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri akan mampu memberi semak dan imbang kepada sesebuah kerajaan serta menjamin integriti seseorang yang berada di puncak kuasa kerajaan.

“Itu saya sangat bersetuju kerana kita bagaimana seorang Perdana Menteri yang sudah didapati bersalah di Mahkamah Tinggin kerana terlibat dengan kes isu rasuah dan juga salahguna kuasa.

“Jadi dengan kita hadkan dua penggal, maka dia tidak boleh mewujudkan satu suasana yang mana dia menguasai penuh pentadbiran negara termasuk mempengaruhi pegawai kerajaan dan pentadbir,” katanya lagi.

Berhubung melibatkan Undi 18, Nazri berkata komitmen tersebut memperlihatkan keikhlasan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk melaksanakan manifesto yang gagal ditunaikan ketika pemerintah zaman Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Kita semua tahu kerajaan gagal PH bawah Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) sebelum ini membuat keputusan untuk tidak melaksanakannya sekarang.

“Sebenarnya ini menjadi masalah apabila terlalu lama dalam politik dan merasakan budak-budak muda 18 tahun sebagai tidak matang untuk membuat keputusan dalam pilihan raya umum. Jadi orang tua macam Dr Mahathir jangan bagi peluang lagi untuk mentadbir negara,” ujarnya.

Nazri juga mengalu-alukan usaha kerajaan dalam memberikan peruntukan sama adil kepada Ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang politik mereka.

“Berhubung pembahagian peruntukan, saya bersetuju sangat kerana Ahli Parlimen tidak kira sama ada dalam kerajaan atau tidak, masing-masing telah dipilih secara sah untuk menjadi wakil rakyat.

“Saya setuju langkah ini kerana kenapa perlu hukum rakyat semata-mata kerana wakil rakyat itu bukan berada dalam kerajaan,” tegasnya.

Beliau menggesa supaya semua pihak berbincang secara serius berhubung tawaran kerjasama tersebut kerana rakyat sudah muak dan menyampah dengan karenah ahli politik yang berebut kuasa.

“Rakyat sudah menyampah dan muak dengan Ahli Parlimen yang berebut kuasa, saya sokong titah Sultan Johor supaya tidak menjadikan dewan yang mulia sebagai sangkar beruk,” katanya lagi.

Terdahulu, Muhyiddin berkata cadangan tersebut bagi memastikan kerajaan sedia ada dapat menumpukan kepada usaha menangani krisis kesihatan negara dan tidak mahu kumpulan kleptokrat yang sedang merancang untuk menjatuhkannya kembali berkuasa.

Antara lain Perdana Menteri menjanjikan suatu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen, jika memperoleh sokongan bi-partisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga.

Beliau juga berkata kerajaan memberi jaminan akan memperkukuhkan reformasi Parlimen dengan memastikan jumlah MP Kerajaan dan Pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah lebih seimbang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/tawaran-kerjasama-cadangan-progresif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tawaran Politik Muhyiddin Bukan Rasuah Kata Nazri

Tawaran Politik Muhyiddin Bukan Rasuah Kata Nazri

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 315 hits
Sokongan DAP seperti mana berlaku di Perak dengan DAP diberi peruntukan sama diterima ADUN kerajaan kata Ahli Parlimen Padang Rengas PETALING JAYA Cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam bukannya rasuah sebaliknya tawar menawar po...
Tawaran Kerjasama Muhyiddin Kepada Pembangkang Hipokrit Tak Ikhlas Kata Aktivis Dan Warganet

Tawaran Kerjasama Muhyiddin Kepada Pembangkang Hipokrit Tak Ikhlas Kata Aktivis Dan Warganet

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 304 hits
Warganet mahu Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan segera kerana mengakui sudah hilang majoriti PETALING JAYA Kalangan aktivis dan warganet membidas tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menawarkan pelbagai insentif kepada pembangkang ba...
Jangan Hipokrit Umno Juga Jalin Kerjasama Dengan Pembangkang Di Perak Nazri

Jangan Hipokrit Umno Juga Jalin Kerjasama Dengan Pembangkang Di Perak Nazri

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 173 hits
agendadaily comAhli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jangan jadi hipokrit Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibidas supaya tidak menjadi hipokrit walhal tertubuh...
Tawaran Mega Sales Muhyiddin Ditolak Semua Parti Politik

Tawaran Mega Sales Muhyiddin Ditolak Semua Parti Politik

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 274 hits
Tawaran Mega Sales Muhyiddin ditolak semua parti politik Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin terpaksa mengangkat bendera putih sekiranya gagal untuk mencari sekurang kurangnya 11 ahli Parlimen bersama merek...
Pembangkang Perlu Rebut Peluang Kerjasama Rentas Politik Demi Negara Ongkili

Pembangkang Perlu Rebut Peluang Kerjasama Rentas Politik Demi Negara Ongkili

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 277 hits
Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa ini bukanlah waktu yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya KOTA KINABALU Pihak pembangkang perlu merebut peluang kerjasama rentas politik bagi mendahulukan keperluan negara dan mengutamakan kestabilan...
Pemimpin Politik Patutnya Terima Tawaran Pm Untuk Sekat Rasuah Daripada Terus Berleluasa

Pemimpin Politik Patutnya Terima Tawaran Pm Untuk Sekat Rasuah Daripada Terus Berleluasa

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin parti politik termasuk pembangkang sepatutnya menerima secara positif tawaran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan kepercayaan bersama terhadap kerajaan terkini menyelesaikan masalah bukannya pereb...
Kerjasama Dr M Ph Bertaut Kembali Pemerhati Politik Berbeza Pendapat

Kerjasama Dr M Ph Bertaut Kembali Pemerhati Politik Berbeza Pendapat

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 183 hits
Nora MahparPETALING JAYA Trio pembangkang Anwar Ibrahim Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu masih memerlukan aura Dr Mahathir Mohamad jika Pakatan Harapan mengimpikan sebuah kerajaan yang dominan menjelang pilihan raya umum akan datang kata penga...
Rasuah Politik Mp Dap Pkr Cuba Dibeli Dengan Tawaran Rm30juta Dat

Rasuah Politik Mp Dap Pkr Cuba Dibeli Dengan Tawaran Rm30juta Dat

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 237 hits
Rasuah politik dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional semakin menjadi jadi Terkini didedahkan bahawa 4 MP dari parti DAP dan 5 MP PKR yang telah dihubungi oleh seseorang menawarkan wang tunai jutaan ringgit dan jawatan bagi menyelama...
Kah Kah Kah Baru Kena Kutuk Dah Koyak Ke Kes Mb Kedah Jangan Jadikan Polis Senjata Politik Guan Eng

Kah Kah Kah Baru Kena Kutuk Dah Koyak Ke Kes Mb Kedah Jangan Jadikan Polis Senjata Politik Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 232 hits
By 11 August 2021 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang hari ini GEORGE TOWN Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membidas tindakan polis yang didakwanya menahan in...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pembekal Mee Siput Muar Goreng Dan Mentah

Kenapa Doktor Jarang Ambil Mc Ini Sebabnya

Kek Hello Kitty Untuk Birthday Adik Nona

Notice Secure Your Wallet With 2fa

How To Get Slot Spaceman Online Gambling Login Bonus Today

Petronas Nusa Perintis