Jadual Tarikh Bayaran Mykasih 2025


Jadual & Tarikh Bayaran MyKasih 2025
Kerajaan MADANI telah mengumumkan jadual pembayaran MyKasih 2025 yang akan dilaksanakan secara berperingkat. 
Penerima yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih akan menerima bantuan bermula Januari 2025, manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang tidak berdaftar dalam eKasih akan mula menerima bantuan pada April 2025. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Bayaran MyKasih 2025. 
BACA JUGA: Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username S Pay Global
MyKasih 2025 Program MyKasih 2025, juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA), adalah bantuan kewangan bulanan yang disalurkan melalui MyKad. 
Bantuan ini diberikan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit yang mengambil bahagian. Program ini terbuka kepada golongan berpendapatan rendah di bawah kategori B40 dan M40, serta warga emas dan ibu/bapa tunggal yang layak.
Pembayaran MyKasih 2025 bermula pada 15 Januari 2025 untuk penerima yang berdaftar dalam eKasih. 
Jadual & Tarikh Bayaran MyKasih 2025 Terdapat dua kategori penerima bantun, iaitu:
KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARANPenerima Berstatus/Berdaftar Miskin dan Miskin (eKasih)Bermula Januari 2025 (Bantuan diagihkan Selama 12 Bulan)Penerima Bantuan STR 2025 (BUKAN eKasih)Bermula April 2025(Bantuan diagihkan Selama 9 Bulan) Berikut ialah jadual dan jumlah bayaran MyKasih/SARA 2025:
Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025Kategori Penerima STR 2025Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasihPenerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasihIsi Rumah (Tiada had umur)RM2100RM100/bulan (Januari-Mac)RM200/bulan (April- Disember)RM900RM100/bulan (April-Disember)Warga Emas Tiada Pasangan RM1650RM100/bulan (Januari-Mac)RM150/bulan (April- Disember)RM450RM100/bulan (April-Disember)Bujang (21-59 tahun)RM600RM50.bulan (Januari-Disember) Bayaran MyKasih 2025 pertama dijadualkan pada 15 Januari 2025 untuk penerima yang berdaftar dalam eKasih Penerima STR bukan eKasih akan mula menerima bantuan pada April 2025. 
Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai runcit yang berdaftar. 
Aplikasi MyKasih Untuk memudahkan penerima menyemak baki dan mengurus bantuan MyKasih mereka, kerajaan telah memperkenalkan app MyKasih yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. 
Antara fungsi utamanya adalah: 
Pengguna boleh menyemak baki bantuan yang masih ada dengan mudah. Memberikan maklumat transaksi pembelian. Memaparkan tarikh tamat tempoh bantuan Pengguna boleh mencari kedai-kedai berdekatan yang menerima pembayaran MyKasih.  Cara Mendaftar Aplikasi MyKasih Berikut ialah cara mudah muat turun dan daftar aplikasi MyKasih:
1. Muat Turun Aplikasi
Muat turun aplikasi MyKasih melalui Google Play Store atau Apple App Store. Klik sini: https://mykasih.com.my/mykasih-app/mykasih-app.html  
2. Pendaftaran Akaun
Setelah muat turun, anda boleh daftar aplikasi ini menggunakan nombor MyKad dan maklumat peribadi yang sah.
3. Pengaktifan Akaun
Seterusnya, ikuti arahan dalam aplikasi untuk mengesahkan pendaftaran. Selesai.
Semakan Baki MyKasih Melalui Aplikasi Cara menggunakan app MyKasih untuk semakan baki adalah seperti berikut:
Pastikan anda sudah memuat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store Kemudian, daftar masuk menggunakan nombor MyKad anda. Selepas log masuk, anda akan dapat melihat baki semasa dan sejarah transaksi.  Selain menggunakan aplikasi, anda juga boleh menyemak baki melalui portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus atau dengan memeriksa resit pembelian anda yang terakhir.
Kelebihan Aplikasi MyKasih  Aplikasi MyKasih bukan sahaja memudahkan pengguna dalam mengurus bantuan kewangan mereka, tetapi juga menawarkan pelbagai kelebihan seperti berikut:
Kemudahan Semakan Baki: Pengguna boleh menyemak baki bantuan mereka secara masa nyata, memastikan mereka sentiasa mengetahui jumlah yang tersedia. Notifikasi Pembayaran: Aplikasi ini akan memberi notifikasi apabila pembayaran baharu dikreditkan ke akaun pengguna. Pengurusan Transaksi: Rekod transaksi disimpan dalam aplikasi, memudahkan pengguna memantau perbelanjaan mereka. Akses Mudah: Dengan aplikasi ini, pengguna tidak perlu lagi beratur panjang atau mengunjungi pejabat untuk mendapatkan maklumat bantuan. Pangkalan Data yang Selamat: Data pengguna dilindungi dengan teknologi keselamatan terkini, memberikan ketenangan minda kepada semua pengguna. Cara Menggunakan Bantuan MyKasih Sistem MyKasih menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai yang memudahkan penerima membeli keperluan asas. 
Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan bantuan MyKasih anda:
Kunjungi mana-mana kedai runcit atau pasar raya yang mengambil bahagian dalam program MyKasih Pilih barangan keperluan asas dari 13 kategori yang diluluskan Semasa pembayaran, gunakan MyKad anda untuk membuat transaksi Pastikan anda menyemak baki selepas setiap pembelian Bantuan MyKasih hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang telah diluluskan. Ini termasuk beras, minyak masak, tepung, gula, dan lain-lain keperluan dapur serta produk penjagaan diri.
BACA JUGA: MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2025
Senarai Kedai & Barang yang Boleh Dibeli  Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk
membeli barangan keperluan asas. 
MyKasih mempunyai lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:
https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu:
Beras Roti Telur Minyak masak Tepung Biskut Mi segera Minuman Makanan dalam tin Bahan perasa Produk kebersihan Ubat-ubatan  Barangan persekolahan  Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. 
Maklumat Lanjut Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini mengenai MyKasih 2025, anda boleh layari:
Portal Rasmi MyKasih, https://www.mykasih.com.my ; atau Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bayaran-mykasih-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bayaran-mykasih-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Bayaran Sara 2025 Jumlah Kategori Penerima

Tarikh Bayaran Sara 2025 Jumlah Kategori Penerima

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 109 hits
Bayaran SARA 2025 Tarikh Jumlah Kategori Penerima Sukacita dimaklumkan bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah sedia ada yang berdaftar di bawah eKasih sumbangan SARA akan dikreditkan melalui MyKad masing masing mulai 15 Januari 2025 Terdapat l...
Tahun Ular 2025 Maksud Tarikh Cny 2025

Tahun Ular 2025 Maksud Tarikh Cny 2025

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 103 hits
Masyarakat Cina pada tahun 2025 akan meraikan Tahun Baru Cina di dalam Tahun Ular 2025 mengikut Zodiak Cina Setiap tahun masyarakat Cina akan meraikan Tahun Baru Cina mengikut zodiak yang berbeza mengikut tahun tersebut Maka untuk tahun 202...
Str Bujang 2025 Bayaran Bantuan Tunai Rahmah

Str Bujang 2025 Bayaran Bantuan Tunai Rahmah

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 79 hits
Berita baik untuk golongan bujang anda kini boleh membuat semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah Bujang bagi tahun 2025 Sudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini Rujuk maklumat di bawah...
Kedai Mykasih Setiap Negeri 2025

Kedai Mykasih Setiap Negeri 2025

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 110 hits
Kedai MyKasih Setiap Negeri 2025 Bermula Rabu 15 Januari 2025 Bantuan SARA akan dikreditkan setiap bulan melalui MyKad kepada semua 700 000 penerima berdaftar di bawah eKasih termasuk Sabah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan Artikel ini...
Dividen Kwsp 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

Dividen Kwsp 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 117 hits
Dividen KWSP 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sentiasa menjadi tumpuan ramai setiap tahun terutama bagi pencarum yang bergantung kepada pulangan ini sebagai sebahagian daripada strategi ke...
Malaysia Open 2025 Jadual Badminton Keputusan Terkini

Malaysia Open 2025 Jadual Badminton Keputusan Terkini

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 184 hits
Malaysia Open 2025 Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dianjurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia dengan kebenaran daripada Badminton World Federation Kejohanan Terbuka Malaysia kali ini juga secara rasmi dikenali sebagai PETRONAS Malays...
Dividen Tabung Haji 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

Dividen Tabung Haji 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 203 hits
Dividen Tabung Haji 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman Setiap tahun pengumuman dividen Tabung Haji menjadi detik yang dinanti nantikan oleh pendeposit di seluruh negara Dengan jutaan rakyat Malaysia mempercayakan simpanan mereka ...
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 91 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semuaBila dah kerja perkara penting yang ditunggu tunggu setiap bulan ialah hari Gaji Untuk penjawat awam macam aku tarikh gaji memang dah ada ketetatapan dia boleh cek dekat website Jabatan Akauntan Neg...
Mysawasdee Jadual Perjalanan Dan Harga Tiket 2025

Mysawasdee Jadual Perjalanan Dan Harga Tiket 2025

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 103 hits
MySawasdee ialah perkhidmatan tren khas yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad menghubungkan Kuala Lumpur Sentral dengan Hat Yai Thailand Perkhidmatan ini disediakan semasa cuti hujung minggu panjang di Malaysia menawarkan pelu...
Lirik Lagu Nirmala Noh Salleh

Pengertian Ilmu Kalam Sejarah Sumber Manfaat

First Time Di Aurum Theater Trx

Hoka Menjemput Rakyat Malaysia Sertai Pengaktifan Everybody Bondi Dan Pelancaran Bondi 9 Di Trx

Tangkasnet Slots And Big Wins Await You On 389sport

15 Foto Barang Yang Ada Dalam Beg Tangan Wanita Mengikut Kerjaya Mereka

Hamzah Gets Taste Of Sabah S Woes Says Change In State Govt A Must

How To Stay Positive And Manage Anxiety During Exam Season


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software

Wanita Ditahan Kerana Memandu Secara Bahaya Cuba Langgar Polis

Pemandu Ditelan Lubang Benam Penuh Air

Nightlife Unplugged Discover Da Nang S Hidden Gems

Malaysia Truly Asia 2026 What You Need To Know And Why It Matters