Tarikh Bayaran Sara 2025 Jumlah Kategori Penerima


Bayaran SARA 2025 – Tarikh, Jumlah & Kategori Penerima
Sukacita dimaklumkan, bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sedia ada yang berdaftar di bawah eKasih, sumbangan SARA akan dikreditkan melalui MyKad masing-masing mulai 15 Januari 2025 (Rabu).
Terdapat lebih kurang 700,000 penerima keseluruhan akan menerima bayaran SARA 2025. 
Bagi tahun 2025 ini, Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar bantuan SARA bagi penerima yang berdaftar di bawah eKasih sehingga RM2,100 berbanding RM1,200 pada tahun 2024. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Bayaran SARA 2025 dan kategori penerima.
BACA JUGA: Tarikh Bayaran SKAS 2025 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. 
Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI. 
Pelaksanaan  Penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. 
Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad. 
Penerima STR 2025 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2025 berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2025 – Disember 2025).  
Manakala kadar tambahan kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 9 bulan (April 2025 – Disember 2025). 
Siapa yang Layak Menerima SARA 2025? Kelayakan SARA 2025 adalah terhad kepada: 
SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
i. Warganegara Malaysia; dan ii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan  iii. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.     SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025 
i. Warganegara Malaysia; dan ii. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.   Semak status kelayakan SARA mulai hari ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my 
Tarikh Bayaran SARA 2025 & Jumlah Bayaran Sumbangan SARA akan dikreditkan melalui MyKad masing-masing mulai 15 Januari 2025. Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui mengenai tarikh dan jumlah bayaran SARA 2025:
Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025Kategori Penerima STR 2025Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasihPenerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasihIsi Rumah (Tiada had umur)RM2100
RM100/bulan (Januari-Mac)RM200/bulan (April- Disember)RM900
RM100/bulan (April-Disember)Warga Emas Tiada Pasangan RM1650
RM100/bulan (Januari-Mac)RM150/bulan (April- Disember)RM450
RM100/bulan (April-Disember)Bujang (21-59 tahun)RM600
RM50.bulan (Januari-Disember)Sumber: LHDN Bayaran SARA 2025 mengikut bulan:
Sumber: LHDN
Kategori PenerimaBilangan PenerimaJumlah Kelayakan SARA 2025Amaun Bayaran SARA 2025 Mengikut BulanJanuari – Mac 2025April – Disember 2025Isi Rumah
(STR & eKasih)0.7 jutaRM2,100RM100RM200Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)RM1,650RM100RM150Bujang
(STR & eKasih)RM600RM50RM50Isi Rumah
(STR sahaja)4.7 jutaRM900–RM100Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)RM450–RM50Jumlah5.4 jutaSumber: Portal MyKasih Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar bantuan SARA bagi penerima yang berdaftar di bawah eKasih sehingga RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.
Sebanyak RM100 sumbangan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi bulan Januari hingga Mac 2025. Mulai April 2025, kadar bantuan ini akan ditingkatkan sehingga RM200 sebulan.
Barang Keperluan yang Boleh Dibeli SARA 2025 Di bawah program SARA, pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024.
Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu:
Beras Roti Telur Minyak masak Tepung Biskut Mi segera Minuman Makanan dalam tin Bahan perasa Produk kebersihan Ubat-ubatan  Barangan persekolahan   Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:  
Cara Memohon SARA 2025 Anda tidak perlu memohon SARA 2025. 
Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024.
SARA 2025 turut diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan. 
BACA JUGA: Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2025 & Pesara
FAQ – Bayaran SARA 2025 Rujuk PDF untuk mengetahui beberapa soalan dan jawapan lazim mengenai SARA 2025:

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025Download Maklumat Lanjut Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan SARA, sila rujuk Portal Rasmi MyKasih di pautan berikut: https://www.mykasih.com.my 
Atau, hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bayaran-sara-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bayaran-sara-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Str 2025 Berkahwin Kelayakan Jumlah Bayaran Berkeluarga

Str 2025 Berkahwin Kelayakan Jumlah Bayaran Berkeluarga

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 218 hits
STR 2025 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan B40 dan M40 dengan memberikan bantuan kewangan tidak kira bagi yang masih bujang atau sudah berkahwin Dalam konteks pasangan berkahwin bantuan ini berfungsi sebagai soko...
Jadual Tarikh Bayaran Mykasih 2025

Jadual Tarikh Bayaran Mykasih 2025

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 168 hits
Jadual Tarikh Bayaran MyKasih 2025 Kerajaan MADANI telah mengumumkan jadual pembayaran MyKasih 2025 yang akan dilaksanakan secara berperingkat Penerima yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih akan menerima bantuan bermula Januari 2025 ma...
Jadual Str 2025 Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1 2 3 4

Jadual Str 2025 Tarikh Bayaran Bantuan Fasa 1 2 3 4

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 147 hits
Kerajaan akan menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 mulai esok 22 Januari 2025 secara berperingkat Melalui Belanjawan 2025 Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2 3 bilion kepada 8 3 juta penerima yang layak Bagi penerima Sumbangan ...
Str Bujang 2025 Bayaran Bantuan Tunai Rahmah

Str Bujang 2025 Bayaran Bantuan Tunai Rahmah

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 158 hits
Berita baik untuk golongan bujang anda kini boleh membuat semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah Bujang bagi tahun 2025 Sudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini Rujuk maklumat di bawah...
Kalendar Islam 2025 Tarikh Tarikh Yang Wajib Anda Tandakan

Kalendar Islam 2025 Tarikh Tarikh Yang Wajib Anda Tandakan

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 322 hits
Pernah tak rasa macam Eh bila nak mula puasa tahun ni atau Hari Raya jatuh hari apa sebenarnya Jangan risau eh kalendar Islam 2025 dah ready untuk bantu awak orang keep track tarikh tarikh penting dalam setahun Kalau nak lebih mudah save po...
Tahun Ular 2025 Maksud Tarikh Cny 2025

Tahun Ular 2025 Maksud Tarikh Cny 2025

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 193 hits
Masyarakat Cina pada tahun 2025 akan meraikan Tahun Baru Cina di dalam Tahun Ular 2025 mengikut Zodiak Cina Setiap tahun masyarakat Cina akan meraikan Tahun Baru Cina mengikut zodiak yang berbeza mengikut tahun tersebut Maka untuk tahun 202...
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semuaBila dah kerja perkara penting yang ditunggu tunggu setiap bulan ialah hari Gaji Untuk penjawat awam macam aku tarikh gaji memang dah ada ketetatapan dia boleh cek dekat website Jabatan Akauntan Neg...
Dividen Tabung Haji 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

Dividen Tabung Haji 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 363 hits
Dividen Tabung Haji 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman Setiap tahun pengumuman dividen Tabung Haji menjadi detik yang dinanti nantikan oleh pendeposit di seluruh negara Dengan jutaan rakyat Malaysia mempercayakan simpanan mereka ...
Dividen Kwsp 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

Dividen Kwsp 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 441 hits
Dividen KWSP 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sentiasa menjadi tumpuan ramai setiap tahun terutama bagi pencarum yang bergantung kepada pulangan ini sebagai sebahagian daripada strategi ke...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah