Puasa Tasu A Lafaz Niat Fadhilat Dan Tarikh 2023
Antara amalan sunat yang digalakkan dalam bulan Muharram adalah puasa Asyura dan puasa Tasu’a.
Amalan puasa sunat ini dilakukan pada tarikh 9 Muharram (puasa Tasu’a) dan 10 Muharram (puasa Asyura) dan sangat dianjurkan dalam Islam.
Di dalam bulan ini terdapat salah satu hari yang dinamakan Hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharram.
Dalam kalendar Islam, bulan Muharram merupakan bulan pertama dan bulan Muharram ini mempunyai kelebihan seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T bahawa ianya adalah salah satu daripada bulan haram.
Rasulullah S.A.W. juga telah menerangkan melalui hadis sabda Baginda mengenai bulan- bulan haram yang terdiri daripada bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.
Tarikh puasa Tasu’a 2023
Pada tahun ini, puasa Tasu’a jatuh pada hari Khamis 27 Julai 2023.
Sementara itu, puasa Asyura jatuh pada hhari Jumaat 28 Julai 2023.
Artikel menarik: Hari Asyura 2023 – Tarikh & Kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam
Lafaz Niat
Berikut merupakan lafaz niat puasa sunat Tasu’a:
نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى
“Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”
Galakan berpuasa Tasu’a dan puasa Asyura
Galakan untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram ini
Fadhilat puasa Tasu’a
Rasulullah ﷺ turut membimbing para sahabat agar berpuasa sehari sebelum hari Asyura atau sehari sesudahnya. Ini bagi membezakan daripada amalan yang dilaksanakan oleh orang-orang Yahudi. Sabda Rasulullah ﷺ:
صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا
“Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan lakukanlah perbezaaan dengan Yahudi. Berpuasalah juga pada hari sebelumnya atau hari selepasnya.” (HR Ahmad)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Rasulullah ﷺ seakan lebih cenderung untuk berpuasa sehari sebelum hari Asyura. Hari ini dinamakan sebagai hari Tasu’a. Sabda Rasulullah ﷺ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Sabda Rasulullah: Sekiranya tiba tahun yang akan datang insya-Allah aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram. Maka tidak datang tahun hadapan melainkan Rasulullah ﷺ telahpun wafat.” (HR Muslim)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/puasa-tasua/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=puasa-tasua