Tarikh Dan Niat Puasa Sunat Muharam 1445h 2023m Arab Dan Rumi
Datangnya bulan Muharam bermakna bermulanya tahun baru dalam kalendar Islam. Bulan Muharam merupakan bulan pertama dari tahun Hijriah dan merupakan salah satu bulan yang istimewa (bulan haram) dan dimuliakan oleh Allah SWT.
Pada bulan Muharam juga, Nabi Muhammad SAW berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah menegakkan syiar Islam yang merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam.
Selain itu, pada bulan Muharam juga terdapat hari yang istimewa iaitu hari Tasu'a dan hari Asyura yang jatuh pada tanggal 9 dan 10 Muharam. Pada hari Tasu'a dan Asyura, umat Islam dianjurkan untuk untuk melakukan berbagai amalan-amalan yang disunnahkan
Amalan-amalan bulan MuharamSelain bulan Muharam dimulakan dengan doa akhir dan awal tahun Hijrah. Amalan yang boleh kita dilakukan di bulan Muharam adalah dengan melaksanakan puasa sunat.
Rasulullah SAW berkata, bulan yang paling baik untuk berpuasa selepas Ramadan ialah puasa pada Muharam. Manakala solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (Qiamullail)
Puasa Sunat Tasu’a Dan Asyura Bulan MuharamAnjuran berpuasa sunat 9, 10 dan 11 Muharam yang dinamakan Hari ‘Asyura dan Hari Tasu’a. Dari perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, amalan berpuasa pada hari sebelum atau selepas 10 Muharam adalah bertujuan bagi menyelisihi amalan penganut agama Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam sahaja
Akan tetapi, tiada masalah untuk berpuasa sunat pada 10 Muharam sahaja kerana pahalanya tetap dikira
Walaubagaimana pun Puasa sunat Asyura pada 10 Muharam adalah lebih baik dilakukan selama dua hari berturut-turut sama ada (9 Muharam dan 10 Muharam) atau (10 Muharam dan 11 Muharam).
Rebutlah peluang kedatangan bulan Muharam untuk melakukan banyak puasa sunat khususnya pada 9 Muharam dan 10 Muharam di samping memperbanyak solat malam.
Bagi tahun 2023, tarikh puasa sunat bulan Muharam seperti dibawah :
Tarikh puasa sunat bulan Muharam 1445H/ 2023M (Puasa Sunat Isnin, Khamis, Tasu'a dan Asyura)1 Muharam 1445H (19 Julai 2023), Rabu : Puasa awal tahun Hijrah2 Muharam 1445H (20 Julai 2023), Khamis : Puasa sunat hari Khamis6 Muharam 1445H (24 Julai 2023), Isnin : Puasa sunat hari Isnin9 Muharam 1445H (27 Julai 2023), Khamis : Puasa sunat Tasu'a10 Muharam 1445H (28 Julai 2023), Jumaat : Puasa sunat Asyura13 Muharam 1445H (31 Julai 2023), Isnin : Puasa sunat Putih14 Muharam 1445H (1 Ogos 2023), Selasa : Puasa sunat Putih15 Muharam 1445H (2 Ogos 2023), Rabu : Puasa sunat Putih16 Muharam 1445H (3 Ogos 2023), Khamis : Puasa sunat hari Khamis20 Muharam 1445H (7 Ogos 2023), Khamis : Puasa sunat hari Isnin23 Muharam 1445H (10 Ogos 2023), Khamis : Puasa sunat hari Khamis27 Muharam 1445H (14 Ogos 2023), Isnin : Puasa sunat hari Isnin30 Muharam 1445H (17 Ogos 2023), Khamis : Puasa sunat hari Khamis
Bacaan Niat puasa Isnin, Khamis, puasa sunat Tasu’a, puasa sunat Asyura dan puasa sunat hari PutihWaktu Bacaan Niat : Bacaan lafaz niat boleh dilafazkan bermula malam hari sehingga siang hari sebelum waktu tergelincirnya matahari atau sebelum waktu zuhur
Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’aنَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى
Niat puasa sunat Tasu'a dalam rumiNawaitu Sauma Tasu’a Sunnatal Lillahita’alaMaksudnya : Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala
Lafaz Niat Puasa Asyuraنَوَيْتُ صَوْم عشرسُنَّة لله تَعَالى
Niat puasa sunat Asyura dalam rumiNawaitu Sauma Asyura Sunnatal Lillahita’alaMaksudnya : Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala
Berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharam) mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Qatadah bahawa Nabi SAW bersabda : Puasa hari ‘Asyura’ itu; sesungguhnya Aku bermohon kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.— Riwayat: al-Tirmizi
Lafaz niat puasa sunat hari Isninنَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ اْلاِثْنَيْنِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَىNiat puasa sunat hari Isnin dalam rumiNawaitu sauma yaumal itsnaini sunnatan illahi ta’alaMaksudnya : Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah ta’ala
Lafaz niat puasa sunat hari Isninنَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْخَمِيْسِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَىNiat puasa sunat hari Khamis dalam rumiNawaitu sauma yaumal khomiisi sunnatan lillahi ta’alaMaksudnya: Sahaja aku berniat puasa sunat hari khamis kerana Allah ta’ala
Niat puasa sunat Hari Putih (Ayyamul Bidh)نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Niat puasa sunat hari putih dalam rumiNawaitu sauma ayyaamal bidh sunnatan lillahi ta’ala
Maksudnya : Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala
baca juganiat puasa dan kelebihan puasa hari putih
Fadilat puasa sunat AsyuraKelebihan puasa Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda :
صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Maksudnya : Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. —Riwayat Ibn Majah : 1738
Fadilat Berpuasa Hari Tasu’a Tujuan berpuasa sunat pada hari Tasu’a adalah untuk membezakan amalan yang dilakukan kaum Yahudi iaitu berpuasa pada 10 Muharam sahaja. Dan juga riwayat daripada Ibn Abbas R.A. beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda :
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا
Maksudnya : Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.—Riwayat Ahmad : 2154
Kelebihan bulan Muharam1. Muharam merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah)
2. Bulan Muharam menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
3. Dalam pada itu, Muharam juga adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dan memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT. Jumlah bulan dalam setahun yang ditetapkan Allah SWT terdapat 12 bulan semuanya. Ia diciptakan sejak Allah SWT menciptakan langit dan bumi lagi.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.—Surah at-Taubah, ayat 36
Imam Ibnu Kathir menyatakan, orang yang melakukan kemaksiatan dan kezaliman pada bulan itu akan ‘dilipat gandakan’ dosanya oleh Allah SWT.
Kelebihan berpuasa di bulan MuharamDari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu MUHARAM. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.—Hadis riwayat muslim, 1163
Kelebihan dan fadilat puasa bulan Muharam, Hari Tasu'a dan Hari AsyuraSunat berpuasa pada 10 Muharam, berdasarkan hadis bahawa berpuasa pada 10 Muharam memiliki fadilat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharam mengiringi 10 Muharam kerana ini perintah Rasulullah SAW agar menyelisihi amalan kaum Yahudi pada zaman baginda.Ulama juga menyatakan jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka berpuasalah pada 10 dan 11 Muharam.Apakah hukum berpuasa pada 10 Muharam sahaja? Menurut Imam Ibnu Hajar di dalam karya beliau “Tuhfah al-Muhtaj”:
قول المتن (وعاشوراء) ولا بأس بإفراده
Maksudnya :
Teks (Al-Minhaj) menyebut: “…dan (disunatkan berpuasa) Asyura” dan tidak mengapa hanya berpuasa pada hari itu sahaja.Menurut kenyataan di atas, mazhab Syafi’ie mengharuskan berpuasa pada 10 Muharam sahaja walaupun tanpa iringan puasa pada 9 Muharam.Namun yang amat digalakkan iaitu lebih afdal berpuasa sehari sebelum Asyura kerana itu keazaman baginda pada masa akan datang. Jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka digantikan pada 11 Muharam.
Wallahu'alam.
Kredit : Ustaz Dr. Syed Shahridzan Ben-AgilSumber : mais.gov.my | mysumber
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/07/tarikh-dan-niat-puasa-sunat-muharam.html