Tarikh Pilihanraya Umum 15



Tarikh Pilihanraya Umum 15 | Tempoh Parlimen sekarang akan tamat adalah pada Mei 2023. Enam puluh hari selepas itu wajib diadakan PRU15. Maknanya Julai 2023 paling lewat PRU15 wajib diadakan

Macam-macam perbahasan mengenai bila PRU15 akan diadakan. Parti Umno yang mengepalai kerajaan sekarang terdapat dua kumpulan yang bertentangan kehendak atau pendapat bila PRU15 patut diadakan.

Satu kumpulan mahu PRU15 diadakan secepat mungkin, kalau boleh esok. Kumpulan ini pula terbahagi kepada dua kelompok yang mahu PRU15 diadakan segera

Satu daripadanya ialah kumpulan kluster Mahkamah. Ada dua sebab mereka mahu diadakan PRU15 sekarang. Pertama ia menjamin mereka boleh menjadi calon dan bertanding pada PRU15, sebelum kelayakan bertanding ditarik apabila disabit kesalahan. Ini termasuk presiden Umno sendiri Datuk Seri Zahid Hamidi. Setakat ini yang tidak lagi layak bertanding ialah Datuk Seri Najib Razak.
Manakala yang kedua adalah, jika PRU15 diadakan sekarang, kuasa surat watikah berada dalam tangan presiden.
Tarikh Pilihanraya Umum 15Presiden Umno sekarang juga berkuasa memilih calon-calon. Jika PRU15 diadakan selepas pemilihan PAU, kedudukan Presiden Umno sekarang belum tentu selamat. Pasti ada yang mencabar jawatan atau bertanding kerusi Presiden parti Umno.
Maka puak ini berangan-angan bahawa BN/Umno akan kembali menang besar jika PRU15 diadakan cepat. Jika menang, maka kumpulan kluster mahkamah akan terselamat. Alasan untuk selamat adalah dengan memberi sebab dakwaan terhadap mereka adalah konspirasi politik sedangkan mereka-mereka ini konon bersih suci seperti kain putih.
Sebab mereka mungkin semua adalah daripada golongan orang yang beriman. Inilah sebabnya mereka bermati-matian mahu PRU15 disegerakan. Mereka pun duit banyak. Beli undi masih menjadi amalan. Ada duit dan ada kuasa senang menang. Inilah akidah politik orang berkuasa dan kaya.
Manakala satu lagi kumpulan yang menyalak-nyalak mahu PRU15 di segerakan, adalah kumpulan yang tidak berstatus wakil rakyat dan tidak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan atau GLC. Mereka juga gian tengok yang lain-lain berjawatan dan bergaji besar. Mereka ini juga sebahagian besarnya adalah penyokong presiden Umno sekarang.
Jika bertukar presiden, belum tentu mereka dapat jadi calon. Maka mereka kuat bersuara agar PRU15 disegerakan, seolah-olah mereka tahu kononnya BN akan menang kembali dan mereka dapat jadi YB dan berbagai pangkat.
Manakala PM Ismail Sabri pasti bercita-cita untuk menjadi Presiden Umno. Jika PRU15 diadakan lebih awal, PM Ismail Sabri tidak ada kuasa memilih calon-calon Umno PRU15. Nasib PM Ismail Sabri juga dalam tangan kluster Mahkamah, Zahid Hamidi dan di belakang Najib Razak. Maka dari segi perhitungan politik, pemilihan PAU dulu adalah strategi terbaik kerana kumpulan yang menentang kepimpinan kluster Mahkamah akan melakukan apa saja untuk memilih presiden baru. Kemudian baru PRU15.
Tarikh Pilihanraya Umum 15Anggota kabinet dari Umno pun mahu pemilihan PAU diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15. Nasib mereka juga seperti ikan goreng kepanasan dalam kuali. Belum tentu mereka selamat jadi calon kerana ada yang celupar menyerang Zahid Hamidi Presiden Umno dan Najib Razak. Ada yang langsung tidak tunjuk rasa hormat kepada presiden Umno.
Ismail Sabri pun mahu menjadi PM selama yang boleh. Sudah mula rasa syok sebagai PM. Tetapi menjadi perhitungan PM Ismail Sabri juga jika diadakan PRU15 segera, adakah BN boleh menang? Kumpulan yang mahu PRU15 disegerakan berpegang pada alasan kemenangan besar BN di Melaka dan pembangkang agak bercelaru sekarang. Sebab itu PRN Johor diadakan.
Namun bila ada PRU15, ia tidak sama dengan PRK atau PRN. Kekuatan tenaga Umno tidak boleh dikumpulkan seperti PRK dan PRN. Malah jika BN menang di PRN Johor, tidak bermakna masa PRU15, BN akan menang juga.
Masing-masing menjaga dan bertanding di kawasan masing-masing. Isu rakyat dan negara berada di tahap yang paling teruk. Malaysia sudah dinobatkan sebagai negara rasuah Tersohor di dunia.
Isu harga barang-barang keperluan naik, isu cara mengurus Covid-19 dan vaksin, ekonomi negara merundum dan hutang negara sudah lebih RM1 trillion. Rakyat semua tahu Malaysia sudah menjadi negara sakit yang sukar di ubati.
Dengan terlaksana juga pengundi 18 tahun dan pendaftaran secara automatik, golongan anak-anak muda dilihat anti-establisment dan majoriti tidak menyokong parti pemerintah. Tapi BN yakin mereka ada cara untuk menarik anak-anak muda. Tunggu dan lihat. Apakah 'cash is king" akan digunakan untuk meraih sokongan anak-anak muda?
Tarikh Pilihanraya Umum 15Walau apapun, dengan niat mahu kekal lama sebagai PM, ada hasrat untuk menjadi presiden Umno dan tidak yakin BN boleh menang besar jika diadakan PRU15 segera dengan berbagai kemelut politik dan ekonomi dalam negara, maka diyakini PRU15 tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pastinya selepas PAU untuk memilih kepimpinan baru Umno.
Pasti semua yakin PM Ismail tidak berani mengambil risiko yang teramat besar kerana kekalahan BN adalah kekalahan PM Ismail. Kumpulan PN juga menyokong PM Ismail dan PH juga tidak mahu PRU15 diadakan sehingga tamat tempoh sehingga Mei 2023.
Tidak mungkin ahli-ahli parlimen Umno termasuk pihak-pihak kluster mahkamah akan menarik sokongan terhadap PM Ismail kerana jika mereka berbuat demikian, bermakna mereka menjatuhkan kerajaan mereka sendiri, iaitu Umno. Sanggupkah mereka berbuat demikian?
Maka atas huraian hujah-hujah secara tidak memihak pada mana-mana pihak, Putra berpendapat tidak ada PRU15 dalam masa terdekat dan mungkin parlimen tidak akan dibubar sehingga tamat tempoh pada Mei 2023. - mk






BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan TeksPeluang Menjana Pendapatan Pasif 5-20% Sebulan Tanpa Perlu Buat Apa2 atau Menaja Sesiapa Yang Terbukti Sejak Tahun 2019 Hingga Hari Ini (KLIK SINI)
Anda Nak Income Dari Trading? Tetapi Tak Mahir Trade Sendiri? Tak Pandai Analisis? Tak Ada Masa? Sibuk Dengan Kerja? Ini Solusinya Trade ANDA Jalan Secara Automatik 24 Jam Sehari, 5 Hari Seminggu! (KLIK SINI)
Hak Penjagaan Harta Anak Bawah Umur Bukannya Isteri Tersayang (KLIK SINI)

                                                                                Iklan  






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2022/02/tarikh-pilihanraya-umum-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Umum Calon Selepas Tarikh Prn Johor Ditetapkan

Pkr Umum Calon Selepas Tarikh Prn Johor Ditetapkan

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 249 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI AKMAL Nasrullah Mohd Nasir menyampaikan sumbangan ayam segar kepada penduduk secara pandu lalu di sekitar Taman Suria Johor Bahru JOHOR BAHRU PKR hanya akan memuktamad dan mengumumkan senarai nama calon yang bertanding...
Ph Umum Kerjasama Di Johor Ruu Anti Lompat Parti Diteruskan

Ph Umum Kerjasama Di Johor Ruu Anti Lompat Parti Diteruskan

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 156 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat semalam membuat keputusan dalam beberapa perkara terkait strategi Pilihan Raya Negeri Johor dan berkenaan meneruskan Rang Undang Undang Akta Anti Lompat Parti dalam sidang Parlimen sesi Mac ...
Kes Sudah Melebihi 10 000 Berlaku Sesuatu Di Fb Khairy Jamaluddin Selepas Kkm Umum Ada Pengumuman Penting

Kes Sudah Melebihi 10 000 Berlaku Sesuatu Di Fb Khairy Jamaluddin Selepas Kkm Umum Ada Pengumuman Penting

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 245 hits
Kuala Lumpur Malaysia kini sudah sepenuhnya berdepan dengan gelombang varian O micron kata M enteri Kesihatan Khairy Jamaluddin
Tahniah Hyunbin Umum Bakal Kahwini Son Yejin

Tahniah Hyunbin Umum Bakal Kahwini Son Yejin

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 186 hits
Baru sahaja bersembang mengenai Son Ye jin dan Hyunbin nampaknya ada berita baik buat semua ARTIKEL BERKAITAN Pasangan itu mengumumkan bahawa mereka bakal berkahwin tak lama lagi Ianya dikongsikan sendiri menerusi Instagram agensi lelaki it...
Jiyeon T Ara Umum Bakal Berkahwin Dengan Pemain Besbol Hwang Jaegyun

Jiyeon T Ara Umum Bakal Berkahwin Dengan Pemain Besbol Hwang Jaegyun

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 126 hits
Jiyeon T ARA umum bakal berkahwin tak lama lagi Tiada angin tiada ribut wanita itu berkongsi mengenai berita tersebut menerusi Instagram miliknya Hello ini ialah Ji yeon Ada kisah yang saya mahu kongsikan terus bersama peminat jadi saya mem...
Hiburan Doakan Yang Baik Baik Zizan Razak Umum Tarik Diri Dari Dunia Forex

Hiburan Doakan Yang Baik Baik Zizan Razak Umum Tarik Diri Dari Dunia Forex

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 241 hits
Pelakon dan pelawak mengumumkan bahawa dia tidak lagi akan melibatkan diri dalam bidang pelaburan Forex Hal ini berikutan pelaburan tukaran mata wang asing atau forex telah disahkan haram kerana ia mengandungi unsur unsur riba Advertisement...
Umno Kedah Meroyan Selepas Dibidas Sanusi Tapi Tak Berani Umum Bubar Mn

Umno Kedah Meroyan Selepas Dibidas Sanusi Tapi Tak Berani Umum Bubar Mn

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 193 hits
agendaily com13 2 2022Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Susulan kritikan pedas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pemimpin UMNO negeri tersebut meroyan dan hilang sabar dengan Menteri Besar Kedah tersebut Beberapa pemimpin UMNO Kedah membala...
Ketua Srikandi Bersatu Kota Tinggi Iaitu Ibu Mangsa Gangguan Seksual Umum Keluar Parti

Ketua Srikandi Bersatu Kota Tinggi Iaitu Ibu Mangsa Gangguan Seksual Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 165 hits
KOTA TINGGI Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Kota Tinggi Zaharah Kassim 53 meletakkan jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta merta Beliau yang juga ibu kepada mangsa gangguan seksual Ahli Dewan Un...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord