Tawaran Kerjasama Muhyiddin Kepada Pembangkang Hipokrit Tak Ikhlas Kata Aktivis Dan Warganet


 
Warganet mahu Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan segera kerana mengakui sudah hilang majoriti. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kalangan aktivis dan warganet membidas tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menawarkan pelbagai insentif kepada pembangkang bagi memperoleh undi mereka untuk kekal berkuasa, selepas sokongan untuk beliau di Dewan Rakyat semakin terhakis.
Aktivis dan pengguna Twitter menyifatkan tindakan Muhyiddin merayu sokongan “rentas parti” menunjukkan beliau sudah hilang majoriti dan harus meletak jawatan dan bukannya membuat pelbagai tawaran kepada Ahli Parlimen yang menentang pentadbirannya.
Beliau berkata, pendekatan “semua kerajaan” akan menjamin kestabilan politik dan pentadbiran berfungsi.
Dalam sidang media hari ini, sambil dikelilingi menteri utama, Muhyiddin berkata, beliau akan mencadangkan kerangka bagi kerjasama rentas parti, termasuk peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.
Peguam, Lim Wei Jiet, menyifatkan Muhyiddin dan barisan Kabinetnya sebagai hipokrit dengan menawarkan pembaharuan Parlimen selepas “memusnahkan setiap satu amalan demokratik bagi semak dan imbang” sepanjang tahun lalu.
“Sekarang, pada saat sebelum kematian (Perikatan Nasional), mereka bergantung pula kepada pembaharuan demokratik seolah-olah mereka menjadi penyelamat negara ini. Letak jawatan dan berambus,” katanya dalam mesej tegas kepada Muhyiddin.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Tricia Yeoh, berkata secara dasarnya, Muhyiddin mahu mendapatkan kepercayaan menerusi perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA).
Beliau merumuskan CSA itu sebagai mesej kepada Ahli Parlimen yang menentangnya, iaitu “sokong saya (Muhyiddin) dan anda akan dapat seperti yang dijanjikan.”
“Kebanyakan cadangan pembaharuan yang ditawarkan itu, sudah lama dicadangkan oleh persatuan sivil Kini, gula-gula ditebarkan untuk mendapat sokongan. Ini adalah pengakuan beliau (kerana) sudah tidak mempunyai majoriti,” katanya.
Sementara itu, pengasas bersama Undi18, Qyira Yusri, bersetuju apa yang ditawarkan oleh Muhyiddin kepada penentangnya adalah, “CSA tanpa merujuk perkataan CSA,”.
Mengulas berkenaan persetujuan kerajaan melaksanakan inisiatif Undi18 tanpa membabitkan menunggu pendaftaran pengundi automatik, Qyira berkata, tawaran Muhyiddin itu “menjijikkan” kerana beliau menggunakannya hak remaja untuk mengundi sebagai alat mengekalkan kuasa.
Pengguna media sosial, @Siv_Gunslinger, berkata “Jadi, asasnya Muhyiddin secara langsung mengakui di mana tiada seorang pun Ahli Parlimen mempunyai sokongan majoriti, dan beliau boleh terus menjadi perdana menteri. Kenyataan itu hanya mengesahkan beliau tidak sudah hilang majoriti. Letak jawatan sekarang jika anda sudah hilang majoriti”. katanya.
Turut berkongsi pandangan sama, pengguna @mhdsmlj yang berkata,”Muhyiddin mengakui beliau sudah hilang majoriti namun enggan meletak jawatan kerana tiada calon perdana menteri? Tetapi, beliau berterusan (memancing) pihak lain menyertainya? Beliau sepatutnya meletakkan jawatan dan beri peluang orang lain mentadbir”.
Manakala, Sin Yew berkata, ucapan Muhyiddin menunjukkan beliau sudah mengaku kalah dan tidak mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.
“Ini bermakna, beliau mesti meletakkan jawatan sekarang mengikut Artikel 43(4) Perlembagaan Persekutuan. Tiada sebab menunggu persidangan Dewan Rakyat akan datang untuk undi percaya,” katanya.
Thomas Chen pula berkata, walaupun Muhyiddin dan barisan Kabinetnya meletak jawatan, tugas penjawat awam masih berterusan manakala kabinet baharu dibentuk.
“Apa ini? Seluruh rakyat mahu Muhyiddin letak jawatan, doktor masih bekerja, Kementerian Kesihatan kekal berfungsi dan vaksinasi masih berterusan di seluruh negara,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/tawaran-kerjasama-muhyiddin-kepada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tawaran Politik Muhyiddin Bukan Rasuah Kata Nazri

Tawaran Politik Muhyiddin Bukan Rasuah Kata Nazri

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 350 hits
Sokongan DAP seperti mana berlaku di Perak dengan DAP diberi peruntukan sama diterima ADUN kerajaan kata Ahli Parlimen Padang Rengas PETALING JAYA Cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam bukannya rasuah sebaliknya tawar menawar po...
Jangan Hipokrit Umno Juga Jalin Kerjasama Dengan Pembangkang Di Perak Nazri

Jangan Hipokrit Umno Juga Jalin Kerjasama Dengan Pembangkang Di Perak Nazri

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 202 hits
agendadaily comAhli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jangan jadi hipokrit Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibidas supaya tidak menjadi hipokrit walhal tertubuh...
Warganet Marah Ong Kian Ming Cadang Bincang Tawaran Muhyiddin

Warganet Marah Ong Kian Ming Cadang Bincang Tawaran Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 225 hits
August 13 2021 Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming dikecam kerana mencadangkan untuk bincang tawaran Muhyiddin Yassin itu PETALING JAYA Kalangan warganet bingkas menolak cadangan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming bahawa tawaran kerjasama mere...
Mustahil Muhyiddin Masih Ada Majoriti Selepas Ahli Parlimen Kerajaan Tarik Sokongan Kata Pembangkang

Mustahil Muhyiddin Masih Ada Majoriti Selepas Ahli Parlimen Kerajaan Tarik Sokongan Kata Pembangkang

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 247 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pembangkang mendakwa mustahil Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti susulan Ahli Parlimen daripada kerajaan sendiri mengumumkan penarikan balik sokongan mereka semalam Menerusi kenyataan har...
Semua Parti Pembangkang Kata Tidak Pada Muhyiddin

Semua Parti Pembangkang Kata Tidak Pada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 248 hits
MalaysiakiniAhli Parlimen pembangkang hari ini menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama pemimpin Pakatan Harapan Pertubuhan Kinabalu Progres...
Pembangkang Wajar Terima Tawaran Pm Kata Majlis Ayahanda Malaysia

Pembangkang Wajar Terima Tawaran Pm Kata Majlis Ayahanda Malaysia

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 462 hits
AGENDA DAILY Majlis Ayahanda Malaysia berharap kemelut politik Malaysia berakhir dengan tawaran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pembangkang Majlis Ayahanda Malaysia meminta semua pihak terutama parti pembangkang menerima t...
Johari Abdul Tidak Semestinya Pembangkang Jadi Pm Jika Muhyiddin Hilang Sokongan

Johari Abdul Tidak Semestinya Pembangkang Jadi Pm Jika Muhyiddin Hilang Sokongan

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 258 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua Whip PKR Johari Abdul berkata tidak semestinya Ahli Parlimen pembangkang akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hilang sokongan di Dewan Rakyat pada September ini Be...
Muhyiddin Habis Bersilat Akui Sudah Hilang Majoriti Kata Penganalisis

Muhyiddin Habis Bersilat Akui Sudah Hilang Majoriti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 356 hits
Pengumuman Perdana Menteri jelas mengakui beliau tidak lagi menikmati sokongan majoriti di Parlimen kata Mohd Fadzil Abdul Rahman PETALING JAYA Pengumuman Perdana Menteri hari ini melenyapkan semua teka teki dengan Muhyiddin Yassin sendiri ...
Panas Netizen Kata Muhyiddin Lebih Teruk Dari Kleptokrat

Panas Netizen Kata Muhyiddin Lebih Teruk Dari Kleptokrat

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 412 hits
August 14 2021 1 Antara alasan Maahiddin mengajak Pembangkang bersama Adalah mahu menolak Kleptokrat Masa dia dilantik PM boleh pulak Deal dengan Kleptokrat Bagi aku Mahiaddin hari ini jauh lebih teruk dari Kleptokrat yang telah membuat ker...
Sidang Kemuncak Asean Ke 46

Dia Ada Taste La Ros Bp Didakwa Sering Ke New York Untuk Jumpa Teman Lelaki

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Mercedes Has Chosen To Develop Its Next Big Project In Georgia

Most Popular Delicious Malaysian Cuisines Available Daily

Jadual Dan Beli Tiket Lima 2025 Langkawi

Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

Lirik Lagu Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri Anggi Marito


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saya Tak Hairan Dengan Isu Sos Cili Ini Simbolik Untuk Curang Kaunselor Hj Hushim Salleh

Apa Itu Umrah Qadha Ini Penjelasan Sejarah Dan Hikmahnya

Nak Tahu Bila Boleh Berhenti Ambil Carbimazole

Pengantin Bawah Umur Suami 16 Tahun Isteri Muda Setahun

Tiada Masalah Mamat Sepah Minta Maaf Ke Syamsul Debat Popular Pula Kita Hari Ini

Had Usia Persaraan 65 Tahun Kesuma Teliti Cadangan Isu Panas