Str Bujang 2025 Bayaran Bantuan Tunai Rahmah


Berita baik untuk golongan bujang, anda kini boleh membuat semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang bagi tahun 2025!
Sudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini?
Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2025.
Apakah Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)? STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagi tahun 2024, Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa peruntukan bagi STR akan dinaikkan sebanyak RM2 bilion menjadi RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun 2023.
Selain itu, kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024.
Jumlah ini merupakan sedikit peningkatan daripada jumlah RM3100 yang diberikan pada tahun 2023.
Syarat Kelayakan STR Bujang Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan :
ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
NOTA:
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan. STR Bujang 2025 Sukacita dimaklumkan bahawa bagi tahun 2025, kerajaan telah memperuntukkan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Pembaharuan ini melibatkan dana sebanyak RM 13 biliion berbanding RM 10 bilion sebelum ini dan bakal memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.
Rakyat berstatus bujang juga tidak terkecuali untuk menikmati peningkatan sumbangan ini.
Untuk makluman anda juga mulai tahun 2024, penerima STR Bujang yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Kadar Bayaran STR 2025 Untuk Kategori Bujang Berdasarkan pembentangan Bajet 2025, kadar baharu yang diperuntukkan bagi kategori bujang adalah sebanyak RM 600 bagi setiap individu bergantung kepada kelayakan bayaran pada permohonan yang telah diluluskan.
Di samping itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pula akan dikreditkan ke MYKAD penerima bermula April 2025.
Cara Semakan Status / Kelayakan STR Bujang 2025 Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
Layari Portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan Tekan butang ‘Semakan Permohonan’ Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah. Contoh status LULUS akan tertera seperti paparan di bawah:


Contoh status permohonan masih DALAM PROSES :

Cara Permohonan STR Bujang 2025 Pendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masih dibuka.
Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:
Muat turun manual Panduan Pengguna Permohonan Baharu Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023): Tarikh Akhir Permohonan STR Bujang 2025 Sila ambil maklum bahawa permohonan Fasa 1 STR 2025 ditutup pada 30 November 2024.
Walau bagaimanapun, permohonan bagi fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun.
PanduanPenggunaSTR_PermohonanBaharuDownload SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025 : PEMOHON YANG PERLU MEMBUAT KEMAS KINI PERMOHONAN STR
Jika permohonan anda wujud di portal STR, anda perlulah :
kemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh tiga tahun berturut-turut iaitu sepanjang perlaksanaan BKM 2022, STR 2023 dan STR 2024. kemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu kemas kini jika tiada sebarang perubahan maklumat.
Sekiranya permohonan anda tidak wujud di portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.
SOALAN_LAZIM_FAQ_MySTR_KEMASKINI-MAKLUMAT-STR-2025Download Maklumat Lanjut STR Bujang 2025 Infomrasi lanjut mengenai STR 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk dapatkan informasi terkini, sila layari saluran berikut :
Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Perincian Belanjawan 2025 Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ Anda juga boleh hubungi Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDNM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/str-bujang-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=str-bujang-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah Str Mula Diagihkan Esok

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah Str Mula Diagihkan Esok

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 154 hits
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memberitahu bahawa bantuan Sumbangan Asas Rahmah dan Sumbangan Tunai Rahmah akan mula diagihkan esok Bantuan SARA yang diagihkan bermula 15 Januari 2025 akan dibayar menerusi penggunaan MyK...
Jadual Tarikh Bayaran Mykasih 2025

Jadual Tarikh Bayaran Mykasih 2025

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 292 hits
Jadual Tarikh Bayaran MyKasih 2025 Kerajaan MADANI telah mengumumkan jadual pembayaran MyKasih 2025 yang akan dilaksanakan secara berperingkat Penerima yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih akan menerima bantuan bermula Januari 2025 ma...
Tarikh Bayaran Sara 2025 Jumlah Kategori Penerima

Tarikh Bayaran Sara 2025 Jumlah Kategori Penerima

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 308 hits
Bayaran SARA 2025 Tarikh Jumlah Kategori Penerima Sukacita dimaklumkan bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah sedia ada yang berdaftar di bawah eKasih sumbangan SARA akan dikreditkan melalui MyKad masing masing mulai 15 Januari 2025 Terdapat l...
Portal Rasmi Str 2025 Semak Status Kelayakan Anda Untuk Fasa 1

Portal Rasmi Str 2025 Semak Status Kelayakan Anda Untuk Fasa 1

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 428 hits
Portal Rasmi STR 2025 Semak Status Kelayakan Anda untuk Fasa 1Kerajaan Malaysia memperkenalkan Portal Rasmi STR bagi memudahkan rakyat menyemak status kelayakan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Fasa 1 Program ini membantu golongan yang m...
Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2025 2026

Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2025 2026

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 297 hits
Assalammualaikum Dunia Alhamdulillah semalam juga berlangsung pemberian tunai BAP sebenar nya ada dua pilihan siberikan kepada ibubapa sama ada secara transfer atau serahan tunai Gerak dulu yer Waktu menunggu Sebab ambik secara serahan tuna...
Drama Melayu 2025

Drama Melayu 2025

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 835 hits
Berikut senarai drama Melayu terbaharu yang disiarkan di televisyen dan platform penstriman sepanjang tahun 2025 Tekan atau klik pada tajuk untuk info lanjut DRAMA MELAYU 2025 TV3 AKASIACalon Isteri Buat SuamiAku Bukan Ustazah 2SAMARINDARin...
Selamat Datang 2025 Menanti Yang Baik Baik Saja

Selamat Datang 2025 Menanti Yang Baik Baik Saja

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 334 hits
Selamat Datang 2025 Menanti Yang Baik Baik Saja Itulah impian dan harapan kita setiap kali menjelangnya tahun baru Tahun baru 2025 sudah bermula Kita mulakan dengan apa Senyuman atau kedukaan Harapan atau kekesalan Positif atau negatif Semu...
Senarai Tarikh Cuti Umum Kelantan 2025

Senarai Tarikh Cuti Umum Kelantan 2025

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 454 hits
senarai tarikh cuti umum Kelantan 2025 Cuti umum merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan masyarakat Di Kelantan penetapan tarikh cuti umum Kelantan 2025 sangat dinantikan kerana ia memberi peluang kepada rakyat untuk merancang be...
Ini Antara Model Model Kereta Yang Dijangka Tiba Pada 2025

Ini Antara Model Model Kereta Yang Dijangka Tiba Pada 2025

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 224 hits
Tahun 2024 sudah melabuhkan tirainya meninggalkan pelbagai kenangan termasuk deretan model automotif baharu yang memperkayakan pasaran Namun 2025 dijangka lebih gemilang membawa bersama pelbagai model baharu dan facelift Tapi yang pasti men...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Awal Muharram 2025

Maksud Gambar Sekadar Hiasan

Ets Diselenggara Secara Berkala

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around