Dividen Kwsp 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman


Dividen KWSP 2025 – Anggaran Kadar Dividen & Tarikh Pengumuman
Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sentiasa menjadi tumpuan ramai setiap tahun, terutama bagi pencarum yang bergantung kepada pulangan ini sebagai sebahagian daripada strategi kewangan mereka. Dengan prestasi ekonomi global yang kian pulih serta momentum pelaburan yang memberangsangkan, ramai menjangkakan pengumuman dividen KWSP bagi tahun 2025 bakal membawa berita positif.
Artikel ini akan memberikan gambaran awal tentang anggaran kadar dividen bagi simpanan konvensional dan shariah, berdasarkan analisis ekonomi dan prestasi pelaburan KWSP pada tahun sebelumnya. Selain itu, kami turut akan berkongsi tarikh penting berkaitan pengumuman rasmi dividen untuk memastikan anda sentiasa bersedia.
Apakah Dividen KWSP? Tahukah anda, di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.
Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.
NOTA: Kadar dividen SIMPANAN SHARIAH adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.
Jangkaan Dividen KWSP 2025 Para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menjangkakan berita baik apabila kadar dividen bagi tahun 2024 dianjurkan lebih tinggi, mencapai sehingga 6.0% untuk simpanan konvensional dan 5.8% untuk simpanan shariah.
Menurut penganalisis ekonomi, Dr. Mohamad Khair Afham, unjuran ini lebih baik berbanding dividen tahun sebelumnya iaitu 5.5% (konvensional) dan 5.4% (shariah), didorong oleh strategi pelaburan diversifikasi KWSP. Keputusan ini mendapat sokongan daripada prestasi positif pelaburan global, pemulihan ekonomi domestik, dan pelaburan kukuh dalam instrumen patuh syariah seperti sukuk dan hartanah.
“Walaupun ketidaktentuan pasaran global menjadi cabaran, KWSP berjaya memanfaatkan peluang dalam pasaran teknologi, hartanah antarabangsa, dan bon global. Hasilnya, dividen dijangka meningkat sedikit, antara 5.7% hingga 6.0% untuk simpanan konvensional dan 5.6% hingga 5.8% untuk simpanan shariah,” jelas beliau kepada BH.
Sebagai contoh, pelaburan KWSP dalam syarikat teknologi global seperti Nvidia dan Tesla menunjukkan potensi tinggi, manakala projek hartanah di London dan Melbourne terus memberiakn pulangan sewaan stabil.
Pelaburan dalam pasaran sedang membangun seperti Vietnam dan Indonesia turut menyumbang kepada pertumbuhan kukuh, disokong oleh kadar pertumbuhan ekonomi lebih 6.0% di negara-negara tersebut. Bagi tahun kewangan 2023, KWSP telah mengumumkan dividen 5.5% (konvensional) dan 5.4% (shariah), membabitkan agihan sebanyak RM57.81 bilion, menjadikannya salah satu dana persaraan paling kompetitif di rantau ini.
Dengan prestasi pasaran saham domestik seperti Bursa Malaysia melepasi 1,600 mata dan laporan prestasi KWSP yang menunjukkan peningkatan 20% pada tiga suku pertama 2024, momentum ini dijangka berterusan ke tahun kewangan 2024.
“Strategi KWSP yang seimbang antara aset domestik dan antarabangsa, serta pendekatan konservatif dalam pengurusan risiko, memberikan kestabilan kepada pencarum, walaupun berdepan cabaran global seperti geopolitik dan dasar monetari negara maju,” tambah penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
Dengan unjuran positif ini, para pencarum boleh menantikan agihan dividen yang bukan sahaja kompetitif tetapi juga stabil, sejajar dengan misi KWSP untuk memastikan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia.
Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2025 Setiap tahun, KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen tahun lepas berakhir Disember pada awal suku pertama tahun tersebut, iaitu dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac.
Semua ahli akan dimaklumkan mengenainya melalui media massa, termasuklah media sosial rasmi seperti Facebook dan Twitter. 
Bagi tahun 2022 yang lalu, KWSP telah mengumumkan kadar dividen 2021 pada tengah hari 2 Mac 2022.
Bagi tahun 2023, dividen KWSP bagi tahun kewangan 2022 telah diumumkan pada 4 Mac.
Cara Semakan Dividen KWSP Berikut adalah langkah membuat semakan dividen online melalui i-Akaun.
Layari www.kwsp.gov.my Pergi kepada ikon Login Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan Klik View Details di bahagian menu Dividend Perincian Dividen tahun 2024 akan dipaparkan *Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda daftar terlebih dahulu. Sila rujuk: Cara Daftar i-Akaun KWSP
Sejarah Kadar Dividen KWSP Tahun Sebelumnya Berikut adalah Kadar Dividen KWSP bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional pada tahun-tahun sebelum ini:
TahunPeratus (Simpanan Shariah)Peratus (Simpanan Konvensional)20235.405.5020224.755.3520215.656.1020204.905.2020195.005.4520185.906.1520176.406.902016–5.702015–6.402014–6.752013–6.352012–6.152011–6.002010–5.802009–5.652008–4.502007–5.802006–5.152005–5.002004–4.752003–4.502002–4.252001–5.002000–6.001999–6.841997 – 1998–6.701996–7.701995–7.501988 – 1994–8.001983 – 1987–8.501980 – 1982–8.001979–7.251976 – 1978–7.001974 – 1975–6.601972 – 1973–5.851971–5.801968 – 1970–5.751965 – 1967–5.501964–5.251963–5.001960 – 1962–4.001952 – 1959–2.50Sumber dari laman web rasmi KWSP Baca juga: Cara Pendaftaran i-Saraan KWSP
Penyucian Dividen Jom lihat bagaimana pelaksanaan Simpanan Shariah KWSP bermula berserta contoh penyucian dividen yang perlu dilakukan oleh ahli yang beragama Islam. Semoga bermanfaat!
Sumber: FB Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Penasihat Shariah Kewangan Islam Bertukarlah ke Simpanan Shariah untuk simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.
Rujuk cara membuat pertukaran ke Akaun Shariah KWSP melalui artikel ini : Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah Secara Online
Aplikasi i-Akaun Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui
Aplikasi i-Akaun di Google Apps Store Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store Maklumat Lanjut Ibu Pejabat (HQ)
Menara KWSP,
No. 1, Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam, Selangor.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh kemukakan pertanyaan dan semak status pertanyaan di sini: https://www.kwsp.gov.my/en/corporate/connect-with-us/enquiry
Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di :-
Portal Rasmi : kwsp.gov.my Facebook : KWSP Malaysia Instagram : KWSP Malaysia TikTok : KWSP Malaysia Baca juga: Majikan Tak Carum KWSP Boleh Didakwa. Ini Cara Buat Aduan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/dividen-kwsp-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dividen-kwsp-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dividen Tabung Haji 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

Dividen Tabung Haji 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 363 hits
Dividen Tabung Haji 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman Setiap tahun pengumuman dividen Tabung Haji menjadi detik yang dinanti nantikan oleh pendeposit di seluruh negara Dengan jutaan rakyat Malaysia mempercayakan simpanan mereka ...
Jadual Tarikh Bayaran Mykasih 2025

Jadual Tarikh Bayaran Mykasih 2025

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 168 hits
Jadual Tarikh Bayaran MyKasih 2025 Kerajaan MADANI telah mengumumkan jadual pembayaran MyKasih 2025 yang akan dilaksanakan secara berperingkat Penerima yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih akan menerima bantuan bermula Januari 2025 ma...
Kalendar Islam 2025 Tarikh Tarikh Yang Wajib Anda Tandakan

Kalendar Islam 2025 Tarikh Tarikh Yang Wajib Anda Tandakan

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 322 hits
Pernah tak rasa macam Eh bila nak mula puasa tahun ni atau Hari Raya jatuh hari apa sebenarnya Jangan risau eh kalendar Islam 2025 dah ready untuk bantu awak orang keep track tarikh tarikh penting dalam setahun Kalau nak lebih mudah save po...
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semuaBila dah kerja perkara penting yang ditunggu tunggu setiap bulan ialah hari Gaji Untuk penjawat awam macam aku tarikh gaji memang dah ada ketetatapan dia boleh cek dekat website Jabatan Akauntan Neg...
Senarai Tarikh Cuti Umum Kelantan 2025

Senarai Tarikh Cuti Umum Kelantan 2025

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 306 hits
senarai tarikh cuti umum Kelantan 2025 Cuti umum merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan masyarakat Di Kelantan penetapan tarikh cuti umum Kelantan 2025 sangat dinantikan kerana ia memberi peluang kepada rakyat untuk merancang be...
9 Tarikh Islam 2025 Peluang Maksimumkan Ibadah

9 Tarikh Islam 2025 Peluang Maksimumkan Ibadah

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 309 hits
Dalam setiap detik kehidupan terdapat peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT Tahun 2025 membawa pelbagai peristiwa penting dalam kalendar Islam yang penuh hikmah Daripada permulaan bulan Rejab hingga ke Aidiladha setiap tarikh ini ...
Tahun Ular 2025 Maksud Tarikh Cny 2025

Tahun Ular 2025 Maksud Tarikh Cny 2025

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 193 hits
Masyarakat Cina pada tahun 2025 akan meraikan Tahun Baru Cina di dalam Tahun Ular 2025 mengikut Zodiak Cina Setiap tahun masyarakat Cina akan meraikan Tahun Baru Cina mengikut zodiak yang berbeza mengikut tahun tersebut Maka untuk tahun 202...
Tarikh Bayaran Sara 2025 Jumlah Kategori Penerima

Tarikh Bayaran Sara 2025 Jumlah Kategori Penerima

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 177 hits
Bayaran SARA 2025 Tarikh Jumlah Kategori Penerima Sukacita dimaklumkan bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah sedia ada yang berdaftar di bawah eKasih sumbangan SARA akan dikreditkan melalui MyKad masing masing mulai 15 Januari 2025 Terdapat l...
Pelaburan Kwsp Dalam Mahb Untuk Sokong Pembayaran Dividen

Pelaburan Kwsp Dalam Mahb Untuk Sokong Pembayaran Dividen

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 119 hits
KWSP berkata keputusan terkini untuk membuat tawaran am sukarela bagi saham MAHB pada harga RM11 sesaham sebagai sebahagian daripada konsortium itu mencerminkan rancangan strategik jangka panjang yang berasingan untuk mencapai pertumbuhan d...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ceramah Ramadhan Hari Ke 1 Merespon Ayat Puasa Ramadhan

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal