Koleksi Pantun Tahun Baru Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445h 2023



Selalu kita lihat apabila tibanya Tahun Baru Islam atau Maal Hijrah, akan ada ucapan yang dikongsikan dalam bentuk ungkapan. Tetapi kali ini, apa kata kita jadikan lain dan unik sikit dengan mengenakan ucapan dalam bentuk pantun.
Ungkapa pantun ini juga antara perkara yang anda boleh lakukan bagi memeriahkan lagi suasana tahun baru. Biasa kita sambut New Year meriah je kan. Ini tahun baru kita, tahun baru islam yang kita juga boleh meriahkan.
Tetapi jangan lupa juga untuk ungkapkan syukur bila tibanya awal Muharram nanti. Amalkan doa akhir tahun pada akhir Zulhijah beserta doa awal tahun pada awal Muharram.
Kita berharap dan terus berdoa supaya Tahun Baru Hijriah ini akan memberikan kesempatan baru bagi menghadapi masa-masa yang akan datang yang pastinya redha Allah itulah yang ingin kita kecapi.
Tahun Baru Islam 1445 Hijrah/2023 Di MalaysiaTahun Baru Hijrah akan berakhir dengan Zulhijjah dan bermula dengan bulan Muharram. Selain daripada itu, awal tahun ini juga digelar dengan Awal Muharram berikutan kedatangan dan kembalinya bulan Muharram tersebut.
Jadi untuk tahun 2023 di Malaysia, Tahun Baru Islam 1445 Hijrah bersamaan dengan 1 Muharram adalah jatuh pada 18 Julai 2023 iaitu pada hari Rabu.
Tetapi untuk bulan Islam, permulaan hari baru adalah selepas Maghrib. Jadi awal Muharram sudah bermula pada waktu Maghrib pada 18 Julai 2023, hari Selasa.
Sempena kedatangan Maal Hijrah pada tahun ini, Malaysia telah membawa tema 'Perpaduan Teras Malaysia Madani' dan akan diadakan beberapa sambutan ringkas sempena tahun yang penting untuk umat Islam ini.
Senarai Pantun Tahun Baru Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H/2023Jadi disini dikongsikan antara contoh dan koleksi senarai ucapan dalam bentuk pantun yang menarik sempena kedatangan Tahun Baru Islam 1445 Hijrah.
Anda boleh gunakan dan share di akaun media sosial anda seperti Whatsapp untuk keluarga dan rakan-rakan, di facebook, twitter, instagram dan tiktok.
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 1
Sekuntum mawar berwarna merah,
Lambang cinta suci murni,
Selamat menyambut maal hijrah,
Perpaduan Teras, Malaysia Madani.
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 2
Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 3
Bawa cik bibah pergi ke taman,
Bawa bersama anak dan cucu,
Mari kita berubah ke arah kebaikan,
Moga istiqamah di tahun baru.
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 4
Embun didaun menitis ke titi,
Kala sang suria menyinari tanjung,
Tahun ke tahun bersilih ganti,
Tanda usia semakin penghujung.
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 5
Langit tidak selalu cerah,
Awan mendung nampak seri,
Terimalah pantun maal hijrah,
Nukilan dari ku ini.
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 6
Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 7
Akhir tahun selepas Asar,
Doa dibaca apa yang tahu,
Adab santun jangan kasar,
Damai keluarga hati bersatu
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 8
Tekun mencabut kayu gaharu,
Elak geruh daripada benih,
Selamat menyambut tahun baharu,
Buang yang keruh ambil yang jernih.
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 9
Angin meredah bertemu awan,
Pangkal jeram berkabut pagi,
Salam Maal Hijrah untukmu kawan,
Semoga istiqamah membaiki diri.
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 10
Dari Mekah ke Kota Madinah,
Umat Islam melakar penghijrahan,
Hijrah lambang perpaduan ummah,
Bersatu hati membentuk perpaduan
Pantun Awal Muharram 1445H 11
Mencecah awan terbang si helang,
Memburu membaham tiada berteman,
Awal Muharram bakal menjelang,
Perbarui azam perkukuh iman.
Pantun Awal Muharram 1445H 12
Pergi kekuala kawan berlima,
Mudik dengan menaiki sampan,
Awal Muharram sudah menjelma
Membawa seribu cita dan harapan .
Pantun Awal Muharram 1445H 13
Bulan Muharam kini tiba,
Bersihkan hati tenangkan jiwa,
Baginda berhijrah kembangkan agama,
Bersyukurlah kita menjadi umatnya.
Pantun Awal Muharram 1445H 14
Bulan Muharram tahun baru,
Hijrah diri bina harapan,
Tekad mendalam azam baru,
Baiki diri terus ke depan.
Pantun Awal Muharram 1445H 15
1 Muharram detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah,
Demi memartabatkan kemuliaan,
Agar tidak kehilangan arah
Pantun Awal Muharram 1445H 16
Memburu rusa di dalam rimba,
Rehat sebentar di Poko Sena,
Awal Muharram telah tiba,
Moga hijrah lebih bermakna.
Pantun Awal Muharram 1445H 17
Angin meredah bertemu awan,
Pangkal jeram berkabut pagi,
Maal Hijrah titik permulaan,
Mari kenang kembali penghijrahan Nabi.
Pantun Awal Muharram 1445H 18
Jauhkan diri dari Riba,
Doakan rezeki semakin mencurah,
Awal Muharram kini tiba,
Tahun baru kalendar Hijrah.
Salam Maal Hijrah 1445H diucapkan kepada semua pembaca aimanabdullah.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2023/07/ucapan-tahun-baru-maal-hijrah-awal-muharram-1445h-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Contoh Ucapan Pantun Awal Muharram Dan Maal Hijrah 1445h Bersamaan Tahun 2023

Senarai Contoh Ucapan Pantun Awal Muharram Dan Maal Hijrah 1445h Bersamaan Tahun 2023

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 419 hits
1 Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445HAwali bulan dan tahun yang baik dengan doa yang terbaik Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1445 Hijrah 2 Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445HSelamat Menyambut Tahun Baru 1445 Hijrah Semoga kita dapat men...
15 Ucapan Pantun Sempena Tahun Baru Hijrah Awal Muharram 1445h

15 Ucapan Pantun Sempena Tahun Baru Hijrah Awal Muharram 1445h

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 162 hits
Tarikh Tahun Baru Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 2023Kalendar Islam pastinya berbeza tempohnya berbandin Kalendar Masihi yang biasa digunakan seluruh dunia termasuk Malaysia Kalendar Islam berpandukan revolusi bulan manakala Kalendar M...
Maal Hijrah 2023 1445h Awal Muharam 100 Tahun Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniah

Maal Hijrah 2023 1445h Awal Muharam 100 Tahun Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniah

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 341 hits
Maal Hijrah 2023 1445H Awal Muharam Menurut kalendar takwim JAKIM tarikh Awal Muharram atau Maal Hijrah di Malaysia adalah pada 19 Julai 2023 Tema Maal Hijrah Tahun 1445H adalah Perpaduan Teras Malaysia Madani 1 Muharam Khalifah Umar Al Kha...
Maal Hijrah 2023 Cuti Umum Awal Muharram Tema Sambutan

Maal Hijrah 2023 Cuti Umum Awal Muharram Tema Sambutan

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 425 hits
Maal Hijrah 2023 Cuti Umum Awal Muharram Tema Sambutan Menurut kalendar hijrah bulan Muharram menandakan permulaan kalendar Islam Awal Muharram juga The post appeared first on
Contoh Poster Ucapan Salam Maal Hijrah Selamat Tahun Baru Hijrah 1445h

Contoh Poster Ucapan Salam Maal Hijrah Selamat Tahun Baru Hijrah 1445h

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 349 hits
Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H I Selain daripada ucapan ucapan yang dikongsikan anda boleh juga kongsikan poster poster menarik kepada keluarga kenalan dan orang ramai sempena Tahun Baru Hijrah 1445H atau awal Muharram kali ini Dengan perk...
Maal Hijrah 2023 14445h Awal Muharram Peristiwa Penghijrahan Nabi Muhammad Saw

Maal Hijrah 2023 14445h Awal Muharram Peristiwa Penghijrahan Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 806 hits
Hari ini 29 Zulhijjah 1444H merupakan hari akhir bagi tahun 1444H dan bermulanya 1 Muharram 14445H permulaan bagi kalendar umat Islam mengikut kalendar Hijrah Isi Kandungan Awal Muharram atau Maal Hijrah dan amat penting kerana berlakunya p...
Senarai Koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah

Senarai Koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 468 hits
Salam Maal Hijrah 1445H 2023M Sambutan tahun baru Islam Maal Hijrah atau Awal Muharram tahun ni jatuh pada hari Rabu 19 Julai 2023 yang juga merupakan cuti umum seluruh Malaysia Selamat bercuti buat semua Tema dan Sambutan Awal Muharam Maal...
Salam Maal Hijrah 1445h 2023

Salam Maal Hijrah 1445h 2023

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 268 hits
Salam Maal Hijrah 1445H 2023 Bagi umat Islam Hari Awal Muharram juga dikenali sebagai Maal Hijrah adalah hari yang sangat penting Ia menunjukkan bahawa terdapat peristiwa penting dalam sejarah Islam Maal Hijrah ini ialah hari memperingati p...
Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 264 hits
DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH Petang ini penutup bagi tahun 1444 Hijrah dan Maghrib nanti akan bermula tahun 1445 Hijrah Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1445H bersamaan 1 Muharram 1445H marilah sama sama kita mengakhiri p...
Apa Itu Wang What Is Money

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like

Amerika Syarikat Fakta Menarik Unik Dan Aneh

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons

Pilih Peruntukan Atau Muhyiddin

Our Corrupt And Exploitative Business Community Is A Part Of The Problem Not A Part Of The Solution



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Lirik Lagu Sangkar Derita Oleh Haqiem Rusli

Rumah Maw Art Studio Seni Dan Kafe Moden Menarik Di Langkawi Kedah

Pelancaran Muzik Video Hening Rindu Marsha Milan

Kelantan Dua Penguat Kuasa Ambil Duit Rm23 000 Lepas Suspek Dadah

Wanita Masih Hidup Ada Kubur Sendiri

Bukan Melayu Tak Perlu Takut