Dividen Tabung Haji 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman


Dividen Tabung Haji 2025 – Anggaran Kadar Dividen & Tarikh Pengumuman
Setiap tahun, pengumuman dividen Tabung Haji (TH) menjadi detik yang dinanti-nantikan oleh pendeposit di seluruh negara. Dengan jutaan rakyat Malaysia mempercayakan simpanan mereka kepada TH, agihan keuntungan tahunan bukan sahaja mencerminkan prestasi pelaburan institusi ini, tetapi juga menjadi petunjuk penting bagi perancangan kewangan peribadi pendeposit.
Untuk tahun kewangan 2024/2025, TH sekali lagi berada dalam perhatian, dengan para penganalisis memberikan pelbagai unjuran tentang kadar hibah yang bakal diumumkan. Adakah dividen tahun ini akan kekal stabil seperti tahun-tahun sebelumnya, atau bakal menyaksikan sedikit peningkatan?
Di sini dikongsikan info lanjut tentang jumlah agihan pendapatan TH 2024 / 2025 serta kadar yang diperolehi pada tahun-tahun sebelumnya.
Kriteria Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan Tabung Haji 2025 Pastikan semua kriteria ini dipenuhi bagi melayakkan pendeposit menerima Agihan Keuntungan / dividen TH 2025:
Telah membuka akaun sebelum / pada 5 hb Disember bagi tahun kewangan terlibat Akaun mestilah berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat Pendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terlibat. Pengumuman Dividen TH 2024 / 2025 Keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tahun 2024 dijangka kekal stabil pada kadar 3.1 hingga 3.5 peratus, menurut penganalisis ekonomi.
Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai menjelaskan kepada Utusan Malaysia bahawa kadar ini didorong oleh kebergantungan TH kepada pelaburan berpendapatan tetap yang biasanya memberikan pulangan lebih rendah, walaupun institusi lain seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) mencatatkan peningkatan prestasi.
“Struktur pelaburan TH tidak memungkinkan ia bersaing dengan PNB atau Amanah Saham Bumiputera (ASB),” katanya. “Justeru, kadar dividen dijangka kekal seperti tahun-tahun sebelumnya.”
Dr. Barjoyai turut menambah bahawa pendapatan tambahan seperti hasil sewaan mungkin tidak cukup signifikan untuk mengubah kadar agihan keuntungan. Namun, beliau optimis bahawa jika TH berjaya mengambil kembali aset yang kini dipegang oleh Kementerian Kewangan, ia boleh memperkukuhkan prospek pelaburan pada masa hadapan.
TH sebelum ini mengumumkan kadar agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus bagi tahun kewangan 2023, mengekalkan rekod yang sama selama empat tahun berturut-turut.
Dalam pada itu, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid menjangkakan hibah untuk tahun 2024 akan mengekalkan momentum positif seperti tahun 2023. Beliau menganggarkan kadar keuntungan sekitar 5.67 hingga 5.97 peratus sebelum zakat, atau 3.1 hingga 3.3 peratus selepas zakat 2.57 peratus.
“TH telah menunjukkan kestabilan melalui strategi pelaburannya yang seimbang antara pasaran ekuiti, hartanah, dan simpanan tetap, tanpa mencatatkan kerugian besar,” katanya
Strategi ini, menurut beliau, membantu mengimbangi pulangan dengan risiko yang rendah. Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid turut optimis bahawa kadar keuntungan TH akan kekal atau sedikit meningkat pada tahun 2024.
Beliau menekankan prestasi positif FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang meningkatkan 12.9 peratus pada tahun lalu, di samping indeks hijrah yang melibatkan saham patuh syariah yang turut mencatat kenaikan sekitar 13 peratus.
“Aset TH yang kebanyakannya dalam bentuk pendapatan tetap seperti deposit bank dan pasaran wang menyumbang kepada kestabilan pulangan, meskipun kadar faedah berada sekitar tiga peratus,” jelasnya.
Dr. Afzanizam turut menyatakan bahawa berbanding ASB yang memberi tumpyan kepada pasaran saham dengan risiko tinggi tetapi pulangan besar, pendekatan konservatif TH memberikan kestabilan kepada pendepositnya.
“Dengan strategi ini, kadar keuntungan TH untuk tahun 2024 dijangka sekitar 3.2 hingga 3.3 peratus, mencerminkan sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya,” tambahnya.
Tarikh Semakan Akaun Semakan dividen Tabung Haji 2025 dijangka akan dimumkan pada bulan April nanti seperti tahun-tahun sebelumnya, melalui :
Portal Internet : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank THiJARI ATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB Cara Semakan Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2025 Di sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2024 / 2025 secara online melalui portal THiJARI:
Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di  www.thijari.com.my. Masukkan login ID yang telah didaftarkan. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.  Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan. Anda boleh semak pada ‘Penyata Akaun’ > Bulan 2024 dan klik pada butang ‘Carian Penyata’.
Jumlah dividen yang dikreditkan akan ditulis sebagai AGIHAN KEUNTUNGAN 2024 (seperti dalam gambar di bawah). Bagi yang belum mendaftar akaun Tabung Haji Online di THiJARI, sila rujuk langkahnya di sini: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online
Sejarah Dividen Tabung Haji Terdahulu (1994-2023) Berikut adalah sorotan pembahagian hibah / dividen Tabung Haji yang diumumkan sehingga tahun 203 dan tahun-tahun sebelum ini.
1994 : 9.5% 1995 : 9.5% 1996 : 9.5% 1997 : 9.5% 1998 : 8.0% 1999 : 8.0% 2000 : 5.5% 2001 : 3.25% 2002 : 3.5% 2003 : 4.0% 2004 : 4.3% 2005 : 4.5% 2006 : 4.75% 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus 2008 : 5.0% 2009 : 5.0% 2010 : 5.5% 2011 : 6.0% 2012 : 6.5% + 1.5% Bonus 2013 : 6.0% + 2.0% Bonus 2014 : 6.25% + 2% Bonus 2015 : 5% + 3% Bonus 2016 : 4.25% + 1.50% Bonus 2017 : 4.25% + 1.75% 2018 : 1.25% 2019 : 3.05% 2020 : 3.10% 2021 : 3.10% 2022 : 3.10% 2023 : 3.10% Pendeposit Tidak Perlu Bayar Zakat Lagi Setelah Menerima Dividen Tabung Haji Salah satu kelebihan membuat simpanan di Tabung Haji adalah, TH turut melunaskan pembayaran zakat.
Oleh itu, selain mendaftar Haji, para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka.
Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara.
Cara Pengiraan Dividen TH Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2024/205 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2024 dan didarabkan dengan kadar dividen 2024.
Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:
Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x kadar dividen 2024 = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2024 / Bilangan Bulan) x kadar dividen 2024 Maklumat Lanjut IBU PEJABAT
Menara TH Tun Razak
Lembaga Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
TABUNG HAJI CONTACT CENTRE (THCC)
Telefon: +603 – 6207 1919
E-mel : [email protected]
Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang 
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di :-
Portal Rasmi : tabunghaji.gov.my Facebook : Lembaga Tabung Haji Instagram : Lembaga Tabung Haji TikTok : Tabung Haji

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/dividen-tabung-haji-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dividen-tabung-haji-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dividen Kwsp 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

Dividen Kwsp 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 441 hits
Dividen KWSP 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sentiasa menjadi tumpuan ramai setiap tahun terutama bagi pencarum yang bergantung kepada pulangan ini sebagai sebahagian daripada strategi ke...
Kalendar Islam 2025 Tarikh Tarikh Yang Wajib Anda Tandakan

Kalendar Islam 2025 Tarikh Tarikh Yang Wajib Anda Tandakan

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 322 hits
Pernah tak rasa macam Eh bila nak mula puasa tahun ni atau Hari Raya jatuh hari apa sebenarnya Jangan risau eh kalendar Islam 2025 dah ready untuk bantu awak orang keep track tarikh tarikh penting dalam setahun Kalau nak lebih mudah save po...
Tahun Ular 2025 Maksud Tarikh Cny 2025

Tahun Ular 2025 Maksud Tarikh Cny 2025

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 193 hits
Masyarakat Cina pada tahun 2025 akan meraikan Tahun Baru Cina di dalam Tahun Ular 2025 mengikut Zodiak Cina Setiap tahun masyarakat Cina akan meraikan Tahun Baru Cina mengikut zodiak yang berbeza mengikut tahun tersebut Maka untuk tahun 202...
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semuaBila dah kerja perkara penting yang ditunggu tunggu setiap bulan ialah hari Gaji Untuk penjawat awam macam aku tarikh gaji memang dah ada ketetatapan dia boleh cek dekat website Jabatan Akauntan Neg...
Jadual Tarikh Bayaran Mykasih 2025

Jadual Tarikh Bayaran Mykasih 2025

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 168 hits
Jadual Tarikh Bayaran MyKasih 2025 Kerajaan MADANI telah mengumumkan jadual pembayaran MyKasih 2025 yang akan dilaksanakan secara berperingkat Penerima yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih akan menerima bantuan bermula Januari 2025 ma...
Tarikh Bayaran Sara 2025 Jumlah Kategori Penerima

Tarikh Bayaran Sara 2025 Jumlah Kategori Penerima

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 178 hits
Bayaran SARA 2025 Tarikh Jumlah Kategori Penerima Sukacita dimaklumkan bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah sedia ada yang berdaftar di bawah eKasih sumbangan SARA akan dikreditkan melalui MyKad masing masing mulai 15 Januari 2025 Terdapat l...
Senarai Tarikh Cuti Umum Kelantan 2025

Senarai Tarikh Cuti Umum Kelantan 2025

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 306 hits
senarai tarikh cuti umum Kelantan 2025 Cuti umum merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan masyarakat Di Kelantan penetapan tarikh cuti umum Kelantan 2025 sangat dinantikan kerana ia memberi peluang kepada rakyat untuk merancang be...
9 Tarikh Islam 2025 Peluang Maksimumkan Ibadah

9 Tarikh Islam 2025 Peluang Maksimumkan Ibadah

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 309 hits
Dalam setiap detik kehidupan terdapat peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT Tahun 2025 membawa pelbagai peristiwa penting dalam kalendar Islam yang penuh hikmah Daripada permulaan bulan Rejab hingga ke Aidiladha setiap tarikh ini ...
Pakej Istimewa Haji 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Pakej Istimewa Haji 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 415 hits
Pakej Haji 2025 Alhamdulillah dah masuk tahun 2025 dan adakah segala hasrat kita tercapai pada tahun 2024 Bukan kata aura tahun baru sahaja malah The post appeared first on
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah