Pemimpin Politik Patutnya Terima Tawaran Pm Untuk Sekat Rasuah Daripada Terus Berleluasa


 

KUALA LUMPUR - Pemimpin parti politik termasuk pembangkang sepatutnya menerima secara positif tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan kepercayaan bersama terhadap kerajaan terkini menyelesaikan masalah, bukannya perebutan kuasa semata-mata.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pendekatan menghulur tangan dengan mengajak semua parti politik demi menyelesaikan masalah darurat musibah dan bencana, sepatutnya disambut dan diselesaikan secara kemanusiaan tanpa mempedulikan perbezaan dan kepentingan peribadi.
Beliau berkata, pada masa sama isu rasuah juga menjadi titik pertemuan semua pihak kerana ia tidak boleh diterima, justeru wajar disekat daripada berleluasa lagi.
Justeru, beliau menyifatkan pemimpin politik yang menolak pelawaan untuk bersatu menyelamatkan rakyat dan negara, demi memenuhi kehendak politik peribadi yang sempit, adalah kelompok gila kuasa yang tidak mempedulikan nyawa rakyat.
"Maka, janganlah didahulukan untuk mendapatkan kuasa sehingga punca penyakit rasuah dibiarkan berkuasa lagi. Tawaran (Perdana Menteri) kepada semua parti politik bagi mendapatkan kepercayaan bersama untuk kerajaan terkini supaya (diberikan) masa untuk menyelesaikan masalah sepatutnya diterima secara positif.
"Ini kerana masalah ekonomi dihadapi kesan daripada pandemik COVID-19 yang membebankan semua rakyat perlu diselesaikan secara perpaduan dan hendaklah diutamakan tanpa menghabiskan masa kerana mahukan kuasa semata-mata.
"Maka, peluang sepatutnya diberikan kepada kerajaan dalam tempoh yang sepatutnya...masalah darurat, musibah dan bencana sepatutnya diselesaikan secara kemanusiaan tanpa mempedulikan perbezaan, dan hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan peribadi dan kelompok tertentu sahaja.
"Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja tidak akan mempedulikan keadaan rakyat yang perlu diselamatkan sekarang," katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.
Perdana Menteri sebelum ini menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September ini.
Tawaran itu bagaimanapun ditolak majoriti parti pembangkang yang disifatkan mereka sebagai rasuah.
Pada masa sama, Abdul Hadi berkata, pemimpin politik seharusnya mengambil pengajaran terhadap kemelut kerajaan terdahulu yang bermasalah dengan bersabar dan memberikan masa kepada kerajaan sekarang menyelesaikan masalah bersama.
Beliau berkata, selepas keadaan mengizinkan, maka barulah mandat dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka mahu dengan selesa.
"Janganlah disebabkan tidak boleh bersabar seketika, kita akan menerima padah dan masalah yang lebih besar dan lebih berat untuk dipikul.
"Cukuplah menjadi pengajaran kepada rakyat terhadap kerajaan yang sudah lama memerintah, sehingga mereka dibelenggu dengan penyakit rasuah," katanya.
Abdul Hadi berkata, negara kini diibaratkan sedang berada dalam bahtera yang sedang menghadapi taufan wabak yang mengganas dan mengancam nyawa rakyat.
Beliau berkata, dalam keadaan genting ini, negara 'diganggu' oleh golongan yang ingin merampas kuasa yang nyata menjadi masalah, malah mereka juga pernah gagal menyelesaikan masalah berkenaan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/08/pemimpin-politik-patut-terima-tawaran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tawaran Politik Muhyiddin Bukan Rasuah Kata Nazri

Tawaran Politik Muhyiddin Bukan Rasuah Kata Nazri

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 308 hits
Sokongan DAP seperti mana berlaku di Perak dengan DAP diberi peruntukan sama diterima ADUN kerajaan kata Ahli Parlimen Padang Rengas PETALING JAYA Cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam bukannya rasuah sebaliknya tawar menawar po...
Terima Tawaran Pm Usah Biarkan Penyakit Rasuah Berkuasa Lagi Hadi

Terima Tawaran Pm Usah Biarkan Penyakit Rasuah Berkuasa Lagi Hadi

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 266 hits
malaysiakini comDiterbitkan 15 Aug 2021 9 32 amDikemaskini 9 35 amKetika kesan daripada pandemik Covid 19 terus dirasai kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang keutamaan untuk negara ini ialah perpaduan sebagai jalan penyelesaian bukannya perebu...
Rasuah Politik Mp Dap Pkr Cuba Dibeli Dengan Tawaran Rm30juta Dat

Rasuah Politik Mp Dap Pkr Cuba Dibeli Dengan Tawaran Rm30juta Dat

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 233 hits
Rasuah politik dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional semakin menjadi jadi Terkini didedahkan bahawa 4 MP dari parti DAP dan 5 MP PKR yang telah dihubungi oleh seseorang menawarkan wang tunai jutaan ringgit dan jawatan bagi menyelama...
Pemimpin Politik Wajar Ambil Berat Titah Raja Raja Melayu

Pemimpin Politik Wajar Ambil Berat Titah Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 232 hits
Oleh IPTI meminta semua pihak khususnya pemimpin politik supaya menumpukan seluruh tenaga kepada usaha mengurus ketidakseimbangan sosioekonomi masyarakat ketika penularan COVID 19 semakin membimbangkan Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Institut Pem...
Elakkan Krisis Perlembagaan Pemimpin Umno Terus Lobi Melantik Perdana Menteri Interim

Elakkan Krisis Perlembagaan Pemimpin Umno Terus Lobi Melantik Perdana Menteri Interim

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata negara memerlukan Perdana Menteri interim bagi mengelakkan krisis perlembagaan dan politik yang kian parah Menurutnya dengan adanya Perdana Menteri inter...
Pemimpin Politik Sepatutnya Fikir Kepentingan Rakyat

Pemimpin Politik Sepatutnya Fikir Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 232 hits
Semua pemimpin parti politik termasuk pembangkang supaya bersama sama memikirkan kemaslahatan rakyat ketika ini yang lebih memerlukan perhatian ketika pendemik Selain itu pemimpin politik sepatutnya menghentikan segera pergeseran untuk mere...
Laporan Terbuka Cubaan Rasuah Pemimpin Pembangkang

Laporan Terbuka Cubaan Rasuah Pemimpin Pembangkang

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 157 hits
Setelah meneliti Ucapan Khas Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin semalam Angkatan Muda KEADILAN telah mendapati bahawa ucapan tersebut mengandungi unsur unsur yang sesungguhnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan memberi impak nega...
Guan Eng Ph Beri Lampu Hijau Kepada Pemimpin Berunding Dengan Seteru Politik

Guan Eng Ph Beri Lampu Hijau Kepada Pemimpin Berunding Dengan Seteru Politik

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 209 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pakatan Harapan memberi lampu hijau kepada pakatan pembangkang untuk mula berunding dengan seteru politik bagi merungkai situasi politik semasa Lim Guan Eng mengesahkan Setiausaha Agung DAP itu berkata bagaimanapu...
Pemimpin Akan Terus Sesat Jika Sibuk Rebut Jawatan Pm Mpn

Pemimpin Akan Terus Sesat Jika Sibuk Rebut Jawatan Pm Mpn

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 269 hits
hmetro comDR Shamsul Amri gambar fail FOTO NSTPKuala Lumpur Polemik dan perebutan jawatan perdana menteri yang berterusan dalam kalangan pemimpin parti politik hanya membuatkan mereka terus sesat dan terkeluar dari tanggungjawab sebenar mer...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense