Tarikh Pengumuman Dividen Tabung Haji 2022


HIBAH / DIVIDEN TABUNG HAJI 2022: AGIHAN KEUNTUNGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
Dengan pengumuman Dividen ASB hari ini, ramai yang tertanya-tanya, bilakah pula pengumuman dividen / hibah Tabung Haji (TH) akan diumumkan.
Di sini dikongsikan info lanjut tentang tarikh pengumuman agihan pendapatan TH 2022 serta kadar yang diperolehi pada tahun 2021 dan sebelumnya.
Jangkaan Kadar Dividen TH 2022 Pakar ekonomi menjangkakan Lembaga Tabung Haji (TH) mengisytiharkan dividen dalam lingkungan 2.75 peratus hingga 3.10 peratus tahun ini disebabkan persekitaran ekonomi domestik dan antarabangsa yang buruk selain TH juga perlu terus melaksanakan strategi pemulihannya.
Ketika tempoh sukar dengan keadaan pasaran tidak menentu ini, TH telah mula melaksanakan strategi yang ditetapkan untuk masa depan sebagai satu tindak balas terhadap cabaran luaran dan dalaman.
Kadar dividen diunjurkan sama, jika tidak lebih rendah, berbanding tahun lepas. Ia hampir pasti tidak akan lebih tinggi kerana pasaran masih menjalani pemulihan, perlu ingat bahawa TH sedang menghadapi cabaran untuk mengekalkan keuntungan, mengisytiharkan dividen yang baik, dan, yang paling penting mengenai kos haji, yang kini meningkat secara mendadak.
Jangkaan itu berdasarkan penilaian ke atas prestasi TH bagi separuh pertama tahun ini, yang menyaksikan kos operasi dan pentadbirannya meningkat sebanyak 3.6 peratus, yang setanding dengan kadar inflasi semasa.
Sumber: Ringgit Dan Sen
Tarikh Semakan Dividen TH 2022 Tarikh pengumuman dividen Tabung Haji biasanya dibuat pada bulan Februari / Mac tahun kewangan berikutnya.
Pada tahun 2022, pengumuman dibuat pada 24 Februari 2022 dan pendeposit boleh menyemak pengkreditan Agihan Keuntungan TH 2021 bermula pada 27 Februari 2022.
Manakala pada tahun 2021, Pengumuman Agihan Keuntungan TH 2020 dibuat pada 2 Mac 2021 dan Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari pada hari Rabu, 3 Mac 2021.
Semakan dividen Tabung Haji ini boleh dibuat melalui
Portal Internet : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank THiJARI ATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB Cara Semakan Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2022 Di sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2021 / 2022 secara online melalui portal THiJARI:
Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di  www.thijari.com.my. Masukkan login ID yang telah didaftarkan. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.  Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan. Anda boleh semak pada ‘Penyata Akaun’ > Bulan Februari 2022 atau ‘Transaksi Terkini’.
Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2021 (seperti dalam gambar di bawah). NOTA:
Bagi yang belum mendaftar akaun Tabung Haji Online di THiJARI, sila rujuk langkahnya di sini: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online
Kadar Agihan Keuntungan TH 2021 Untuk makluman, bagi tahun lalu, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (hibah / dividen) sebanyak 3.10% selepas jumlah yang dizakatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Agihan keuntungan 2021 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan (iaitu, 2.36 peratus) dan zakat juga telah diambil kira untuk dilunaskan bagi pihak pendeposit. TH memperuntukkan RM107 juta untuk melunaskan zakat bagi pihak pendeposit bagi tahun 2021. Kedudukan kewangan TH terus kekal kukuh dengan aset berjumlah RM88.73 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM85.51 bilion pada 31 Disember 2021. Jumlah Aset pada RM88.73 bilion dan jumlah Deposit pada RM83.33 bilion merupakan yang tertinggi di dalam sejarah THselama 59 tahun. Pendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen Tabung Haji Pada masa sama, TH turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi tahun 2020 berbanding RM86 juta pada 2019.
“Oleh itu, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.
“Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara,” kata TH.
Cara Pengiraan Dividen TH Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2021 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2021 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, contohnya 3.10% bagi tahun 2021.
Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:
Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2021 / Bilangan Bulan) x 3.10% Maklumat Lanjut Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50
Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang 
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji
Soalan Lazim : https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/maklumat-am/agihan-keuntungan-2021


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hibah-dividen-tabung-haji-2022/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hibah-dividen-tabung-haji-2022

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengumuman Rasmi Dividen Amanah Saham Bumiputera 2022

Pengumuman Rasmi Dividen Amanah Saham Bumiputera 2022

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 358 hits
Alhamdulilah terima kasih PNB Paling dinantikan setiap tahun ialah pengumuman rasmi dari Permodalan Nasional Berhad bagi pengagihan pendapatan ASB Untuk tahun 2022 debaran menunggu pengumuman dividen ASB 2022 secara rasmi di page ASB boleh ...
Tarikh Jadual Spm 2022 2023

Tarikh Jadual Spm 2022 2023

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 882 hits
JADUAL TERKINI TARIKH PELAKSANAAN SPM 2022 2023 Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengemaskini tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa Tahun 2022 yang akan dilaksanak...
Kadar Agihan Dividen Bonus Asb 2022

Kadar Agihan Dividen Bonus Asb 2022

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 504 hits
Bila tiba hujung tahun pastinya ramai yang tertunggu tunggu berapa dividen yang diumumkan oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad bagi produk Amanah Saham Bumiputera yang mana ramai pelabur yang terlibat Jadi pada 22 Disember 2022 pihak PNB...
Asnb Umumkan Dividen Asb 2022 Sebanyak 5 1 Sen Termasuk Bonus Tambahan

Asnb Umumkan Dividen Asb 2022 Sebanyak 5 1 Sen Termasuk Bonus Tambahan

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 279 hits
Bila tiba hujung tahun pastinya ramai yang tertunggu tunggu berapa dividen yang diumumkan oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad bagi produk Amanah Saham Bumiputera yang mana ramai pelabur yang terlibat Jadi pada 22 Disember 2022 pihak PNB...
Umkm Expo Brilianpreneur 2022 Catat Deal Business Matching Rp1 2 Triliun

Umkm Expo Brilianpreneur 2022 Catat Deal Business Matching Rp1 2 Triliun

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 197 hits
UMKM EXPO BRILIANPRENUER 2022 merupakan ajang inisiatif BRI mendorong pelaku UMKM untuk go global
Naik 18 9 Persen Laba Semen Indonesia Capai Rp1 65 Triliun Di Kuartal Iii 2022

Naik 18 9 Persen Laba Semen Indonesia Capai Rp1 65 Triliun Di Kuartal Iii 2022

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 231 hits
Hingga kuartal III 2022 Semen Indonesia mencatatkan EBITDA Rp5 73 triliun Capaian ini naik naik 0 6 persen dari periode sebelumnya dan marjin EBITDA meningkat 0 1 persen menjadi 22 7 persen
Final Piala Dunia 2022 Deschamps Messi 2018 Beda Dengan Sekarang

Final Piala Dunia 2022 Deschamps Messi 2018 Beda Dengan Sekarang

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 252 hits
Argentina dan Prancis akan tampil di partai puncak Piala Dunia 2022 Qatar Keduanya dijadwalkan bentrok pada Minggu pukul 22 00 WIB
Theo Hernandez Prancis Tidak Takut Dengan Messi Untuk Final Piala Dunia 2022

Theo Hernandez Prancis Tidak Takut Dengan Messi Untuk Final Piala Dunia 2022

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 190 hits
Bek kiri Timnas Prancis Theo Hernandez mengklaim Les Blues tidak khawatir dengan permainan Lionel Messi di Piala Dunia 2022 meski dirinya mengakui Argentina adalah tim yang luar biasa
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan