Pengumuman Rasmi Dividen Amanah Saham Bumiputera 2022
Alhamdulilah, terima kasih PNB !
Paling dinantikan setiap tahun ialah pengumuman rasmi dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi pengagihan pendapatan ASB. Untuk tahun 2022, debaran menunggu pengumuman dividen ASB 2022 secara rasmi di page ASB boleh buat kita gementar.
Bagi pelabur yang setia, sudah tentu ia sedikit sebanyak dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan untuk meneruskan penyimpanan di sana.
Julia juga salah seorang penyimpan tetap ASB. Bukan melalui ASBF, semua secara simpanan ASB biasa. Cuma kreditkan setiap bulan ke akaun ASB.
Pejam mata dan lihat dividen setiap hujung tahun.
Akan tetapi, kenyataan akhbar rasmi PNB kali ini lebih dekat di hati pelabur dengan menghebahkan:
Bonus tambahan bagi membantu pemegang unit berhadapan dengan tekanan kos sara hidup.Tersentuh hati tatkala baca butiran tersebut. Terima kasih ingat kami rakyat marhaen yang sedang bergelut bekerja dan sedang memasang impian untuk buat simpanan secara tetap di ASB.
Pengumuman Dividen ASB 2022
Untuk makluman rasmi, di Twitter rasmi klik 👉 ASNB telah mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak :
3.35 sen seunitbonus 1.25 sen seunit bonus tambahan 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.Alhamdulillah, 4.6% sudah cukup baik. Tambahan bonus lagi dah cecah 5.1%.
Bagi Julia, pulangan itu tidaklah teruk sama sekali. Dividen ASB pada tahun 2022, diumumkan sedikit tinggi berbanding pada tahun lalu.
Jika kita bandingkan dengan deposit tetap bagi sesetengah bank, mereka hanya menawarkan lebih kurang 2.65% setahun tau.
Jadi ASB adalah salah satu instrumen yang paling selamat, walaupun ia bersifat "low risk = low return" ia tetap memberi anda pulangan $.
Jadi bersyukurlah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kaching!
Sumber: Astro
Alhamdulilah, lihat buktinya. Ada kemajuan.
Bagi yang ambil pelan ASBF- ia adalah paksaan menabung untuk jangka masa panjang. Berbaloi bagi mereka yang susah nak menabung, dengan cara ini terjamin masa depan.
Macam julia, julia tak ambil pelan ASBF sebab rajin simpan dalam ASB setiap tahun.
My perception :
ASBF - force saving for long term.
ASB - If you don't have any issue with your cashflow, just auto credit normal saving.
Semakan Dividen Secara ASB Online
Sekarang boleh diakses melalui laman web ASNB.
Klik link 👉 https://www.myasnb.com.my/
Lagi mudah, sila ke playstore install apps di telefon bimbit ASB.
Teringat zaman kecil dulu, abah didik menyimpan duit di buku pelaburan remaja ASB (Ting), kena beratur ke pejabat pos.
Kalau nak kemas kini buku simpanan ASB dan kemas kini dividen pun kena beratur panjang, kadang pernah berjam-jam lamanya.
Kisah 90an. Segar dalam ingatan. Sampai sekarang Julia masih simpan buku ASB Ting dan buku ASB warna biru tu, buat kenangan kerana anak-anak di masa kini mesti tak pernah tengok buku bank ASB yang bersejarah hebat suatu ketika dulu.
Tabungan ASB untuk anak-anakKini, anak sulong Julia si Abg Qi dah ada simpanan tetap di ASB diikuti adiknya Qayla imani. Seawal usia muda, yakni usia bayi 3 bulan ke atas Julia dan suami ke bank berdekatan mendaftarkan akaun ASB buat kedua-dua adik beradik ini.
Abg Qi seawal bayi juga pada 10 tahun yang lepas. Bayangkan dia punya jumlah pelaburan sekarang sudah mencecah 5k ke atas.
Si adik Qayla imani baru kami daftarkan pada awal bulan 11/2022. Kedua-dua akaun ASB anak kita boleh semak dalam apps ASB kerana ia akan terus di linked ke akaun penjaga.
Sangat menarik didik anak menabung, ceritakan kepada anak-anak keseronokkan menabung, nanti mereka bila dewasa mereka akan ceritakan kepentingan menabung kepada anak-anak mereka pula. Sudah tentu nama kita di petik, tak rugi didikan menabung seawal dari bayi lagi.
Mari kita tunggu bersama-sama keuntungan dividen yang akan masuk didalam akaun ASB pada 1 Januari 2023. Jangan lupa sedekah, banyakkan kantung tabungan akhirat biar seimbang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2022/12/pengumuman-rasmi-dividen-amanah-saham.html