Tarikh Buka Sekolah Kpm Sesi 2026 2027 Kalendar Akademik


TARIKH BUKA SEKOLAH KPM 2026/2027
BERIKUT ADALAH TAKWIM SESI AKADEMIK 2026/2027 DAN CUTI PERAYAAN 2026
Sesi akademik tersebut akan bermula pada 11 Januari 2026 & 12 Februari 2026 kemudian Cuti Sesi Akhir Akademik bermula pada 5 Disember 2026 hingga 31 Disember 2026.
Sesi Akademik 2027 pula akan bermula pada 4 Januari 2027 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.
Tarikh Buka Sekolah Sesi 2026/2027 Untuk makluman, sesi persekolahan bagi Penggal 1 sesi akademik 2026/2027 akan bermula pada tarikh berikut:
Kumpulan A (Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu) : 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 Kumpulan B (Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) : 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 Dikongsikan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2025
Kalendar Akademik Sesi 2026/2027 Bagi Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia
Semoga dapat memudahkan ibu bapa merancang dan menguruskan keperluan persekolahan anak- anak sebaiknya.
Kalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2026/2027 KPM
Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2026/2027 yang diumumkan oleh KPM.
Sumber: https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik
Anda boleh merujuk kalendar 2026 di bawah untuk mengetahui tarikh cuti sekolah sepanjang tahun.
Rujuk sepenuhnya : Cuti Sekolah 2026 – Takwim Akademik KPM
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Bilangan 3 Tahun 2025 KALENDAR AKADEMIK TAHUN 2026 BAGI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
1. Surat siaran ini bertujuan memaklumkan berkenaan Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan.
2. Kementerian Pendidikan (KPM) ingin memaklumkan bahawa Kalendar Akademik Tahun 2026 akan bermula pada 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi sekolah di Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi sekolah di Kumpulan B (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya) seperti dalam Lampiran A dan Lampiran B.
3. Kementerian telah menyelaras tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan tahun 2026 yang melibatkan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas. Maklumat terperinci berhubung cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2026 adalah seperti dalam Lampiran C. Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti.
4. KPM juga menetapkan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun 2027 akan bermula pada 4 Januari 2027 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B. Langkah penyeragaman ini bertujuan memastikan keselarasan pembukaan sesi persekolahan tahun 2027 di seluruh negara, sekali gus memudahkan perancangan pentadbiran sekolah serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan efektif.
5. Surat siaran ini berkuat kuasa serta-merta mulai hari pertama persekolahan Kalendar Akademik Tahun 2026.
6. Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun daripada laman sesawang KPM melalui pautan https://www.moe.gov.my.
7. YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan dimohon mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, pengetua dan guru besar bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
Perincian mengenai kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.
Baca juga:
Sesi Persekolahan 2026 Kembali Bermula Januari – KPM Cuti Umum 2026 & Cuti Sekolah Malaysia KPM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tarikh-buka-sekolah-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tarikh-buka-sekolah-2026

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Umum Kalendar Akademik Cuti Sekolah Tahun 2026

Kpm Umum Kalendar Akademik Cuti Sekolah Tahun 2026

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 266 hits
KPM Umum Kalendar Akademik Cuti Sekolah Tahun 2026 PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan tarikh sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari 2026 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendid...
Cuti Sekolah 2026 Takwim Akademik Kpm

Cuti Sekolah 2026 Takwim Akademik Kpm

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 258 hits
Takwim Sekolah KPM Kembali Bermula Bulan Januari Pada 2026 Fadhlina Sidek Sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula 2026 umum Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek Jelas Menteri Pendidikan KPM telah membuat ketetapan untuk m...
Kalendar Akademik Tahun 2026 Bagi Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Kalendar Akademik Tahun 2026 Bagi Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 208 hits
Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula pada 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A dan 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan B Kalendar A...
Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2026 Kembali Ke Sistem Tahunan

Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2026 Kembali Ke Sistem Tahunan

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 182 hits
Kuala Lumpur 28 Oktober 2025 Selepas beberapa tahun penyesuaian pasca pandemik akhirnya sistem persekolahan Malaysia kembali seperti dahulu Sesi tahunan dari Januari hingga Disember akan bermula pada 2026 Kementerian Pendidikan Malaysia men...
Kalendar Akademik Tahun 2026 Takwim Persekolahan

Kalendar Akademik Tahun 2026 Takwim Persekolahan

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 232 hits
Kalendar Akademik Tahun 2026 Takwim Persekolahan Ini jadual yang ditunggu tunggu oleh mak ayah Selamat merancang kehidupan copyright 2018 All rights reserved
Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi Akademik 2026

Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi Akademik 2026

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 276 hits
Maklumat kalendar akademik atau takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah bagi sesi 2026 Takwim rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia ini menyatakan tarikh tarikh mula dan akhir persekolahan setiap penggal tarikh cuti sekolah dan cuti ...
Takwim Persekolahan Sesi 2026 2027

Takwim Persekolahan Sesi 2026 2027

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 178 hits
Salam semua Harini Kementerian Pendidikan sudah pun mengeluarkan Takwim Persekolahan Sesi 2026 2027 Mama share sini sebagai rujukan ye Mama memang suka simpan takwim persekolahan dan takwim cuti sekolah senang nak rancang cuti Takwim Persek...
Kpm Keluarkan Garis Panduan Larangan Penggunaan Telefon Di Sekolah Dalam Masa Terdekat

Kpm Keluarkan Garis Panduan Larangan Penggunaan Telefon Di Sekolah Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 176 hits
KPM Keluarkan Garis Panduan Larangan Penggunaan Telefon Di Sekolah Dalam Masa Terdekat Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa pihaknya akan meneliti garis panduan bersesuaian berikutan cadangan pelaksanaan langkah langkah segera...
Pemuda Umno Pahang Saran Kpm Segera Keluarkan Kenyataan Rasmi Dan Arahan Menyeluruh Isu Arak Di Premis Sekolah

Pemuda Umno Pahang Saran Kpm Segera Keluarkan Kenyataan Rasmi Dan Arahan Menyeluruh Isu Arak Di Premis Sekolah

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 179 hits
KUANTAN Kementerian Pendidikan disaran segera mengeluarkan kenyataan rasmi dan arahan menyeluruh berhubung isu hidangan arak di premis sekolah baru baru ini Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang Mustaqim Zakaria menegaskan langkah itu penting...
Drama Bad Cop

Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

Lrt3 Line Set For Dec 31 Launch Pending Final Safety Tests Says Transport Minister

Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti

Majlis Pelancaran Nafesa Dan Koleksi The Alhambra Monogram

Buasir Otak Tv Roblox Undi Pilihan Raya Dan Melawat Pameran Di Smk Mys Live

Ayu Raudhah Nafi Hamil Lagi Cukup Dah Tujuh Orang Ni

Anthony Joshua Akan Bertarung Dengan Jake Paul Dalam Pertarungan Tinju Di Miami


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rumahkueh Kak Zu Traditional Malaysian Kuih Haven In Kajang Authentic Since 2000

Rahsia Di Sebalik Reka Bentuk Kotak Yang Buat Pelanggan Tertarik Untuk Beli

Mihun Goreng

Skuad Futsal Harimau Malaya Memulakan Kem Latihan Pusat Di Arena Futsal Fam

Swan Bench Keindahan Seni Besi Di Tepi Maze Taman

Pilihan Raya Sabah Paling Gila